You are on page 1of 1

8.

2-JENIS BAHAN DAN AMALAN KITAR SEMULA

Kebanyakan kertas boleh dikitar semula.Kertas yang didapati dari tempat kerja

biasanya dikumpul mengikut 2 gred iaitu kertas berkualiti tinggi dan kertas

campuran.Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih ,kertas komputer

dan kertas nota putih.Kertas campuran seperti surat khabar,fail dan buku mempunyai

kualiti yang rendah.

Kaca dikumpul mengikut warna sebelum diangkut ke syarikat kitar semula.Kaca

tersebut dibersihkan dari kotoran.Contohnya tudung botol,seramik batu serta mentol

lampu.

Semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg

pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin

dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan

ke tong kitar semula berwarna kuning

Kita juga dapat memberi sumbangan kepada pihak lain dengan memberi pakaian dan

perabot terpakai kepada golongan yang memerlukan seperti golongan miskin,anak-anak

yatim dan ibu tunggal.

Melalui amalan kitar semula di atas,kita dapat menerapkan nilai dan unsur patriotisme

iaitu bersyukur terhadap alam sekitar kita.

You might also like