Professional Documents
Culture Documents
Konsep penilaian
Matlamat penilaian
Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:
2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;
2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;
2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;
2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;
2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;
2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa.
2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan
pegawai-pegawai yang memantau;
2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan
2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta
Kpntingan penilaian
- penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi
menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka
mengikuti pembelajaran di prasekolah.
- Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan
- proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan
menggunakan pelbagai kaedah.
- bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan
dan dipertingkatkan.
- Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang
termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:
“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.
- peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan.
- Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan
perkembangan sikap mereka.
http://cikguani.blogspot.com/2009/03/penilaian-di-prasekolah.html