You are on page 1of 2

Nam Crystal Ng Kelas 2

a: : Bumi

Perlukah diwujudkan undang-undang bagi mengawal teknologi kejuruteraan genetik


di dunia ini? Bincangkan

Dalam meniti arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi kejuruteraan genetic
yang sering menjadi topik kontroversi merupakan sesuatu yang amat berkuasa, efektif serta mampu
memberi kesan yang baik jika digunakan dalam cara yang sepatutnya dilakukan. Walau bagaimanapun,
teknologi ini juga dapat menyebabkan berlakunya malapetaka yang tidak diketahui dahsyatnya. Namun
demikian, apakah maksud teknologi yang berkuasa ini? Kejuruteraan genetik, ataupun dikenali juga
sebagai ‘bioteknologi pembiakan’, membenarkan saintis Berjaya mengubah proses kelahiran semula jadi
iaitu yang memerlukan pencantuman benih-benih kelahiran daripada dua jantina berasingan, misalnya
sperma atau air mani daripada lelaki dan ovum daripada perempuan, dalam kes manusia. Jadi, perlukah
diwujudkan undang-undang bagi mengawal teknologi kejuruteraan genetik di dunia ini?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, teknologi kejuruteraan genetik mempunyai pelbagai
kebaikan. Antaranya adalah seperti pasangan yang mandul mampu mendapat anak kerana dibantu oleh
teknologi bayi tabung uji. Misalnya, kes ibu bapa Alia di mana ibunya tidak mungkin hamil akibat
masalah saluran falopian, iaitu bahagian laluan paling penting untuk telur untuk disenyawakan dengan
sperma bagi membentuk embrio dan seterusnya membesar sebagai janin atau bayi di dalam kandungan.
Mujurlah Alia dapat dilahirkan pada 11 April kerana wujudnya proses persenyawaan luar rahim (IVF).

Seterusnya, kejuruteraan genetic dapat memajukan industry serta penyelidikan pertanian di


mana pelbagai hybrid tumbuhan dapat dihasilkan. Sebagai contoh, hybrid bunga orkid yang lebih cantik,
mempunyai nilai estika yang lebih tinggi, dan mempunyai warna-warna yang menarik mampu
ditumbuhkan. Di samping itu, tanaman makanan ruji seperti gandum, padi, dan jagung dapat dijadikan
lebih tahan lasak. Tambahan pula, kawasan pertanian boleh dijimatkan dengan penggunaan teknologi
kultur tisu yang membolehkan tembakau serta orkid dicambahkan dalam tabung uji.

Pada waktu yang sama, teknologi kejuruteraan genetik tetap membawa pelbagai kesan buruk.
Misalnya teknologi pengklonan manusia serta pendermaan sperma membangkitkan soal moral dan etika
kerana anak yang tidak mempunyai ibu bapa atau tidak memerlukan penglibatan bapa. Hal ini demikian
kerana kepercayaan semua agama merupakan bahawa penglibatan suci kedua-dua ibu bapa mustahak
untuk menghasilkan nyawa baru.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, penggunaan teknologi ini mungkin disalahgunakan
oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan serta nama. Hal ini amat merisaukan kerana ciptaan-
ciptaan berbahaya mungkin dihasilkan. Antaranya adalah seperti serangga yang lali kepada racun
serangga serta ikan pirana yang dapat hidup dalam air tawar dan juga dalam laut. Sebagai lanjutan
daripada hal sebelum ini, filem “Jurassic Park” mencerminkan akibat-akibat campur tangan manusia
dalam kejuruteraan genetik.

Jika ditinjau daripada aspek lain pula, pengklonan manusia membawa kekeliruan dan huru-hara.
Hal ini berlaku kerana apabila seseorang manusia diklon, nilai-nilai dan sikap-sikapnya, baik bagus
mahupun buruk akan dilipatgandakan sebanyak klon yang dihasilkan. Bayangkan seandainya terdapat 10
Bill Clinton, 5 Saddam Hussein, ataupun 30 Adolf Hitler wujud serentak pada masa yang sama di dunia
ini!

Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, demi mendapat nangsa-mangsa untuk eksperimen
kejuruteraan genetik, saintis-saintis yang tidak berperikemanusiaan sanggup menggunakan haiwan serta
manusia untuk eksperimen-eksperimen yang amat pelik dan menjejaskan kesihatan subjek-subjek yang
digunakan dalam eksperimen tersebut. Hal ini akan mengakibatkan kekejaman terhadap haiwan disertai
dengan jenayah di mana penculikan serta kecurian belah demi mengatasi masalah kewangan mangsa
eksperimen.

Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa undang-undang bagi mengawal teknologi


kejuruteraan genetik di dunia ini haruslah diwujudkan dalam cara paling cekap dan lancar yang mampu
dilaksanakan. Sungguhpun banyak pengubahan baik yang dapat dibawa olehnya untuk manaik taraf
kehidupan kita, namun kesan buruknya jauh lebih banyak daripada kesan baiknya.

544 patah perkataan

You might also like