You are on page 1of 3

Perpaduan dapat diintepretasikan sebagai suatu suasana persefahaman antara rakyat

tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perpaduan merupakan suatu aset negara yang amat penting

terutamanya dalam menempuh cabaran modernisasi dan globalisasi yang penuh halangan ini.

Negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik yang berlainan perlulah bersatu-padu

tanpa mengira sentimen perkauman. Oleh itu, inisiatif 1Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana

Menteri kita yang keenam, Dato Seri Najib Abdul Razak dengan tujuan untuk menjana perpaduan

dan membentuk sebuah masyarakat yang maju, selaras dengan aspirasi Wawasan 2020. Justeru itu,

pelbagai langkah telah dikorak agar perpaduan kaum di Malaysia dapat dipipuk dan seterusnya,

diperteguh.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua

untuk mengemai bibit=bibit perpaduan melalui pendidikan akhirnya berjaya dan ketara dilihat.

Kejayaan ini adalah berpunca daripada sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan nilai

persaudaraan telah dijadikan sebagai asas pelajaran dan disemaikan dalam sanubari setiap individu.

Sebagai langkah memperteguhkan perpaduan kaum ini, jawatankuasa kabinet bersama-sama

dengan rakyat perlu sentiasa peka dan menyusun semula sistem pendidikan negara kita dari semasa

ke semasa untuk dijadikan sebagai sandaran menghalang perpecahan kaum.

Semua orang arif bahawa institusi sekolah merupakan salah satu institusi sosial yang

memainkan peranan efektif dalam mewujudkan integrasi. Pengenalan sekolah wawasan merupakan

suatu langkah yang ampuh sekali kerana dapat mewujudkan alam persekolahan yang harmoni dan

seterusnya menyediakan pelajar mengharungi alam sosial realiti. Rentetan daripada itu,

masyarakat yang dilahirkan nanti adalah masyarakan yang mampu mengutarakan soal etika dan

moral apabila berhajat melakukan sesuatu yang berlandaskan sempadan perpaduan.


Lain padang lain belalang. Jika dibandingkan dengan negara lain yang juga mempunyai

penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa. negara kita boleh dikatakan sebuah negara yang

berjaya kerana berkemampuan memajukan diri tanpa menghadapi kemelut sosial yang melibatkan

perpecahan kaum. Fenomena ini dapat dikecapi jika semua ahli pengurusan syarikat adalah dipilih

tanpa memilih bulu. Contohnya, dalam sesebuah syarikat di mana pihak pengurusannya terdiri

daripada semua bangsa dan mereka dapat bekerjasama dengan harmoni. Bukankah kita secara tidak

langsung dapat menghapuskan sebarang kemusykilan tentang kewujudkan persoalan diskriminasi.

Selain itu, aktiviti perpaduan yang diadakan oleh kerajaan ataupun pihak swasta dapat

mengeratkan hubungan sesama kaum. Dari gotong-royong sehinggalah menjadi tuan rumah kepada

Sukan Komanwel, semua aktiviti ini memerlukan komitmen daripada semua rakyat untuk

menjayakannya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi kerajaan untuk

memastikan aktiviti sebegini berterusan dan seterusnya menjalin penjajahan integrasi dalam

kalangan rakyat.

Namun demikian, pengadaan kempen masih merupakan langkah yang paling efektif dalam

usaha memperteguh perpaduan kaum. Kempen-kempen perlulah disebarkan menerusi lidah

kerajaan, iaitu media massa untuk memaksimakan penetrasi informasi kepada semua golongan

masyarakat kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak mengerti maksud

perpaduan dan mungkin mampu menggugat ikatan yang erat ini. Objektif kempen adalah untuk

menjana minda dan mencatur hala tuju agar tidak terpesong fikiran mereka. Perpaduan dalam

kalangan kaum di Malaysia hanya boleh dipupuk jika masyarakat sedar akan tanggungjawab masing-

masing.
Jika peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 dijadikan sebagai ukuran, kita

sememangnya telah berjaya merealisasikan inspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan. Secara

tuntasnya, semua pihak dan individu perlulah berganding bahu dalam menelusuri dan menghalusi

pancabora yang akan mengkikis perpaduan kaum di negara kita. Selain itu, kita perlulah berusaha

memperteguh perpaduan secara lestari, selaras dengan tema 1Malaysia, iaitu Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan.

©2010 Derrick Low. All Rights Reserved

You might also like