You are on page 1of 14

PERUBAHAN TINGKAHLAKU

MEROKOK

AKIBAT MEROKOK

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

• Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang


• Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ
dalam tubuh badan kita

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

-
Otak Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan
oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi
dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh


menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya


penglihatan

Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah


dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut


Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga
untuk bersukan
Apakah kesan-kesan jangka panjang?

• Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)


• Penyakit Jantung
• Angin Ahmar / Strok
• Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
• Penyakit mulut dan gusi
• Ulser (perut, peptic)
• Osteoporosis
• Kemandulan (tidak boleh hamil)
• Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
• Mati pucuk

Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?

Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran

• Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti


mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
• Menyebabkan pencemaran udara
• Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga
boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
• Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran
MITOS DAN FAKTA-FAKTA BERKENAAN MEROKOK

Mengapa remaja merokok?

Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :

Peribadi :

• Ingin tahu atau ingin mencuba


• Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
• Merasa rendah diri
• Mempercayai mitos merokok
• Memberontak

Sosial :

• Tekanan rakan sebaya


• Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
• Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
• Mencontohi idola popular yang juga perokok

Persekitaran :

• Pengaruh media (contoh : iklan)


• Mudah diperolehi
• Boleh dibeli

Mitos dan kebenaran mengenai merokok

Mitos Kebenaran/kenyataan
• Merokok tidaklah • Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa
membahayakan merokok adalah salah satu penyebab kematian dan
seperti mana yang ketidakupayaan yang serius di Malaysia.
didakwa sesetengah
orang

• Berhenti merokok • Ramai yang gagal untuk berhenti merokok walaupun


adalah mudah setengah dari perokok telah cuba berhenti sekurang-
kurangnya sekali.
• Saya tidak perlu • Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan kepada
bimbang tentang anda sekarang.
akibat buruk merokok
sehingga apabila saya • Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda dengan :
tua.
o Mengurangkan keupayaan anda dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti berat
o Meningkatkan paras karbon monoksida di
dalam badan anda
o Mengubah warna gigi dan jari anda dan
mengurangkan deria rasa anda
o Menyebabkan anda barbau asap rokok
o Membelanjakan wang sebanyak RM500
setahun jika anda merokok 40 batang
seminggu

• Merokok menjadikan • Remaja yang tidak merokok didapati lebih matang.


saya dewasa.

• Merokok • Remaja yang tidak merokok akan mendapat lebih


membolehkan saya ramai kawan kerana sebahagian besarnya kebanyakan
mendapat kawan remaja tidak merokok.

• Merokok memberikan • Ramai remaja yang merokok lebih mudah terlibat


saya inspirasi dalam kegiatan negatif yang berbahaya dan menyalahi
undang-undang

• Merokok nampak • Merokok menjadi semakin kurang diterima


macho dan bergaya masyarakat. Tempat awam adalah kawasan larangan
merokok. dan telah dilarang di kebanyakan tempat
awam di Malaysia. Merokok juga menggalakkan
penuaan.

• Cerut lebih selamat • Cerut tidak mempunyai penapis dan meningkatkan


dari rokok kesan kesihatan yang negatif walaupun ia tidak disedut
sehingga ke dalam paru-paru.

• Tembakau yang tidak • Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis
dibakar adalah lebih tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap. Ia
selamat meningkatkan risiko mendapat barah mulut dan tekak.
BERKATA "TIDAK" KEPADA MEROKOK

Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?

Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.

Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?

• Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk
mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
• Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
• Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
• Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain
pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau
"Pakcik saya mati disebabkan merokok")
• Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda
atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
• Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok"
"Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" .
• Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang
lain.

Bagaimana anda bertegas diri?

• Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
• Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh:
merokok membahayakan kesihatan saya).
• Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.

Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?

• Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
• Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
o Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan
nada suara yang jelas dan meyakinkan.
o Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan
seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
o Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda
perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda
marah).
o Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang.
(sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada
dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana mengatakan "Tidak"?

Teknik Contoh
• "Tidak" yang mudah • "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."

• Beritahu yang benar • "Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"

• Beri alasan • "Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera


ke tempat lain."

• Menukar subjek perbualan • Katakan "tidak" dan teruskan bercakap


perkara lain

• "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok


perlawanan malam tadi tak?"
FAKTA MENGENAI TEMBAKAU DAN MEROKOK

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

• Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-


undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
• Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
• Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Merokok boleh dalam bentuk berikut :

• Rokok
• Cerut
• Tembakau paip
• Seesha

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

• Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
• Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
• 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
• Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan
dengan merokok

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?

• Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
• Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Mengapa merokok merbahaya?

Merokok merbahaya kerana :

• Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah
dan penyakit jantung
• Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Bagaimana merokok itu membahayakan?

• Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
• Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?

Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :

• Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu
penyakit lelah, penyakit jantung dsb.

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

• Tar (bahan untuk membuat jalan raya)


• Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
• Napthylamine (ubat gegat)
• Arsenik (racun anai-anai)
• Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan
ketagihan)
• Kadmium (terdapat dalam bateri)
• DDT (Ubat nyamuk)
• Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
• Butane (gas yang boleh membunuh)
• Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
• Hydrogen cyanide (racun)
• Toluene (bahan pelarut)
• Carbon Monoxide (gas beracun)
Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

• Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda


• Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
• Barah payudara: lebih 11 kali ganda
• Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
• Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
• Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
• Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
• Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
• Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
• Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Adakah perokok pasif kurang bahaya?

Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :

• Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif
mengandungi :
o 2 kali ganda nikotin
o 3 kali ganda tar
o 5 kali ganda karbon monoksida
o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?

Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki
bahan yang dihasilkan dari tembakau.

Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :

• Sekolah
• Hospital dan klinik
• Bangunan-bangunan kerajaan
• Lif
• Kapalterbang
Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?

• Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
• Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
o Tanda fizikal :
ƒ Gelisah
ƒ Menggeletar
ƒ Degupan jantung lebih laju
ƒ Pernafasan cetek / tidak dalam
o Corak pemikiran :
ƒ Gian untuk menghisap rokok
ƒ Berasa risau, gelisah dan bimbang
ƒ Tidak boleh menumpukan perhatian
o Corak Emosi :
ƒ Mudah marah
ƒ Mudah runsing
ƒ Rasa bimbang
ƒ Gelisah
o Pola kelakuan :
ƒ Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
ƒ Tercicir dari sekolah
ƒ Perubahan sikap dan tingkah laku
ƒ Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat
merokok
BERHENTI MEROKOK

Apakah baiknya berhenti merokok?

• Pernafasan bertambah baik


• Stamina meningkat
• Lebih sihat
• Lebih diterima oleh masyarakat
• Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
• Melindungi orang lain dari bahaya merokok
• Menjimatkan wang
• Melindungi persekitaran

Mengapa susah untuk berhenti?

• Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan


• Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk)
adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
• Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
• Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
• Mengatasi gian dan keinginan merokok

Bagaimana cara berhenti merokok?

• Menyedari anda mepunyai masalah.


• Membuat keputusan.
• Menetapkan tarikh berhenti merokok.
• Elakkan pengaruh untuk merokok.
• Minta bantuan dari rakan anda.
• Cari aktiviti yang lebih baik untuk
dilakukan.
• Rancang hari hari tidak merokok anda.
• Bina keyakinan diri.
• Buat peringatan bertulis mengingatkan
anda untuk berhenti merokok / diari
berhenti merokok. berkelah

• Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan - www.infosihat.gov.my, Laman web


Malaysia - www.notobacco.org).
Petua mengatasi keinginan merokok.

• Tarik nafas panjang


• Minum air
• Membuat kerja lain
• Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
• Mandi
• Basuh tangan
• Senaman ringan ( contoh : regangan)
• Sembahyang / meditasi
SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU

Pengenalan

• Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan
dengan tabiat merokok.
• Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi
menggantikan mereka yang telah mati.
• Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
• Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat
merokok sehingga dewasa adalah tinggi.

Apakah matlamat industri tembakau?

Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok.


Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok,
akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.

Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?

Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :

• Lebih matang dan dewasa


• Canggih
• Riang
• Bergaya
• Tenang
• Diterima ramai

Menjadikan rokok :

• Mudah diperolehi
• Boleh dibeli dengan harga yang murah
• Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja

Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :

• Menikmati keseronokan yang lebih


• Merasa lebih tenang

Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :

• Mendatangkan ketagihan
• Membahayakan kesihatan anda
• Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :

• Konsert / panggung wayang


• Majlis / perjumpaan sosial
• Papan iklan
• Media bercetak/ media elektronik

Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?

Adakah anda rasa marah?

Adakah anda berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini mengenai strategi industri
tembakau?

Adakah anda ingin membuat sesuatu untuk mengubah keadaan?

Adakah anda ingin meluahkan rasa tidak puas hati anda?

Adakah anda bersedia untuk bertindak?

• Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda


o Bagaimana?
o Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
ƒ Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
ƒ Suarakan pendapat anda
ƒ Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
ƒ Berinteraksilah atas talian (on-line)

Sumber: http://www.myhealth.gov.my

You might also like