You are on page 1of 7

Bab 4 JAWATANKUASA YANG DITUBUHKAN DI SEKOLAH

4.1 JAWATANKUASA KELAYAKAN MURID.


4.1.1 Carta organisasi Jawatankuasa Kelayakan Murid

Jawatankuasa Kelayakan Murid

Pengerusi
Liong Shou Chuan

Naib Pengerusi
Ngae Koh Hung

Setiausaha
Francis Ngu Wu Ngeai

Penyelia Petang Wakil PIBG Guru SPBT Penyelaras Penyelaras


Wong Sing Chuan. Pengerusi PIBG Sesi Petang Tingkatan Tingkatan
Ha Ai Hung Sesi Pagi Sesi Petang

4.1.2 Tugas Jawatankuasa Kelayakan Murid


Memproses Borang Permohonan SPBT dan memberi perakuan jika pemohon memenuhi
criteria yang ditetapkan.
4.2 JAWATANKUASA SPBT SEKOLAH
4.2.1 Carta Organisasi Jawatankuasa SPBT Sekolah
4.2.2 Tugas Jawatankuasa SPBT, Murid dan Ibu Bapa
(i) Tugas dan Tanggungjawab Pengetua
(a) Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan dalam pelaksanaan dan
pengurusan SPBT sekolah seperti Bilik Operasi SPBT sekolah, bantuan
perkeranian, fail, buku stok, cap SPBT dan borang-borang maklumat yang
berkaitan.
(b) Menubuhkan Jawatankuasa SPBT Sekolah yang dianggotai oleh pengetua, guru
penolong kanan HEM, guru penyelia petang, setiausaha SPBT, dan guru
penyelaras kelas peralihan hingga tingkatan 5.
(c) Menubuhkan Jawatankuasa Kelayakan Murid yang terdiri daripada pengetua,
guru penolong kanan HEM, guru penyelia petang, wakil PIBG, dan dua orang
guru SPBT.
(d) Menubuhkan Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan yang terdiri daripada
pengetua, guru penolong kanan HEM, dan guru SPBT.
(e) Bertanggungjawab terhadap semua data dan maklumat berkaitan dengan SPBT.
(f) Melantik guru SPBT dan pembantu yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
(g) Memastikan maklumat tentang pelaksanaan dan pengurusan SPBT disampaikan
kepada semua guru, murid dan ibu bapa atau penjaga dari semasa ke semasa.
(h) Memastikan Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT 1) diproses dengan betul
dan saksama.
(i) Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar dan
menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (SAP) / invois atau Nota Serahan.
(j) Memastikan Nota Serahan dan SAP dikembalikan kepada penerbit atau pengedar
dengan kadar segera.
(k) Membantu memudahkan murid yang tidak mendapat pinjaman buku teks
membeli buku teks di pasaran terbuka.
(l) Memastikan pelupusan buku teks dibuat dari semasa ke semasa.
(m) Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung
denganSPBT.
(n) Bekerjasama dengan JPN / PPB /PPD/ JAIN mengenai pelaksanaan dan
pengurusan SPBT di sekolah.
(o) Menerima kes rayuan permohonan bantuan pinjaman buku teks SPBT dan
memanjangkannya kepada JPN untuk tindakan lanjut.
(p) Menggalakkan penubuhan kelab SPBT di sekolah demi mempertingkatkan
pengurusan SPBT sekolah.

(ii) Tugas dan Tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru
Penyelia Petang
(a) Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT.
(b) Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan guru SPBT.
(c) Menyediakan dan menyimpan maklumat SPBT.
(d) Menyediakan dan mematuhi takwim SPBT sekolah.
(e) Memastikan pemprosesan kelayakan pinjaman buku teks dilakukan oleh
Jawatankuasa Kelayakan Murid yang dilantik, dan pemprosesan tersebut
mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan.
(f) Menjadi Ahli Jawatankuasa SPBT sekolah, Jawatankuasa Kelayakan Murid,
dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan.
(g) Memastikan buku teks digunakan secara optimum dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(h) Menghadiri taklimat / kursus berkaitan dengan pelaksanaan dan pengurusan
SPBT sekolah.
(i) Memastikan semua maklumat yang dikemukakan kepada BBT / JPN / JAIN /
PPB / PPD adalah tepat dan benar.
(j) Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar dan
menandatangani SAP / invois atau Nota Serahan seperti yang diarahkan oleh
pengetua.
(k) Memastikan buku teks SPBT dicap, direkod dalam buku stok dan disimpan
dengan baik.
(l) Memastikan buku stok SPBT dikemas kini dari semasa ke semasa.
(m) Membantu memudahkan murid yang tidak mendapat pinjaman buku teks
membeli buku teks di pasaran terbuka.
(n) Melaporkan kepada PPD / PPB / JPN / BBT tentang kelebihan / kekurangan
buku teks di sekolah dari semasa ke semasa.
(o) Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman, menerima buku
teks pada minggu pertama persekolahan.
(p) Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT dari semasa ke
semasa.
(q) Mengawasi keselamatan buku teks sama ada di tangan murid atau di dalam
Bilik Operasi SPBT sekolah.
(r) Memastikan pengagihan buku teks dilaksanakan dengan kadar segera seperti
yang diarahkan oleh JPN / PPB / PPD / JAIN.
(s) Bekerjasama dengan JPN / PPB / PPD / JAIN dalam pelaksanaan dan
pengurusan SPBT di sekolah.
(t) Melaporkan kepada pengetua sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT
untuk tindakan selanjutnya.
(u) Membuat tindakan susulan terhadap teguran atau laporan berhubung dengan
pelaksanaan dan pengurusan SPBT.
(v) Memastikan pelupusan buku teks dibuat dari semasa ke semasa.

(iii) Tugas dan Tanggungjawab Guru SPBT


(a) Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan
SPBT.
(b) Menguruskan Bilik Operasi SPBT sekolah.
(c) Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar.
(d) Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak Borang Kelayakan Murid
(Borang SPBT 1).
(e) Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak yang terkini.
(f) Menyelaraskan pengagihan buku teks kepada murid melalui penyelaras
tingkatan atau guru kelas.
(g) Menyelaraskan pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT
G).
(h) Menguruskan dan mengemaskinikan semua fail serta buku stoak SPBT dari
semasa ke semasa.
(i) Menerima dan menyemak bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar
seperti yang diarahkan oleh pengetua.
(j) Menandatangani SAP / invois atau Nota Serahan jika diperturunkan kuasa
oleh pengetua.
(k) Menguruskan penggantian buku teks yang diterima daripada penerbit atau
yang dirosakkan / dihilangkan oleh murid.
(l) Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada
penerbit dan yang disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah serta yang
di tangan murid dari semasa ke semasa.
(m) Memastikan buku teks SPBT dicap dengan menggunakan cap SPBT dan
mencatatkan tarikh penerimaannya.
(n) Menguruskan pelupusan buku teks dari semasa ke semasa.
(o) Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa SPBT sekolah, Jawatankuasa
Kelayakan Murid, dan Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku
Teks Sekolah.
(p) Melaporkan kepada guru penolong kanan HEM atua guru penyelia petang
sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
(q) Merancang dan menguruskan baik-pulih buku teks.
(r) Menjadi penasihat Kelab SPBT Sekolah.

(iv) Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Tingkatan


(a) Bekerjasama dengan Guru SPBT dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.
(b) Menyelaras pengedaran, pengumpulan dan menyemak Borang Kelayakan
Murid (Borang SPBT 1) kepada/daripada guru kelas.
(c) Menyelaras pengagihan buku teks SPBT kepada murid melalui guru kelas.
(d) Menyelaras pengisian Borang SPBT G.
(e) Menyelaras Guru SPBT menyampaikan dan mengumpul maklumat SPBT
kepada guru kelas dari semasa ke semasa.
(f) Menganggotai Jawatankuasa SPBT Sekolah dan Jawatankuasa Kelayakan
SPBT Murid.

(iv) Tugas dan Tanggungjawab Guru Kelas


(a) Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT.
(b) Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak Borang Kelayakan Murid
(Borang SPBT 1).
(c) Menyediakan cadangan senarai nama murid yang layak dan yang tidak layak
menerima pinjaman buku teks.
(d) Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks
daripada murid.
(e) Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan
pemulangan buku teks daripada murid.
(f) Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baik.
(g) Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka di ruang yang
disediakan pada cap SPBT.
(v) Tugas dan Tanggungjawab Murid
(a) Murid sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan.
(b) Murid hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan saying akan buku teks
dengan cara:
- membalut buku teks.
- Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks.
- Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
- Menggantikan buku teks yang dihilangkan / dirosakkan.
(c) Mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam di ruang yang disediakan
cap SPBT.

(vi) Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga


(a) Memberi maklumat yang tepat dan benar dalam pengisian Borang Kelayakan
Murid (Borang SPBT 1).
(b) Memupuk sikap saying akan buku teks SPBT kepada anak / tanggungan mereka.
(c) Memastikan buku teks yang dipinjam oleh anak / tanggungan mereka
dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
(d) Menggantikan buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak /
tanggungan mereka.
(e) Memastikan anak / tanggungan ibu bapa atau penjaga membawa buku teks
mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.

4.3 LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN BUKU TEKS SEKOLAH


4.3.1 Carta Organisasi Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah

LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN BUKU TEKS SEKOLAH

PENGERUSI
Liong Shou Chuan

NAIB PENGERUSI
Francis Ngu Wu Ngeai

AJK
Wong Siew Eng
Ha Ai Hung
Ting Siao Fong

4.3.2 Tugas Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah


Mengesahkan buku-buku yang boleh dilupuskan.

You might also like