You are on page 1of 15

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETERANGAN MENGENAI
MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
-------------------------------------------------

1. Tarikh Majlis Konvokesyen

1.1 Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-34 akan diadakan di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada:

Tarikh : 09 hingga 13 Oktober 2010

Hari : Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (10 sesi)

Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis
Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (rujuk Lampiran
1) melalui laman web rasmi Bahagian Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my.

2. Kehadiran Graduan

2.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, ijazah dan diploma hendaklah
biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen
dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya
sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.

2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi
yang ditetapkan.

2.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun


mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.

3. Yuran Graduan

3.1 Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak adalah
diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut:

Graduan Diploma Pendidikan (DPLI) : RM 100.00


Graduan Ijazah Bacelor : RM 100.00
Graduan Diploma : RM 75.00

3.2 Yuran Graduan UPM/Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/EKSEKUTIF yang menghadiri Majlis
Konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 07 Oktober 2010 sama
ada menggunakan:-

(a) SLIP BANK CIMB Bank yang dikepilkan bersama-sama surat ini kepada
“BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA”; ATAU

Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen UPM Ke-34 versi bahasa


Inggeris boleh dilayari di www.akademik.upm.edu.my

The English version of the information on the 34th UPM Convocation


Ceremony may be accessed at www.akademik.upm.edu.my

1
(b) CIMBClicks (tertakluk graduan atau keluarga graduan merupakan pemegang
akaun CIMB Bank) iaitu perkhidmatan perbankan peribadi melalui internet yang
disediakan oleh CIMB Bank Berhad. (Untuk maklumat lanjut, sila layari
laman web http://www.cimbclicks.com.my); ATAU

(c) Kad kredit MasterCard atau Visa. Graduan boleh membuat pembayaran melalui
kad kredit:

(i) dengan mengisi Borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit Authorisation
Form) dan menghantar melalui faksimile ke 03-8947 2048. Borang berkenaan
boleh diperolehi melalui laman web http://www.bursar.upm.edu.my/ di
bawah menu KEWANGAN PELAJAR.

(ii) Wakil graduan yang ingin membuat pembayaran bagi pihak graduan perlu
mengetahui nombor matrik graduan untuk dimaklumkan kepada petugas
kaunter.

(PERINGATAN : Kadar minima bagi pembayaran melalui kad kredit


di kaunter adalah sebanyak RM 100.00).

(d) Melalui Kad Kredit Visa/Master Card dan Debit Card di kaunter Pelanggan
Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran UPM atau kaunter
sementara Bendahari yang berada di Kompleks Akademik Pusat pada 02
– 07 Oktober 2010.

3.3 Bagi graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, yuran graduan boleh dibayar
pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari III (Tingkat
Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM). Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan
selepas tarikh konvokesyen dan selepas segala yuran termasuk yuran
graduan dan hutang tertunggak (jika ada) dijelaskan.

3.4 Bagi graduan yang membuat pembayaran dengan menggunakan:

(a) SLIP BANK, graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan SLIP BANK
tersebut (salinan Bendahari UPM) sebagai bukti yuran telah dijelaskan semasa
meminjam pakaian akademik. (PERINGATAN : JANGAN POS SLIP BANK KE
UPM); ATAU

(b) Perkhidmatan CIMBClicks, graduan/wakil graduan hendaklah sama ada


membawa :-

(i) salinan cetakan transaksi wang tersebut; ATAU

(ii) nombor rujukan transaksi (8 digit) seperti contoh berikut:


Trans Ref No
00065018

3.5 Graduan/wakil graduan yang tidak membawa mana-mana salinan transaksi di atas,
mereka hanya boleh datang untuk meminjam pakaian akademik sehari selepas (untuk
proses pengesahan) urusan pembayaran menggunakan CIMBClicks dilaksanakan.

4. Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik

4.1 Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan sebelum meminjam
pakaian akademik. Resit/Kupon rasmi yang membuktikan bahawa yuran graduan telah
dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.

2
4.2 Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen
hendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna maroon),
sehelai hood (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar board. Manakala
pakaian akademik bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah (warna kelabu) dan
satu unit mortar board.

4.3 Graduan diminta memastikan:

(a) jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Lanjutan,
Ijazah Bacelor atau Diploma.

(b) hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti.

(c) pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan

4.4 Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian


pakaian akademik yang dipinjam.

4.5 Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat,
UPM. Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan
lancar dan teratur (terutama pada hari Sabtu dan Ahad), semua graduan dikehendaki
mengenal pasti dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik
sebagaimana berikut:

Mulai 02 Oktober 2010 hingga 07 Oktober 2010

Tarikh Masa Graduan Yang Terlibat

02 Oktober 2010 (Sabtu) 8.30 pg – 4.30 ptg Semua Sesi

(Pastikan semua graduan


melalui semua kaunter
yang disediakan oleh pihak
Urus Setia semasa urusan
peminjaman jubah bagi
mengelakkan sebarang
masalah ketika menyertai
Majlis Konvokesyen kali ke-
34)
03 Oktober 2010 (Ahad)

8.30 pg – 12.30 tgh


04 Oktober 2010 (Isnin)
2.15 ptg – 4.30 ptg
Rehat
05 Oktober 2010 (Selasa) 12.30 tgh – 2.15 ptg

06 Oktober 2010 (Rabu) 2.15 ptg - 4.30 ptg Semua Sesi


(Kaunter pakaian
akademik ditutup
sementara pada sebelah
pagi untuk Majlis
Taklimat dan Raptai
Konvokesyen bagi
graduan yang menerima
skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4
dan 5)

3
Tarikh Masa Graduan Yang Terlibat

07 Oktober 2010 (Khamis) 2.15 ptg - 4.30 ptg Semua Sesi


(Kaunter pakaian
akademik ditutup
sementara pada
sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan
Raptai Konvokesyen
bagi graduan yang
menerima skrol pada
Sesi 5, 6, 7, 8 dan 10)

4.6 Graduan tidak perlu risau bagi mendapatkan saiz jubah yang sesuai kerana saiz jubah
yang ada adalah mencukupi.

4.7 Graduan juga kehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2010 Secara
’On-line’ bermula 21 September 2010 (Selasa) melalui 2 sistem kajian seperti
berikut:

(a) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pengajian Tinggi)


(Laman Web: http://graduat.mohe.gov.my)

(b) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Universiti Putra Malaysia)


(Laman Web: http://www.alumni.upm.edu.my/tracer2010/index.php)

* Sila cetak Kedua-dua Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa
bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di
kaunter semakan (Kaunter Alumni). Kegagalan graduan mengemukakan slip
pengesahan ini akan menyebabkan kerumitan semasa berurusan sepanjang minggu
konvokesyen berlangsung.

4.8 Pakaian akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula pada atau selewat-
lewatnya 17 Oktober 2010 sebelum jam 4.15 petang di Kompleks Akademik Pusat.

(Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan
dalam album/skrol semasa hari konvokesyen).

4.9 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat
memulangkan pakaian akademik mulai 18 Oktober 2010 (Isnin) iaitu RM10.00 hari
pertama selepas tarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari
berikutnya. Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III,
Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan
semasa memulangkan pakaian akademik.

4.10 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan
pakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.

4.11 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan
skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar
bayarannya adalah seperti berikut:

Jubah Hood Mortar Board Bonnet

Ijazah Bacelor RM 280.00 RM 35.00 RM 50.00


Diploma RM 150.00 - RM 50.00
Master RM 350.00 RM 35.00 RM 50.00
Ph.D RM 400.00 RM 35.00 - RM 70.00
4
5. Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen

5.1 Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah,
dalam majlis itu, berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah 1):-

Wanita
- pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang
dan lengkap menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai
pakaian akademik.
- Warna pakaian adalah bebas.
- Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar
menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah
disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing
(program Bacelor).
- Kasut hendaklah berwarna gelap dan bertutup pada bahagian
hadapan dan belakang.
- Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang/kasut
berwarna cerah atau putih adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Skirt pendek TIDAK DIBENARKAN.

Lelaki
- Kemeja lengan panjang berkolar, bertali leher dan lengkap memakai kot,
berseluar slack berwarna gelap atau lengkap memakai Lounge Suit
berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai
pakaian akademik.
- Seluar jeans dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN.
- Kasut sukan/selipar/kasut berwarna cerah atau putih TIDAK
DIBENARKAN.
- Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.

5.2 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan
supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. Graduan yang
TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk,
berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Bacelor dan
Diploma.

6. Kad Jemputan

6.1 Kad jemputan dan arahan lain hanya akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan
meminjam pakaian akademik.

6.2 Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah
diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.

6.3 Setiap graduan akan diberikan dua (2) kad jemputan untuk dua orang tetamu graduan
bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

7. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen

7.1 Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan
Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seperti maklumat berikut:

7.1.1 06 Oktober 2010 (Rabu) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah
graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5
(rujuk Lampiran 1); dan

5
7.1.2 07 Oktober 2010 (Khamis) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat adalah
graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8, 9 dan 10
(rujuk Lampiran 1).

7.2 Semua graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami
acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti.

7.3 Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak


menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai
Majlis Konvokesyen UPM Ke-34.

8. Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen

Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki
meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM
(rujuk di Lampiran 2).

8.1 Sesi Pagi

Graduan yang hadir untuk sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya
pada jam 7.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula pada jam 8.00 pagi.

8.2 Sesi Petang

Graduan yang hadir untuk sesi petang hendaklah berkumpul di tempat letak kereta
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-
lewatnya pada jam 1.45 tengah hari tersebut. Perarakan graduan akan bermula
pada jam 2.10 petang.

Surau disediakan di Bangunan Pentadbiran dan di sisi kiri dan kanan Pusat Kebudayaan
dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selain dari Masjid UPM untuk
memudahkan graduan beragama Islam menunaikan solat fardu Zohor.

8.3 Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke kampus, graduan diminta mematuhi
arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas.

8.4 Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis
Konvokesyen.

8.5 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa
majlis berlangsung.

8.6 Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan


sehingga majlis selesai.

9. Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan

9.1 Pakaian - Tetamu Lelaki : Kebangsaan / Lounge Suit / Batik / Tertib


: Songkok bagi Sesi 1 dan Sesi 3

- Tetamu Perempuan : Kebangsaan / Sopan

9.2 Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas.

6
9.3 Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit
tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.

9.4 Bagi tujuan memudahkan aliran pergerakan tetamu dan para graduan masuk dan
ketika berada didalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM. Sila rujuk pelan Dewan berkenaan di Lampiran 3.

10. Cara Pengurniaan

10.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung akan
ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas.

10.2 Graduan akan menerima album/skrol masing-masing secara individu di atas pentas
daripada DYMM Tuanku Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor.

11. Mengambil Skrol/Transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma

11.1 Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma masing-masing
sebaik sahaja sesi konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Graduan mestilah menunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yang
yuran tersebut telah dijelaskan;

(b) Graduan perlu memulangkan pakaian akademik yang dipinjam dari Universiti.
Borang permohonan skrol/transkrip hanya akan diedarkan kepada graduan yang
telah memulangkan pakaian akademik bagi urusan pengambilan skrol/transkrip.

(c) Bagi graduan program Ijazah Bacelor dan Diploma UPM Serdang, skrol/transkrip
mereka boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM, pada tarikh-tarikh yang
ditetapkan. Sila rujuk makluman yang dimuatkan dalam album dan skrol selepas
majlis pengurniaan/penyampaian Ijazah Bacelor dan Diploma.

(d) Bagi graduan program PJJ/EKSEKUTIF, skrol/transkrip mereka boleh diambil dari
Pejabat Pusat Pendidikan Luar/Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan.

(e) Graduan yang masih berhutang dengan UPM/Pusat Pendidikan Luar/Unit


Program Eksekutif Fakulti berkenaan hendaklah menjelaskan hutang sebelum
skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dapat dikeluarkan. Sila kembarkan
resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah
dijelaskan.

(f) Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah
Bacelor atau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil
skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma bagi pihak mereka. Graduan
hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakil
tersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar,
Bahagian Akademik, UPM dengan menyatakan nama, nombor kad
pengenalan dan salinan fotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik
itu. Syarat-syarat di atas (a hingga f) juga perlu dipenuhi sebelum
skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma diserahkan kepada wakil.

Bagi graduan program EKSEKUTIF, surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada


Pengarah, Unit Program Eksekutif Fakulti yang berkenaan dengan menyatakan
nama, nombor kad pengenalan wakil dan salinan fotokopi kad pengenalan yang
dilantik.

(g) Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh
graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
7
Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah
diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-34 berjalan lancar. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi talian telefon berikut: 03-8946 6060/6250/6054/6026.

Bahagian Akademik
Universiti Putra Malaysia
Serdang Selangor

8
Lampiran 1

BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
9 Oktober – 13 Oktober 2010

Sesi 1 (Sabtu) Sesi 2 (Sabtu)


9 Oktober 2010 – Pagi 9 Oktober 2010 - Petang

Nama Program Nama Program

Doktor Falsafah - GSM Doktor Falsafah - GSO


Master Sains Pertanian - GSO Master Pengurusan Sumber Tanah
Master Sains Komputer Master Linguistik Terapan
Master Sains Veterinar Master Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan
Master Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi Bacelor Sains Teknologi Kayu
Master Bahasa Melayu Bac. Sains (Kepujian) – Matematik
Bac. Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) Bac. Ekonomi – Ekonomi Kewangan
Bac. Pengurusan Alam Sekitar Bac. Sastera (Bahasa Asing)
Bac. Sains (Pengajian Makanan) Bac. Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
Bac. Kejururawatan Bac. Sains (Sains Bioperubatan)
Bac. Pertanian (Sains Ternakan) Diploma Pertanian - UPMKB
Bac. Sains (Kepujian) Sains Bahan
Bac. Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian
Bac. Sains (Bioteknologi)
Bac. Ekonomi – Pengurusan Perniagaan
Bac Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Diploma Perikanan - UPMKB

Sesi 3 (Ahad) Sesi 4 (Ahad)


10 Oktober 2010 – Pagi 10 Oktober 2010 – Petang

Nama Program Nama Program

Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan - GSO Master Kesusasteraan Dunia - GSO


Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar Master Pembangunan Sumber Manusia
Master Pengurusan - GSM Bac. Sains Pertanian
Doktor Perubatan Bac. Sains (Kepujian) – Mikrobiologi
Bac. Sains (Alam Sekitar) Bac. Sains (Kepujian) – Bikokimia
Bac. Pendidikan (Teknologi Maklumat) Bac. Sains (Kepujian) - Kimia
Bac. Komunikasi Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Biologi
Bac. Pengajian Pengguna Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
Bac. Sains (Perniagaantani) Bac. Sastera (Kesusasteraan Melayu)
Bac. Sains Perhutanan Bac. Perakaunan
Bac. Kejuruteraan (Kimia) Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pengurusan Sumber
Bac. Kejuruteraan (Biologi dan Pertanian) Manusia
Bac. Sains (Kepujian) - Biologi Bac Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Bac. Sains (Kepujian) –Kimia Petroleum Diploma Pengurusan Perladangan Makanan - UPMKB

9
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
9 Oktober – 13 Oktober 2010

Sesi 5 (Isnin) Sesi 6 (Isnin)


11 Oktober 2010 – Pagi 11 Oktober 2010 – Petang

Nama Program Nama Program

Master Komunikasi Korporat - GSO Master Statistik Gunaan - GSO


Master Komunikasi Korporat - PJJ Master Perancangan dan Respons Kecemasan
Master Pembangunan Sumber Manusia - PJJ Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) - PJJ
Doktor Perubatan Veterinar Bac. Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi)
Bac. Sains (Kepujian) – Fizik Bac. Pentadbiran Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa
Bac. Ekonomi - Ekonomi Perindustrian Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pengurusan Hospitaliti
Bacelor Sains Hortikultur dan Rekreasi
Bac. Sains Komputer – Multimedia Bac. Pentadbiran Perniagaan - Keusahawanan
Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) - PJJ Bac. Ekonomi - Ekonomi Pembangunan
Bac. Komunikasi - PJJ Bac. Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi
Bac. Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) Maklumat)
Bac. Pendidikan (Sains Rumahtangga) Bac. Sastera (Bahasa Inggeris)
Diploma Pendidikan Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) - UPEFBMK
Bac. Sains (Kepujian) - Kimia Perindustrian
Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) – Fizik
Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - PKPG
Bac. Sains (Pembangunan Manusia)
Bac. Sains Komputer – Sistem Komputer
Bacelor Sains (Dietetik)
Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan - UPMKB

Sesi 7 (Selasa) Sesi 8 (Selasa)


12 Oktober 2010 Pagi 12 Oktober 2010 Petang

Nama Program Nama Program

Master Sains - GSO Master Pentadbiran Perniagaan - GSM


Master Pengurusan Perladangan Master Kejuruteraan Air - GSO
Master Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Master Senibina Landskap
Bahasa Pertama) - PJJ Master Kesusasteraan Melayu
Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan Master Bahasa Melayu - PJJ
Bac. Ekonomi - Perdagangan dan Kewangan Bac. Pendidikan (Pendidikan Moral)
Antarabangsa Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai
Bac. Senibina Landskap Bahasa Pertama)
Bac. Reka Bentuk (Seni Bina) Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bac. Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) Bahasa Kedua) - Sandwich
Bac. Senibina Bac Sains (Pembangunan Sumber Manusia) - PJJ
Bac. Sains (Kepujian) - Statistik Bac. Sains dan Teknologi Makanan
Bac. Sastera (Bahasa Asing) - UPEFBMK Bac. Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
Bac. Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Matematik
Bac. Pendidikan (Pendidikan Jasmani) - PKPG Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) – Statistik
Diploma Perhutanan - UPMKB Bac. Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)
Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan

10
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34
9 Oktober – 13 Oktober 2010

Sesi 9 (Rabu) Sesi 10 (Rabu)


13 Oktober 2010 Pagi 13 Oktober 2010 Petang

Nama Program
Nama Program
Master Alam Sekitar - GSO
Master Ekonomi - GSO Master Pendidikan
Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan Master Pengurusan Kejuruteraan
Master Sains (Pembangunan Sumber Manusia) - PJJ Master Kejuruteraan Alam Sekitar
Bac. Kejuruteraan (Proses dan Makanan) Master Sastera
Bac. Kejuruteraan (Aeroangkasa) Master Sains - GSM
Bac. Kejuruteraan (Awam) Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - Kimia
Bac. Pentadbiran Perniagaan - UPEFEP Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pemasaran
Bac. Pentadbiran Perniagaan - PJJ Bac. Pentadbiran Perniagaan – Kewangan
Bac. Muzik Bac. Kejuruteraan (Mekanikal)
Bac. Sains (Pembangunan Manusia) - PJJ Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Bac. Pend. (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
Kedua) – PJJ Bac. Pendidikan (Sains Pertanian)
Bac. Sastera (Kesusasteraan Inggeris) Bac. Sains Komputer – Rangkaian Komputer
Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - PJJ Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) - UPEFBMK
Bac. Sains (Kepujian) – Sains Instrumentasi) Bac. Komunikasi - UPEFBMK
Bacelor Perakaunan - UPEFEP
Bac. Sains Bioindustri - UPMKB

Singkatan :

GSO - Sekolah Pengajian Siswazah


GSM - Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan
PJJ - Program Pendidikan Jarak Jauh
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
UPE - Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
UPEFBMK - Unit Program Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
UPMKB - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Berkembar - Program Berkembar UPM-KPM

11
Gambarajah 1

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN

Contoh
potongan
Mortar rambut
Board

Hood

Jubah

Kain/skirt
labuh
hingga
buku lali

Kasut warna gelap yang


bertutup/bertali di bahagian
hadapan dan belakang

GRADUAN PEREMPUAN GRADUAN LELAKI

12
MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34

TARIKH-TARIKH PENTING

09 hingga 13 Oktober 2010

02 - 07 Oktober 2010 - Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan


Ijazah Bacelor dan Diploma di Kompleks
Akademik Pusat, UPM. Rujuk para 3 dan 4.

06 Oktober 2010 (Rabu)


(bermula jam 9.00 pagi) - Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan
menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5.

(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan


ditutup sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen.
Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam
2.15 petang sehingga 4.30 petang).
07 Oktober 2010 (Khamis)
(bermula jam 9.00 pagi) - Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan
menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8, 9 dan 10.

(Kaunter pinjaman pakaian akademik akan


ditutup sementara pada sebelah pagi untuk
Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen.
Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam
2.15 petang sehingga 4.30 petang).

09 – 13 Oktober 2010 - Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan


Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
(Graduan berkumpul di tempat letak kereta, Pusat
Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah UPM) mengikut sesi dan masa yang
ditetapkan.

09 – 17 Oktober 2010 - Tarikh memulangkan pakaian akademik dan


mengambil skrol/transkrip (Ijazah Bacelor dan
Diploma) di Kompleks Akademik Pusat, UPM
sebelum 4.15 petang.

Mulai 18 Oktober 2010 - Pemulangan pakaian akademik dan pengambilan


skrol/transkrip adalah bertempat di Bahagian
Akademik, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPM.
Denda akan dikenakan kepada graduan yang lambat
memulangkan pakaian akademik (para 4.6
Pemulangan Pakaian Akademik adalah berkaitan).

13
MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-34

SENARAI SEMAKAN GRADUAN

Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan:

1. ( ) menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen


UPM Ke-34.

2. ( ) menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak.

3. ( ) membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Slip Bank kepada


BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA atau melalui CIMBClicks, Kad
Kredit atau Kad Debit selewat-lewatnya pada 08 Oktober 2010.

4. ( ) bawa salinan Slip Bank atau transaksi pembayaran melalui Channel-e atau Kad Kredit
semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada
tarikh yang ditetapkan.

5. ( ) bawa Borang Pakaian Akademik (yang dikepilkan bersama Notis Graduan) semasa
anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang
ditetapkan.

6. ( ) pakaian akademik yang dipinjam adalah betul dan berkeadaan baik/sempurna.

7. ( ) menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen Ke-34 pada jam 9.00 pagi 06
Oktober 2010 dan 07 Oktober 2010 (salah satu tarikh yang berkenaan - rujuk
para 7).

8. ( ) membawa kad sebut nama (bagi graduan) dan kad jemputan (bagi tetamu graduan)
semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.

9. ( ) tiba lebih awal sebelum majlis bermula.

10. ( ) pakaian graduan dan tetamu graduan menepati etika berpakaian yang ditetapkan.

11. ( ) pakaian akademik dipulangkan pada atau sebelum 17 Oktober 2010 sebelum jam
4.15 petang. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat
memulangkan pakaian akademik (mulai 18 Oktober 2010) mengikut kadar
yang ditetapkan.

12. ( ) menerima pengesahan pakaian akademik yang dipinjam telah dipulangkan.

13. ( ) bawa borang yang berkenaan (diedar semasa memulangkan pakaian akademik) semasa
mengambil skrol/transkrip.

14
15

You might also like