You are on page 1of 78

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(TITAS)
Sidang Akademik 2007/08

Disediakan oleh:

ABU RAMADHAN
Hj. Ellias bin Hj. Zakaria
Pensyarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
TAMADUN ISLAM: Istilah dan Definisi

1. Terdapat 4 istilah:
 Hadharah
 Umran
 Thaqafah
 Tamaddun

2. Tamaddun - asal kata dasar Bahasa Arab,


MA-DA-NA (‫ )مدن‬yang bermaksud sifat
kehidupan yang berada pada tahap yang
maju dalam pelbagai lapangan.
3. Istilah di atas adalah merujuk kepada kualiti
kehidupan yang bertamadun, iaitu fenomena
kehidupan yang maju dalam bidang ilmu dan
peradaban kehidupan, atau mobility kehidupan
yang mengalami perubahan-perubahan dari cara
hidup yang nomad dan tradisional kepada cara
hidup yang lebih berkualiti

4. Istilah popular yang digunakan untuk menjelaskan


pengertian Tamadun ialah HADHARAH kerana
istilah ini memberikan petunjuk yang jelas, tentang
sifat-sifat hidup bertamaddun.
Istilah HADHARAH (HADHARI)
Pengertian objektif:
Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalam
pelbagai bidang kehidupan seperti bidang ILMU,
budaya, seni, falsafah, ekonomi, teknikal, undang-
undang dan lain-lain yang mempengaruhi
kehidupan dari generasi ke generasi.

Pengertian subjektif:
Menggambarkan suatu perubahan, perkembangan
dan peningkatan kehidupan kepada taraf yang
lebih tinggi, maju dan makmur.
Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN ISLAM:
Pandangan dari ILMUAN

 IBNU KHALDUN
Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan
peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat
atau pencapaian dalam bidang industri yang meningkatkan
kualiti kehidupan.

 SAYYID QUTB
Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan
yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam bidang
sosial, pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan ilmu
pengetahuan yang berasaskan nilai-nilai ajaran Islam.

 S. KHUDA BUKHSY
Kehidupan yang serba maju (civilized) yang membentuk
kehidupan di kawasan perbandaran atau kota-kota.
 UMAR AUDAH AL-KHATIB
Tamadun/Hadharah adalah Himpunan pencapaian ilmu
pengetahuan, Syariat, peraturan tradisi dan akhlak
(moral dan etika) yang telah membina perubahan
pemikiran, ekonomi, politik, sosial, kebudayaandan
seluruh bidang kehidupan.

 DR. MUHAMMAD AL-BAHIY


Keseluruhan penghasilan atau produktiviti kehidupan
yang menggambarkan nilai kemajuan dalam
keperibadian manusia, dari sudut falsafah, pengetahuan,
kesenian, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.
Rumusan Definisi Tamadun Islam:
 Berasaskan Ajaran Islam

 Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan

 Kehidupan bertamaddun bermula di kawasan kota atau


perbandaran

 Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik,


sosial, budaya dan teknologi

 Menikmati / mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian


dan kebendaan berasaskan Iman, Syariat dan Akhlak
TAMADDUN ISLAM:
PERSPEKTIF dan PANDANGAN SEMESTA
 Perspektif
Tamaddun Islam: Kenyataan bukti-bukti dan
rekod sumbangan, kejayaan dan pencapaian
yang berteraskan ajaran Islam yang
menggabungkan unsur-unsur asas yang
sepadu; meliputi,

a) Asas keyakinan ketuhanan, kerasulan dan ketulenan


sumber (wahyu)
b) Kemuliaan norma atau nilai diri manusia (kekuatan
Ruhaniah)
c) Keutuhan institusi-institusi dalam jaringan kehidupan
manusia seperti institusi keluarga, masjid, institusi
pendidikan, dan lain-lain
d) Keunggulan ILMU dan kecemerlangan sistem
pendidikan
e) Kesahihan sistem undang-undang dan sistem
nilai dalam kehidupan
f) Keluhuran Nilai Estetika dalam kesenian
g) Kegemilangan pencapaian aspek kemajuan
kebendaan
h) Keistimewaan dan keutuhan sistem bernegara
Identiti Tamadun
Berasaskan kepada sifat Islam sebagai al-Din, iaitu sistem
kehidupan yang membentuk, membina keseluruhan cara hidup
dalam semua bidang kehidupan

Islam sebagai al-Din, berteraskan kepada asas-asas berikut:

o Sistem kehidupan yang berpusat atau berdasarkan Tawhid, iaitu


pengakuan dan pematuhan terhadap kekuasaan ketuhanan ALLAH

o al-Din:
Sistem kehidupan atau cara hidup yang bersumberkan WAHYU
(Revealation)- iaitu Panduan Kehidupan yang diturunkan atau
dibawa oleh Rasulullah (Muhammad) dari ALLAH, yang terkandung di
dalam al-Quran dan dijelaskan pula oleh al-Hadith/Sunnah
(Amalan/Praktikal dari Rasulullah)
o Islam sebagai al-Din:
Berpaksi kepada sistem Ibadah (hubungan
secara langsung antara manusia dengan ALLAH)
iaitu, cara penyembahan, ketaatan, kepatuhan
dan kesetiaan terhadap seluruh ajaran Islam

o Islam sebagai al-Din, berpusat/berpandu kepada


SYARIAT (sistem perundangan, peraturan,
hukum dan nilai) yang menjadi panduan untuk
membina kehidupan secara menyeluruh
o Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai,
norma, akhlak dan adab, untuk membina
manusia mulia-supaya manusia dapat membina
dan melindungi kehormatan, kemuliaan,
kesejahteraan kehidupan dalam semua aspek
kehidupan

o al-Din membentuk hubungan atau interaksi yang


positif, berterusan, supaya jalinan hubungan
antara sesama manusia, mewujudkan asas-asas
kemuliaan kehidupan
EMPAT Aspek Utama Interaksi Dalam
Islam:
1. Hubungan Manusia dengan Allah
2. Hubungan/tanggungjawab manusia terhadap
DIRI SENDIRI (ROH, JASAD dan AKAL)
3. Hubungan sesama manusia (suami/isteri,
keluarga, kawan, masyarakat kepimpinan dan
lain-lain)
4. Hubungan manusia dengan persekitaran
(binatang, tumbuhan, udara,air, tanah dan lain-
lain)
 al-Din adalah sistem kehidupan yang memelihara
dan melindungi prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat
seperti:

Prinsip kepercayaan
Prinsip kehormatan
Prinsip kemuliaan
Prinsip keadilan
Prinsip kesejahteraan
Prinsip kebebasan
Prinsip keilmuan
 Sasaran/matlamat Sistem Hidup Islam (al-Din)
adalah bahawa semua manusia sentiasa
terjamin hak-hak kehidupan dan setiap manusia
mendapat peluang kehidupan berdasarkan
keperluan dan keupayaan sendiri

Semua manusia wajib menunaikan hak dan


tanggungjawab secara maksima, berterusan dan
bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan,
kemajuan dan kebahagiaan, DUNIA dan
AKHIRAT
Hubungan Hadith dengan al-Quran

1. Hadith/Sunnah menjelaskan sesuatu perkara


dari al-Quran sebagai menyokong atau
mengukuhkan perkara yang dibentangkan oleh
al-Quran.

2. Hadith bertindak sebagai Penghurai atau


Penjelas kepada kandungan al-Quran, terutama
perkara yang mempunyai maksud, kaedah
pelaksanaan yang difahami atau dilaksanakan
oleh Rasulullah.
3. Hadith/Sunnah menunjukkan cara-cara
melaksanakan sesuatu perintah/arahan dari al-
Quran secara terperinci.

4. Hadith/Sunnah bertindak sebagai Penggubal/


Pembentuk peraturan-peraturan dan undang-
undang yang hanya dijelaskan oleh al-Quran
secara teori, secara prinsip sahaja. Masalah
kemanusiaan semakin berkembang dan hadith,
sentiasa menjelaskan isu/perkara baru,
berdasarkan petunjuk dari al-Quran.
MATLAMAT TAMADDUN ISLAM
A.Mengukuhkan sistem hubungan manusia
dengan ALLAH (Tuhan) Pencipta, Pemilik dan
Penguasa ke atas manusia dan Alam

B.Memelihara kehormatan dan kemuliaan


manusia:
Kesempurnaan keyakinan Aqidah ketuhanan
Kesejahteraan nyawa dan tubuh badan
Kesejahteraan Fakulti Akal
Kemuliaan kelahiran zuriat atau insan
Kesucian milikan kebendaan
C. Mewujudkan sistem kehidupan yang
lengkap, sempurna dan universal

D. Menyediakan sistem kawalan dan


perlindungan terhadap kesejahteraan
manusia dan Alam
E. Menyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral
dan etika) yang mulia untuk pembinaan
sumber manusia yang berkualiti

F. Membina jaringan kemanusiaan yang


adil dan saksama tanpa membezakan
unsur-unsur perbezaan kejadian, budaya,
kepercayaan dan status ekonomi
G. Menyediakan pelbagai dasar, undang-
undang dan kaedah untuk membolehkan
manusia mencipta kejayaan, kemajuan
dan kebahagiaan secara sepadu demi
kesejahteraan kehidupan dunia dan
kedamaian akhirat

H. Menyediakan standard atau tanda aras


(benchmarking) kehidupan dalam semua
bidang.
TERAS PEMBINAAN TAMADDUN ISLAM

AQIDAH
(Tauhid/Keimanan)
Sumber
Manusia
Sumber WAHYU
(al-Quran/Sunnah)

AKHLAK
TERAS TAMADDUN
SYARIAT
ISLAM Syariat
Nilai Susila Diri

Sumber Ilmu
Kebendaan
IBADAH
Pengabdian
Penyembahan
Tamaddun Islam: Pembentuk-pembentuk Asas

Manusia

Aqidah
Teknologi Tauhid Wahyu
(ALLAH)

Sumber Alam Dikuasai dan Ilmu


dipengaruhi
oleh TAUHID
Pandangan Semesta Islam
(Islamic World View)

Sistem kehidupan Islam yang membentuk peradaban/


Tamadun Islam, diasaskan kepada pegangan dasar dari
ajaran Islam
Antaranya:

1. Tauhid: Intisari dan Paksi Tamadun


Penegasan dan pengisytiharan bahawa Tuhan yang sebenar
ialah ALLAH. Pencipta, Pemilik dan Penguasa yang MUTLAK

2. Identiti Tamadun Islam adalah berasaskan Tauhid yang


menyatukan semua unsur ajaran Islam dalam satu kesatuan
dan kekuatan. Tuhan ALLAH sebagai punca segala kejadian
dan segala kekuatan
TAUHID: ASAS KEKUATAN TAMADDUN ISLAM

Pemilik
Pencipta
Penguasa Segala
Makhluk

TAMADDUN

Pemberi TAUHID Penggubal


Pengatur ALLAH Syariat

MANUSIA

Penilai
Pengadil
Manusia dan Alam;
Tunduk kepada ALLAH yang MAHA Agung
Tauhid sebagai Identiti dan Intisari Tamaddun
Islam mempunyai unsur-unsur Asas:

1.Kesatuan
Tauhid menjadi faktor central (pusat) yang
menghubungkan pelbagai unsur kehidupan
kepada satu struktur sistem yang bersatu.
Manusia, budaya, bahasa, kepercayaan,
semuanya bersatu membentuk satu
kesatuan melalui prinsip Tuhan yang Esa
dan Mutlak iaitu ALLAH. Alam bukan
manusia juga tunduk kepada Hukum dan
peraturan yang berasaskan Tauhid.
2. Rasionalisme
Kuasa mutlak Allah ke atas semua
kejadian adalah suatu yang rasional.
Kewujudan Allah boleh dibuktikan
melalui kajian tanda kebesaranNya.
Kuasa Allah, bersifat Mutlak, melakukan
dan menciptakan sesuatu tanpa proses
atau bahan.
Kemutlakan Allah dalam Tauhid,
menyebabkan Islam ciptaan Allah
mengandungi ajaran yang sempurna
melambangkan kesempurnaan ZatNya.
3.Toleransi

Konsep Toleransi dalam Tauhid, bererti


Allah yang Mutlak, menyediakan asas-asas
pemahaman manusia untuk membina
kehidupan yang sejahtera.

ALLAH menurunkan KITAB, mengutuskan


Nabi dan Rasul, untuk memandu manusia
membina kehidupan. Tuhan tidak
membiarkan manusia meneroka dan
membina peradaban, dalam keadaan
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada
manusia.
4. Pandangan Semesta Islam tentang Alam.
Alam dari perspektif Islam:

 Tanda/Bukti Kebesaran Tuhan


 Alam sebagai sumber/punca ilmu
 Alam sebagai Pembekal kepada keperluan-
keperluan manusia
 Alam mempunyai sistem dan tindak balas
tersendiri
 Alam sebagai Daerah Operasi dan Bahan
Operasi Kehidupan Manusia
ALAM: Perspektif Islam

Tanda Bukti
Kebesaran Allah

Faktor
Keseimbangan

Daerah Operasi
ALAM Punca/Sumber
Manusia
ILMU

Bergerak Dalam
Sistem dan
Tindak Balas
Sendiri Pembekal Keperluan
Manusia
Worldview – Pandangan Hidup Islam
1. Kehidupan berpaksi kepada Tauhid, iaitu mengiktiraf
bahawa Tuhan Yang Esa ialah ALLAH yang berkuasa
mencipta dan menentukan segalanya. Dialah Zat yang
abadi dan Yang Maha Tinggi

2. Manusia-Status pertamanya ialah ‘ABD iaitu HAMBA


ALLAH. Ia tunduk menyembah dan menyerah kepada
ALLAH
Status keduanya ialah KHALIFAH yang bermaksud wakil,
yang menerima amanah ALLAH. Untuk mengurus dan
membangunkan kehidupan manusia dan alam semesta

3. Manusia mestilah mempunyai ikatan kesetiaan dengan


ALLAH dan kemesraan hubungan sesama manusia dan
makhluk
4. Sumber pegangan kehidupan ialah wahyu yang
terkandung di dalam al-Quran. Al-Quran adalah sumber
kebenaran dan sumber ilmu yang membentuk kehidupan
manusia.
Sumber kedua ialah Hadith atau Sunnah iaitu segala
sesuatu yang bersumberkan daripada perkataan,
perbuatan, pengakuan atau pengiktirafan dari Rasulullah

5. Kehidupan mempunyai kaitan yang kukuh dengan


kematian. Kebahagiaan selepas kematian bergantung
kepada jumlah kebaikan yang bernilai PAHALA yang
mendapat ganjaran SYURGA.
Kehinaan, kesengsaraan adalah akibat dari perbuatan
jahat atau HINA yang bernilai DOSA yang mengakibatkan
dibalas AZAB NERAKA. Pegangan ini menjadi asas
keyakinan konsep peranan
6. Manusia semasa hidup, secara umum ialah mengajak
kepada KEBAIKAN dan mencegah daripada KEJAHATAN

7. Ilmu mesti disepadukan dengan IMAN atau TAUHID, untuk


membentuk kesepaduan, kekuatan dan kemandirian
INSAN

8. Manusia mestilah membentuk hubungan yang kukuh


dengan ALLAH melalui IBADAT dan mestilah membentuk
hubungan mulia dan mesra sesama MANUSIA serta
bersifat melindungi, dan memelihara makhluk dan alam
semesta

9. Ukuran mulia/hina manusia, bukanlah diukur dari jenis


bangsa, rupa, miskin-kaya, atasan-bawahan, kasta, tetapi
kemuliaan ditentukan oleh DARJAH KETAQWAAN,
KEPATUHAN dan KEBAIKAN yang dilakukanoleh manusia
secara IKHLAS
10. Kehidupan merupakan satu AMANAH dan
TANGGUNGJAWAB. Manusia mestilah menunaikan
AMANAH dengan melaksanakan segala tanggungjawab
sebaiknya

11. Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada


KEMULIAAN MANUSIA dari segi ILMU, IMAN dan ADAB
SUSILA

12. Kekayaan alam merupakan ANUGERAH yang mesti


dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA, secara HALAL dan
MULIA

13. Manusia mestilah bertanggungjawab terhadap


kehidupannya. Seluruh kehidupan manusia dalam
PENGLIHATAN, PENGETAHUAN dan PENDENGARAN
ALLAH. Di akhirat akan diadili dengan TELITI dan ADIL
sehingga sehalusnya
CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN ISLAM

1.Rabbaniyah (Bersumberkan Ketuhanan)


Tamaddun Islam diasaskan kepada intisari
Tauhid. Keagungan Allah menjadi PUSAT kepada
seluruh kegiatan kehidupan dan menjadi
matlamat dalam membina peradaban manusia.

Semua aspek peradaban Islam bertolak, merujuk


dan menjadi manifestasi kepada Tamaddun
Islam.

Aqidah Tauhid menjadi sebati, sepadu dan selari


dengan seluruh sistem kehidupan. Tauhid, tidak
boleh berpisah atau dipisahkan dari kehidupan.
2. Akhlak Mulia (Nilai susila yang murni)
Ciri akhlak mempunyai pengaruh yang unggul
dalam pembinaan peradaban Islam.

Unsur-unsur jahat atau hina ditolak oleh Islam.


Islam membebaskan manusia dari semua
unsur zalim, ganas, kotor, lucah dan lain-lain.
Nilai akhlak mulia dihubungkan dengan
matlamat dan kaedah dalam kehidupan.

Ciri akhlak mulia menjadi dasar penting ajaran


Islam.
3.Insaniah: Ciri Nilai Kemanusiaan
Manusia sebagai makhluk mulia dan istimewa.
Asas kesejahteraan komunikasi dan interaksi
sesama manusia ialah kehormatan dan
kemuliaan insan, tanpa merujuk kepada bangsa,
bahasa, budaya, status dan lain-lain.

Premis kemanusiaan tetap sama selama-


lamanya. Hidup dalam jaringan kasih sayang,
tolong bantu, hormat menghormati dengan
memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia
secara menyeluruh.
4. Alamiyah (Bersifat Universal/Antarabangsa)

Prinsip, dasar, polisi, nilai, undang-undang yang


terdapat dalam ajaran Islam ditujukan kepada semua
manusia, untuk membina kesejahteraan semua.

Ajaran Islam boleh memenuhi citarasa semua


manusia, tanpa merujuk kepada kumpulan umat
tertentu.

Undang-undang/Hukum/Nilai Islam menepati Fitrah


atau Nature manusia dan keperluannya, bukan khusus
untuk bangsa dan kepercayaan tertentu.
5.Tasamuh (Saling Menghormati/
Keterbukaan)
Kepelbagaian manusia dari sudut bangsa, bahasa
dan budaya, bukan menjadi faktor krisis dan
konflik kemanusiaan.

Perbezaan dalam kepelbagaian memaknakan:


Tanda kebesaran Tuhan
Identiti dan Jatidiri kaum tersendiri
Sumber kekayaan budaya dan bahasa

Teras interaksi ialah prinsip menghormati,


memaafkan, memahami antara sesama manusia
dengan saling memenuhi keperluan hidup secara
mulia dan bersama.
6. Wasatiyah (Pertengahan/Kesederhanaan)
Islam menampilkan set ajaran yang tidak rigid
dan tidak menekan. Aspek amalan mempunyai
banyak pilihan, sesuai dengan sebab-sebab
tertentu.

Ajaran Islam membentuk gabungan antara


wahyu dan akal, memberikan kemudahan dalam
amalan. Wahyu menjadi panduan, sementara
intelek (akal manusia) boleh memilih untuk
mengambil sesuatu yang terbaik, sesuai dengan
keupayaan dan kondisi-kondisi semasa.
7.Takamul (Lengkap Melengkapi)
Kepelbagaian dalam bidang dan bentuk kehidupan.
Menyumbang kepada ciri kesatuan dan perpaduan
yang harmonis iaitu saling lengkap melengkapi bagi
memenuhi keperluan hidup yang menyeluruh.
Contoh:
Lelaki Wanita
Malam Siang
Ilmu Farmasi Ilmu Perubatan
Aqidah Syariat
Miskin Kaya
Muda Tua
8. Tanawwu’ (Kepelbagaian/Beraneka
Ragam)
Kepelbagaian menjadi ciri istimewa peradaban
Islam. Ciri ini meliputi:

a) Kepelbagaian Disiplin Ilmu


 Aqidah
 Syariat
 Akhlak
 Aliran/Pemikiran/Falsafah
b)Kepelbagaian Isi kandungan/Bidang Hidup
Kebendaan
Kerohanian
Kesusasteraan
Kesenian

c)Kepelbagaian Bentuk
Bahasa
Rupa
Bangsa
Resam/Budaya
9. Adalah: Keadilan/Kesaksamaan
Ciri ini menjadi dasar utama pengurusan
dan pentadbiran sistem hidup yang
mulia.

Kedaulatan dan keluhuran undang-


undang meletakkan manusia sebagai
sama, tanpa diskriminasi.
10.Salam (Keamanan/Kedamaian)
Ciri ini menjadi matlamat utama manusia secara
global yang sangat dipelihara oleh Islam.

Manusia dipandu dan dikawal oleh Hidayah dan


Syariat untuk menikmati keamanan dalam skop
yang luas: Keamanan jiwa, pemikiran, karya,
rumahtangga, harta benda dan negara.
11.Jamalah (Keindahan/Kehalusan)
Ciri ini merupakan jiwa kepada peradaban
Islam. Alam yang indah adalah manifestasi
kepada keindahan Pencipta (Allah).

Ajaran Islam menekankan unsur ini dalam


semua aspek kehidupan. Keindahan diasaskan
kepada keyakinan, bahawa keindahan menjadi
faktor yang menenangkan jiwa dan
mempengaruhi kesejahteraan hidup.
PRINSIP ILMU DALAM
TAMADUN ISLAM
Disediakan oleh:

ABU RAMADHAN

Hj. Ellias bin Hj. Zakaria


Pensyarah
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
PRINSIP ILMU DALAM TAMADUN ISLAM &
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
1. ILMU sebagai sumber pembinaan Tamadun Islam
1.1 : Konsep dan falsafah ILMU
a) Konsep Ilmu
Ilmu ialah sesuatu sifat atau nilai kebenaran yang
membolehkan manusia mengenal dan mengetahui
sesuatu secara pasti dan yakin.
b) Falsafah Ilmu
Falsafah ilmu ialah jalan mencapai kebenaran. Ilmu juga
adalah jalan kehidupan, cahaya kemuliaan yang bertindak
meningkatkan darjat pengetahuan dan kebijaksanaan
manusia. Ilmu merupakan asas utama yang
menghuraikan setiap sesuatu daripada definasi, cara /
kaedah, peraturan / undang-undang hinggalah kepada
matlamat sesuatu secara pasti dan yakin.
2. Sumber Ilmu dalam Islam
Pemilik dan Pencipta Ilmu ialah Allah secara mutlak. Ilmu dilimpahkan Allah
dalam semua ciptaanNya termasuklah pada diri manusia atau luar diri manusia.
Allah merupakan zat yang MAHA Berilmu dan semua ciptaan Nya menjadi
sumber ilmu sebenar.

Dalam kehidupan : ilmu boleh diterokai melalui dua sumber utama iaitu:

i) Sumber Primer – utama: Wahyu.


Wahyu Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Sumber ini bersifat MATLU
atau NAQLI, iaitu ilmu yang diperolehi dengan membaca, memahami dan
mengkaji ayat-ayat al-Quran yang dipenuhi oleh ilmu pengetahuan.

ii) Sumber Am : Alam sebagai Sumber Ilmu.


Sumber Ilmu yang diperoleh secara mempelajari dan meneroka seluruh rahsia
kejadian Alam, bermula dari kejadian diri manusia dan segala ciptaan Tuhan.
Sumber ini disebut AQLI dan LOGIK atau saintifik.

iii) Kombinasi dua sumber di atas membentuk ILMU yang boleh meningkat darjat
keilmuan dan darjat kemuliaan manusia di samping mengukuhkan keyakinan
terhadap kebesaran kekayaan dan keagungan Allah.
3. Klasifikasi Ilmu
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:
a) Berasaskan konsep Rabbaniah (ketuhanan).
Ilmu ini merupakan TERAS kepada segala ilmu. Bidang-
bidangnya Akidah (keimanan) dan ibadah. Ilmu ini
membentuk kepercayaan, keyakinan, kepatuhan dan
ketaatan manusia kepada Allah.
b) Berasaskan konsep kemuliaan dan kehormatan
manusia.
Ilmu ini menghuraikan falsafah kejadian manusia, nilai-
nilai yang memuliakan manusia, atau sifat-sifat yang
menjatuhkan kemuliaan dan kehormatan manusia. Ilmu
disebut ILMU al-AKHLAQ. Ilmu ini bermatlamat
membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
sebagai asas utama pembangunan modal insan.
• Berasaskan konsep Amalan / Pelaksanaan
Kehidupan.
Ilmu ini membina kemudahan kehidupan dan
memenuhi keperluan kehidupan. Ilmu ini menjelaskan
kaedah atau cara, peraturan / undang-undang,
perhubungan sesama manusia dalam semua aspek
kehidupan. Ilmu ini disebut sebagai ilmu syariat dan
ilmu muamalat, ilmu minakahat dan ilmu masyarakat.
d) Berasaskan konsep Sains dan Teknologi
(Kemahiran)
Ilmu ini diterokai oleh akal manusia. Ia bersumberkan
kekuatan intektual pada manusia. Ilmu ini berkembang
selari dengan perkembangan penerokaan ilmu melalui
R&D&I. penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

Sumber bagi perkembangan ilmu ini terdapat dalam


seluruh kejadian Alam. Manusia dikehendaki meneroka,
mengkaji, menganalisi hingga dapat mencipta sesuatu
yang boleh memudahkan kehidupan manusia dan boleh
memenuhi keperluan manusia. Ilmu ini dikenali sebagai
sains dan teknologi.
HIRARKI ILMU
KEJAYAAN

ILMU SAINS
&
TEKNOLOGI

ILMU

ILM
LAK
AH

ILMU SYARIAT

U IB
IBAD

Muamalat,
AKH

AKH
Munakahat

ADA
ILMU

LAK
ILMU

Jinayat

H
Daulah

ILMU TAUHID, KEIMANAN


Integrasi ilmu-ilmu di atas membentuk pemahaman dan amalan kehidupan yang bersepadu
di terima oleh Islam. Ilmu-ilmu yang memisahkan ketuhanan atau keimanan dan ibadat
kepada Allah, dianggap ilmu sekular (secular knowledge).

Kesepaduan antara ilmu ini menjadi asas kepada manusia untuk mencapai al-FALAH iaitu
KEJAYAAN di dunia dalam semua bidang dan kebahagiaan akhirat.
5. Ciri-ciri utama ILMU dalam Islam:

i. Ketuhanan (Rabbani)

ii. Kebenaran (Al-Haq – Truth)

iii. Cahaya (Nur – The Light)

iv. Jalan (Sirat – The Way)


v. Adil (Al-’Adlu – Just)

vi. Kemuliaan (Karamah)

vii. Petunjuk (Huda – Guidance)

viii.Senjata (Silah – Weapon)


6. Sifat Fungsi Ilmu
Menemu
Menjelas
Membeza
Menunjuk
Memudah
Memimpin
Membetul
Merekacipta
Mempasti
Menapis
Meyakin
Mengukuhkan
7. Pencapaian Bersepadu antara ILMU TERAS
dengan Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

Faktor yang merancak dan mempercepatkan


pembangunan Tamadun Islam di Semenanjung
Arab hingga 2/3 dunia disebabkan oleh
pencapaian ilmu pengetahuan yang hebat dan
menyeluruh
Sikap pemimpin-pemimpin Islam sejak zaman
Rasulullah hinggalah ke zaman kejatuhan
Baghdad pada tahun 1258M ialah sangat aktif dan
proaktif kepada mempelopori perkembangan ilmu
pengetahuan dalam berbagai bidang secara
bersepadu. Kesannya dunia Islam mencapai
kejayaan yang gemilang dalam semua bidang
kehidupan. Ia meninggalkan impak besar
terhadap perkembangan dan permodenan
kehidupan kepada dunia Islam, Eropah dan Timur
Jauh.
ERA PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN
1. Zaman Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w)
Zaman ini zaman permulaan pembinaan Tamadun Islam.
Tumpuan perkembangan ilmu menjurus kepada:

• Proses Pengumpulan, Pemahaman, Hafazan dan Proses


Pembukuan Wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad.

• Fokus diberikan kepada perkembangan ilmu-ilmu akidah


keimanan dan ilmu-ilmu peribadatan (iaitu tatahukum
keyakinan kefahaman dan bentuk khusus hubungan
manusia dengan Allah.
(500 ayat al-Quran mengenai ibadat dan tatacara ibadat).
SAMBUNGAN
● Fokus kepada ilmu-ilmu mengenai dasar-dasar
perundangan terutama kepada aspek-aspek yang
membezakan antara sistem hidup Islam yang baru
mengambil tempat.

● Fokus kepada ilmu akhlak atau asas-asas kemuliaan


diri, sebagai asas pembinaan modal insan yang
cintakan kemuliaan dan bencikan kehinaan.

● Fokus kepada ilmu-ilmu kemanusiaan,


kemasyarakatan, perekonomian dan
kenegaraan.
SAMBUNGAN
Perkembangan ilmu di zaman ini dipandu oleh
penurunan wahyu secara berperingkat-peringkat,
menepati keperluan semasa dalam kehidupan
masyarakat Islam ketika itu.

Sumber perkembangan ilmu di zaman ini ialah:-

• Al-Quran – kitab himpunan wahyu.

• Hadith – sesuatu yang bersumberkan amalan,


perkataan, pengakuan atau perakuan dari Nabi.
SAMBUNGAN
2. Zaman Khalifah
4 fokus perkembangan ilmu di zaman ini:

 Pengkhususan dalam bidang perundangan Islam


(Syariat dan Fiqah).
 Ilmu pentadbiran dan pengurusan organisasi
institusi dan kenegaraan.
 Ilmu Perekonomian seperti perniagaan,
perdagangan, pertanian dan kewangan.
 Ilmu-ilmu bidang kemasyarakatan.
SAMBUNGAN
3. Zaman Umaiyyah dan Abbasiyah

Zaman ini merupakan zaman keemasan


perkembangan ilmu pengetahuan.

Fokus perkembangan ilmu;

i. Ilmu Sains dan Teknologi


ii. Ilmu Perubatan
iii. Ilmu Astronomi
SAMBUNGAN

iv. Ilmu Falsafah

iv. Ilmu Kesusasteraan

iv. Ilmu Matematik

iv. Ilmu Geografi

iv. Penterjemahan
SAMBUNGAN

Pada zaman Abbasiyah , Khalifah Al-


Makmun membina sebuah Institusi Ilmu,
disamakan dengan BAITUL-HIKMAH, yang
merupakan faktor pemangkin
perkembangan Ilmu Pengetahuan.
Institusi merupakan Pusat Kajian Sains
yang mengandungi Perpustakaan, Pusat
Akademik dan Pusat Penterjemahan.
TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM

1. Jabir bin Hayyan (GABER)


 Pakar dalam bidang kimia dan digelar
“The Father of Arabian Alchemy”.
 Menghasilkan begitu banyak teori kimia,
terutama dalam bidang penyediaan
bahan-bahan kimia.
 Mengarang buku kimia lebih dari 100
buah. Antara buku yang masyhur:
SAMBUNGAN

• Book of The Saventy (Disertasi).

• Book of The Composition of Alchemy.

• Book of Sum of Perfection.

• Book of Eastern Mercury.

• Kitab al-Rahimah.

• Kitab al-Tajmik.
SAMBUNGAN
• Buku ini menjadi karya agung dalam bidang kimia dan
diterjemahkan ke bahasa Asing dan digunakan di barat
hingga abad ke 18.

• Idea kimia yang diterajui dalam penemuan beliau ialah:

a) Teori / amali pengewapan, penyaringan, sublimasi,


penyulingan, peleburan dan pengkristilan.

b) Cantuman antara belerang dan raksa dalam teori al-Mizan


(keseimbangan).

c) Penemuan mengenai kapasiti ruang, waktu gerak, peleburan


logam.
SAMBUNGAN
2. Ibnu Sina Avicenna (980 – 1037M)

Ahli Falsafah dan pakar Perubatan Islam yang sangat


berpengaruh dalam dunia perubatan Eropah.

a) Karya agongnya ialah al-Qanun Fi al-Tibb (Undang-undang


Perubatan) setebal 14 jilid. Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
dan bahasa lain.

b) Digelar sebagai ”Bapa Doktor” oleh dunia perubatan barat.


Mengemukakan teori perubatan seperti ubat, diagnosis dan
pembedahan.

c) Memperkenalkan Ilmu ”Psikologi Perubatan” dan Ilmu Perubatan


Psikosomatik (Pyschomatic Medicine).
SAMBUNGAN

d) Tokoh perubatan pertama yang


menghasilkan penemuan mengenai
penyakit paru-paru (Pulmonary
Tuberculosis) sebagai penyakit berjangkit.

e) Menghasilkan 250 buah karya dalam


pelbagai bidang ilmu dan 116 daripadanya
dalam bidang perubatan.

f) Karya-karya utama Ibnu Sina:


SAMBUNGAN
• Al-Shafa – Ensiklopedia utama dalam bidang
perubatan dan falsafah sebanyak 18 jilid.

• Qanun Fi al-Tibb – Bidang perubatan dan


kedoktoran. Rujukan utama Eropah / Barat.

• Sadidiyya – Bidang kedoktoran – 5 jilid.

• Al-Mantiq – Bidang ilmu logik.

• Al-Musiqa – Bidang ilmu Muzik.


SAMBUNGAN
3. Al-Razi (RHAZES) 865 – 925M
1. Fokus dalam bidang Perubatan Klinikal.

2. Buku masyhur karangan beliau:

• Kitab al-Hawi (Liber Continens).


Buku ini bersifat Ensaiklopedia Perubatan Islam.

• Kitab al-Mansur (Liber Medicinalis).

• Kitab al-Asrar (The Book of Secret).

• Teori perimbangan dalam kaedah perubatan beliau ialah keseimbangan


antara faktor Ruhani (kejiwaan) dan jasmani.

Beliau merupakan tokoh perubatan Islam yang mengkaji mengenai penyakit


CACAR.
SAMBUNGAN

4. Al-Kindi (194 – 260h / 809 – 873M)

Seorang ahli falsafah yang masyhur.


Menulis buku dan diterjemahkan ke
dalam bahasa asing. Pandangan falsafah
Aristotle banyak mempengaruhi
pandangan falsafah al-Kindi. Selain dari
falsafah, al-Kindi menguasai ilmu
matematik, astronomi, geografi dan
perubatan. Pokok pandangan falsafah al-
Kindi ialah:
SAMBUNGAN

a) Konsep Ketuhanan

• Wujudnya Alam adalah kerana wujud


Allah sebagai Maha pencipta. Alam
bukan tercipta dengan sendirinya.

• Kekuasaan Tuhan adalah MUTLAK ke


atas makhluknya sama ada ke atas
manusia, langit dan bumi.
SAMBUNGAN
b) Konsep Manusia

• Jiwa manusia adalah pancaran jiwa


bumi.

• Manusia bersifat dualisme iaitu unsur


material dan ruhani.

• Kemerdekaan dan kebebasan manusia


adalah kekal abadi.
SAMBUNGAN

c) Konsep Alam Semesta

• Jiwa bumi adalah gerak dari kuasa


Tuhan.

• Kejadian langit dan bintang-bintang


adalah kesan dari kuasa jiwa bumi.

• Jiwa hidup manusia dipengaruhi oleh


jiwa bumi.

You might also like