You are on page 1of 11

PRABACAAN

Pendahuluan

Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai


murid sekolah rendah , terutama yang tinggal di luar bandar tidak boleh membaca
atau tidak cekap membaca bahasa Melayu. Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak
boleh membaca’ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula
antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal , dan menggubal
cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar
daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang ‘senang’ pada
akhir tahun 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara
sistematik.

Antara perkara yang perlu diambilkira oleh guru ialah sistem ejaan Bahasa Melayu
seperti fonemik yang bermaksud hubungan antara perkataan dengan simbol. Selain
itu aspek yang perlu diberi keutamaan ialah suku kata dan perkataan yang mudah,
jelas dan tepat. Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya
sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus
kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat
awal.

Disamping itu, murid-murid Melayu telah pun mengetahui bahasa Melayu dan
mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka
terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu
sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua. Jika kita meniru kaedah
mengajar membaca bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua untuk mengajar
mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kesukaran dan untuk
murid-murid .

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang boleh digunakan oleh guru-
guru iaitu ‘kaedah abjad’ , ‘kaedah fonik’, ‘kaedah pandang dan sebut’, ‘kaedah dan
eklektik’. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting kerana
jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka
membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan
terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau
daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat
kekurangan. Murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi
kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (3M) nanti, kejayaannya bergantung dari segi matlamat supaya semua
murid dapat membaca, menulis dan mengira. Antara faktor yang mempengaruhi
kemahiran prabacaan murid adalah melalui bahan-bahan dan buku-buku yang
sesuai, padat dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu
haruslah menarik dan berisi pelbagai ‘ilmu pengetahuan’, mesej nilai murni, dan
sebagainya.

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca
dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak
beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan
daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius.
Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca termasuk menulis dan mengira
diberi perhatian oleh semua pihak seperti Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan
ibu bapa kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi
alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah,
Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni Perusahaan, mata
pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain.

Kemahiran 3M adalah ‘alat’ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan
membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai
3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari.
Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat ‘mengenal
huruf’ sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai
‘functionally literate’ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan
seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar, dan menulis
surat-surat urusan harian sendiri. Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas
yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. menjejakkan kaki di bangku
sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal
ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai ‘biasa’ bahawa di antara
tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat
membaca dan menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin
diberikan, tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa
mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis
dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran
tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula .

Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan


membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid darjah 1, di sekolah-
sekolah . Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah normal dari segi keupayaan
belajar. Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan
walaupun mungkin dalam bentuk dialek, menguasai perbendaharaan kata yang
mencukupi akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu .Kaedah Abjad boleh
dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam
tulisan Melayu iaitu a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama
huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. , ada juga nyanyian yang menggunakan
huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-
huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan
diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan serta bacaan ayat pendek
Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk
mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat . Kaedah abjad yang
begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi
kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan
dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh
membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak
panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah
Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih
bermakna daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya batu,
rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan
yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap
hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan
asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh
perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.
Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan
sebagainya. kad-kad imbasan digunakan untuk menunjukkan gambar dan
perkataan. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan
lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa
puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru
diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang
mewakilinya.

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di
antara simbol (huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship) supaya
kemudian mereka dapat membaca perkataan-perkataan. Murid-murid tidak diajar
nama-nama huruf, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan
dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’, ‘t’ – ‘tah’, ‘s’ –‘ss’. ‘u’ – ‘uu…’, ‘z’ –
‘zz…’, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan
bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan
sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-
perkataan – ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid
diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.
Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, suku kata
kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali
digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu.
Kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan
dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.
Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi
huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak
panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum
Kaedah ini adalah kaedah campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid,
situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang
menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan
sintetik-analitik. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa
Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini,
ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk
mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. Kemudian jika diperhatikan
betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak banyak yang mengajar kurang
sistematik. Kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi sistematik juga menitikberatkan
keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku-katanya, dan
tatabahasanya, serta keadaan pembelajaran murid-murid Melayu. Justeru, guru
harus mencipta Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa
Melayu sebagai bahasa pertama.

Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid


peringkat awal iaitu prabacaan yang dicadangkan di sini berasaskan
sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik . Selain itu ia
melibatkan suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas
Disamping itu, ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan ‘kaedah pandang dan
sebut’ boleh digabungkan. Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke
tahun 1 telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi
untuk terus belajar membaca. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita
boleh menggabungkan terus ‘kaedah fonik’ dan ‘kaedah pandang dan sebut’ dalam
satu pelajaran membaca, pada peringkat awal. Kita tidak perlu menunggu murid-
murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka
disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan kita tidak begitu perlu
memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a, b, c… sampai z secara
tertib.

Kaedah gabungan ini mencadangkan murid-murid diperkenalkan kepada bunyi


beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata
dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu dua pelajaran. Dengan cara
begini dalam dua, tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa
perkataan dan ayat, dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham
akan yang dibaca. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa
contoh iaitu mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a o u
dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini
beberapa kali, selang-seli. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf
konsonan, misalnya: k m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi
beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu
dengan jelas. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya
menjadi suku kata: da di duka ki k u
sa si su . kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan
bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan,
melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan
minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi
mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat
apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.
Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan
ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun.
Selain faktor fizikal, emosi dan mental, factor persekitaran amat mempengaruhi
kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah
dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling
membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih
cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak
mendapat peluang yang sama. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa
peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak
dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan
sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-
kanak, ibubapa dan guru.” Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini
samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam
perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh
berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan
menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap
sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran
membaca, Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini
dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-
peringkat bacaan seperti yang di bawah. Meniarap merangkak berjalan ( mahir
membaca peringkat rendah) membaca membaca peringkat tinggi) .Aktiviti
Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan
membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat
prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan
penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan
latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad
hingga membaca ayat.
PRATULISAN

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan,


peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan
adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini
latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada
murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran
membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang
dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan
yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara
seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti
mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya
murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis
dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja,
di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis
bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.

Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan


memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-
latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan
koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah
seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan
membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke
kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan
antara bulatan dan garis lurus secara bebas. Setelah murid-murid menjalankan
latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan
cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada
peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang
tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih
membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk
huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula
daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis
terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh
dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan
terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di
atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang
betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang
seragam.
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian
kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-
lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga
diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu
guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan
menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas
yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku
yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat
dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis
mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan
menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya
menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini
diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang
mudah.

Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan


fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada
yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat
kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang
boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam
ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat
yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan
ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan.
Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita,
menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapan
kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis
karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan
supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.
Bibliografi

1.Siti Hajar Abdul Aziz, (2009), Bahasa Melayu II, Oxford Fajar, Kuala Lumpur

2.Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Abdul Aziz, (1997), Pengajian Melayu 2, Kumpulan
Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur

3.Siti Hajar Abdul Aziz, (1997), Pengajian Melayu 1, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala
Lumpur

4.http://literasibahasa.blogspot.com/2009_06_28_archive.html

5. www.geocities.com/.../1_Wan_Mohd_Madehi_b_Wan_Ali.doc

6. ctfazira.blogspot.com/2009/09/pratulisan.html

7. www.scribd.com/doc/19427578/null

You might also like