Nota Sejarah Tngkatan 1

You might also like

You are on page 1of 1

NOTA SEJARAH TNGKATAN 1

Bab 1 – sejarah dan kita

 Istilah sejarah berasal daripada bahasa arab yang disebut syajaratun, bermaksud pohon atau
pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal- usul.
 Beberapa tokoh sejarawan telah memberikan pandangan yang berbeza mengenai sejarah.
- Ibn Khaldun memberikan pandangan bahawa sejrah diperkatakan tentang masyarakat
manusia atau peradapan manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifay-
sifat masyarakat itu.
- Herodotus meemberikan pendapat bahawa sejarah itu ialah sebuah penceritaan tentang
tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
- Muhd. Yusof Ibrahim memberikan pandangan bahawa sejarah ialah sebuah cacatan ataupun
rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
 Ciri-ciri sejarah terbahagi kepada 3jenis iaitu,
- Fakta yang tepat dan benar.
- Penting dan bermakna.
- Sebab dan akibat.
 Fakta yang tepat dan benar merangkumi
- Peristiwa yang beerlaku
- Tokoh yang terlibat
- Tempat ia berlaku
- Tarikh yang tepat
- Disokong oleh bukiti yang kukuh
 Fakta sejarah perlu dibuktikan kebenaran dan kesahihannya, tepat dan tidak boleh ditokok
tambah atau direka sendiri dan dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
 Peristiwa sejarah ialah peristiwa yang penting dan meninggalkan kesan kepada individu,
masyarakat dan Negara.
 Sebab dan akibat ialah satu tujuan bidang sejarah untuk mencari kebenaran dan kesahihan
tentang sesuatu peristiwa masa lalu. Kita perlu mengenalpasti sebab dan akibat sesuatu
peristiwa itu berlaku dengan mengetahui apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana
peristiwa itu berlaku.

You might also like