You are on page 1of 6

Hasil Kajian

Sejarah Sekolah Mengikut Tahun

1963 – Bangunan sekolah habis dibina. Ia terdiri daripada


lima blok darjah, sebuah kantin dan sebuah gymnasium.
Blok E dibina khususnya untuk latihan praktikal seperti Seni
Perusahaan. Blok D digunakan sebagai makmal Sains. Tiga
buah sekolah menggunakan bangunan-bangunan ini, iaitu:-
1) Sekolah Menengah Kebangsaan – Sidang Pagi
2) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan – Sidang Pagi
3) Sekolah Menengah Lanjutan – Sidang Petang
Sekolah ditadbir oleh guru kanan En. S. Thambyrajah.
Pentadbiran seterusnya diambil alih oleh En. M. A. B.
Whayatte, iaitu guru besar pertama.

1964 – Cik Uma Peethamparam, iaitu guru seni di sekolah,


mereka lencana sekolah yang pertama. Pada tahun yang
sama, warna hijau dipilih sebagai warna sekolah.

1965 – Guru-guru, serta murid-murid Sekolah Menengah


Lanjutan diserapkan ke dalam Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan.

1966 – Majalah sekolah diterbitkan buat pertama kali.

1969 – Pembinaan padang sekolah.


1964-1971 – Perpustakaan sekolah berhawa dingin
ditempatkan blok A. Sebuah kaki lima dibina.

1971 – En. Tan Leong Eng mencipta lencana sekolah yang


baru. Jimmy Boyle membuat Lagu sekolah bertajuk ‘Belajar
Berbakti.’

27 Mei 1971 – Perasmian Sekolah Menengah Jenis


Kebangsaan oleh Yang Berhormat Datuk Hussein Onn.
Sekolah dinamakan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad.

1971 – Pembinaan padang sekolah disiapkan.

1973 – Pemenang pertama Anugerah Warna Sekolah ialah


Au Tai Wee dan Murad b. Osman. PIBG ditubuhkan pada
bulan Oktober.

1973- 1979 – Gelanggang bola keranjang dibina. Pentas


dibina di Blok B dan disediakan dengan piano. Beberapa
bilik disediakan sebagai: -
1) Bilik ‘sick’ bay
2) Bilik persatuan siviks
3) Kedai kooperasi
4) Bilik Unit bumbingan
5) Bilik SPBT
6) Surau
1974 – Sebuah bangunan tiga tingkat dibina sebagai Blok F
untuk makmal Sains Tulen.

1976 – Sebidang tanah dikhususkan sebagai kebun sayur-


sayuran.

1978 – Rumah pengakap dibina.

1979 – Bilik muzik dan bilik sumber sitempatkan di


bangunan baru.

1980 – Blik Pengetua dibesarkan. Bilik kebal dibina.

1983 – Usaha mengindahkan skeolah dilakukan.

1985 – Bangunan sekolah dicat semula. Kolam dibina.

1987 – Suatu Jogathon Berjaya mengumpul RM46,825.


Beberapa projek memperbaiki sekolah dijalankan.
MISI

1.MENGAJAR, MEMBIMBING PELAJAR SUPAYA CEMERLANG


DALAM KOKURIKULUM
2. MEMASTIKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
KOKURIKULUM SUPAYA POTENSI INDIVIDU DAPAT
DIPERKEMBANGKAN
3. MEMASTIKAN PELAJAR DISIPLIN DAN AKHLSK MULIA.
4. MEWUJUDKAN SUASANA KONDUSIF DAN MESRA DI
KALANGAN WARGA SEKOLAH, IBU BAPA, KOMUNITI
5. MEWUJUDKAN BUDAYA KERJA BERSIH, CEKAP, AMANAH
Kemudahan Asas

Sekolah empunyai banyak kemudahan untuk murid-murid.


Antaranya,
 Bengkel Kemahiran Hidup
 Kantin
 Gimnasium
 Padang
 Surau
 Makmal Sains
 Kooperasi
 Kedai Buku
 Bilik Disiplin
 Dewan
 Bilik Tayangan
 Bilik Kesihatan
Pengetua Sekolah

1) En.M.A.B Whayatte : 1963- Jan 1964


2) En.A.E. Navarajasingam : Jan 1964-okt 1969
3) En.Terence Jeyatilaka : Nov 1969- Mac 1970
4) En. Khaw Cheng Liam: April 1970-Feb 1971
5) En. S. Peethamparam : Feb 1971-Jun 1973
6) Tuan Syed Alwi B. Syed Ahmad Aljunid : Jun
1973-Sept 1979
7) Y.M Raja Zain b. Raja Harun: Sept 1979 –Jun
1982
8) En jamaldin b. otok : Jun 1982-Ogos 1986
9) En Dharam Prakash : Sept 1986-Julai 1998
10) Datin Norsiah Bte Ariffin : Ogos 1998-Dec 2000
11) Pn. Che Pah Bt. Darus :Jan 2001-Mac 2007
12) Pn.Chin Leng Sim : Mac 2007- Dec 2007
13) Pn.Noorul-Aini Bt. Ambak: Jan 2008- kini

You might also like