1 Malaysia

You might also like

You are on page 1of 1

Konsep 'Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan.

Pencapaian Diutamakan' merupakan


satu konsep positif yang mampu membina dan memupuk semangat perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu
misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang
diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan
dengan suasana dan citarasa rakyat. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri
mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan
satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya
wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka
serta ingin memajukan negara secara bersama.

Perpaduan kaum yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan
lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia.
Keadaan ini akan dapat menwujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa,
keselamatan yang terjamin  dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu
memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan politik dan keselamatan
yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat
akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Kini rakyat Malaysia perlu keluar daripada kepongpong yang telah lama
membelenggu fikiran dan tindakan yang berunsul perkauman. Kerajaan di bawah
kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama
untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara
perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-
masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa
memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak
akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang
terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan.

Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di
kalangan rakyat negara ini. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak
wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap
kaum bebas mengamal dan menganuti  agama, budaya dan adat resam masing-
masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu
mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad
untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia
mempertahankan negara daripada sebarang ancaman.
suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha
tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan
yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

You might also like