You are on page 1of 7

Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau dulunya disebut Falsafah


Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini
bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Justeru itu, setiap bakal guru di Malaysia
diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan
mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang
betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS.
Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut,
yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah,
pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua perkataan
Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan
sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu; etimologi
(bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah
sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea
baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.
E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah
sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah
Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai
pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang
penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik,
sistematik, dan diterima umum.

Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin, educare
yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Definisi pemajmukan leksikal “Falsafah
Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai “Pendidikan merangkumi
keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah
laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering
menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa
falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia
memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains
(Russel, 1946).

“Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan


ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori
kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.

Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak
membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan
prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini
menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu
entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik.
Misalnya, “...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi...”.
Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang
dihasratkan oleh negara Malaysia.

Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara


rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis “Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah...”. Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa
sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal
dan dapat membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan individu,
masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.

Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, ...”. Barisan
morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum, ko-kurikulum dan
citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada,
direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan
Negara dengan merujuk FPK tersebut.

Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, para
penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan falsafah baharu
umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang
dihasratkan dan sebagainya.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP


SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pengenalan

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara


Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab
profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini
memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi
merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.

FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini; umpamanya


kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara
manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan
Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di
Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran
nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras


dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi
program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai
murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan
harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus
yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika
menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap
peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional
menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang
diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan


struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini
meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan
potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang
kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim
sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk
budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya


diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara
Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan
dan perjalanan sesebuah sekolah?

Falsafah Pendidikan Guru

Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin."

Keratan ayat diatas menunujukkan bahawa guru-guru Malaysia yakin bahawa


tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara
yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Konsep Falsafah Pendidikan Guru menekankan tiga aspek utama iaitu:

KETUHANAN :

Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang
percaya dan patuh kepada ajaran agama.

KEMASYARAKATAN :

Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.

KENDIRI :

Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu,


pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia

Antara matlamat Falsafah Pendidikan Guru yang pertama ialah membina insan
guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik
murid-murid dengan cekap dan berkesan.Kedua,mengembangkan maktab perguruan
sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan.Ketiga,meningkatkan pengetahuan dan
kecekapan guru terlatih secara berkesan dan yang terakhir mengeluarkan guru
permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Implikasi Falsafah Pendidikan Guru :

Peranan Guru sebagai Pendidik

Sebagai seorang pendidik,guru hendaklah melengkapkan dirinya dengan


pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran
KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.Selain itu,guru juga perlulah mengamalkan
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru,
khasnya untuk mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin disamping menyemai dan memupuk
amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri dan pelajar selaras
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.Pendidik juga perlulah menyempurnakan
tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai seorang guru yang sentiasa mencari ilmu
serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan kepentingan
di masa depan.
Akhir sekali,pendidik mestilah menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai
keguruan secara kreatif untuk merangsang perkembangan dan minat pelajar.

You might also like