You are on page 1of 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SARAWAK

TUGASAN SEMESTER

Secara individu atau berpasangan, anda dikehendaki membuat satu tugasan berkaitan dengan
peningkatan profesionalisme keguruan di sekolah rendah ( Rujuk sukatan/buku tentang bab
Peningkatan Profesionalisme Keguruan ).

( a ) Dapatkan sebuah artikel berkaitan dengan usaha peningkatkan profesionalisme keguruan


yang dilakukan di peringkat sekolah dari mana-mana sumber ( buku atau internet ). Artikel yang
dirujuk boleh datang dari tempatan atau luar negara. Selepas membaca anda dikehendaki
membuat ringkasan dalam bentuk penyusunan grafik ( satu muka surat ) isi-isi utama yang
terkandung dalam artikel tersebut. Sila tuliskan tajuk artikel dan sumbernya dalam laporan.

( b ) Bagi langkah seterusnya, anda perlu membuat refleksi dan memberi kritikan terhadap usaha
peningkatan profesionalisme keguruan tersebut. Kritikan anda hendaklah sekurang-kurangnya
dua muka surat. Rujukan yang sesuai hendaklah dibuat untuk menyokong kritikan-kritikan anda.

( c ) Akhir sekali tuliskan satu laporan dan mencadangkan sekurang-kurangnya lima idea/strategi
kreatif dan berkesan untuk meningkatkan lagi profesionalisme dalam kalangan guru di sekolah
kita.

PANDUAN AM

1. Tuliskan nama, angka giliran dan tajuk soalan di muka surat depan tugasan anda.

2. Gunakan jenis font Arial atau Times Roman dan saiz font 12. Jarak antara baris hendaklah
1 1/2 langkau.

3. Hasil tugasan hendaklah asli dan sebarang tindakan pliagiat akan dikenakan tindakan.

4. Keseluruhan tugasan hendaklah tidak kurang daripada 8 muka surat, tidak termasuk muka
depan dan rujukan.

5. Tugasan hendaklah dihantar sebelum atau pada akhir bulan September.

You might also like