You are on page 1of 5

Pengerusi: Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Adil Puan Foziah dan rakan-rakan

sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Sebelum saya menyampaikan forum, saya Lim Zi
Yang selaku sebagai pengerusi ingin memperkenalkan ahli-ahli forum iaitu saudara Lim Yi Hui
dan saudara Lim Yuan Min di sebelah saya serta saudara Loo Soo Yong. Pada pagi yang nirmala
ini, tajuk yang akan kami sampaikan ialah ‘Gejala Vandalisme Dalam Kalangan Remaja’.

Hadirin sekalian,

‘Zaman beralih, musim bertukar’, negara kita, Malaysia pada era modenisasi ini sedang
mengalami anjakan paradigma dari segi perkembangan teknologi untuk tampil sebagai negara
yang serba canggih di persada mayapada ini. Walakin begitu, gejala vandalism yang kian
bermaharajalela dan parah telah menjadi ‘duri dalam daging’ bagi negara kita yang maju ini.
Saban hari, kes-kes vandalism yang dilakukan oleh remaja juga terpampang di mana-mana dada
akhbar serta menjadi buah mulut kepada masyarakat kita. Jadi, sejauh manakah kefahaman
atas vandalisme? Menurut Kamus Dewan, vadalisme didefinisikan sebagai perbuatan
memakumusnahan. Ada angin, ada pokoknya. Bolehkan saudara Yuan Min menjelaskan
puncanya atas masalah ini?

Yuan Min: Terima kasih saudara Zi Yang. Selamat pagi dan salam sejahtera. Faktor dominan
yang menyumbang gejala vandalism ialah institusi keluarga yang kucar-kacir. Ibu bapa dalam
menempuh arus modenisasiini yang nawaitu bertunjangkan materialistik dan kelabaan ini telah
sibuk membanting tulang sehari suntuk sehingga mengabaikan anak-anaknya di rumah, ibarat
‘anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui’. Terdapat sesetengah ibu bapa yang terlalu obses
mencari nafkah dan tergamak memberikan sogokan wang ringgit sebagai gentian kasih sayang.
Kelalaian dan kealpaan ibu bapa akan menyebabkan remaja ghalibnya di rumah tergamak
melakukan vandalism supaya mendapat perhatian daripada ibu bapa. Justeru, teladan yang
negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa seperti merosakkan harta awam akan tanpa disedari
tertinggal dalam kaca mata anak-anak. Bak kata mutiara ‘bagaimana acuan begitu kuihnya’ dan
‘bapa borek anak rintik’.

Pengerusi: Baiklah, terima kasih saudara Yuan Min. Sehubungan itu, marilah saudara Yi Hui
memberi

faktor lain yang boleh mcngheret rcmaja ke kancah kehinaan, vandalisme.


Yi Hui: Terima kasih saudara Zi Yang. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pengaruh rakan sebaya

juga merupakan pemangkin gejala vandalisme turut menular. Menurut ahli psikologi, rakan

merupakan manusia yang dapat meninggalkan kesan mendalam terhadap pembangunan

mental remaja. Mereka lebih gemar mendengar nasihat dan pandangan daripada rakan

sebaya kerana rakan dianggap manusia yang paling memahami mereka. Lantaran itu,

hubungan mereka yang diibaratkan isi dengam kuku sehingga melakukan sebarang perkara

bersama ‘teman seperjuangan’ mereka tanpa kira implikasi buruknya. Natijahmya, terdapat

segelintir kacang hantu yang menjadi batu api sering cabar-mencabar sesama remaja.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ramaja yang pantang dicabar akan termakan

pujukan ataupun godaan untuk melakukan kegiatan yang mungkar iaitu vandalisme. Hal ini

kerana pendirian mereka adalah untuk meninggikan “status" mereka antara rakan sebaya

dan takut digalar "tiada sifat kelelakian”. Oleh itu, remaja sudah terlupa bahawa "kawan

juga kadangkala boleh makan kawan”.

Pengerusi: Terima kasih saudara Yi Hui. Seterusnya, bolehkah saudara Soo Yong memberi sedikit

pendapat atas remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme.

Soo Yong: Terima kasih saudara Zi Yang Faktor berlakunya gejala vandalisme ialah kedangkalan

didikan agama dan kaimanan dalam jiwa remaja. Sesungguhnya, asas keagamaan yang utuh

amatlah mustahak bagi remaia untuk menjadi pedoman dalam menempuh liku-liku kehidupan

yang penuh dengan ranjau dan dugaan. Sebaliknya, sekiranya tanpa asuhan agama yang
menyeluruh, remaja akan tidak dapat membezakan antara intan dangan kaca. Walaupun

begitu, remaja kini didapati mempunyai tahap keimanan yang rapuh ibarat hanya sctebal kulit

bawang. Oleh hal yang demikian, ilmu agama yang cetek bagi remaja dijadikan garisan

panduan akan menyebabkan mereka mudah membuat dosa karana terlalu mengikut hawa

nafsu sendiri yang bergelora dalam melakukan sesuatu perkara. Bak kata pepatah "ikut hati

mati, ikut rasa binasa". Tegasnya, remaja yang tiada pegangan agama umpama kapal kehilangan
nakhoda yang cenderung untuk terbabit dalam gejala vandalisme.

Pengerusi: Terima kasih saudara Soo Yong. Apakah yang juga menjadi pemangkin bagi gejala
vandalisme yang semakin mencalar dan menular pada pascaglobalisasi ini, saudara Yuan Min?

Yuan Min: Terima kasih saudara Zi Yang. Kemelut vandalisme yang semakin berleluasa juga
bertitik tolak daripada pangaruh pelbagai wahana media massa. Pada zaman ledakan teknologi
ini, saluran Internet yang begitu pesat lagi efektif telah mendedahkan remaja kepada laman web

yang penuh dangan peradaban barat misalnya vandalisme yang dianggap dapat meracuni

minda remaja. Hal ini menyababkan remaja yang kerap dibanjiri dengan laman web tersebut
nescaya sadikit sebanyak akan tarpahat pada minda remaja lalu terikut-ikut apa-apa yang
terpampang di skrin komputer. Senario ini juga bertambah kronik apabila televisyen yang juga
menyiarkan lambakan bahan picisan yang tanpa ditapis yakni termasuklah watak yang mengada-
adakan aksi-aksi destruktif. Secara tidak langsung, remaja yang umpama setahun jagung, darah
baru setampuk pinang nescaya akan meniru perlakuan negatif pujaan mereka secara membabi
buta tamsilnya bertindak rosak harta awam. Ironiknya, generasi muda bukan lagi menjadi
sumber manusia yang tidak ternilai, sebaliknya menjadi parasit dan sampah masyarakat.

Terima kasih saudara Yuan Min. Memang tidak boleh disangkal betapa betullah sebutan atas

Faktor-faktor yang tercetusnya gejaia vandalisme berlaku. Oleh itu, setiap penyakit pasti ada

penawarnya, bolehkah saudara Yi Hui manampilkan pendapat kamu atas langkah-langkah

membendung vandalisme.
Yi Hui: Terima kasih saudara Zi Yang. Pendidikan merupakan tunjang atau paksi utama yang
boleh mengubati masalah social ini. Pada peringkat sekolah, pendidikan diharapkan mampu
mencambahkan kesedaran rasa cinta akan harta benda. Di sekolah, banyak ceramah dan
penerangan telah disampaikan oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar supaya mereka mencintai
harta benta awam. Malah, melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, hal ini diserapkan.

Terima kasih saudara Yi Hui. Selain langkah-langkah yang disebut oleh Yi Hui, apakah pendapat
saudara Soo Yong?

Soo Yong: Terima kasih saudara Yi Hui. Pemaparan isu tanpa disusuli pemantauan tiada
gunanya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah
menekankan Pendidikan Moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pekara ini amatlah penting kerana apabila mereka
dewasa, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai murni dan amalan baik yang telah diajar sejak
kecil dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah juga harus bertindak mengambil tindakan disiplin
terhadap sesiapa sahaja yang telah melakukan perbuatan vandalism dengan harapan bahawa
peristiwa pisang berbuah dua kali dapat dicegah ataupun tidak akan mengulangi perbuatan
mereka. Ibu bapa juga harus mengajar anak masing-masing serta bertindak mendidik mereka
apabila mereka merosakkan barang-barang kepunyaan orang lain dan kerajaan. Bak kata
pepatah Melayu ‘bapa borek anak rintik’. Berkat kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa,
langkah ini dapat diibaratkan sebagai serampang dua mata. Langkah sesi kaunselling pelajar
dapat diibaratkan sebagai sudah terang lagi bersuluh. Sesi kaunselling penting agar pelajar-
pelajar yang menghadapi tekanan dalam pelajaran ataupun daripada rakan sebaya yang
memaksa mereka melakukan perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta
menyatakan perasaan dan tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan ini, mereka akan
berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang yang berpengalaman yang seterusnya
mungkin dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi menyedari kesalahan sendiri dan
bertindak mengubah sikap mereka yang salah selepas menghadiri sesi kaunselling. Dengan ini,
memang tidak boleh dinafikan bahawa sesi kaunselling merupakana salah satu langkah yang
efektif dalam menangani gejala ini yang semakin menular di negara kita.

Pengerusi: Terima kasih saudara Soo Yong. Intihanya, semua pihak tidak seharusnya berpeluk
tubuh dan memandang enteng atas kemelut vandalism kerana api kecil baik dipadamkan.
‘Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Jadi, masyarakat kita haruslah bersinergi
dengan pihak kerajaan untuk mengorak langakah yang proaktif lagi pragmatic untuk mengatasi
masalah vandalism yang meruncing dengan segera. Janganlah biar kemelut ini seperti bisiu
menjadi ninah, sukar untuk diubati. Ingatlah bahawa remaja merupakan tonggak negara kita
yang bakal untuk menerajui negara kita menuju ke arah ‘duduk sama rendah, menegak sama
tinggi’ dengan negara maju untuk merelisasikan visi kudsi 2020 dan mencapai negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian terima kasih.

You might also like