You are on page 1of 2

Sistem Fertigasi

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili
merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk
kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk
mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat
saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Fertigasi: Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa
yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh
pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga
perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis
serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak
menggunakan tanah.

Fertigasi: Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti
cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman
fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan
mudah digunakan.

Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok
nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan
baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 –
10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Fertigasi

Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan "fertilizer" dan "Irrigation". Definasi Fertigasi
adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman
diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai.
Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai
pH 6.5 - 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung
kepada jenis tanaman.

Tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan
dan serangga.

Penanaman Secara Fertigasi


Kebaikan
Masalah/halangan
1. Meningkatkan hasil per unit dengan kepadatan tinggi

2. Mengatasi masalah tanah yang tidak subur

3. Nutrien dapat diberi mengikut peringkat pertumbuhan

4. Dapat menghindar penyakit pokok

5. Masalah rumpai kurang

6. Penggunaan racun dapat dikurangkan

7. Hasil yang lebih tinggi dan berkualiti

1. Modal permulaan yang tinggi

2. Kos baja tinggi

3.Risiko kerugian yang tinggi dan tenaga buruh yang intensif

4.Kekurangan pengetahuan aspek baja dan penjagan rapi

5. Memerlu kualiti airyang baik

6. Memerlukan varieti yang sesuai dengan cuaca setempat

7. Memerlukan media, suhu dan kelembapan yang sesuai

http://soiltrg05.tripod.com/Fertigasi.htm

You might also like