You are on page 1of 24

Disusun Oleh :

Ustaz Safaee b. Zakaria


SMK Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan

DOA­DOA 
KEJAYAAN
KANDUNGAN MUKASURAT 
Kandungan  i 
Secangkir bicara dari penyusun  1 
1. Persediaan menghadapi peperiksaan  2 
A. Persediaan Sebelum Peperiksaan  2 
B.  Persediaan Pada Malam Sebelum Peperiksaan  2 
C.  Tindakan Pada Pagi Hari Peperiksaan  3 
D. Tindakan Pada Hari Peperiksaan  3 
2. Cara Menghadapi Tekanan  4 
A. Buntu Fikiran  4 
B. Keletihan Fizikal  5 
3. Masalah Semasa Peperiksaan dan Cara Mengatasinya  5 
A. Menghilangkan perasaan Gementar  5 
b. Sentiasa Berdoa dan Solat Hajat  5 
4.  Petua Cemerlang Menghadapi Pembelajaran  5 
5.  Teknik Menjawab  6 
A. Panduan Umum  6 
B. Ujian Objektif  6 
C. Ujian Subjektif  7 
D. Ujian Kuantitatif  8 
6. Doa­Doa Yang Berkaitan Untuk Menghadapi Peperiksaan  9 
i.  Doa Kecergasan  9 
ii.  Doa Menghilangkan Darah Gemuruh  9 
iii. Doa Tetapkan Hati  9 
iv. Doa Mahu Tidur  9 
v.  Doa Bangun Tidur  10 
vi. Doa Memasuki Ujian  10 
7. Petua Semasa Menjawab Soalan  10 
i.  Doa Penerang Hati  10 
ii. Doa Bila Terlupa  10 

2i
iii.  Doa Minta Tambah Ilmu  11 
iv.  Doa Minta Dapat Petunjuk  11 
v.    Doa Mudah Faham / Hafal  11 
vi.  Doa Ketika Menemui Kesukaran  11 
vii.  Doa Mendapat Idea Yang Baik  11 
viii. Doa Kebahagiaan Dunia dan Akhirat  12 
ix.  Doa Memohon Kejayaan Cemerlang  12 
8.  Adab Berdoa  12 
9.  Khaifiat Solat Hajat  13 
10. Zikir Harian  14 

3 ii
SECANGKIR BICARA DARI PENYUSUN 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. 
Penyusunan  buku  kecil  ini  adalah    bertujuan  untuk  membantu  para  pelajar  bagi 
menguatkan mental dan keyakinan kepada Allah sebagai tempat untuk meminta pertolongan 
dan tumpuan ketika menghadapi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka. 
Sebenarnya tiada  teknik dan petua­petua tertentu untuk menghadapi peperiksaan, tetapi 
penyusun  telah  mengambil   beberapa  petua  yang  dirasakan  bersesuaian  dengan  keadaan 
dan situasi semasa para pelajar. Apa yang ada dalam buku  kecil ini merupakan sebahagian 
kecil sahaja dan diharapkan pelajar dapat mengamal dan menggunakannya dalam kehidupan 
seharian. 
Buku  ini  mengandungi  beberapa  teknik,  petua  dan  cara­cara  menghadapi  peperiksaan 
dan  doa­doa  yang  ringkas    tetapi  amat  berguna  kepada  pelajar  dalam  menghadapi 
peperiksaan.  Disamping  itu  juga  penyusun  telah  memuatkan  cara­cara  mengerjakan  solat 
sunat hajat secara ringkas dan zikir­zikir harian yang perlu diamalkan oleh para pelajar. 
Mudah­mudahan  buku  kecil  yang  tak  seberapa  ini  boleh  menjadi    pemangkin  kepada 
kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. Amin 
……….. 
Sekian, 

Salam dari penyusun 

Ustaz  Safaee b. Zakaria 
Makmal Komputer 
SMKJ. 
18 Mei 2008 / 12 Jamadil  Awal 1429 

1 4 
1. PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

A. Persediaan sebelum peperiksaan. 

1.  Belajar  dengan  bersungguh­sungguh  dan  membuat  ulangkaji  semua 


matapelajaran yang diambil dalalam peperiksaan dengan konsisten. Anggaplah 
peperiksaan ini merupakan peperiksaan terakhir dalam hidup anda. Anggaplah 
jika anda gagal dalam peperiksaan ini anda akan gagal dan kecewa sepanjang 
hayat anda. 
2.  Tanamkan  azam  dan  semangat  untuk  berjaya  dan  ini  dapat  diperkuatkan 
sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun. 
Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Aku Boleh Berjaya’ atau 
‘I Can Do It’. 
3.  Kurangkan  meminum  minuman  teh  dan  kopi.  Jangan  gunakan  dadah 
perangsang  seperti  Amfetamin  atau  ‘Pep  Pills’  yang  senang  disalahgunakan 
oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. 
4.  Hadkan  aktiviti  anda  hanya  kepada  perkara­perkara  yang  penting  sahaja. 
Menonton  TV  hanya  untuk  melepaskan  tekanan  perasaan  sahaja.  Jangan 
menonton  drama  bersiri  kerana  anda  akan  terikat  untuk  mengetahui 
kesudahan cerita tersebut sehingga akhir, sedangkan masa anda adalah untuk 
mengulangkaji pelajaran. 
5.  Pastikan  anda  mengetahui    maklumat  mengenai  peperiksaan  yang  akan 
dihadapi  seperti : 

a.  Maklumat umum peperiksaan. 
i.  Nama pusat peperiksaan 
ii.  Nombor pusat 
iii. Angka giliran 
iv. Lokasi tempat, keadaan fizikal bilik/kawasan 
v.  Kenderaan untuk sampai ke tempat peperiksaan 
vi. Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus) 
vii.Jadual Peperiksaan 

b.  Maklumat Kertas peperiksaan 
i.  Nombor kertas 
ii.  Bilangan kertas 
iii. Syarat lulus 
iv. Tarikh

25
v.  Masa 
vi. Sesi/Bahagian kertas 
vii.Arahan spesifik 
viii.  Format kertas peperiksaan

B. Persediaan pada malam sebelum peperiksaan. 

1.  Ulangkaji  pelajaran yang akan anda hadapi esok hari 


2.  Tidur  awal  agar  anda  dapat  bangun  awal  dan  mendapat  rehat  yang 
secukupnya 
3.  Semak jadual waktu peperiksaan pastikan kertas apa yang akan anda hadapi 
esok. 
4.  Solat sunat hajat dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan sebelum tidur 
5.  Membaca doa sebelum tidur 
6.  Sembahyang fardu subuh / sunat selepas bangun 
7.  Sekiranya  anda  perlu  pengangkutan  untuk  ke dewan peperiksaan, anggarkan 
masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.

C. Tindakan pada pagi hari peperiksaan 


Berikut beberapa panduan sebelum anda pergi periksa:­ 
1.  Bangun awal­awal pagi supaya sempat menunaikan solat subuh dan berdoa. 
2.  Berdoalah kepada Allah (swt) untuk memohon pertunjuk dan kekuatan. 
3.  Ambillah sarapan pagi yang sederhana. 
4.  Ambillah makan tengah hari yang sederhana, terutama jika ada kertas lagi di sebelah 
petang. 
5.  Jangan ada rasa gugup, takut dan gelisah, tenteramkan jiwa. 
6.  Tiba  awal  sebelum peperiksaan dimulakan. 
7.  Hindarkan  daripada  perkara­perkara yang  boleh  mengganggu  fikiran  dan  ingatan 
anda. 
8.  Jangan terlalu terpikat dengan soalan­soalan lama dan soalan­soalan ramalan. 
9.  Bawa  keperluan­keperluan  peperiksaan  yang  cukup  seperti  pen,  getah 
pemadam, pembaris, pensil, gam, kad pengenalan, slip peperiksaan dan sebagainya. 
10. Pastikan anda sampai awal di pusat peperiksaan. 

3 6 
D. Tindakan pada hari peperiksaan 

Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan 

1.  Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Perkara ini sangat penting 


bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja. 
2.  Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas. 
3.  Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu­buru. 
4.  Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: 
Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang 
dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan 
diri  daripada  mereka  supaya  anda  tidak  merasa  panik.  Misalnya,  apabila 
berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini 
akan  menakutkan  anda.  Kalau  perlu  dan  kalau  ada  masa,  belek  nota­nota 
supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan. 
5.  Apabila  dibenarkan  masuk  ke  dalam  dewan,  tentukan  bahawa  tempat  duduk 
anda  memuaskan.  Adakah  tempat  itu  terlalu  sejuk  atau  terlalu  panas? 
Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai? 
6.  Baca dengan teliti format dan arahan pada kertas soalan peperiksaan. 
7.  Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab 
dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum 
menjawab. 
8.  Tulis dengan jelas dan cepat 
9.  Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal. 
10. Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya. 
11. Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh 
para pengawas peperiksaan.

2. CARA MENGHADAPI TEKANAN

A. Buntu fikiran. 

a.  Keadaan  ini  boleh  disebabkan  oleh  kurang  persediaan  yang  lakukan  seperti 
kurang  membuat  ulangkaji  atau  latih  tubi,  oleh  itu  sentiasalah  membuat 
ulangkaji  dan  latih  tubi  setiap    hari dan  minggu  walaupun  peperiksaan  masih 
jauh lagi. 
b.  Jika  keadaan  buntu  fikiran  berlaku  semasa  dalam  dewan  peperiksaan,  anda 
hendaklah  bertenang  dan  jangan  gementar  atau  gelabah.  Anda  boleh 
mencuba cara ini bagi menenangkan fikiran, iaitu : 

74
i.  Bernafas panjang dan dalam­dalam beberapa kali 
ii.  Bersantai iaitu berehat sekejap lebih kurang 2 – 3 minit. 
iii. Cuba ingatkan semula fakta,  dengan cara  mengingati fakta yang 
berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya. 
iv. Baca selawat keatas rasul beberapa kali. 
v.  Baca doa no 2 di muka surat    12 berulang kali

B. Keletihan Fizikal 
a.  Jaga masa tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. 
b.  Rehatkan tangan, mata dan otot­otot semasa menjawab soalan sekali sekala. 
c.  Ambil angin sebentar 
d.  Basuh muka dengan air sejuk jika perlu.

3. MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN DAN CARA MENGATASINYA


A Menghilangkan perasaan gementar 

o  Buatlah persediaan awal secara  menyeluruh sebelum menghadapi 
peperiksaan 
o  Latih mental untuk menghadapi situasi yang mendesak dan tertekan 
o  Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan 
o  Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas. 
o  Rehatkan fikiran 
o  Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif 
o  Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik 

B.  Sentiasa berdoa dan mendirikan solat sunat hajat 

o  Dirikan Solat sunat  hajat sebelum tidur pada setiap malam 


o  Sentiasa membaca doa sebelum keluar rumah 
o  Sentiasa membaca doa apabila menemui sesuatu yang sukar 
o  Sentiasa membaca doa apabila hati menghadapi kesedihan 
o  Sentiasa membaca doa apabila terkena kesedihan hati 

4. PETUA CEMERLANG DALAM MENGHADAPI PEMBELAJARAN

i.  Sediakan jadual waktu belajar yang sistematik. 
ii.  Mengetahui sukatan pelajaran. 
iii.  Mempunyai tempat belajar (bermutalaah) yang sesuai dan selesa. Belajar 
bermula daripada awal tahun lagi 

5 8 
iv.  Membuat catatan dan nota kecil / poket semasa membaca. 
v.  Pastikan jiwa sentiasa tenteram dan tenang dengan sentiasa berzikir 
kepada Allah. ( Anda boleh mengamalkan zikir pada mukasurat 18 ) 
vi.  Membaca pada waktu tengah malam dan pada waktu pagi atau pada masa 
yang sesuai dengan keadaan anda. 
vii.  Mempunyai bahan rujukan yang sesuai seperti buku nota, peta minda dan 
sebagainya. 
viii. Banyakkan latihan menjawab soalan 
ix.  Rajin serta selalu  bertanya guru jika ada masalah mengenai pelajaran. 
x.  Sentiasa mengadakan perbincangan melalui kumpulan. 
xi.  Berdoa serta bertawakkal kepada Allah (SWT) setelah berusaha dengan 
bersungguh­sungguh.

5. TEKNIK MENJAWAB

A. Panduan Umum

·  Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu 
·  Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu 
·  Tinggal dahulu soalan yang sukar 
·  Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh 
·  Rancang jawapan (lakar jawapan)  dengan mencatat isi­isi penting sebelum 
menjawab.

B. .Ujian Objektif

·  Baca arahan dengan teliti 
·  Baca soalan dan  fahami kehendak soalan terlebih dahulu, baca beberapa kali 
supaya anda dapat memahami kehendak soalan 
·  Analisa soalan­soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau 
bayangan (clue) 
·  Tandakan jawapan bila anda  pasti betul jawapannya 
·  Tinggalkan dahulu soalan yang anda belum pasti jawapannya. Setelah anda 
habis menjawab, balik semula kepada soalan­soalan yang anda tinggal tadi. 
·  Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan. 

6

·  Ambil perhatian kepada perkara­perkara yang boleh mengelirukan anda dalam 
soalan seperti tidak benar, bukan, kecuali atau gambarajah dalam soalan. 
Gariskan perkataan tersebut agar anda tidak terkeliru. 
·  Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh 
menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan 
yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja. 
·  Olah balik soalan supaya senang difahami. Cari contoh­contoh yang boleh 
menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba 
dapatkan jawapan yang setepat mungkin. 
·  Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang 
lain 
·  Cuba teka adalah usaha terakhir 
·  Semak semula semua  jawapan setelah anda selesai menjawab sehingga anda 
berpuas hati 

C. Ujian Subjektif

i. Sebelum Menulis

·  Baca arahan dengan teliti 
·  Baca semua soalan dengan pantas dahulu 
·  Analisa dan tanda bahagian­bahagian atau pokok soalan yang hendak dijawab. 
·  Gariskan perkataan kunci dalam soalan dan fahamkan maksudnya. 
·  Catat isi­isi penting di tepi soalan. 
·  Susun isi­isi penting (panduan jawapan) 

Semasa Menulis 

·  Awasi penggunaan masa 
·  Jawab semua bahagian soalan (jangan tertinggal) 
·  Jawab tepat kepada kehendak soalan terutama ayat pertama. 
·  Ikut garis panduan jawapan 
·  Urutan jawapan secara perenggan dan nombor. Perlu ada kesinambungan. 
·  Tulis isi yang relevan saja. 
·  Pastikan setiap jawapan anda mempunyai fakta / isi anda mempunyai  huraian 
7
10
·  Jangan menyeleweng atau cuba meniru. 
·  Baca sekali lagi jawapan sebelum menyerahkan kepada pengawas 
peperiksaan.

D. Ujian Kuantitatif ( Mata pelajaran matematik, sains dan teknikal)


·  Baca arahan dengan teliti 
·  Jawab soalan yang boleh dijawab lebih dahulu. 
·  Balik kepada soalan yang sukar dan analisa supaya dapat sedikit isi jawapan 
sekurang­kurangnya. 
·  Gunakan masa dengan baik. 
·  Tunjukkan cara atau mendapat jawapan selain daripada jawapan akhir. 
·  Susun atur jawapan dengan jelas. 
·  Semak jawapan. 
·  Tambah/betulkan apabila perlu.

6. DOA­DOA YANG BERKAITAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

i.

8
11
ii.

iii.

iv.

5.v.

9
12
vi. 

7. PETUA SEMASA MENJAWAB SOALAN

i. 

ii.

iii.

10
13 
iv.

v.

vi. 

11
14 
vii. 

viii. 

Doa memohon kejayaan cemerlang dibaca sebelum tidur setiap


ix. 
hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan

Ertinya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, 
tempat para syuhada' dan kehidupan orang­orang bahagia serta 
kemenangan mengatasi musuh

12
15
8. ADAB BERDOA

13
16
14
17 
15
18 
Selepas salam sujud sekali lagi dan baca zikir dibawah

5. 

6. 

7. 

16
19
17
20 
Catatan

1821
Catatan

1922
Catatan

20
23
24

You might also like