You are on page 1of 15

KEPIMPINAN RABBANI DI

SEKOLAH
PENDAHULUAN
• Pengetua sebagai peneraju utama
membangunkan modal insan di sekolah.
• Kepimpinan yang ditunjukkan Rasullullah SAW
merupakan langkah yang terbaik bagi
membina generasi manusia.
• Kepimpinannya yang yang sentiasa
menghubungkan diri dengan ALLAH
merupakan model Kepimpinan Rabbani dan
menjadi contoh kepada umat Islam.
• Kebijaksanaan pengetua menggunakan
pertimbangan berasaskan rabbani dapat
memimpin orang lain menggerakkan program
pendidikan dan membangkitkan budaya
pembelajaran untuk mendapatkan keredhaan
ALLAH SWT.
DEFINISI KEPIMPINAN
• Satu proses mempengaruhi kegiatan-kegiatan
individu atau kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat dalam sesuatu keadaan.
• Kepimpinan berbeza dengan pengurusan
kerana pengurusan adalah satu bentuk
kepimpinan yang mementingkan matlamat
organisasi.
• Dalam dunia Islam, kepimpinan diberi
perhatian sejak zaman Rasulullah SAW.
• Baginda menganjurkan agar dilantik seorang
pemimpin walau dalam kumpulan kecil
sekalipun.
• Sabda Rasullah SAW yang bermaksud
“ Apabila tiga orang keluar bermusafir,
maka dilantik seorang daripadanya sebagai
ketua”
KONSEP KEPIMPINAN RABBANI
• Rabbani bermaksud manusia yang mempunyai
hubungan yang erat dengan ALLAH SWT.
• Rabbani sebagai orang yang mempunyai ilmu
yang sempurna dan diamalkannya.
• Rabbani juga ialah sebagai orang yang bijak
mentadbir segala urusan manusia.
Rabbani dipecahkan kepada:
1) Manusia yang menyembah ALLAH SWT
2) Manusia yang memiliki dan memahami ilmu
ketuhanan.
3) Manusia yang berilmu dalam ilmu agama dan
ilmu dunia
4) Orang yang berilmu, beramal dengan ilmunya
dan mengajarnya kepada orang lain.
5) Manusia yang meletakkan matlamat dan hala tuju
kehidupannya adalah semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan ALLAH SWT yang
menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai
Panduan
Peranan Manusia Sepanjang Hayat
• Hamba ALLAH SWT
• Khalifah ALLAH SWT
• Menerima hakikat kehidupan di dunia sebagai
ujian.
• Melakukan amalan yang terbaik dan disertai
dengan niat yang ikhlas menjadi faktor untuk
mendapat keredhaan ALLAH SWT
• Sesuatu kebaikan menjadi lebih bermakna jika
diamalkan secara bersama/ berjemaah.
– Cth. solat berjemaah
ASAS PERTIMBANGAN DALAM
KEPIMPINAN RABBANI
• Pengetua menyelidik kekuatan dan kelemahan
sekolah yang dipimpinnya
• Pertimbangan yang betul mendorong pengetua
memainkan peranan melakukan usaha-usaha
penambahbaikan di sekolah
• Pemimpin yang ada asas rabbani punyai landasan
aqidah yang utuh dan punyai pertimbangan setiap
tutur kata, tingkah laku, dan niat amalannya.
• Kepimpinan Islam hendaklah dirujuk kepada al-
Quran dan sunnah
ASAS PERTIMBANGAN PEGANGAN

• Kepimpinan Rasulullah SAW memberi keutamaan


kepada pegangan aqidah sbg asas pertimbangan
ketika membina negara Madinah
• Baginda melantik seorang pemimpin dalam
setiap misi perjuangan dan menganjurkan supaya
mengambil kira pegangan Tauhid dengan
bertaqwa kepada ALLAH SWT
ASAS PERTIMBANGAN BIMBINGAN
• Rasulullah SAW mengistiharkan kepimpinan Baginda
dalam kalangan warga Madinah antara orang Islam
dan orang yahudi dengan Piagam Madinah.
• Baginda memberikan bimbingan kpd sahabat yang
berjuang di medan perang agar patuhi etika jihad
iaitu tidak boleh menipu, khianat, kejam, dan bunuh
orang lemah.
• Nasihat dianggap bimbingan yang menggambarkan
etika Islam ketika berjihad.
ASAS PERTIMBANGAN PERSEFAHAMAN
• Rasulullah SAW mengikat hubungan kemanusian
antara Islam dan Yahudi di Madinah
• Baginda erat silaturrahim dgn mempersudarakan
orang Muhajirin penduduk asal Mekah yang
berhijrah ke Madinah dengan orang Ansar
penduduk asal Madinah.
• Baginda mengambil asas pertimbangan
persefahaman sbg asas membentuk masyarakat
yang aman dan harmoni di Madinah.
• Rasulullah SAW memberi amanat kepada para
sahabat sebelum berjihad agar terangkan tujuan
peperangan kepada musuh dgn memberi pilihan
untuk mereka menerima Islam atau sebaliknya.
• Setiap risiko yang ditanggung oleh musuh difahami
dan dipersetujui
• Persefahaman merupakan salah satu bentuk
hubungan manusia dititikberatkan biarpun
berhadapan dgn musuh.
• Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi
kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai
samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu
daripadanya mengadu kesakitan ia melibatkan
seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan
demam.
ASAS PERTIMBANGAN KETERAMPILAN
• Kebijaksanaan Rasulullah menyusun strategi dan
menggunakan kepakaran orang lain membantu
baginda membina negara Islam Madinah
• Bermula dgn perancangan membunuh Nabi, stategi
perjalanan Nabi ke Madinah, stategi menggunakan
sumber manusia ketika Nabi bersembunyi di gua Hira’.
• Baginda menggunakan pertimbangan ketrampilan
untuk hadapi segala ancaman bagi jayakan usaha
hijrah.
• Kebijaksanaan seseorang menggambarkan
ketrampilannya menghadapi situasi kerana ilmu,
keyajinan dan kemahiran yang dimiliki.
• Banyak hadis menganjurkan tentang kepentingan
ilmu dan juga kemahiran
• Umat Islam hendaklah memiliki kemahiran ilmu
mengurus diri dan ilmu mengurus sistem,
kemahiran berfikir, kemahiran berorganisasi,
kemahiran berstrategi dan kemahiran
berkomunikasi.
• Setiap pengetua hendaklah mengambil
pertimbangan pegangan, pertimbangan
bimbingan, pertimbangan persefahaman dan
pertimbangan ketrampilan bagi menonjolkan
kepimpinan Rabbani untuk dapatkan keredhaan
ALLAH SWT.

You might also like