You are on page 1of 3

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia
yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut :

1 a) Nama Jawatan : PEGAWAI PSIKOLOGI

b) Jabatan : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

d) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

2 Gred Gaji
Gred S41 : Jadual Gaji Matriks
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

3 Syarat lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti


berikut :
a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun dan bagi pesara


berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan;

c) i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi


atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T3); atau

( 1 / 3 ) 
ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T3); atau

iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi


klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T7); atau

iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi


atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(gaji permulaan ialah pada S41:P1T10);

dan d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian


Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4 Penetapan Gaji : Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred S41 boleh
ditetapkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan
kepada pengalaman kerja berkaitan.
(Keutamaan adalah bagi pesara-pesara yang mempunyai
kelayakan di perenggan c) i) hingga iv) dan d) di atas dan
pengalaman sebagai Pegawai Psikologi.

5 Taraf Jawatan : Kontrak

6 Tarikh Tutup : 21 Januari, 2010


Permohonan :

7 Cara Permohonan : a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh


Permohonan diperolehi di Pejabat ini dengan cara datang sendiri
pada waktu Pejabat atau dengan mengirim sampul surat
berukuran 10cm x 32cm (4 x 9 inci) bersetem 50 sen beralamat
sendiri dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG” di sudut
sebelah atas kiri sampul surat atau borang boleh di muat turun
dengan melayari laman web www.johordt.gov.my/bpsm.

( 2 / 3 ) 
b) Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan
dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut:-
i) Sijil Kelahiran,
ii) Kad Pengenalan,
iii) Sijil-sijil Kelulusan,
iv) Sijil Berhenti Sekolah,
v) Skrip-skrip Ijazah.

c) Permohonan daripada pesara hendaklah disertakan salinan


Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
terakhir.

d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah


dihantar ke alamat :

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA,


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN C3S, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR.

8 Catatan : a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil


temuduga.

b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3


bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap
permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah


tanggungjawab pemohon sendiri.

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA,


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN C3S, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR.

bertarikh : 29 Disember, 2009

( 3 / 3 ) 

You might also like