You are on page 1of 18

PERTUMBUHAN MOTOR DAN FIZIKAL

[ CAPTER 2 : PHYSICAL AND MOTOR GROWTH ]

1.0 PENGENALAN
Adalah penting bagi kita untuk mempelajari tentang struktur tubuh dan anatomi saraf
manusia bagi membolehkan kita memahami dengan lebih mendalam tentang jenis-
jenis serta bentuk-bentuk pergerakan pada tubuh manusia. Penekanan perlu diberi
kepada sistem otot dan sistem rangka manusia kerana pengetahuan tentang konsep
berkenaan dapat membantu kita untuk memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
keperluan pelajar-pelajar.

2.0 SISTEM RANGKA MANUSIA


Struktur asas yang menyokong dan melindungi tubuh manusia adalah tulang rangka.
Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang (tidak termasuk tulang ‘sesamoid’ kecil
yang mempunyai bilangan yang berbeza-beza bagi setiap orang). Bayi yang baru
lahir mempunyai bilangan tulang yang lebih tinggi berbanding orang dewasa. Semasa
proses pembesaran, sebahagian tulang-tulang ini akan bercantum dan membentuk satu
tulang baru.

Tulang rangka biasanya diklasifikasikan kepada empat kumpulan :

1) Tulang Panjang : Tulang ini panjang, berbentuk silinder dan ia turut


memanjang sepanjang proses tumbesaran. Bahagian ‘shaft’ dan
‘extremities’nya akan bercantum pada usia tiga puluhan. Aktiviti-aktiviti
seperti berjalan, melompat dan melempar memerlukan fungsi tulang panjang
ini. Tulang panjang yang terdapat pada bahagian bawah tubuh juga berfungsi
untuk menyokong berat tubuh badan.

Antara tulang panjang yang terdapat pada tubuh adalah ‘humerus’ pada
bahagian lengan, ‘radius’ dan ‘ulna’ pada bahagian tangan, ‘femur’ pada
bahagian paha dan pada bahagian betis pula terdapat tulang-tulang ‘tibia’

1
(berfungsi menanggung beban) serta tulang ‘fibula’ (memberi sokongan pada
bahagian sisi).

2) Tulang Pendek : Tulang ini terdapat pada bahagian pergelangan tangan dan
pergelangan kaki. Berbentuk persegi, tulang ini padat dan mampat serta kuat.
Contoh lain bagi tulang jenis ini adalah tulang tempurung lutut (patella).

3) Tulang Rata : Tulang ini memberikan perlindungan kepada organ dalaman


dan menyediakan permukaan yang luas bagi percantuman otot. Tulang
punggung (Pelvis), tulang selangka (ribs), tulang bahu (scapulae), tengkorak
(skull) dan tulang dada (sternum) adalah contoh tulang jenis ini yang terdapat
pada tubuh manusia.

4) Tulang ‘Irregular’ : Tulang dalam kumpulan ini terdiri daripada tulang-


tulang yang tidak dapat diklasifikasikan melalui panjang atau bentuknya,
seperti tulang belakang (spinal) dan tulang muka.

Tulang-tulang inilah yang menyediakan ruang untuk sendi, ligamen, otot dan
tendon disamping
menyediakan saluran untuk urat dan saraf.

2
The Human Skeleton

Articulations
‘Articulations’ merupakan tempat-tempat dimana tulang-tulang bertemu dan
bersambung bagi membentuk sendi. Tulang-tulang yang bercantum dengan otot pada
sendi menyediakan asas untuk pergerakan. Permukaan tulang pada sendi dilindungi
oleh kapsul tisu liat (fibrous tissue).

3
Biasanya terdapat dua jenis sendi iaitu :

1) Sendi ‘Amphiarthrodial’ di mana permukaan tulang disatukan oleh tisu liat


(fibrous) ataupun bahan ‘cartilaginous’ bagi membolehkan pergerakan yang
ringan. Tulang tengkuk (vertebral column) mewakili tempat bagi sendi
‘Amphiarthrodial’.

2) Sendi ‘Diarthrodial’ di mana terdapat ruang pemisah (cavity) diantara


penghujung tulang-tulang yang bercantum itu. Sendi ini dilindungi oleh
kapsul ligamen yang mengandungi ‘synovial membrane’ yang bertindak
sebagai bendalir yang melancarkan pergerakan tanpa mencederakan tulang
(melainkan kapsul itu rosak).

A typical vertebra

4
Vertebrae comparison

Sendi ‘Diarthrodial’ adalah penting kepada pengamal aktiviti pembangunan fizikal


yang mana aktiviti ini melibatkan banyak pergerakan tubuh. Terdapat berbagai jenis
sendi ‘Diarthrodial’ dan diantaranya adalah :

1) Sendi ‘Arthrodial’ (gliding) – walaupun bentuknya tidak menentu, biasanya ia


berbentuk rata ataupun melengkung sedikit. Contoh sendi ini adalah di
pergelangan tangan dan di pergelangan kaki. Gerakan menggelungsur
merupakan satu-satunya pergerakan yang boleh dilakukan oleh sendi ini.

2) Sendi ‘Enarthrodial’ atau ‘Spheroidal (ball and socket) – pertemuan di antara


dua tulang di mana penghujung tulang yang berbentuk bulat (ball-shaped)
akan masuk ke dalam soket tulang yang kedua. Sendi ini membolehkan
pergerakan-pergerakan ‘flexion’ dan ‘extension’, ‘abduction’ dan ‘adduction’
serta pergerakan ‘circumduction’. Sendi jenis ini terdapat pada bahagian bahu
dan punggung.

3) Sendi ‘Ginglymoid’ (hinge) – dimana permukaan tulang pertama yang


cembung (spoollike) masuk ke dalam ruang cekung (concave) tulang kedua.
Dengan itu, tulang kedua boleh menggelungsur disekeliling permukaan
cembung tersebut. Hanya pergerakan ‘felxion’ dan ‘extension’ dapat
dihasilkan oleh sendi ini dan ia terdapat pada bahagian siku serta lutut.

4) Sendi ‘condyloid’ (ellipsoidal or ovoid) – penyatuan permukaan bujur yang


melengkung (convex) dengan permukaan cekung (concave). Sendi jenis ini

5
membenarkan pergerakan ‘flexion’ dan ‘extension’ serta pergerakan
‘abduction’ dan ‘adduction’ seperti pergerakan pada pergelangan tangan.

5) Sendi ‘saddle’ (tergolong di dalam kelas sendi ‘condyloid’) – di mana


permukaan cekung (concave) bertemu pada arah lain yang bertentangan
seperti sendi ‘carpometacarpal’ pada ibu jari.

6) Sendi ‘trochoid’ (pivot) – keadaan di mana permukaan melengkung (convex)


yang kecil pada tulang pertama masuk ke dalam permukaan cekung (concave)
tulang yang kedua dan ia membolehkan pergerakan memutar seperti yang
terdapat pada sendi ‘radioulnar’ di tangan serta sendi ‘atlantoaxial’ di tengkuk.

Pergerakan pada Sendi


1) ‘Abduction’ merupakan pergerakan sisi lengan pada arah yang menjauhi
tubuh. ‘Adduction’ pula merupakan pergerakan yang berlawanan dengan
‘abduction’ iaitu pergerakan sisi lengan kearah tubuh.

2) ‘Flexion’ adalah pembengkokkan yang mengecilkan sudut pada sendi.


‘Flexion’ berlaku apabila siku atau lutut dibengkokkan. ‘Extension’ adalah
berlawanan dengan ‘flexion’ di mana ia membesarkan sudut pada sendi.
Pergerakan sendi ini dapat dilihat apabila kepala digerakkan ke arah sisi kanan
dan kiri tubuh.

3) ‘Circumduction’ merangkumi pergerakan ‘flexion’, ‘extension’’ ‘abduction’


serta ‘adduction’. Ia berlaku apabila tangan dihayun dalam bentuk bulatan
(dengan sendi bahu bertindak sebagai pusat pergerakan). Ia juga boleh
berfungsi pada sendi punggung.

4) Putaran (Rotation) merupakan pergerakan disekitar garis lintang tulang.


Pergerakan menghalakan tapak tangan ke atas dan ke bawah merupakan
contoh pergerakan putaran (rotation).

6
Abduction

Flexion

‘Planes’ dan ‘Axes’


Menerangkan serta mengaitkan pergerakan tubuh dengan kawasan ‘planes’ dan
disekitar ‘axes’ akan memudahkan kita membuat analisa pergerakan.

Terdapat tiga kawasan ‘planes’ dan tiga persekitaran ‘axes’ yang bersudut tepat di
antara satu sama lain. Dengan lain perkataan, persekitaran ‘axis’ bagi sesuatu
pergerakan itu bersudut tepat dengan kawasan ‘plane’ di mana pergerakan itu berlaku.

‘Planes’ bagi tubuh manusia adalah seperti berikut :


1) ‘Sagittal plane’ yang membahagikan tubuh kepada bahagian kanan dan kiri.
Pergerakan lengan ke hadapan dan ke belakang merupakan pergerakan di
dalam kawasan ‘sagittal plane’.

7
2) ‘Frontal plane’ membahagikan tubuh kepada bahagian hadapan dan
belakang. Pergerakan sisi lengan (abduction) merupakan pergerakan di dalam
kawasan ‘frontal plane’.
3) ‘Transverse plane’ pula membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan
bawah. Putaran kepala dan pungung merupakan pergerakan di dalam kawasan
‘transverse plane’.

‘Axes’ bagi tubuh manusia adalah seperti berikut :


1) ‘Sagittal axis’ yang melalui tubuh secara melintang dari hadapan ke belakang
(anterior to posterior).
2) ‘Frontal axis’ melalui tubuh secara melintang dari sisi ke sisi.
3) ‘Vertical axis’ pula melalui tubuh pada sudut tegak (90o) dengan tanah.

Contoh pergerakan di sekitar ‘axes’ yang bersudut tepat dengan kawasan ‘planes’ di
mana pergerakan berlaku adalah seperti berikut :
1) Putaran kepala semasa berenang gaya bebas merupakan pergerakan di dalam
kawasan ‘transverse plane’ dan berada di sekitar ‘vertical axis’.
2) Pergulungan tangan di dalam sukan mengangkat berat adalah pergerakan di
dalam kawasan ‘sagittal plane’ dan berada di sekitar ‘frontal axis’.
3) Pergerakan tangan dan kaki semasa lompatan sisi (jumping jacks) adalah di
dalam kawasan ‘frontal plane’ dan di sekitar ‘sagittal axis’.

Planes and axes


of the human
body

SISTEM OTOT
Otot merupakan tisu penghubung yang terdiri daripada gugusan sel (fibre otot) yang
berfungsi menghasilkan pergerakan-pergerakan tubuh. Otot bersama-sama dengan
sebahagian tulang rangka (contohnya tulang selangka) membantu melindungi organ-
organ penting di dalam tubuh seperti paru-paru dan jantung. Otot-otot juga

8
membantu dalam membentuk susuk tubuh. Tanpa otot-otot, pergerakan tubuh adalah
satu perkara yang mustahil.

Otot-otot yang bertugas berpasang-pasangan (prime movers a d antagonists)


membolehkan pergerakan pada sendi-sendi seperti pergerakan memutar, meregang,
mengendur dan sebagainya. Tidak seperti otot-otot lembut yang terdapat di dalam
dinding usus ataupun otot ‘cardiac’ yang terdapat di dalam jantung, otot-otot
‘skeletal’ (striated) bertanggungjawab bagi pembentukan susuk tubuh dan
‘locomotion’.

Bentuk dan saiz otot dipengaruhi oleh fungsinya. Contohnya, otot yang kecil dan
panjang adalah berkaitan dengan kecepatan dan kepantasan pergerakan, manakala otot
yang lebar dan pendek terletak pada tempat yang memerlukan kekuatan.

Setiap otot mempunyai ‘belly’ serta dua atau lebih tendon yang menghubungkannya
dengan tulang rangka. Sambungan pada hujung lain otot berkenaan pula dipanggil
‘insertion’. Otot-otot tersebut boleh menggerakkan lebih dari satu sendi bergantung
kepada ‘insertion’ dan tempatnya.

Otot-otot yang mempunyai pergerakan asas pada sendi dikenali sebagai ‘agonists’.
Otot-otot yang menawarkan pergerakan yang bertentangan pula dikenali sebagai
‘antagonists’. Otot-otot yang membantu ‘agonists’ dipanggil ‘synergists’. Secara
ringkasnya, pergerakan dapat dilakukan melalui interaksi jaluran otot, tulang rangka
dan juga sendi.

‘Muscular hypertrophy’ dirujuk kepada otot yang membesar kerana sering digunakan,
manakala ‘Atrophy’ pula menggambarkan otot yang mengecut dan lemah kerana
tidak digunakan seperti kaki yang patah akan mengecil selepas diberi rawatan yang
lama. Kanak-kanak ‘Cerebral Palsy’ yang mempunyai kaki yang mengecil dan
semakin lemah juga termasuk di dalam golongan ini.

9
Superficial skeletal
muscles of human body

Klasifikasi Otot
Cara percantuman otot adalah berbeza dari satu otot ke satu otot. Fiber yang
membentuk sesuatu otot itu juga berbeza-beza. Variasi otot adalah seperti berikut :

1) Otot ‘longitudinal’ – selari dengan ‘vertical axis’ dan terletak pada


abdomen.
2) Otot ‘fusiform’ – terletak pada tangan dan berbentuk ‘spindle’ dan
meruncing pada hujungnya.
3) Otot ‘Penniform’ – mempunyai bentuk susunan seperti bulu burung dan
fibernya selari dengan tendon. Otot ini terletak di kaki.
4) Otot ‘Bipenniform’ – mempunyai fiber yang memanjang secara
‘diagonally’ dari setiap sisi tendon dan otot ini terletak pada bahagian depan
paha.
5) Otot ‘Multipenniform’ – bersambung kepada lebih dari satu tendon di
mana fibernya memanjang secara ‘diagonally’ di antara tendon. Otot ini
terletak di bahu.
6) Otot ‘Triangular’ – berbentuk seperti kipas dan rata. Fibernya bermula
dengan sambungan tipis dan berakhir dengan sambungan lebar yang
bertentangan. Otot ini terdapat di bahagian dada.
7) Otot ‘Quadrate’ – berbentu rata dan mempunyai empat sisi. Fibernya
selari di antara satu sama lain. Terletak di antara tulang bahu dan tulang
belakang.

10
Fibral arrangements of selected muscles
Pengembangan dan Pengecutan Otot (Muscle Contractions)
Terdapat empat jenis ‘contraction’, iaitu :
1) ‘Isotonic contraction’ - hasil daripada tekanan beban dan jarak.
2) ‘Concentric contraction’ – kebanyakan aktiviti fizikal menggunakannya di
mana jarak tempat asal otot dengan tempat ‘insertion’ dikurangkan.
3) ‘Eccentric contraction’ – pengurangan berperingkat apabila tubuh
mengurangkan berat beban secara perlahan-lahan.
4) ‘Isometric contraction’ – juga dikenali sebagai ‘Static contraction’ di mana
beban kerja yang dibuat memberi tekanan selama masa kerja itu dilakukan.

TUBUH SEBAGAI SISTEM ‘LEVERS’


Di dalam tubuh manusia, terdapat tiga jenis ‘levers’ iaitu:

1) ‘First-class lever’ – tekanan pada siku yang menarik ‘olecranon’ ke atas dan
menyebabkan tangan turun kebawah.

2) ‘Second-class lever’ – pergerakan pergelangan kaki semasa berat tubuh


dipindahkan kepada kaki.
3) Third-class lever’ – tekanan pada otot lengan dan siku yang menyebabkan
tangan ditarik ke atas. The first-class lever

11
4)

TheThird-class lever
TheFirst-class lever

SISTEM SARAF
Semua fungsi tubuh seperti otot, jantung dan buah pinggang adalah dikawal oleh
sistem saraf.

Komponen
Terbahagi kepada dua komponen iaitu :
1) ‘Central Nervous System’ (CNS) yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang.
2) ‘Peripheral Nervous System’ (PNS) yang terdiri daripada 12 pasang saraf
‘cranial’ dan 31 pasang saraf ‘spinal’ yang menyediakan asas stimulasi pada
keseluruhan tubuh.

‘Neuron’ (sel saraf) merupakan unit struktur dan fungsi sistem saraf. Setiap ‘neuron’
mempunyai ‘dendrites’ yang menyampaikan denyutan kepada sel tubuh. Setiap
‘neuron’ juga mempunyai ‘axon’ yang menjauhkan denyutan daripada sel-sel tubuh.
‘Neuron’ dan fiber otot membentuk system ‘Neuromuscular’. Sekiranya penyakit
atau kecederaan menyebabkan gangguan kepada denyutan di antara sistem saraf pusat
dan otot, pesakit akan lumpuh.

Unit motor merupakan organ yang berfungsi pada system ‘neuromuscular’. Setiap
motor terdiri daripada satu ‘neuron’ motor dan semua fiber otot yang dibekalkan oleh
‘axon.

12
‘Reflex arc’ pula meliputi ‘receptor’ (terminal saraf sensor yang menerima dan
menghantar sensor ‘stimuli’), ‘afferent (sensory) neuron’, ‘synapse’, ‘efferent (motor)
neuron’, dan ‘effector’ yang merupakan sejenis otot (organ yang bertindakbalas).

Apabila otot mempunyai banyak unit motor yang membekalkan fiber otot yang
sedikit, lebih banyak bentuk pergerakan akan terhasil.

‘Neuron’ yang membekalkan denyutan daripada otak dan saraf tunjang kepada tisu
otot adalah dikenali sebagai ‘efferent (motor) neurons’. ‘Afferent (sensory) neurons’
pula merupakan bahagian yang menerima dan menghantarnya kepada otak dan saraf
tunjang.

Brain, spinal cord and peripheral nerves

13
Otak terdiri daripada empat bahagian utama :
1) ‘Cerebrum’ – merupakan bahagian terbesar dan terletak di atas ‘cerebellum’
dan ‘pons’. Ia terdiri daripada dua ‘hemispherical masses’. Ia merupakan asas
kepada proses kesedaran manusia. ‘Neurons’ bagi ‘cerebral cortex’
mempunyai kawalan spesifik bagi fungsi ‘sensorimotor’ dan deria-deria khas.
2) ‘Pons’ – bertugas menghubungkan ‘cerebral cortex’ dengan ‘medulla
oblongata’ dan ‘cerebellum’. Ia juga bertugas sebagai laluan konduksi,
manakala ‘neurons’ pada bahagian bawah ‘pons’ membantu aliran pernafasan.
3) ‘Medulla oblongata’ – sebenarnya merupakan sambungan saraf tunjang
kepada ‘pons’. Bertugas untuk menyambungkan fiber saraf kepada bahagian
pusat otak yang lebih tinggi yang mengawal fungsi ‘cardiac’, pernafasan dan
‘vasomotor’.
4) ‘Cerebellum’ – biasanya dirujuk sebagai ‘otak kecil’, terletak di bawah
‘cerebrum’ dan di belakang tengkorak. Fungsinya yang tersangat penting
adalah ia mengawal keseimbangan tubuh melalui pengawalan dan penjagaan
‘tonus’ otot. Ia juga mengawal koordinasi dan ‘kinesthesis’ tubuh.

Satu daripada komponen penting di dalam pertumbuhan motor dan fizikal adalah
integrasi yang baik bagi sistem ‘neuromuscular’. Jika kita memahami konsep struktur
dan anatomi ‘neural’, kita dapat memilih aktiviti pertumbuhan yang sesuai dengan
lebih bijak. Kita juga perlu memahami bentuk pertumbuhan dan tanggungjawab kita
sebagai jurulatih fizikal di dalam domain saikomotor.

14
Display of the brain with the four major division

PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERANCANGAN PENGAJARAN

Pertumbuhan dan perkembangan bermula daripada konsepsi dan berterusan sehingga


mencapai kematangan fizikal. Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan,
kebanyakkan struktur asas telah terbentuk. Bagaimana ia berfungsi bergantung
kepada kebolehan jurulatih fizikal dalam memberikan arahan individu. Rancangan
Pengajaran Individu menunjukkan bahawa konsep ini telah dipraktikkan.

Prinsip perancangan pengajaran merangkumi :


1) Pengalaman sedia ada.
2) Pembelajaran atau latihan yang dirancang dengan kerap
3) Kewaspadaan terhadap kesediaan pelajar secara mental dan saikologi
4) Sentiasa mengetahui bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang
berterusan. Menurut Frost (1975), terdapat sembilan kategori motivasi
pembelajaran iaitu :
a) ‘Homeostasis’ – kecenderungan mengekalkan suasana dalaman.
b) Menepati keperluan – di dalam suasana terkawal dan kondusif
c) Konsep kendiri – membina keyakinan dan kepercayaan diri
d) Jangkaan – berkait rapat dengan konsep kendiri di mana apa yang
dilakukan adalah sepertimana yang dijangkakan.
e) Tahap aspirasi – berkait dengan jangkaan dan menentukan arah
hidup.
f) Kekecewaan, cabaran dan mengenali diri-sendiri – sesuatu tugasan
dan cabaran yang diberi janganlah terlalu sukar hingga menyebabkan
kegagalan dan kekecewaan.
g) Keperluan sosial – tingkahlaku seseorang biasanya dipengaruhi
oleh orang-orang di sekelilingnya.
h) ‘Propriate striving’ – berusaha sedaya upaya kearah sesuatu yang
lebih baik. Individu yang boleh dijadikan contoh adalah seperti Olga
Korbut (1970an) yang memenangi pertandingan gimnastik di sukan

15
Olimpik, David Kiley (1970an – 1990an) yang memenangi pingat
emas sukan paralimpik dan mendaki puncak tertinggi di Texas dan Jim
Knaub (1980an) yang memenangi beberapa pertandingan marathon
berkerusi roda.
5) ‘Arousal” – kebolehan melakukan sesuatu perkara di bawah tekanan emosi
yang kuat seperti berlari laju pada jarak yang jauh apabila ketakutan dikejar
anjing.

RUMUSAN

Pemahaman terhadap sistem tulang rangka, otot, saraf dan faktor motivasi merupakan
penyumbang utama di dalam perancangan program jurulatih fizikal yang ingin
menjadi pengajar yang efektif. Sistem tulang rangka memberikan perlindungan dan
asas kepada aktiviti-aktiviti otot. Pergerakan yang terhasil daripada tindakbalas otot
adalah dikawal oleh sistem saraf. Motivasi yang diberikan kepada individu
membolehkannya mencapai kejayaan yang sebelumnya dianggap mustahil.
Gangguan terhadap sistem-sistem ini akan memberi kesan terhadap kejayaan yang
diharapkan.

16
Expected Development Sequence: 1 to 15 months

Expected Development Sequence: 1 to 15 months

17
Average changes in height that occur between infancy and adolescence

18

You might also like