You are on page 1of 5

Sukan dapat mengeratkan lagi masyarakat dalam konsep 1 malaysia

“Konsep ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara penduduk di sini tetapi
mengeratkan lagi perpaduan di antara satu sama lain,

“ Melihat kepada kerjasama yang baik daripada semua persatuan penduduk di sini membuktikan
bahawa konsep 1Malaysia mula diamalkan,“ katanya.

aya percaya cadangan yang baik ni tentu kerajaan akan segera buat kajian, sebab kita
perati semangat kerjasama dan perpaduan antara rakyat dah makin longgaq. Kita mesti
segera mulakan gerakan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum ni sejak dibangku
sekolah lagi, bagi memastikan hasrat untuk membina sebuah negara bangsa yang
gemilang dapat kita capai dengan jayanya.

Jadi…, apa tunggu lagi, ayuh kita mulakan gerakan ini demi kebaikan seluruh rakyat
Malaysia. Hidup 1Malaysia..!.

TIDAK dapat disangkal lagi bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan
tubuh yang paling berkesan. Tetapi fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Ia kini telah menjadi aset bagi
sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran.
Ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu ditanyakan soalan seperti, siapakah kuasa bola
sepak dunia? Negara manakah yang mengungguli sukan bola keranjang, tenis, hoki, badminton atau
sebagainya.
Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di peringkat persada dunia. Malaysia
juga kini lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy dan hoki
serta beberapa lagi jenis sukan.
Dari segi ekonomi, sukan juga telah membuka satu lagi hubungan erat di antara sukan, media dan
syarikat pengiklanan.
Ini amat baik dari segi pertumbuhan ekonomi negara. Syarikat-syarikat televisyen berlumba- lumba
untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat
pengiklanan yang berlumba-lumba untuk menjadi penaja utama.
Bagi negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai
alat mengintegrasikan atau menyatupadukan masyarakat.
Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka
senantiasa bekerjasama, saling memahami dan menyemai konsep saling perlu memerlukan di antara
satu dengan yang lain.
Ini dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan lagi
perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.
Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan penganjuran pelbagai temasya sukan seperti
Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan tak kurang juga temasya sukan di peringkat
kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa bulan yang lalu. Jalinan dua hala dapat
dibentuk dengan semangat sukan yang jitu.
Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan tetapi cuba kita selongkar kebaikan
yang diperoleh daripada penyertaan sukan berkenaan.
Tetapi mungkin ada yang kurang bersetuju kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kemenangan
adalah menjadi keutamaan dan penentu kejayaan sesuatu acara sukan.
Bagaimanapun kita juga tidak dapat lari daripada pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah
dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
Soalan
Penganjuran sukan merupakan suatu peluang yang diharap-harapkan oleh sesebuah negara termasuk
negara kita. Banyak negara bersaing untuk mendapatkan hak tersebut lantaran manfaat yang boleh
dijangkakan. Bincangkan penyataan ini

Penganjuran

Kita seharusnya bersyukur kerana negeri ini sentiasa dianugerahi dengan keamanan, seperti yang
telah kita kecapi pada hari ini sehingga membolehkan kita menikmati kehidupan dalam suasana
yang harmoni dan sejahtera. Selain itu kita juga dapat merancang dan menentukan hala tuju
pembangunan negara mengikut kemahuan dan citarasa kita sendiri. Persefahaman dan kerjasama
antara kaum di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya adalah amat penting dalam
mengekalkan keharmonian di negeri ini demi mencapai serta merealisasikan impian kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

Pada hari yang sungguh bermakna ini, sekali lagi pada tahun ini kita dapat berkumpul dan
bersama-sama untuk memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Pameran dan Sukan Tradisi sempena
Pesta Kaamatan Tahun 2008.  Saya percaya, perayaan ini bukan sahaja dirayakan oleh
masyarakat di kalangan etnik KadazanDusun dan Murut bahkan juga mendapat sambutan
daripada segenap lapisan masyarakat di negeri ini.  Justeru, perayaan sebegini telah memberikan
peluang kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini untuk mengeratkan lagi hubungan
silaturahim, melahirkan semangat kerjasama, perpaduan dan kesejahteraan hidup demi
mewujudkan negara yang aman dan damai.

Saya berasa amat bangga disebabkan penonjolan identiti kebudayaan melalui Pameran dan
Sukan Tradisi telah dititikberatkan dalam Pesta Kaamatan ini.  Ini merupakan satu usaha yang
murni yang memerlukan sokongan dan penglibatan semua pihak.  Negara kita amat kaya dengan
aktiviti sukan dan rekreasi warisan sejak dahulu lagi. Keunikan sukan tradisional yang kita miliki
ini sewajarnya dipelihara dan dipromosikan bagi memastikannya tidak hilang ditelan zaman.
Banyak sukan tradisional yang perlu digiatkan kembali dan penganjuran aktiviti sukan tersebut
secara hakikatnya tidak memerlukan kos yang banyak.
 

Oleh yang demikian, saya menyeru agar agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta penggerak
sukan dan rekreasi di negeri ini khususnya badan-badan sukan dapat menghidupkan kembali
serta memajukan sukan tradisional. Dengan ini, dapatlah kita menyemarakkan nilai-nilai dan
keunikan sukan ini serta dapat mengekalkan pula warisan budaya kita daripada ditenggelami arus
kebangkitan nilai-nilai moden. Saya yakin, sukan dan rekreasi tradisional kita dapat
diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa sekiranya usaha promosi yang terancang dan
sistematik dapat dilakukan. Dalam konteks ini, saya sekali lagi menyeru kepada semua
masyarakat di negeri ini agar sama-sama berusaha supaya  Sukan Tradisi kembali mendapat
sambutan di kalangan generasi muda.

Keunikan yang dimiliki oleh Malaysia yang kaya dengan warisan budaya, tradisi dan
kepercayaan merupakan aset penting kepada negara. Pada hakikatnya, negara kita menjadi
negara yang dihormati dan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa kerana
keupayaan Malaysia mentadbir dan mengurus rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan
dalam suasana aman dan harmoni. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama
semua pihak melalui semangat perpaduan, hormat-menghormati dan sikap bertoleransi dalam
kalangan masyarakat negara ini.

Selain itu, kesetabilan politik negara ini juga telah meyakinkan para pelabur dan para pelancong
luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama mereka. Sehubungan itu,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan begitu komited dan telah melipatgandakan usaha
supaya perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi pada hari ini mampu dipertahankan
selamanya. Sememangnya tidak dinafikan bahawa ada cubaan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk berusaha memecahbelahkan atau menghancurkan keharmonian yang
kita miliki. Walau bagaimanapun saya penuh yakin bahawa rakyat Sabah sudah cukup matang
malahan boleh berfikir secara rasional untuk menilai yang mana intan atau permata.

Usaha berterusan Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan dalam meningakatkan lagi
kesejahteraan rakyat di negeri ini melalui Koridor Pembangunan Sabah merupakan satu lagi
pendekatan baru ke arah menjana pembangunan ekonomi di negeri ini, yang akan dinikmati oleh
semua rakyat Sabah. Pelan koridor tersebut telah dibentuk dengan mengambil kira budaya,
keharmonian dan kesefahaman yang wujud dalam kalangan masyarakat di negeri ini, di samping
menyeimbangkan perpaduan wilayah negeri ini. Pelaksanaan koridor ini akan menjadi
pemangkin kepada sosioekonomi masyarakat setempat yang akan membantu meningkatkan lagi
kualiti hidup rakyat. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
dan akan menyumbang ke arah suasana hidup yang aman dan harmoni.

 
Sektor pertanian merupakan salah satu intipati penting program di bawah pelaksanaan Koridor
Pembangunan Sabah yang akan memberi manfaat kepada para petani untuk menikmati unjuran
peningkatan pembangunan ekonomi. Oleh itu, para petani memainkan peranan penting untuk
turut serta menjayakan program ini khususnya dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran
makanan. Dalam hubungan ini, perayaan Pesta Kaamatan seharusnya dijadikan suntikan
semangat kepada semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar bagi menyahut
cabaran ini terutama dalam konteks melipatgandakan usaha untuk mejayakan program
pembangunan sektor pertanian. Saya percaya sekiranya perkara ini diusahakan dengan
bersungguh-sungguh sektor pertanian berupaya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi
negeri dan negara.

Penaja
Organisasi yang terlibat

Saya selaku Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan sangat berharap pada

komitmen persatuan – persatuan sukan dalam memastikan pembangunan


sukan diperingkat akar umbi dapat dilaksanakan, khususnya diperingkat
persatuan untuk membolehkan majlis-majlis sukan diperingkat Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya dapat mengenalpasti atlet yang terbaik bagi mewakili
Wilayah Persekutuan dalam kejohanan kebangsaan.

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang berfungsi sebagai badan induk kepada
ketiga- tiga wilayah akan bertindak selaku katalis danpemacu kepada
pembangunan sukan diseluruh Wilayah Persekutuan. Ini termasuklah
memastikan peruntukan secukupnya dapa disalurkan kepada ketiga-tiga majlis
sukan baik di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya untuk memperkasakan
program-program sukan d ketiga-tiga wilayah tersebut.

Harapan kitra ialah menerusi program-program berkenaan, kita akan dapat


menjana atlet yang berkualiti dan boleh membanggakan Wilayah Persekutuan
di peringkat kebangsaan; dan Malaysia pada suatu hari nanti diperingkat
antarabangsa.

Pada mesyuarat tadi, kami turut


membincangkan semua jenis bentuk program

samada sukan berprestasi tinggi, sukan-sukan

minoriti seperti sukan untuk wanita, sukan

Pengiklanan

You might also like