You are on page 1of 9

PROSPEKTUS

KURSUS PENINGKATAN BAHASA MELAYU


DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ANDA


DALAM PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

Di uruskan oleh:

ILHAM Management Consultants Sdn. Bhd.


27 A-1, Jalan SM 2,
Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-6188 0618
Faks: 603-6186 9619
Email: admin@hrtraining.com.my
Laman Web: www.hrtraining.com.my

1|Page
PROSPEKTUS
KURSUS PENINGKATAN BAHASA MELAYU
DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ANDA
DALAM PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

♦ Dalam gagasan 1Malaysia, bahasa Melayu akan diperkasakan sebagai


bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pendidikan dalam
pelbagai kalangan masyarakat untuk mencapai matlamat perpaduan
nasional.

♦ Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan Surat


Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, bertarikh 22 Disember 2005, untuk
melaksanakan “Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan
Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam”.

♦ Pekeliling Kerajaan itu menghendaki supaya ketua-ketua jabatan


mewujudkan mekanisme di dalam organisasi masing-masing untuk
menjayakan dan memantau pelaksanaan Surat Pekeliling tersebut dan
mengambil tindakan proaktif, antaranya, yang berikut:

 “Memastikan supaya semua pegawai dan kakitangan kerajaan


menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam semua
urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan
rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan dalam
negeri.

 “Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dari


segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal
mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan
kenyataan, dokumen rasmi, penamaan di tempat awam (seperti
nama jalan, kawasan perumahan, premis perniagaan), dan dalam
urusan rasmi yang lain.”

♦ Untuk tujuan tersebut, ketua-ketua jabatan dikehendaki mengambil


tindakan untuk:

 “Menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan


yang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam bahasa
kebangsaan (bahasa Melayu) dalam kalangan pegawai dan
kakitangan.”

2|Page
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU MELALUI PROGRAM KURSUS
YANG TERANCANG

♦ Penguasaan dan kemahiran menggunakan bahasa Melayu yang berkualiti


sebagai bahasa rasmi di sektor awam boleh ditingkatkan melalui kursus
atau latihan secara terancang.

♦ Syarikat kami, ILHAM Management Consultants Sdn. Bhd. dengan


kerjasama Pusat Bahasa Bijak Bestari, menyediakan pakej-pakej kursus
bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran bahasa
Melayu anda sebagai pekhidmat awam.

Objektif Latihan Bahasa Melayu

♦ Modul yang disediakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran


penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti dalam komunikasi tulisan dan
lisan di sektor awam.

♦ Secara khusus, modul kursus bertujuan meningkatkan pengetahuan dan


kemahiran berbahasa Melayu bagi penulisan dokumen rasmi, termasuk
penulisan surat rasmi dan memo, penulisan minit mesyuarat, penulisan
laporan, dan penulisan kertas cadangan (kertas awalan).

♦ Modul kursus disediakan juga bagi memantapkan bahasa Melayu yang


berkualiti dalam komunikasi lisan sesama pekhidmat awam dan antara
mereka dengan pelanggan dalam negeri.

♦ Setiap modul kursus yang disediakan mencakupi semua topik


perbincangan yang berkenaan selama tiga hari (18 jam).

PAKEJ KURSUS BAHASA MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM


YANG KAMI TAWARKAN

BM-01 - Kursus Pemantapan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam

BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen Rasmi yang Berkualiti

BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo yang Berkualiti

BM-04 - Kursus Penulisan Minit Mesyuarat yang Berkualiti

BM-05 - Kursus Penulisan Laporan yang Berkualiti

3|Page
BM-06 - Kursus Penulisan Kertas Cadangan yang Berkualiti

BM-07 - Kursus Komunikasi Lisan dalam Urusan Rasmi

PERINCIAN MODUL KURSUS

BM-01 - Kursus Pemantapan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Dasar bahasa di Malaysia.


Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam perkhidmatan
awam.
Sistem ejaan Rumi, ejaan Jawi dan sebutan yang standard.
Tatabahasa bahasa Melayu terkini.
Aspek kesantunan dalam penggunaan bahasa.
Komunikasi lisan dalam urusan rasmi.
Bahasa yang berkualiti dalam pengiklanan dan penamaan rasmi.
Pembakuan aspek bahasa dalam penggunaan bahasa rasmi.

BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen Rasmi yang Berkualiti

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Takrif, Jenis dan format pelbagai dokumen rasmi.


Prinsip-prinsip penulisan dalam bahasa Melayu yang berkualiti.
Aspek tatabahasa dalam penulisan yang berkualiti.
Aspek pemilihan kosa kata dalam penulisan yang berkualiti.
Penulisan surat rasmi dan memo yang berkualiti.
Penulisan minit mesyuarat yang berkualiti.
Penulisan laporan yang berkualiti.
Penulisan kertas cadangan yang berkualiti.
Pembakuan aspek bahasa dalam dokumen rasmi (melalui bengkel
analisis teks).

BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo yang Berkualiti

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Pengenalan dan takrif surat rasmi dan memo.


Prinsip-prinsip penulisan surat rasmi yang berkualiti.
Fungsi dan jenis surat rasmi.
Bentuk dan format surat rasmi.

4|Page
Kandungan/isi surat rasmi.
Teknik dan kaedah penulisan surat rasmi.
Laras bahasa dalam surat rasmi.
Pembakuan aspek bahasa dalam surat rasmi.

BM-04 - Kursus Penulisan Minit Mesyuarat yang Berkualiti

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Pengenalan dan takrif minit mesyuarat.


Prinsip-prinsip penulisan minit mesyuarat yang berkualiti.
Fungsi dan jenis mesyuarat dan minit mesyuarat.
Struktur dan format minit mesyuarat.
Kandungan/isi minit mesyuarat.
Teknik dan kaedah penulisan minit mesyuarat.
Laras bahasa dalam minit mesyuarat.
Pembakuan aspek bahasa dalam minit mesyuarat.

BM-05 - Kursus Penulisan Laporan yang Berkualiti

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Pengenalan dan takrif laporan rasmi.


Prinsip-prinsip penulisan laporan yang berkualiti.
Fungsi dan jenis laporan rasmi.
Struktur dan format laporan rasmi.
Kandungan/isi laporan rasmi.
Teknik dan kaedah penulisan laporan rasmi.
Penggunaan ilustrasi dalam penulisan laporan rasmi.
Laras bahasa dalam laporan rasmi.
Pembakuan aspek bahasa dalam laporan rasmi.

BM-06 - Kursus Penulisan Kertas Cadangan yang Berkualiti

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Pengenalan dan takrif kertas cadangan.


Prinsip-prinsip penulisan kertas cadangan yang berkualiti.
Fungsi dan jenis kertas cadangan.
Struktur dan format kertas cadangan.
Kandungan/isi kertas cadangan.
Teknik dan kaedah penulisan kertas cadangan.
Laras bahasa dalam kertas cadangan.

5|Page
Pembakuan aspek bahasa dalam kertas cadangan.

BM-07 - Kursus Komunikasi Lisan dalam Urusan Rasmi

Mencakupi topik-topik yang berikut:

Pengenalan dan takrif komunikasi lisan rasmi.


Prinsip dan strategi komunikasi lisan yang berkualiti.
Fungsi dan jenis komunikasi lisan rasmi.
Laras dan kesantunan berbahasa dalam komunikasi lisan rasmi.
Bahasa pengucapan awam dan pengendalian majlis.
Bahasa pengendalian mesyuarat dan persidangan.
Bahasa temuduga dan wawancara.
Pembakuan aspek bahasa dalam komunikasi lisan rasmi.

SIAPA YANG PERLU BERKURSUS?

Secara umum:
♦ Semua ketua jabatan
♦ Semua pegawai kanan
♦ Semua pegawai dan kakitangan sektor awam

Secara khusus:
♦ Penulis surat rasmi dan jurutaip
♦ Pengerusi mesyuarat, setiausaha dan pencatat minit mesyuarat
♦ Pembentang, pengulas dan peserta dalam mesyuarat dan persidangan
♦ Penyusun dan penulis laporan jabatan
♦ Pegawai penemu duga
♦ Pegawai pengacaraan majlis jabatan
♦ Penulis dan editor penerbitan rasmi jabatan
♦ Penulis iklan dan pegawai pemasaran jabatan
♦ Pegawai perhubungan awam dan komunikasi jabatan

SIAPAKAH KAMI?

♦ ILHAM Management Consultants Sdn. Bhd ialah sebuah syarikat


Perunding Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia sebagai Penyedia Latihan dalam bidang-bidang Kepimpinan,
Pengurusan, Pemasaran, Jualan, Penerbitan dan Bahasa.
♦ Syarikat juga telah berkerjasama dengan Pusat Bahasa Bijak Bestari.
Disamping itu, syarikat juga mempunyai panel fasilitator yang diketuai
oleh encik Ismail Dahaman (mantan Pengarah Jabatan Bahasa DBP dan
pakar bahasa yang tersohor) serta Munsyi-munsyi Dewan (Pengajar
bahasa yang diiktiraf oleh DBP).

6|Page
♦ Bagi memastikan kualiti latihan bahasa sentiasa terjamin, syarikat
mempunyai Panel Penasihat yang diketuai oleh Y Bhg Datuk A. Aziz
Deraman (mantan Ketua Pengarah DBP dan juga Tokoh Budayawan),
bertujuan untuk menilai dan memperakukan standard yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

KOS DAN SYARAT PENYERTAAN

♦ Anjuran Jabatan (secara dalaman atau in-house)- Sebut harga akan diberi
mengikut kaedah dan lokasi kursus.
♦ Anjuran syarikat ialah seperti dalam Jadual Program Latihan 2010 . Yuran
penyertaan yang dikenakan ialah RM 890.00 seorang peserta (bagi
kursus yang diadakan di Semenanjung Malaysia) atau RM 990.00
seorang peserta (bagi kursus yang diadakan di Sabah dan Sarawak).
♦ Yuran penyertaan diatas adalah termasuk folder, nota kursus, 3 kali
makan minum iaitu minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.
♦ Bayaran hendaklah dijelaskan kepada ILHAM Management Consultants
Sdn. Bhd.
♦ Kursus adalah tanpa penginapan (Jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang) dan
akan dijalankan di hotel (yang akan dimaklumkan kemudian).

TARIKH DAN TEMPAT KURSUS (Program Latihan Anjuran Syarikat)

♦ Januari 2010
 11-13/01/2010- BM-01 - Kursus Pemantapan Bahasa
Melayu dalam Perkhidmatan Awam (di Kuala Lumpur).

 25-27/01/2010- BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen


Rasmi yang Berkualiti (di Kuala Lumpur).

♦ Februari 2010
 8-10/02/2010- BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen
Rasmi yang Berkualiti (di Pulau Pinang).

 23-25/02/2010- BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen


Rasmi yang Berkualiti (di Johor Baharu).

7|Page
♦ Mac 2010
 8-10/03/2010- BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen
Rasmi yang Berkualiti (di Kuala Terengganu).

 22-24/03/2010- BM-02 - Kursus Penulisan Dokumen


Rasmi yang Berkualiti (di Kuching).

♦ April 2010
 12-14/04/2010- BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi
dan Memo yang Berkualiti (di Kuala Lumpur).

 26-28/04/2010- BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi


dan Memo yang Berkualiti (di Alor Setar).

♦ Mei 2010
 10-12/05/2010- BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi
dan Memo yang Berkualiti (di Melaka).

 24-26/05/2010- BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi


dan Memo yang Berkualiti (di Kota Baharu).

♦ Jun 2010
 14-16/06/2010- BM-03 - Kursus Penulisan Surat Rasmi
dan Memo yang Berkualiti (di Kota Kinabalu).

 28-30/06/2010- BM-04 - Kursus Penulisan Minit


Mesyuarat yang Berkualiti (di Kuala Lumpur).

♦ Julai 2010
 12-14/07/2010- BM-04 - Kursus Penulisan Minit
Mesyuarat yang Berkualiti (di Ipoh).

 26-28/07/2010- BM-04 - Kursus Penulisan Minit


Mesyuarat yang Berkualiti (di Seremban).

♦ Ogos 2010
 2-4/08/2010- BM-04 - Kursus Penulisan Minit Mesyuarat
yang Berkualiti (di Kuantan)

♦ September 2010
 27-29/09/2010- BM-04 - Kursus Penulisan Minit
Mesyuarat yang Berkualiti (di Kuching).

8|Page
♦ Oktober 2010
 11-13/10/2010- BM-05 - Kursus Penulisan Laporan yang
Berkualiti (di Kuala Lumpur).

 25-27/10/2010- BM-05 - Kursus Penulisan Laporan yang


Berkualiti (d Pulau Pinang).

♦ November 2010
 8-10/11/2010- BM-06 – Kursus Penulisan Kertas
Cadangan yang Berkualiti (di Kuala Lumpur).

 22-24/11/2010- BM-06 - Kursus Penulisan Kertas


Cadangan yang Berkualiti (di Kota Kinabalu).

♦ Disember 2010
 13-15/12/2010- BM-07 - Kursus Komunikasi Lisan dalam
Urusan Rasmi (di Kuala Lumpur).

(Nota: Program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan boleh dirunding selain dari
tarikh diatas dan tertakluk kepada kesesuaian tarikh yang dicadangkan oleh
Jabatan).

PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila berhubung dengan pejabat di bawah:

ILHAM Management Consultants Sdn. Bhd.


27 A-1, Jalan SM 2,
Sunway Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-6188 0618 / 019-3579 215


Faks: 603-6186 9619
Email: admin@hrtraining.com.my

Laman Web: www.hrtraining.com.my

9|Page

You might also like