You are on page 1of 10

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 5

KEPIMPINAN PENGAJARAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM KE


ARAH PEMBENTUKAN KOMUNITI SEKOLAH YANG CEMERLANG

Ahmad Zabidi Bin Abdul Razak


Jabatan Pengumsan, Perancangan dan Dasar Pendidikan
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Fathiah Saini
Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda
Brickfields, Kuala Lumpur

This article discusses instructional leadership from the Islamic


perspective. The five responsibilities in instructional leadership from the
Islamic perspective discussed are based on education through example,
education through norms, education through advice and counseling,
education through observation and supervision, and education through
punishment. This discussion is important in helping principals to
develop excellent school communities with good academic achievement
and morals.

Sekolah adalah sebuah organisasi yang dinamis dan sentiasa menghadapi cabaran dalam
memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat seita negara. Keperluan untuk memenuhi
tuntutan ini menjadi lebih mendesak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat
yang menawarkan pelbagai perubahan yang pesat di dalam bidang ilmu pengetahuan.
Selain cabaran kepesatan ilmu, sekolah juga perlu berusaha untuk mengekalkan jati diri
yang tinggi dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar.
Prestasi sesebuah sekolah sering pula dikaitkan dengan prestasi pengetua yang
menjadi pemimpinnya (Edmonds, 1979; Hussein Mahmood, 1993; Miller, 1982; Omardin
Ashaari, 1996). Hussein Mahmood (1993) menyatakan bahawa pengetua telah dikenal
pasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pemboleh ubah yang
penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah,
termasuklah prestasi pelajar. Oleh itu masyarakat yang dinamik pada hari ini menuntut agar
pengetua hendaklah terdiri daripada pemimpin dan pentadbir pendidikan yang berilmu
pengetahuan yang cukup tinggi demi pencapaian pendidikan yang cemerlang dan paling
maksimum. Menurut Omardin Ashaari (1996), memang tidak dinafikan bahawa kualiti
kepimpinan, kewibawaan dan kemampuan pengetua akan mempengaruhi dan menentukan
nada sesebuah sekolah, iklim pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajarnya. Ramai
pengkaji juga mendapati bahawa kepimpinan pengetua mempengaruhi iklim dan budaya
sekolah, inovasi, reformasi, penambahbaikan, perubahan sekolah, moral, profesionalisme
dan kepuasan kerja (Blumberg & Greenfield, 1980; Edmonds, 1979).
6 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Begitu juga beberapa penulisan telah membuktikan bahawa bentuk kepimpinan dapat
membezakan di antara sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain. Menurut Wan
Liz (1996), ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam raencorak
suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang ketua
jabatan yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan
jabatannya sudah tentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah
matlamat yang tepat. Tidak syak lagi bahawa maju atau mundurnya sesebuah organisasi
itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya kepimpinan pemimpin-pemimpin yang
memegang tanggungjawab tersebut.
Kajian dan penulisan terdahulu menunjukkan bahawa kepimpinan pengetua
mempunyai pengaruh yang besar terhadap kualiti kejayaan sekolah, pencapaian murid
dan kesanggupan guru (Ibrahim Mamat, 1998). Oleh kerana sistem pendidikan hari ini
lebih menekankan kepada peningkatan prestasi dan kualiti pendidikan dalam pengurusan
sekolah, maka persoalan yang timbul ialah sejauh manakah komitmen pengetua sekolah
terhadap kepimpinan pengajaran dalam proses pengurusan sekolah. Para penyelidik dan
ahli teori dalam bidang pendidikan menyarankan bahawa peranan penting pengetua
adalah untuk menyelia serta membimbing guru lain (Hussein Mahmood, 1993). Pengetua
memainkan peranan sebagai pemerhati, penyelaras, pembimbing dan sebagai resource
person. Pengetua yang berkesan sentiasa mengambil bahagian dalam membuat keputusan
tentang pengajaran dan bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut, termasuklah
faedah mengajar, bahan pengajaran dan prosedur penilaian (Sweeney, 1982). Kesemua
peranan ini merupakan ciri-ciri utama kepimpinan pengajaran. Pengkaji dan penulis
tentang sekolah berkesan melabelkan peranan pengetua yang dikelaskan sebagai sekolah
berkesan atau berjaya sebagai pemimpin pengajaran (DeBevoise, 1984; Hallinger &
Murphy, 1983).
Kepimpinan pengajaran menjadi penting kerana peranan yang dimainkan oleh
pengetua dalam bidang kurikulum dan pengajaran dikatakan mempunyai hubungan
dengan kejayaan sekolah. Tambahan pula pada hari ini masyarakat dari segenap lapisan
khususnya ibu bapa, penjaga dan warga pendidik sendiri memberi perhatian utama terhadap
keputusan peperiksaan yang dikeluarkan setiap tahun. Beberapa jenis peperiksaan yang
dijalankan, seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, menjadi pengukuran dan penilaian
prestasi pencapaian akademik para pelajar di sesebuah sekolah. Pencapaian dalam
peperiksaan ini memberi gambaran dan secara tidak langsung sebagai petunjuk kualiti
pendidikan di sekolah dan kualiti kepimpinan pengurusan sekolah.
Hussein Mahmood (1993) turut mengakui bahawa keberkesanan sekolah lazimnya
diukur dan dinilai dari segikejayaanataupencapaian sekolah dalampeperiksaan,disamping
mewujudkan rasa kepuasan bekerja guru dalam sesebuah sekolah sehingga mendapat
kepercayaan dalam kalangan masyarakat .Dalam keadaan yang sedemikian, tugas guru dan
pengetua menjadi semakin mencabar. Guru perlu lebih kreatif, bermotivasi dan proaktif
serta celik dalam penggunaan peralatan teknologi terkini. Semasa menjalankan tugas
mengajar, para guru sebenarnya memerlukan bimbingan, nasihat, bantuan, sokongan dan
dorongan daripada pengetua untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih memberangsangkan di sekolah-sekolah. Sebagai pemimpin pengajaran,
pengetua haruslah arif tentang metodologi pengajaran pembelajaran dan mahir dalam
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 1

mengendalikan teknologi pengajaran semasa. Maka dengan itu peranan pengetua sebagai
pemimpin pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya,
Banyak kajian tentang kepimpinan pengajaran telah dijalankan, antaranya De
Bevoise (1984), Hallinger dan Murphy (1985), Ahmad TajuddinAbd.Hamid (1989), Krug
(1992) dan Nasirah Muin (2000). Namun kajian terhadap kepimpinan pengajaran dari
perspektif Islam masih kurang ditonjolkan. Kepimpinan pengajaran dari perspektif Islam
mengutamakan moral dan akhlak selari dengan pencapaian akademik. Memandangkan
terdapat kepentingan ke arah pencapaian akademik yang cemerlang dan pada masa yang
sama menjamin pembentukan komuniti sekolah yang berakhlak maka penulisan berkaitan
kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam telah dijalankan.

Kepimpinan Pengajaran daripada Perspektif Islam

Beberapa kajian berkaitan kepimpinanpengajaran yang telah dijalankan sebelum ini telah
mengenal pasti beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua sebagai menunjukkan
mereka mengamalkan kepimpinan pengajaran. Antara ciri-ciri tersebut ialah menjelaskan
misi, menguruskan kurikulum dan pengajaran, menyelia pengajaran, mengawasi kemajuan
pelajar dan menggalakkan iklim pengajaran (Hallinger & Murphy, 1985; Krug, 1992;
Lashway, 2003). Apabila dilihat daripada ciri-ciri ini ternyata ia lebih menekankan kepada
soal akademik sahaja, oleh itu ciri-ciri kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam
perlu diketengahkan sebagai alternatif ataupun pengukuh kepada ciri-ciri kepimpinan
pengajaran yang sedia ada. Dalam artikel ini, penulis mengupas konsep tanggungjawab
kepimpinan pengajaran pengetua daripada perspektif Islam berdasarkan idea kaedah
pendidikan berkesan yang disarankan oleh Abdullah Nasih Ulwan (1981) dalam bukunya
"Pendidikan Kanak-Kanak Dalam Islam". Lima kaedah pendidikan tersebut ialah;

1. Pendidikan melalui contoh teladan


2. Pendidikan melalui adat kebiasaan
3. Pendidikan melalui nasihat dan bimbingan
4. Pendidikan melalui pemerhatian dan pengawasan
5. Pendidikan melalui denda dan hukuman

Pemilihan lima peranan ini kerana kelima-limanya dapat memenuhi falsafah tauhid
yang menjadi tunjang kepada kepimpinan di dalam Islam serta selari dengan saranan
pendekatan bersepadu (Nur Azzah Kamri, 2002). Selain itu, lima pendekatan ini sesuai
untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan pada
masa yang sama dapat membantu membentuk akhlak dan moral yang tinggi dalam
diri pelajar. Secara ringkasnya diterangkan setiap satu peranan kepimpinan pengajaran
daripada perspektif Islam.

Pendidikan Melalui Contoh Teladan

Ciri kepimpinan pengajaran yang pertama adalah pendidikan melalui contoh teladan.
Abdullah Nasih Ulwan (1981) menegaskan bahawa pendidikan melalui contoh teladan
bererti para pelajar akan meniru sifat-sifat yang baik dan akhlak yang mulia.
8 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Dalam pendidikan Islam, contoh teladan yang baik amat besar pengaruhnya terhadap
pendidikan dan perabinaan seseorang individu, terutama kepada kanak-kanak dan remaja
sekolah. Seseorang pelajar memperoleh pelbagai ragam tingkah laku melalui pemerhatian
tingkah laku orang lain di sekelilingnya. Peniruan melalui contoh teladan yang baik
menjadikan seseorang pelajar itu memperoleh tingkah laku dan sikap-sikap yang baik.
Umat Islam sudah mengetahui Nabi Muhammmad s.a.w. menyuruh seseorang itu berbuat
sesuatu apabila baginda terlebih dahulu mengerjakan perkara tersebut dan tidak melarang
seseorang itu berbuat sesuatu sehinggalah baginda menjauhinya terlebih dahulu (Abdul
Raof Dalia, 1992). Sikap seperti ini hendaklah diikuti oleh semua pengetua sehingga
tingkah laku yang baik sama ada dalam pekerjaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya
memberi kesan kepada diri pelajar. Ini bermakna pengetua haruslah bersifat terpuji, iaitu
bercirikan insan cemerlang, bijak memimpin, berakhlak, mempamerkan teladan yang baik
dan berketrampilan. Malah, al-Quran sendiri mengecam mereka yang pandai berkata-
kata tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatan. Oleh itu, tidak ragu lagi contoh teladan
yang baik yang ditunjukkan oleh pengetua dalam amalan kepimpinan pengajarannya
dipandang sebagai salah satu kaedah utama dalam pembentukan akhlak pelajar. Akhlak
yang baik akan memudahkan pelajar mendisiplinkan diri seterusnya membantu ke arah
mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Pendidikan Melalui Adat Kebiasaan

Ciri kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam yang kedua adalah pendidikan
melalui adat kebiasaan. Mengikut Abdullah Nasih Ulwan (1981), pendidikan melalui
adat kebiasaan bermakna manusia dilahir dengan fitrah semulajadi yang mahukan kepada
kebaikan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

Setiap anak itu dilahirkan ke atas fitrah (keadaan semulajadi), maka kedua ibu-
bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.
(Riwayat Al-Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

Manusia dipandang atas perjalanan temannya, maka hendaklah seseorang


kamu memilih siapa yang mesti dia berkawan dengannya.
(Riwayat At-Termidzi)

Perkara penting yang ditegaskan oleh kedua-dua hadis di atas adalah suasana
pergaulan yang baik mempengaruhi pembentukan akhlak pelajar sama ada di rumah
mahupun di sekolah. Justeru, akhlak baik guru dan pelajar-pelajar yang dicontohi daripada
pengetua akan menjadi budaya yang sihat di sekolah-sekolah tersebut.
Abdullah Nasih Ulwan (1981) mengusulkan adat kebiasaan ini dibentuk dengan
tiga perkara asas:
a) mengaitkannya dengan akidah atau kepercayaan.
b) menjauhkan dari kejahatan dan menggalakkan kebaikan.
c) mengubah adat kebiasaan yang tidak baik kepada yang baik.
Pengetua yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan pengajaran dari perspektif
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 9

Islam dengan mengukuhkan pegangan pelajar dengan akidah dan ketaatan pada Allah serta
mempercayai segala wahyu Allah, akan menjadikan pelajar insan yang beriman pada Allah
dengan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan memiliki
sifat taat kepada Allah dan mempercayai hari pembalasan, pelajar akan mudah dibentuk
akhlaknya kerana ingatan mereka terhadap kehidupan akhirat mendorong mereka untuk
sentiasa menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah manusia dari perbuatan mungkar.
Antara kaedah untuk mewujudkan adat kebiasaan yang baik dan boleh menjadi
budaya sekolah adalah pengetua hendaklah menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh
dalam membimbing guru-guru dan pelajar ke arah kebaikan. Rasullullah s.a.w, telah
berjaya memimpin satu perubahan budaya iaitu daripada budaya sesat kepada budaya
bertamadun bagi faedah manusia seluruh dunia dari zamannya hingga ke hari ini (Abdul
RaofDalia, 1992).
Oleh itu, teladan yang baik oleh pengetua sebagai pemimpin pengajaran akan
menjadi ikutan guni-guru dan pelajar-pelajar-sertamembentuk adat kebiasaan yang
menjadi budaya sihat di sekolah. Budaya sihat yang menggalakkan perbuatan baik dan
menjauhi kejahatan ini akan melahirkan guru-guru yang bertanggungjawab dan pelajar
yang cemerlang.

Pendidikan Melalui Nasihat dan Bimbingan

Ciri kepimpinan pengajaran mengikut perspektif Islam yang ketiga adalah pendidikan
melalui nasihat dan bimbingan. Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1981), al-Quran
mempunyai pelbagai eara dalam pengarahannya tentang dakwah, mengingati Allah,
menyampaikan peringatan, bimbingan dan nasihat. Tambahnya lagi, bimbingan yang
ikhlas serta nasihat yang berkesan itu, jika diletakkan kepada jiwa yang bersih, hati yang
jujur, akal yang waras dan mengerti, maka sudah tentu akan cepat diterima. Malah, akan
memberikan kesan kepada jiwa seseorang.
Al-Quran telah menguatkan maksud ini dalam banyak ayat, termasuk dalam Firman
Allah s.w.t.:

Dan berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi


manfaat kepada orang-orang yang beriman.
(Surah Adz-Dzariyat: ayat 55)

Kewajipan memberi peringatan, nasihat dan bimbingan ini juga telah disebut
Rasullullah s.a.w. dalam hadis- hadisnya:

Agama itu ialah nasihat. Kami bertanya: Nasihat bagi siapa, ya


Rasullullah? Jawab beliau, bagi Allah, bagi Kitabnya, bagi Rasul-Nya,
bagi para pemimpin kaum muslimin dan bagi orang ramai.
(Sahih Muslim, ms. 31)

Menurut Johari Alias (1992), dalam aspek nasihat dan teguran Rasulullah s.a.w juga
menggunakan psikologi, iaitu dengan bahasa sindiran (kinayah). Dengan kaedah ini para
10 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

sahabat, pemimpin umat, atau sesiapa sahaja yang mendapat teguran dari baginda, tidak
akan berasa malu dan segan.
Nasirah Muin (2000) berpendapat pengetua bertangggungjawab memberi bimbingan
profesional kepada staf, mengajar, dan menjalankan kaunseling kepada pelajar-pelajar dan
ibu bapa, Pengetua juga harus memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya untuk
panduan staf dan guru-guru tersebut menjalankan tugas dengan berkesan. Kaunseling
kepada pelajar dan ibu bapa dapat mengatasi masalah kemerosotan disiplin atau pencapaian
kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar. Malah, pengetua merupakan pembimbing dan
penggalak guru-guru dan pelajar-pelajar supaya kreatif dan inovatif dalam penggunaan
teknologi. Pengetua hendaklah menggunakan proses dan produk teknologi pendidikan.
Dorongan dan motivasi yang diberikan oleh pengetua sebagai pemimpin pengajaran akan
menggalakkan budaya teknologi di sekolah.
Nasihat dan bimbingan ini boleh diadakan dalam pelbagai bentuk: program kursus
dalam perkhidmatan, program perkembangan staf, mesyuarat sekolah dan kursus
dalaman.

Pendidikan Melalui Pemerhatian dan Pengawasan

Ciri kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam yang keempat ialah pendidikan
melalui pemerhatian dan pengawasan. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994),
meminta guru-guru sentiasa beriltizam dengan sifat peka dan bijak sepanjang menjalankan
pengajaran. Beliau juga merujuk kepada pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Guru-
guru akan mengikut langkah pengetua membuat pemerhatian yang terperinci terhadap
pelajar supaya dapat mengawasi tingkah laku mereka sepanjang pengajaran. Guru-guru
perlulah mengawasi pergerakan pelajar apabila terdapat dalam kalangan mereka yang
dikhuatiri rosak akhlaknya atau mempunyai sifat nakal. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-
Amin, 1994) turut menasihati agar diasingkan pelajar nakal supaya tidak mempengaruhi
dan mengganggu pelajar lain terutama dari segi akhlak dan prinsip-prinsip agama.
Bagi Ibnu Khaldun (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), pendidikan dan pengajaran
merangkumi ilmu dan akhlak. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu dan akhlak yang baik
akan mudah menerima input baik yang lain melalui pembelajarannya. Dengan demikian,
pengetua harus memastikan penilaian terhadap ilmu dan akhlak pelajar dilaksanakan
setiap masa bagi memastikan mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Penilaian perlu dilaksanakan bagi memantapkan nilai dan pencapaian dalam
pendidikan. Ianya bertujuan untuk memerhati dan mengawasi akhlak, pencapaian
kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar. Penilaian hendaklah dilakukan bersama
oleh pengetua dan guru dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang masalah, ianya
hendaklah diatasi dengan segera supaya tidak menular kepada pelajar lain. Seterusnya,
langkah-langkah pembaikan, pembetulan, pengubahsuaian mahupun pengekalan boleh
diambil dalam kadar segera. Dengan demikian, matlamat pendidikan untuk melahirkan
pelajar yang berakhlak dan berilmu dapat dicapai. la juga dapat menghalang pelajar
daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.
Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), tidak membataskan penilaian kepada
hanya peperiksaan sahaja malahan turut memasukkan pemerhatian terhadap tingkah laku
pelajar. Beliau merumuskan penilaian kepada:
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 11

a) Harian atau mingguan.


b) Penilaian peringkat akhir.
c) Pemerhatian tingkah laku.

Ibnu Khaldun (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), menyatakan adalah menjadi


kewajipan guru memerhati kesediaan pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran, Pemerhatian ini bertujuan untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dengan
daya kekuatan akal pelajar,
Walaupun peranan guru dalam melaksanakan proses pemerhatian ini penting, namun
menurut Nur Azzah Kamri (2002), pengawalan kendiri yang menekankan hubungan
manusia dengan Allah lebih penting. Pengawalan kendiri ini dapat dilaksanakan melalui
pengamalan prinsip muraqabah dan muhasabah. Muraqabah bermaksud seseorang individu
hendaklah berusaha mengawal diri dari segala segi gerak langkah, tutur kata dan tindakan.
Manakala muhasabah bermakstid amalan menilai dan memeriksa-diri sendiri yang perlu
dilakukan dari semasa ke semasa secara individu dan berkumpulan. Melalui amalan
muraqabah dan muhasabah, seseorang itu dapat berhati-hati daripada melakukan perkara
yang tidak baik. Kemerosotan penghayatan nilai agama dan etika boleh mempengaruhi
sifat dan sikap individu termasuk pengetua dan guru. Individu yang mempunyai pegangan
agama dan menghayati serta mengamalkan ajaran agama akan sentiasa bersikap jujur,
amanah, bekerjasama, benar, telus, adil dan saksama. Firman Allah:

Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawal) kamu.


(Surah An- Nisa': ayat 1)

Selagi pengetua meletakkan agama sebagai matlamat hidupnya, maka amanah


sebagai pemimpin pengajaran akan dilaksanakan sebaik mungkin agar tanggungjawab
pendidikan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pelbagai kaedah boleh
digunakan untuk tujuan pemerhatian dan pengawasan dalam kalangan guru-guru untuk
mempertingkatkan pengajaran mereka. Antaranya, rondaan kelas dan kawasan sekolah,
perjumpaan secara tidak formal dengan guru-guru dan pelajar, menyediakan berbagai-
bagai sumber yang dapat membantu ke arah pencapaian matlamat sekolah, meninjau
tahap kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar, berbincang dengan guru-guru mengenai
masalah yang dihadapi, dan membincangkan tindakan memperbaiki prestasi pelajar.

Pendidikan Melaiui Denda dan Hukuman

Ciri akhir sekali adalah pendidikan melalui denda dan hukuman. Al-Qabisi (dalam
Abdullah Al-Amin, 1994) mengaitkan sanjungan dan hukuman dengan kewujudan sistem
di sesebuah sekolah. Menurutnya, sanjungan adalah rasa kepuasan seseorang ketika
mendapatkan ganjaran atas sesuatu yang sudah dilakukan, manakala hukuman merupakan
rasa sakit seseorang apabila dikenakan tindakan.
Ibnu Shahnun (dalam Gamal, 2003), melihat hukuman dalam dunia pendidikan
sebagai langkah terakhir untuk melurus dan raemperbaiki akhlak anak didik. Al-Qabisi
(dalam Abdullah Al-Amin, 1994), bersetuju dengan pendapat ini dengan berpesan kepada
pendidik supaya tidak menghukum pelajar kecuali selepas menggunakan segala bentuk
12 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

nasihat, celaan, amaran, ugutan dan pengajaran. Ini bertujuan mendalamkan hubungan
kasih sayang antara guru dan pelajar seakan hubungan ibu bapa dan anak. Oleh itu,
pengetua hendaklah memastikan hukuman tidak mengandungi unsur-unsur kekerasan dan
sifat balas dendam. Motif hukuman adalah semata-mata untuk melatih dan memperbaiki
tingkah laku pelajar supaya mereka boleh membuat perubahan diri.
Menurut Gamal (2003), seseorang pendidik tidak dibenarkan memukul pelajarnya
dalam keadaan marah. Tindakan tersebut menyebabkan hilangnya tujuan mendidik dan
berubah menjadi pemuasan atau pembalasan dendam terhadap pelajar.
Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), memberi garis panduan dalam
pelaksanaan hukuman:
a) Mengelak daripada menggunakan tindakan ini dalam keadaan emosional. Ini
kerana bimbang guru akan melampaui batasan;
b) Guru mestilah mengetahui bahawa hukuman yang dijatuhkan ini bukan
bertujuan melepaskan geram dan rasa marah yang terdapat dalam dirinya. Ini
kerana ia bercanggah dengan keadilan dan motif hukuman yang dilaksanakan
iaitu bertujuan memperbaiki akhlak;
c) Hukuman tidak boleh melebihi tiga kali pukulan kecuali dengan persetujuan
pengetua. Jika pukulan yang lebih hendak diberi, guru mestilah mengetahui
bahawa pelajar yang dipukul itu mampu menahan pukulan yang lebih itu;
d) Sifat pukulan dan hukuman pula tidak menimbulkan kesan kepada anggota
tubuh pelajar ataupun menyebabkan kecacatan kepada diri pelajar kerana
sifat pukulan itu hendaklah yang menyakitkan tetapi tidak membawa kepada
kemudaratan;
e) Pengetua hendaklah menjalankan hukuman dengan sendiri dan tidak
membenarkan pelajar lain seperti pengawas untuk menjalankan hukuman
kerana bimbang ini akan menjejaskan hubungan dan semangat persaudaraan
dalam kalangan mereka;
f) Tempat-tempat hukuman hendaklah tidak mengena bahagian tubuh yang
sensitif dan rotan yang digunakan hendaklah lembut untuk mengelak kesan
buruk; dan
g) Elak daripada menghukum pelajar dengan menghalangnya daripada makan
dan berehat kerana ini akan menimbulkan kesan terhadap pembesaran dan
aktivitinya. Malah ia akan mewujudkan perasaan benci dan menghapuskan
perasaan kasih sayang antara pelajar dan guru-guru.

Berdasarkan pendapat penulis-penulis Islam, penulis membuat kesimpulan bahawa


tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin pengajaran dari perspektif Islam bermakna
mengenakan denda dan hukuman dengan perasaan tenang, niat dan tujuan yang betul, alat
yang sesuai, kaedah dan teknik yang berkesan dan hukuman yang setimpal.

Kesimpulan

Pandangan-pandangan di atas jelas menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran dari


perspektif Islam melibatkan tanggungjawab pengetua yang paling penting. Pelaksanaan
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 13

tanggungjawab yang diamanahkan kepada pengetua ini mampu mempengaruhi proses


pengajaran-pembelajaran. Kesannya bukan sahaja mampu menghasilkan pencapaian ke
tahap yang lebih cemerlang malah mampu membentuk generasi yang sukakan kebaikan
dan berani mencegah serta benci kemungkaran. Kesimpulannya, pengamalan kepimpinan
pengajaran daripada perspektif Islam akan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia,
bersahsiah dan tinggi ilmu pengetahuannya,
Memandangkan bidang kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam ini
merupakan bidang baru yang tinggi faedahnya, maka di sini disarankan beberapa
cadangan:

a) Pengetua perlu didedahkan kepada konsep kepimpinan pengajaran daripada


perspektif Islam kerana ia bukan sahaja mementingkan pencapaian akademik,
bahkan yang lebih penting memberi penekanan kepada soal pembentukan
akhlak warga sekolah.
b) Guru-guru juga perlu didedahkan tentang kepimpinan pengajaran daripada
perspektif Islam supaya para guru sedar bahawa peranan pengetua untuk
membimbing mereka bukanlah untuk mencari kesalahan dan kelemahan mereka
sebaliknya untuk sama-sama bermuhasabah bagi memperbaiki kekurangan
tertentu. Semua ini dilakukan oleh pengetua bukan untuk matlamat peribadi,
sebaliknya untuk memenuhi tuntutan amanah llahi.
c) Pihak yang berkaitan perlu menganjurkan seminar atau kursus berkaitan
kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam agar bidang ini lebih luas
perbincangannya dalam kalangan para intelektual dan seterusnya menghasilkan
lebih banyak kajian yang berkaitan.
d) Institusi latihan perguruan dicadangkan memasukkan elemen kepimpinan
pengajaran daripada perspektif Islam sebagai salah satu komponen penting
di dalam kurikulum latihan kerana kursus ini bukan sahaja bertujuan untuk
orang lain bahkan digunakan oleh guru pelatih sendiri untuk membina jati
diri berasaskan konsep tauhid yang ditekankan dalam kepimpinan pengajaran
daripada perspektif Islam ini.

Rujukan

Abdullah Al-Amin Al-Na'miy (1994), Kaedah dan teknik pengajaran menurut ibn
Khaldun dan al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Nasih Ulwan (1981). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka
Nasional.
Abdul Raof Dalia (1992). Pengajaran dari kisah nabi. Selangor: Progressive.
Ahmad Tajuddin Bin Abdul Harrtid (1989). Peranan pengetua dalam kepimpinan
pengajaran. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.
Blumberg, A., & Greenfield, W. (1980). The effective principal perspectives on school
leadership. New York: Allyn & Bacon.
DeBevoise, W. D. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader.
Educational Leadership, 41(5), 14-20.
14 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Edmonds, R. (1979). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1),
15-24.
Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam. Pahang: PTS.
Hallinger, P., & Murphy, J. (1983). Instructional leadership and school socio-economic
status: A preliminary investigation. Administrators Notebook, 3(5), 1-4.
Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviour of
principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217-247.
Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur:
DBP.
Ibrahim Mamat (1998). Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepimpinan. Kuala
Lumpur: Budiman.
Johari Haji Alias (1992). Membina semangat positif, nilai-nilai Islam 2. Kuala Lumpur:
DBP.
Krug, S. E. (1992). Instructional leadership: A constructivist perspective. Educational
Administraton Quarterly, 28(3), 430-443.
Lashway, L. (2003). Developing instructional leaders. Dimuat turun pada 2 April, 2004,
daripada http://www.ericdigests.org/2003-2/leaders.html
MahmudYunus (1992). Tafsir Quran Karim. Klang: Book Centre.
Ma'mun Daud (t.t.). al-Hadis. Terjemahan Shahih Muslim Jilid 1, 2, 3, 4. Singapore:
Darle Fajr.
Miller, S. K. (1982). School learning climate improvement: A case study. Educational
Leadership, 40(3), 36-37.
Nasirah Muin (2000). Kepimpinan pengajaran ke arah kecemerlangan pencapaian
akademik di sekolah menengah daerah Gombak, Selangor. Disertasi Sarjana
Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Nur Azzah Kamri (2002). Nilai dan etika dalampengurusan Islam. Tesis Sarjana Syariah
yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Omardin Ashaari (1996). Pengurusan sekolah. Kuala Lumpur: Cergas.
Sweeney, J. (1982). Research synthesis on effective school leadership. Educational
Leadership, 39(5), 346-352.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam abad ke-21: Revolusi pengurusan
untuk keunggulan sektor awam dan korporat. Kuala Lumpur: Utusan.

You might also like