You are on page 1of 2

DOA QUNUT

Allah humah dini fiman hadait.


Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha
'alait. Wainnahu layadziluman
walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina
Muhammadinin nabiyil ummiyi
waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya:
 
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau
pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah
Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah
Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang
telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara
yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang
menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina
orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang
yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian
atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku
dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan
sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy
dan keluarganya serta sahabatnya.

 
 
Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala
orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut,
makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-
 
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"
 
 
Sujud Sahwi:

 
Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah sunat aba'dh
di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi dengan sujud sahwi.
Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:

Subhaana man laa yanaamu walaa yas hu

Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

You might also like