You are on page 1of 5

1

SULIT 02/2
Bahagian A(i) – Ringkasan
[20 markah]

Berdasarkan petikan di bawah, tulis sebuah ringkasan tentang amalan-amalan baik


dalam pemakanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan.

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting kepada semua orang. Hal ini
demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih
cergas menjalani aktiviti harian. Amalan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang
rapat. Kesihatan tubuh badan bukan sahaja dipengaruhi oleh makanan yang seimbang dan
berkhasiat semata-mata malah corak dan amalan pemakanan sehari-hari turut
memberikan kesan yang besar. Makan dalam keadaan selesa dan tenang merupakan tabiat
yang baik. Selain itu, kita perlu makan pada masa yang sesuai. Kegagalan berbuat
demikian akan mempengaruhi kesihatan seseorang.

Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan merupakan


suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual
makan perlu teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan
setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap
tersebut ketika anak-anak masih kecil lagi.

Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan


bahawa kita mengamalkan diet seimbang. Ada dalam kalangan kita pula yang
menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan dalam tin.
Makanan seperti ini kurang zatnya kerana telah melalui tempoh masa yang lama dan juga
mengandungi bahan kimia. Oleh itu, pengambilan makanan yang segar amat penting
untuk memastikan makanan tersebut membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh
badan.

Kita juga perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan atau


minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya. Kegagalan mengambil berat
tentang tabiat makan yang tidak betul akan mengundang padah. Namun inilah yang
menjadi masalah kebanyakan masyarakat kita. Mereka seolah-olah tidak menyedari
bahawa makanan yang seimbang dapat mempengaruhi kehidupan kita.

Bahagian A(ii) – Pemahaman

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


2
SULIT 02/2
[10 markah]

1. Berikan maksud mengundang padah dalam petikan.


[ 2 markah]

2. Menurut pengarang, mengapakah kita perlu mengambil makanan yang seimbang?


[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan
seimbang?
[4 markah]

Bahagian B
[20 markah]

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


3
SULIT 02/2

Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan.
Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KESAN BANJIR

Kemusnahan Gangguan
harta benda aktiviti harian

Kerosakan Kehilangan
sistem punca
perhubungan pendapatan

Bahagian C
[40 markah]

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


4
SULIT 02/2
Soalan 1
Anda akan menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan yang anda pilih
ialah ‘Akademik dan Kokurikulum Penting untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang’.
Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

Soalan 2
Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak-
anak.
Berikan pendapat anda.

Soalan 3

Amalan Berbudi Bahasa Banyak Faedahnya

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan tersebut.

Soalan 4
Kempen memerangi nyamuk aedes telah diadakan di tempat tinggal anda.
Tulis pengalaman anda semasa menyertai kempen tersebut.

Soalan 5
Peribahasa ’Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna’ sering digunakan
untuk menasihati rakan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu
perkara.
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

BAHAGIAN D
[10 markah]

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


5
SULIT 02/2
Berdasarkan sebuah novel dalam Tingkatan 3:

i. Panas Salju karya Talib Samad


ii. Merdeka! Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah
iii. Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
iv. Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar
tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

02/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

You might also like