You are on page 1of 25

Amalan kitar

semula diTaman
Seri Mahkota Jaya
Kuantan Pahang

Nama murid:Mohd Ikhwan


BinIbrahim
Tingkatan:1 rk3
Nama guru:Miss Lim
Perhargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
perhargaan kepada Pengetua SMK sultan
abu bakar kerana memberi kebenaran dan
sokongan untuk menjalankan kajian ini

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih


kepada miss lim, guru Geografi kerana
telah memberikan tunjuk ajar dan panduan
untuk menjalankan kajian ini. Tidak lupa
kepada kedua-dua ibubapa saya yang
telah memberikan dorongan dan sokongan
sepanjang kajian ini dijalankan.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya


tujukan kepada rakan saya Mohd Nabil
Fikri, Mohd Yazzid dan juga Mohd Farhan
kerana membantu saya mendapat
maklumat untuk menjalanka kajian
ini.setinggi-tinggi perhargaan jiga
diberikan kepada responden taman seri
mahkota jaya yang banyak memberikan
maklumat
BILANGA KANDUNGAN MUKA
N SURAT

1 PERHARGAAN

2 PENDAHULUAN

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 KAWASAN KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 DAPATAN KAJIAN

7 RUMUSAN

8 RUJUKAN

9 LAMPIRAN
Pendahuluan
Saya Mohd Ikhwan Bin Ibrahim pelajar
tingkatan 1 dari Sekolah Menengah
Sultan Abu Bakar memilih tajuk
Amalan Kitar Semula di Taman Seri
Mahkota Jaya.Saya memilih
petempatan ini kerana ia berdekatan
dengan rumah saya iaitu 18 km dari
bandar.penduduk di sini
mengamalkan kitar semula.meraka
mengitarkan surat kahabar lama,tin
aluminium,kaca dan banyak
lagi.dalam kajian ini saya ingin
mengemukakan beberapa soalan
tentang amalan kitar semula.saya
diberi tempoh dua bulan untuk
membuat kajian ini iaitu dari 26
ogos-30 september.
Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
a) Mengenal pasti konsep kitar
semula
b) Mengenal pasti jenis-jenis
bahan dan amalan kitar semula
c) Mengenal pasti kepentingan
amalan kitar semula
d) Mengenal pasti masalah /
halangan amalan kitar semula
e) Mencadangkan langkah-
langkah mengatasi masalah
dalam melaksanakan amalan
kitar semula
f) Menerapkan unsur-unsur
patriotisme dalam dapatan kajian
Kawasan kajian
Kawasan perumahan Taman Seri
Mahkota Jaya merupakan
kawasan perumahan yang
didiami oleh lebih kurang 300
orang yang terdiri dari berbilang
kaum.Jarak kawasan kajian kira-
kira 18 km dari pusat bandar dan
mengambil masa 30 minit dari
bandar.Kawasan perumahan ini
berdekatan dengan
bandar.Kawasan perumahan ini
terletak di tanah pamah yang
tingginya kurang dari 200
meter.Kawasan ini dahulunya
sebuah hutan yang sangat tebal
dan kini ia menjadi tapak
perumahan.
DAPATAN
KAJIAN
Kaedah kajian
Dalam melaksanakan kajian
geografi ini saya telah
menggunakan pelbagai kaedah
untuk mengumpulkan maklumat.
i.Kaedah pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah
pemerhatian untuk memerhatikan
kawasan kajian dan pelbagai
kemudahan asas yang di
sediakan untuk mengitar
semula.Penglibatan penduduk di
sini amat menggalakkan.
ii.Kaedah soal selidik
Saya telah menggunakan kaedah
soal selidik
dan 20 orang responden di
temu bual oleh saye untuk
mendapat info dan maklumat
yang secukupnya tentang
bahan yang dikitar
semula,masalah yang
dihadape dan cadangan
untuk mengitar semula
barang.
iii.Kaedah rujukan
Saya juga membuat
rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk
mendapatkan maklumat
tambahan mengenai amalan
kitar semula
Konsep kitar semula
1.Reduce yang membawa maksud
mengurangkan jumlah apa yang
kita ambil atau gunakan setiap hari
dan dihadkan apa yang perlu
sahaja.contohnya kita boleh
menggunakan satu plastik sahaja
untuk membungkus barangan bagi
mengurangkan penggunaan
plastik.
2.Reuse yang bermaksud guna
semula.contohnya tin minuman
boleh diguna semula untuk
dijadikan untuk dijadikan tempat
letak alat tulis.
3.Recycle yang bermaksud kitar
semula.kitar semula ialah proses
mengitar semula melibatkan usaha
mengumpul,memproses dan
menggunakan semula bahan-
bahan yang dianggap sampah.
Contoh bahan yang dikitar
semula
Jenis bahan dan amalan
kitar semula
• Antara jenis bahan yang boleh
dikitar semula ialah semua jenis
kertas yang bewarna ataupun tidak
bewarna seperti surat khabar
lama,majalah lama,katalog dan juga
buku.kaca seperti botol minuman
dan juga bekas makanan.air seperti
air selepas mencuci kereta.plastik
contohnya beg plastik dan juga botol
minuman.kayu yang telah lama dan
tekstil juga boleh dikitar semula.
• Justeru itu didapati 80% daripada
penduduk taman seri mahkota jaya
mengamalkan kitar semula.
Bil. Jenis Bahan Bilangan
responden
1. Kertas 13
2. Pakaian Lama 7
3. Plastik 3
4. Kaca 6

14

12

10
kertas
8
pakaian lama

6
plastik

4 kaca

0
bilangan responden
• Terdapat beberapa jenis amalan kitar semula
Antaranya ialah dengan aktiviti jual
beli. Melalui amalan ini kita boleh
mengurangkan pengeluaran bahan baru.
Amalan ini juga boleh mengeratkan hubungan
antara kedua-dua belah pihak yang
mendorong ke arah perpaduan kaum.

• Selain itu, amalan guna semula bahan terpakai


juga boleh digunakan
seperti botol kaca dan juga bekas makanan.
Kaedah guna semula boleh
menjimatkan wang serta sumber.

• Di samping itu, kita juga boleh menghasilkan


bahan baru melalui
bahan terpakai. Contohnya tekstil yang
terpakai boleh menghasilkan bahan baru
seperti kain untuk mengelap tingkap.

• Memberikan sumbangan kepada pihak lain


juga merupakan amalan untuk kitar semula.
Selain daripada berfungsi sebagai langkah
untuk menjaga alam sekitar, ianya juga boleh
mengurangkan bebanan rakyat kita yang hidup
dalam serba kekurangan.
Kepentingan kitar semula

Terdapat beberapa kepentingan kitar semula


yang boleh kita perolehi. Antaranya ialah:
1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Apabila ramai dikalangan masyarakat
yang mengamalkan amalan kitar semula ini
masalah pencemaran boleh diatasi
dengan lebih efektif.
2. Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap
berjimat cermat memberikan banyak
faedah kepada pengamalnya. Kita boleh
menabung ataupun mengurangkan
penggunaan sesuatu sumber.

3. Menceriakan persekitaran alam sekitar.


Melalui kaedah guna semula, kita boleh
memanfaatkannya untuk menceriakan
persekitaran kita. Contohnya kita boleh
menggunakan botol-botol yang terpakai
untuk dijadikan pagar kawasan pokok
bunga.
4. Mengurangkan penggunaan sumber.
Melalui kitar semula kita boleh
mengurangkan penggunaan sumber
kerana kita boleh mengurangkan
pembelian untuk sumber yang baru
dengan menggunakan sumber yang
sedia ada.

5. Menambah pendapatan kita. Melalui


amalan jual beli, kita boleh
menambahkan lagi pendapatan kita di
samping memberikan peluang pekerjaan
kepada sesetengah pihak. Ini boleh
mengurangkan kadar pengangguran
rakyat diMalaysia.
Kepent
ingan
kitar
semula
Masalah/halangan kitar
semula
Terdapat beberapa halangan kitar semula
di kawasan kajian ini. Antaranya ialah:
1. Sikap penduduk sekitar yang malas
untuk mengasingkan bahan kitar semula
dengan sisa buangan. Masyarakat sekitar
seharusnya memahami hasrat kerajaan
untuk mengurangkan masalah
kekurangan tapak pelupusan sampah.
Hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya
tiada sokongan daripada rakyat.

2. Kekurangan kemudahan telah


menyebabkan penduduk sekitar sukar
untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Berbanding dengan bandaraya kuching
yang mempunyai banyak kemudahan
telah memudahkan penduduk setempat.
3.Harga barang kitar semula contoh 1kg
suratkhabar dijual dengan 20
menyebabkan ramai orang malas untuk
mengitar semula kerana harganya
langsung tidak berbaloi .

4. Kurang pengetahuan mengenai kitar


semula juga telah menyebabkan
penduduk terus membuang sisa pepejal
tanpa memikirkan dahulu mengenai
kesannya terlebih dahulu.
Cadangan/langah
mengatasi masalah
Terdapat beberapa langkah-langkah untuk
mengatasi masalah dalam melaksanakan
kitar semula di kawasan kajian. Langkah-
langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:
1. Mengadakan kempen kitar semula. Kaedah
ini boleh mendedahkan lagi kepada
masyarakat dengan lebih mendalam
mengenai kitar semula. Melalui kempen ini
juga masyarakat setempat untuk bertukar-
tukar pendapat mereka mengenai kitar
semula.
2. Kerjasama dengan pihak berkuasa juga
boleh dijalankan. Melalui kaedah ini
pihak berkuasa akan lebih mudah untuk
mengetahui masalah penduduk. Kaedah
ini amat sesuai kerana pihak berkuasa
lebih mudah mengetahui apa yang
diperlukan oleh masyarakat.
3.Gotong-royong untuk bersama-
sama mengitar semula boleh
dijalankan di kawasan kajian ini
kerana ianya boleh mengurangkan
sampah-sarap di sekitar kawasan
kajian. Semangat kekitaan di
kalangan masyarakat bagi
menggalakkan perpaduan kaum
bedasarkan kempen 1 Malaysia
yang dianjurkan oleh perdana
menteri.

4. Penubuhan Kelab Pencinta Alam


Sekitar boleh ditubuhkan di
kawasan kajian ini untuk
menyerapkan rasa pentingnya alam
sekitar dalam kalangan
masyarakat. Kaedah kitar semula
amat sesuai untuk memelihara
alam sekitar.
Rumusan
Taman seri mahkota jaya merupakan
antara salah sebuah kampung yang
mengamalkan kitar semula iaitu yang
melibatkan konsep 3R iaitu
reuse,reduce dan juga recycle.
Terdapat beberapa barang yang boleh
dikitar semula seperti botol kaca,
kertas, air dan juga tekstil.
Antara kepentingan kitar semula ialah
mengurangkan pencemaran alam
sekitar
dan juga menceriakan persekitaran.
Apabila masalah pencemaran semakin
berkurangan dan persekitaran semakin
kelihatan ceria kita akan hidup dalam
keadan yang lebih
selesa.
Terdapat juga beberapa masalah
ataupun halangan yang dihadapi
seperti kekurangan kemudahan
dan juga sikap segelintir penduduk
yang masih memandang remeh
terhadap amalan kitar semula ini.

Namun begitu terdapat beberapa


inisiatif ataupun langkah yang
boleh diambil bagi mengatasi
masalah ini. Antaranya ialah
dengan mengadakan kempen kitar
semula, membuat kerjasama
dengan pihak berkuasa dan
menjalankan aktivi gotong-royong.
Di samping boleh mengatasi
masalah kitar semula, langkah ini
juga boleh memupuk
kesefahaman serta perpaduan di
kalangan masyarakat.

You might also like