You are on page 1of 7

PERANAN KOMUNITI BUKU DALAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA

KARYA TERJEMAHAN
Oleh Shaharom TM Sulaiman1 dan Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim2
1
Ketua Satu Komuniti Bukuonline / Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat,
Universiti Teknologi MARA
2
Setiausaha Agung Komuniti Bukuonline / Pensyarah Kulliyyah Senibina dan
Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pengenalan
Sebuah peradaban ilmu tidak mungkin berkembang tanpa transformasi besar-
besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalam
sesuatu masyarakat. Upaya penterjemahan mencerminkan kekuatan sesebuah
tradisi intelektual yang berkembang subur dan terbuka. Pemantapan budaya
membaca pula memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu
yang memperkayakan sesebuah peradaban bangsa. Para pencinta buku
sebagai pewaris pencinta ilmu akan sentiasa membuka dirinya kepada
kepelbagaian tradisi ilmu melalui pembacaan karya-karya terjemahan.

Senario Budaya Membaca di Malaysia


Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 telah
mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku
setahun. Kajian juga telah mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk
tujuan pembelajaran dan hanya sedikit untuk bacaan senggang.
Namun begitu, senario ini telah banyak berubah. Satu kajian terkini, Profil
Membaca Rakyat Malaysia 2005 telah mendapati rakyat Malaysia yang berumur
10 tahun ke atas membaca secara puratanya sebanyak 8 hingga 12 buah buku
setahun. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dan adalah satu maklum
balas yang memberangsangkan hasil daripada aktiviti bersepadu yang telah
dijalankan oleh semua pihak.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 1


Komuniti Buku: Penggerak Budaya Membaca dan Peradaban Ilmu
Sebuah peradaban cemerlang tidak mungkin wujud dan bertahan lama tanpa
sebuah peradaban buku yang mewarnainya. Dan sebuah peradaban buku tidak
mungkin terbina tanpa tradisi ‘budaya ilmu’ yang merangkumi tradisi
perpustakaan, kesarjanaan, pendokumentasian, ‘tulis-menulis’, dan komuniti
buku. Dan tradisi tersebutlah sepanjang sejarah yang menghidupkan roh
peradaban cemerlang Islam, Parsi, China bahkan Eropah. Dari situ
berkembanglah ilmu pengetahuan dan ketika ilmu bermanfaat dan dimanfaatkan
demi kemajuan manusia, maka di sanalah sebuah peradaban dibentuk.
Sebuah peradaban buku tentunya dihuni atau diisi oleh manusia yang
beradab dan berbudaya. Dan ini hanya terjadi apabila sebuah masyarakat
menyanjung tinggi budaya ilmu dan budaya membaca.
Kita terlupa bahawa budaya ilmu dan membaca akan melahirkan
masyarakat berperadaban tinggi yakni masyarakat yang berakal budi dan celik
budaya.
“Membaca buku terbaik ibarat sebuah dialog atau percakapan dengan
minda terbaik sepanjang sejarah”, kata Rene Descrates, seorang filsuf klasik
Barat tersohor. Memang dengan membaca buku-buku terbaik, kita bukan saja
dibawa ke dalam sejarah masa lalu, malah akan mampu menjangkau peradaban
masa akan datang!
Inilah kuasa buku dalam melahirkan masyarakat berperadaban. Benarlah
apa yang dikatakan oleh Anne Quilden, “Books are the planes, and the trains,
and the road. They are destinations, and the journey. They are home.”
Menggerakkan peradaban buku dalam sesuatu bangsa tentu sekali
memerlukan pencinta buku dan komuniti buku yang benar-benar mencintai dan
menjiwai buku. Mereka bukan terikat dengan kepentingan industri, perniagaan
atau kepentingan-kepentingan lain tetapi kerana kecintaan luar biasa dan
komitmen mereka kepada budaya buku sekali gus mengangkat tinggi budaya
ilmu.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 2


Kini di Malaysia sudah terdapat beberapa gerakan atau komuniti buku;
termasuklah Goodreads Malaysia, Komuniti Bukuonline dan yang terkini
Baca@LRT.
Senario ini telah dapat mengubah sedikit-sebanyak persepsi dan budaya
masyarakat Malaysia terhadap buku dan budaya membaca.

Pengalaman Komuniti Bukuonline


Bukuonline.org adalah merupakan salah-satu komuniti buku yang terdapat di
Malaysia. Selain daripada bukuonline, terdapat beberapa e-komuniti buku yang
lain, termasuklah:
1. Bookcafe (http://groups.yahoo.com/group/bookcafe/) ditubuhkan pada 14
April 1999.
2. Malaysian Bookcrossers (http://groups.yahoo.com/group/Malaysian-
Bookcrossers/) ditubuhkan pada 19 Disember 2003.
3. Kelab Buku Geng Jurnal, ditubuhkan pada 2003.
4. Goodreads Malaysia.
5. Baca@LRT.

Idea Penubuhan
Komuniti ini ditubuhkan secara ringkasnya adalah untuk mewujudkan gelombang
membaca di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan remaja.
Sebelum ia ditubuhkan sebagai bukuonline.net, ia telah ditubuhkan sebagai
bukuonline.org dan bukuonline.com (ditubuhkan pada 2003).

Objektif
Objektif-objektif penubuhan Komuniti Bukuonline ini adalah:
1. Sebagai sebuah forum untuk pencinta buku untuk berdiskusi tentang hal-hal
buku dan dunia perbukuan.
2. Untuk mengembangkan budaya biblioholisme (kecanduan terhadap buku dan
segala hal yang berkaitan dengan dunia perbukuan).

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 3


3. Sebagai medan untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti biblioholisme di kalangan
pencinta buku.

Aktiviti-aktiviti Komuniti Bukuonline


Antara aktiviti-aktiviti Komuniti Bukuonline yang telah berjaya dilaksanakan sejak
penubuhannya pada tahun 2003 adalah seperti berikut:
1. Siri Seminar Pencinta Buku Malaysia
Siri ini telah berjaya dianjurkan sebanyak empat kali (sehingga tahun 2010).
Seminar Pencinta Buku Malaysia (SPBM) yang pertama, kedua dan ketiga
telah dianjurkan bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Selangor.
2. Siri Forum Malaysia Membaca
Siri Forum Malaysia Membaca ini pertama kali dianjurkan oleh komuniti ini
bersempena dengan Karnival Membaca Negeri Sembilan. Seterusnya ia
telah mendapat tempat penganjuran di PWTC bersempena dengan Pesta
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebanyak 2 kali penganjurannya.
3. Siri Wacana Malaysia Membaca
Siri Wacana Malaysia Membaca telah dianjurkan bersama Universiti
Teknologi MARA sebanyak 3 kali. Tema pada siri pertamanya ialah
Kegersangan Minat Membaca di kalangan Mahasiswa, manakala tema pada
siri keduanya, Sentuhan Intelektual Membaca Karya-karya Agung Melayu.
Siri ketiganya akan diadakan pada 22 September 2010 bertemakan Buku,
Sastera dan Filem: Manifestasi Keakrabannya.
4. Rakan Media Rancangan Di Luar Lingkungan (DLL) di RTM1 bersama Sayed
Munawar
Melalui perbincangan komuniti bukuonline dengan penerbit DLL, komuniti
bukuonline telah dilantik sebagai rakan media rancangan ini. Bukuonline
membantu DLL dari sudut:
a) Mempromosi rancangan DLL melalui Facebook Bukuonline.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 4


b) Mempromosi bahan bacaan DLL melalui laman forum bukuonline
(http://www.bukuonline.net) dan juga blog bukuonline
(http://bukuonlinemalaysia.wordpress.com).
c) Mencadangkan bahan bacaan kepada DLL.
d) Mencadangkan isu-isu yang akan dibincangkan di DLL.

5. Siri penulisan artikel di media cetak


Penulisan artikel berkaitan dengan buku dan budaya membaca juga telah
diterbitkan secara berkala menerusi media cetak seperti ruangan rencana
Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin.
6. Penerbitan buku berkaitan dengan budaya membaca/buku
Hasil daripada Seminar Pencinta Buku Malaysia yang pertama, sebuah buku
bertajuk Pesona Pencinta Buku telah diterbitkan pada tahun 2006.

Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan (Saranan Komuniti


Bukuonline)
Sebagai salah-sebuah komuniti buku, Komuniti Bukuonline mungkin boleh
mewakili suara pembaca Malaysia untuk memberikan sebarang idea, komen
mahupun teguran kepada pihak-pihak yang berwajib di Malaysia, terutamanya
kepada badan-badan yang bertanggungjawab dalam mengembangkan industri
perbukuan negara yang seterusnya menggerakkan satu gerakan membaca yang
matang.
Berikut adalah saranan kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia
(ITNM) untuk merancakkan lagi gerakan membaca di Malaysia:
1. Menubuhkan Kelab Buku ITNM
ITNM disarankan untuk menubuhkan Kelab Buku ITNM dan Komuniti
Bukuonline bersedia menjadi rakan sokongannya. Antara ciri-ciri Kelab
Buku ITNM adalah:
a) Memberi diskaun atau sebarang kelebihan kepada ahli-ahli kelab.
b) Kelab Buku ITNM juga boleh menjadi peneraju Rakan NILAM di
sekolah-sekolah.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 5


Ia akan menjadi ruang kepada para pelajar sekolah untuk bersama-
sama menentukan jenis buku/karya yang layak diterjemahkan.
c) Kelab Buku ITNM juga boleh dijadikan sebagai satu platform untuk
menghubungkan semua kelab/komuniti buku di Malaysia dengan
mengadakan siri pertemuan/seminar/konvensyen pencinta buku
Malaysia
d) Reader’s Choice (Pilihan Pembaca)
Untuk meletakkan pembaca sebagai pelanggan utama kepada
ITNM, maka dicadangkan supaya senarai Pilihan Pembaca
diwujudkan di rak-rak buku. Juga sama ada di blurb sesebuah buku
terbitan ITNM, mahupun dicetak pada prakata sesebuah buku.
Pilihan Pembaca ini amat penting kerana pembacalah yang
menjadi satu-satunya pelanggan bagi sesebuah syarikat
penerbitan.

2. Peranan ITNM dalam pembinaan Kota Buku


Komuniti Bukuonline menyokong penuh penubuhan Kota Buku yang
dicadangkan oleh kerajaan Malaysia. Komuniti ini juga menyokong penuh
peranan ITNM dalam merealisasikan Kota Buku.
3. Program merakyatkan karya-karya terjemahan
Program merakyatkan karya-karya terjemahan (terutamanya terbitan
ITNM) dilihat amat penting kepada ITNM sebagai sebuah syarikat
penerbitan, juga amat penting kepada masyarakat umum untuk
mengetahui bahawa terdapat karya-karya terjemahan di pasaran untuk
dibaca dan dimiliki. Antara saranan aktiviti dalam program ini ialah
BACATON.
4. Menggali dan menterjemah karya-karya besar dan/atau warisan hikmah
peradaban silam daripada tradisi intelektual bangsa-bangsa dunia.
ITNM dilihat secara konsisten dan bersungguh-sungguh telah dan akan
terus menterjemah bahan bacaan sama ada daripada bahasa asing ke
bahasa Melayu atau sebaliknya. Seterusnya, adalah juga wajar supaya

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 6


ada gerakan menterjemah karya-karya besar dunia dari bahasa asalnya
(tidak tertakluk semata-mata dari Bahasa Inggeris).

Penutup
Sebagai sebuah komuniti pembaca, Komuniti Bukuonline akan terus berusaha
mewujudkan gelombang-gelombang yang bertenaga untuk memantapkan lagi
budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan wujudnya
hubungan akrab antara komuniti ini dengan pihak-pihak yang berwajib seperti
Institut Terjemahan Negara Malaysia, usaha ini akan lebih bererti dan pastinya
mempunyai momentum yang lebih kuat. Usaha sama yang terjalin antara kedua-
dua pihak ini, terutamanya menerusi Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010
diharapkan dapat menjadi satu titik permulaan yang baik untuk diteruskan lagi
dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti besar yang lebih menarik lagi.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 7

You might also like