You are on page 1of 6

BAHAGIAN SEKOLAH

JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN) Telefon : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (18)
Tarikh : 19 Oktober 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 :


Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas
Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6

Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan sedia maklum, selepas tamat peperiksaan UPSR, murid-
murid khasnya di Tahun 6, kurang tertarik untuk datang ke sekolah. Untuk menarik minat
murid-murid supaya terus hadir di sekolah, adalah dicadangkan pihak sekolah merancang
dan melaksanakan program, projek dan aktiviti yang dapat mendatangkan faedah dan
manfaat kepada mereka.

2. Bersama ini dilampirkan Lampiran A yang mengandungi cadangan-cadangan aktiviti


yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memenuhi masa murid-murid dengan lebih
bermakna.

3. Harap maklumkan dengan segera kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua
Guru Bear di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN


SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR UNTUK TAHUN 6

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan cadangan danpihak


sekolah bolehlah memilih melaksanakannya mengikut kemampuan, kemudahan-kemudahan
yang ada dan kedudukan sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN

1. Pelajaran Tambahan

2. Kegiatan-Kegiatan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

2.1 Permainan-permainan olahraga, gimnastik, permainan-permainan seperti


mencungkil bakat, syarahan, pantun, muzik, nyanyian, lakonan/drama,
bahas, kuiz, karangan dan lain-lain;

2.2 Peraduan syarahan, kuiz, catur, bahas dan sebagainya;

2.3 Rancangan ”Buku Hijau”, berkebun, menternak;

2.4 Khidmat gotong-royong di sekolah seperti :

(a) Membersih dan mencantikkan alam sekitar (environment) sekolah;

(b) Mengecat perabot, membaiki harta benda sekolah, menyelenggara


perpustakaan.

2.5 Tayangan filem-filem pendidikan, Radio/TV Pendidikan, Video.

3. Lawatan Sambil Belajar

Melawat tempat-tempat yang berfaedah dan menarik seperti :-

3.1 Kilang-kilang dan kawasan perindustrian;

3.2 Ladang-ladang dan kilang-kilang getah, kelapa sawit dan tempat-tempat lain
yang sesuai;

3.3 Kolam air, kolam ikan, rancangan tali air;

3.4 Tempat-tempat ternakan, zoo;

3.5 Pejabat-pejabat kerajaan, Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Mahkamah, Balai


Polis, Bomba dan lain-lain;

3.6 Hospital, pusat kesihatan, klinik-klinik dan lain-lain;

3.7 Ke sekolah-sekolah luar bandar dan sebaliknya;

3.8 Tempat-tempat bersejarah, muzium;


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3.9 Institusi-institusi pendidikan dan latihan;

3.10 Dan lain-lain.

4. Ceramah Keselamatan,, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain

Mengundang para jemputan luar seperti ibu bapa/ahli PIBG, ahli Jemaah Pengurus
Sekolah, Pegawai Polis, Pegawai Tentera dan lain-lain untuk memberi ceramah yang
ada kaitan dengan keselamatan, kemasyarakatan dan lain-lain.

Tajuk-Tajuk Ceramah Keselamatan, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain Yang


Dicadangkan

i. Keselamatan (jalan raya, di rumah, di sekolah, air dan lain-lain).

ii. Pendaftaran Kad Pengenalan.

iii. Pendidikan alam sekitar (Environmental Education), pencemaran dalam


(pollution), ekologi dan lain-lain.

iv. Perkhidmatan kemasyarakatan – rukun tetangga, kelab-kelab belia,


pertubuhan-pertubuhan sukarela dan lain-lain.

5. Pertunjukan

5.1 Kebudayaan

i. Adat istiadat perkahwinan berbilang kaum/bangsa

ii. Tarian-tarian asli dan moden kaum di Malaysia

iii. Permainan seperti congkak, gasing, kompang dan lain-lain.

iv. Seni mempertahankan diri (martial arts).

5.2 Pameran

Pameran-pameran seperti hasil projek-projek yang disediakan.

5.3 Hari Pesta

6. Hobi-Hobi Berunsur Kreatif (Termasuk Hobi Saintifik)

Karya-karya diperbuat daripada bahan- bahan seperti :

i. Kayu;
ii. Tanah liat;
iii. Kertas;
iv. Kain;
v. Plastik;
vi. Kaca/Tembikar;
vii. Logam;
viii. Batu;
ix. Daun-daun dan lain-lain.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Rancangan Kegiatan Dakwah Islamiah Untuk Murid Tahun 6 Selepas Peperiksaan
UPSR

7.1 Tujuan

(i) Menyubur dan menjiwai murid-murid dengan ajaran Islam sebagai


benteng menyekat mereka dari tercebur di dalam perkara-perkara
maksiat seperti dadah, judi dan sebagainya.

(ii) Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah


disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan
berakhirnya peperiksaan UPSR.

(iii) Mendedahkan kepada murid-murid ajaran Islam yang murni sebagai


satu cara hidup yang mesti diikuti di samping memberi peluang murid-
murid mengemukakan kemusykilan mereka di dalam hal beragama.

(iv) Menambah pengetahuan murid-murid dari perkara-perkara yang tidak


terdapat dalam buku teks mereka.

(v) Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima di segi ibadat dan


muamalat.

(vi) Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan


mengikis fahaman yang tidak tepat mengenai agama Islam.

(vii) Menolong guru-guru mengawal disiplin sekolah dan juga ibu bapa
menyelesaikan masalah pendidikan Islamiah di kalangan anak-anak
mereka dengan cara yang lebih tepat dan berkesan.

7.2 Susunan Gerakerja

(i) Penceramah bukan dari guru-guru yang mengajar mereka tetapi guru-
guru agama yang mengajar darjah lain bagi menambah sambutan
murid-murid (jika guru sekolah sendiri).

(ii) Adakan pertukaran penceramah dikalangan guru-guru agama bagi


sekolah-sekolah berhampiran.

(iii) Penceramah dari luar yang diperakui oleh pihak Jabatan Pendidikan
boleh dijemput ke majlis ini, tetapi jika melibatkan wang hendaklah
dari wang sekolah/persatuan agama.

(iv) Tajuk dan corak kegiatan hendaklah ditukar tiap-tiap hari, masa
kegiatan hendaklah pada waktu pagi dan awal petang bagi sekolah-
sekolah bersesi.

7.3 Rancangan

(i) Syarahan/ceramah

(ii) Soal jawab agama

(iii) Forum agama

(iv) Perbincangan dalam bentuk USRAH seperti melancarkan bacaan


Yasin, Qunut dan lain-lain bacaan sembahyang.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
(v) Latihan kerohanian seperti berzikir, berdoa dengan diterangkan cara-
caranya sekali.

(vi) Latihan amali perkara-perkara yang melibatkan kehidupan harian


seperti sembahyang dan sebagainya.

(vii) Lain-lain rancangan agama yang sesuai.

7.4 Tajuk-Tajuk

7.4.1 Fiqah

(i) Kebersihan (attaharah), makanan/minuman, pakaian, tempat


tinggal dan lain-lain.

(ii) Sembahyang dan hikmah-hikmahnya, bagaimana boleh


sembahyang dengan baik dan jenis-jenis sembahyang
termasuk sembahyang sunat yang selalu diamalkan.

(iii) Zikir dan doa yang diamalkan tiap-tiap hari seperti tahlil, doa
selepas sembahyang serta aturan-aturannya sekali.

(iv) Konsep halal dan haram dan hikmat-hikmatnya kepada


manusia.

7.4.2 Tauhid

(i) Mengadakan perbincangan umum mengenai ketuhanan,


kenabian dan soal-soal akhirat.

(ii) Sejaran/Budi Pekerti.

(a) Hormat dan taat kepada kedua-dua ibu bapa


(b) Hormat dan taat kepada guru
(c) Apakah maksud taat kepada pemerintah
(d) Adab bergaul dengan jiran
(e) Sifat-sifat terpuji Nabi Muhamad s.a.w. yang patut
dicontohi
(f) Nilai-nilai moral dalam ajaran Rasulullah
(g) Memperkenalkan tokoh-tokoh Islam

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like