You are on page 1of 50

PERATURAN-PERATURAN

PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB)
1993 (PINDAAN) 2002

OLEH
HAJI MOHAMMED BIN EMBONG
UNIT TATATERTIB DAN NAIK PANGKAT
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002

Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan


dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 mengandungi
peraturan-peraturan tentang kelakuan yang
‘dibolehkan’ dan yang ‘dilarang’. Anggota
Perkhidmatan Awam dianggap tahu tentang
semua larangan tersebut dan sesiapa yang
melanggarnya boleh dikenakan tindakan tatatertib.
‘ Secara umum tatatertib atau disiplin ialah
peraturan- peraturan yang dipersetujui oleh
sesuatu kumpulan atau organisasi bagi
mewujudkan suasana yang aman tenteram
dan menjamin keharmonian ahli – ahlinya.
Disiplin juga adalah cara berfikir yang teratur
yang melahirkan sifat rasional, keyakinan diri
dan ketabahan hati seseorang. Ia juga ada
kaitan dengan tatasusila, keadilan, akhlak
dan kesopanan’.
Ini bermakna orang yang berdisiplin bukan sahaja
mematuhi pelaksanaan yang dikehendaki oleh
masyarakat tetapi juga mematuhi perlakuan yang
diingini oleh masyarakat walaupun ia menyedari
bahawa tidak mematuhinya bukanlah satu kesalahan
yang boleh dikenakan denda atau dihukum.

Contoh jenis perlakuan yang diharapkan oleh


masyarakat ialah seorang individu itu menepati
waktu, berinisiatif rajin, bersedia membantu orang
dalam kesusuhan, berdisiplin dan menghormati
orang lain.
Tugas Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib

3C(1). Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk


menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke
atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan
yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin
bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini.

(2).Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan


kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya,
atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai
bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam
melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab,
dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
‘Pegawai’ ertinya seseorang anggota perkhidmatan awam
persekutuan/negeri.

Ikatan seseorang pegawai dengan Kerajaan bermula apabila


diturunkan tandatangan bersetuju dengan syarat-
syarat semasa dilantik.

Di antara syarat-syarat perkhidmatan yang dipersetujui:

i. tuan/puan boleh diarah berkhidmat di


mana-mana tempat oleh kerajaan.

ii. tuan/puan adalah sentiasa tertakluk kepada


Perintah – Perintah Am Kerajaan, Peraturan-
Peraturan Perkhidmatan Awam, Skim
Perkhidmatan, Pekeliling serta Peraturan-
Peraturan dan arahan – arahan lain
yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa
Seorang pegawai boleh membebaskan diri dengan:

i Letak jawatan 24 jam dengan dibayar 1 bulan


gaji sebagai ganti notis.

ii. Letak jawatan dengan 90 hari notis bagi yang


telah disahkan dalam jawatan.

iii. Letak jawatan dengan 30 hari notis bagi yang


belum disahkan dalam jawatan.
Perbezaan pegawai awam dengan orang awam.
Contohnya:

i. Kes Jenayah/Dadah/Rasuah (Mahkamah


Majistret/Sesyen/Tinggi)

ii. Kes Khalwat (Mahkamah Syar’iah)

Boleh dikenakan perintah

Tahan Kerja - apabila pegawai di-


(Peraturan 44) tuduh di Mahkamah

Gantung Kerja - apabila pegawai


(Peraturan 45) disabitkan

Tahan Kerja - tidak melebehi dua bulan


untuk siasatan
(Peraturan 43)
HUKUMAN

Hukuman tatatertib adalah


diperuntukan di bawah Peraturan 38,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti
berikut :
Amaran;
Denda;
Lucuthak emolumen; Hukuman
Tangguh pergerakan gaji; Ringan
Turun gaji;

Turun pangkat; atau Hukuman


Buang kerja. Berat
TATAKELAKUAN
4.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap
masa memberikan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong,
Negara dan Kerajaan.

(i) Bersubahat dengan musuh-musuh negara;

(ii) Sengaja membocorkan rahsia Kerajaan;

(iii) Melanggar undang-undang atau


peraturan-peraturan Kerajaan dengan
tujuan untuk menentang Kerajaan;
(iv) Memburuk-burukkan serta memperkecil-
kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan;

(v) Mengelakkan diri daripada mempertahankan


dasar dan tindakan Kerajaan sedangkan adalah
menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian ;
dan

(v) Memijak-mijak bendera kebangsaan dengan


tujuan menghina.
Kegiatan Politik - Peraturan 21

Kumpulan Pengurusan dan Profesional tidak boleh :


(a) membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana
parti politik;
(b) menerbit, mengedar buku, artikel atau risalah
mengenai politik;
(c) merayu undi;
(d) bertindak sebagai agen pilihanraya atau sebagai
agen tempat mengundi;
(e) bertanding apa-apa jawatan;
(f ) memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Kumpulan Sokongan - Bukan Perkhidmatan Perlu.

Boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke


dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha
Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana
yang berkenaan. Semua pegawai boleh menjadi ahli
biasa mana-mana parti politik dengan syarat keahliannya
itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan.
4.(2)(a)Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan
tugas awamnya demi kepentingan persendirian
nya.
(i) Menguruskan hal-hal perniagaan atau pelaburan
kepunyaan sendiri, atau isterinya, anaknya atau
saudara-maranya dalam waktu pejabat;
(ii) Menyebelahi dan memberi keutamaan kepada
saudara- mara atau rakan-rakan atau orang
yang rapat dengannya dalam menimbangkan sesuatu
permohonan;
(iii) Tidak menjalankan kewajipan rasmi seperti menyiasat
gerak-geri seseorang yang karib dengannya
yang disyaki pernah menerima rasuah; atau
(iv) Mengambil kesempatan untuk menguruskan hal-hal
perniagaan semasa membuat lawatan rasmi
di luar pejabat.
Pekerjaan Luar - Peraturan 5

(a) Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan jawatan


yang dipegang oleh seseorang pegawai atau yang
diarah oleh Ketua Jabatan seperti menjadi Ahli
lembaga kepada syarikat-syarikat yang Kerajaan
mempunyai kepentingan.

(b) Pekerjaan yang dijalankan atas kepentingan


persendirian atau untuk faedah saudara mara atau
bagi mana-mana badan yang tidak mencari
keuntungan yang dia ialah seorang pemegang
jawatan dalam badan tersebut.
Bagi pekerjaan luar di (b), seseorang pegawai yang ingin
menjalankan pekerjaan luar hendaklah memperolehi
kebenaran secara bertulis dari Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan dalam menimbangkan permohonan
tersebut hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu tidak
bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah
Peraturan 4, dan khususnya hendaklah mempastikan
pekerjaan luar itu -

(a) tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa


pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;
(b) tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan
untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai
seorang pengkhidmat awam; dan

(c) tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan


untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau
menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu
sebagai seorang pengkhidmat awam.
4.2(b) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan
tugas awamnya.

(i) Tidak mengelakkan dirinya daripada terlalu rapat


bergaul dengan mereka yang jelas akan dapat
keuntungan besar daripada mengetahui tugas-tugas
rasminya;

(ii) Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah


yang mahal - mahal daripada syarikat atau seorang peniaga
atau individu;

(iii) Sebagai seorang majistret membicarakan saudaranya;


(iv) Menguruskan hal-hal tender / sebutharga
sedangkan beliau mengetahui bahawa ada
di antara mereka yang mengemukakan
tender/sebutharga itu adalah terdiri
daripada saudara maranya; dan

(v) Memproses atau menimbang atau meluluskan


sesuatu permohonan daripada isteri atau suami
atau saudara maranya.
4.(2) (c) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
dengan apa-apa cara yang mungkin menyebab
kan syak yang munasabah bahawa -

(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya


bercanggah dengan tugas awamnya hingga
menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai
awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi


faedahnya sendiri.
Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar
tatakelakuan ini jika beliau antara lain:-
(i) Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang
telah melanggar mana undang-undang negara
dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya;
(ii) Melepaskan barang-barang dibawa masuk tanpa
dibayar cukai dengan harapan untuk mendapat faedah
(rasuah) daripada empunya barang kemudian kelak;
(iii) Sebagai seorang yang mempunyai kuasa untuk
menentukan arah jalanraya, meluluskan pembinaan
nya ditepi tanah kepunyaannya supaya beliau
mendapat faedah daripadanya;
(iv) Meluluskan sekeping tanah Kerajaan kepada
isteri atau anaknya, atau saudara maranya;
atau

(v) Menyalahgunakan hak-hak keistimewaan


sebagai seorang diplomat untuk kepentingan
diri sendiri dengan terlibat dalam aktiviti
penyeludupan.
4.(2) (d) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan

dengan sedemikian cara hingga memburukkan

nama atau mencemarkan nama perkhidmatan


awam.

(i) Sengaja berlengah-lengah memproses


permohonan-permohonan untuk
mendapatkan lesen daripada orang ramai;

(ii) Terlibat dalam penyalahgunaan dadah;

(iii) Menerima keraian yang berlebihan;

(iv) Disabitkan dengan kesalahan jenayah


termasuk sabitan dalam Mahkamah
Syar’iah;
(v) Bermain judi di pejabat;

(vi) Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai


seperti mabuk, biadab atau menonjol-nonjol
kepentingan diri sendiri;

(vii) Meletakkan dirinya terhutang budi kerana wang


kepada seseorang yang mungkin dihubunginya
dalam melaksanakan tugas rasminya;

(viii) Keterhutangan kewangan yang serius;


(ix) Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
di sekelilingnya dan sentiasa bertelingkah bukan
sahaja dengan rakan-rakan sejawat tetapi
dengan orang ramai;

(x) Terlibat dalam meramal turun naik harga barang


dan saham atau pasaran komoditi atau pasaran
sekuriti hadapan; atau

(xi) Sebagai seorang diplomat terlibat


dalam kegiatan penyeludupan dan pasar gelap.
Penyalahgunaan Dadah - Peraturan 7
Seseorang pegawai yang telah diperakui oleh seorang
Pegawai Perubatan Kerajaan menggunakan atau
mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah
berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu
dadah berbahaya.
(i) Pegawai yang telah mencapai umur persaraan
pilihan boleh ditamatkan demi kepentingan awam di
bawah peraturan 49.
(ii) Pegawai yang belum mencapai umur persaraan
pilihan boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan
tujuan buang kerja.
Dadah berbahaya ertinya apa-apa dadah atau bahan
yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta
Dadah Berbahaya 1952.
4.(2) (e) Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap
atau kurang berusaha.

(i) Tidak mempunyai daya utama dan lemah dalam


daya pemikirannya;

(ii) Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan


tugas- tugasnya;

(iii) Sebagai seorang pegawai kanan, tidak ber-


kebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa;
(iv) Malas atau cuai dalam menjalankan tugas-
tugasnya; atau

(v) Menanggung keterhutangan kewangan yang


serius.
Menyenggara Taraf Hidup Melebihi - Peraturan 11
Emolumen/Pendapatan Yang Sah
1. Seseorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua
Jabatan supaya memberi penjelasan bertulis dalam
tempoh 30 hari bagaimana ia boleh menyenggara taraf
hidup tersebut jika ternyata pegawai itu -

(a) menyenggara sesuatu taraf kehidupan yang melebihi


emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang
sah, jika ada; atau

(b) mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan


atau harta (alih atau tak alih) yang dinilainya tidak
seimbang dengan, atau yang tidak boleh semuna-
sabahnya dijangka telah diperolehi oleh pegawai itu
dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan
persendiriannya yang sah.
Keterhutangan Kewangan - Peraturan 13
Yang Serius

(a) agregat hutang/tanggungan tak bercagar adalah


lebih (10) sepuluh kali emolumen bulanannya;

(b) pegawai itu seorang penghutang penghakiman


(judgement debtor) dan tidak menjelaskannya
dalam tempoh satu bulan;

(c) bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)


4.(2) (f) Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur
atau tidak amanah.

(i) Tidak melaporkan harta atau pelaburan


yang dipunyai olehnya, isterinya atau
anaknya sepertimana yang di
kehendaki oleh Peraturan 10, Peraturan
– Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

(ii) Mengemukakan bil hotel palsu dalam


tuntutan elaun sewa hotel;

(iii) Membuat tuntutan palsu mengenai


elaun perjalanan, lojing, makan atau
tambang pengangkutan (lori) semasa
perpindahan;
(iv) Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak
betul dari seorang pekerja dengan tujuan untuk
mendapat habuan daripada pekerja itu;

(v) Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan


menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib yang
berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang serius;

(vi) Berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa


jua penyiasatan yang dijalankan terhadapnya; atau

(vii) Pura-pura sakit atau uzur.


4.(2) (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak
bertanggungjawab.

(i) Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan


terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-tugas mereka;

(ii) Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan


implikasinya terhadap Jabatan khasnya dan kerajaan
amnya;

(iii) Mengambil cuti rehat di saat-saat perkhidmatannya


sangat-sangat diperlukan;
(iv) Suka mewujudkan suasana yang tegang di
pejabat dengan melaga-lagakan rakan-rakan
sejawat untuk kepentingan diri sendiri;

(v) Tidak melaporkan satu kesalahan yang serius


yang telah dilakukan oleh pegawai bawahannya
kepada pegawai yang lebih kanan;

(vi) Tidak menghiraukan pandangan/pendapat orang


lain sungguhpun pandangan/pendapat itu boleh
mendatangkan faedah kepada kerajaan;

(vii) Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas


dan tanggungjawab;
(viii) Tidak mempeduli atau menjaga harta Kerajaan
sebagaimana yang sepatutnya kerana harta tersebut
bukan hartanya;

(ix) Tidak hadir bekerja tanpa cuti atau sebab-sebab


yang munasabah

Peraturan 24 Ketidakhadiran untuk bertugas oleh


seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab
yang menasabah boleh menyebabkan pegawai itu
dikenakan tindakan tetatertib;

(x) Datang lewat / balik awal

(xi) Ponteng kerja


(xii) Membazir wang Kerajaan dengan membeli
alat-alat yang tidak atau kurang berguna;

atau

(xiii) Mengikuti kursus pengajian tanpa mendapat


kelulusan pihak yang berkuasa terlebih dahulu.
4.(2) (h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau
cuba membawa apa-apa jenis pengaruh
atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan berhubung dengan
perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu ada
lah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-
anggota perkhidmatan awam yang lain.

(i) Meminta seorang kenamaan untuk menggunakan jasa


baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat
yang berkenaan untuk menaikkan pangkatnya;

(ii) Meminta kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kes


tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib; atau
(iii) Meminta Ahli Politik untuk menyokong
permohonan-permohonan untuk mendapatkan
sekeping tanah Kerajaan atau rumah;

atau

(iv) Menggunakan pengaruh luar dalam soal-soal


pertukaran dan penempatan
4.(2) (i) Seseorang pegawai tidak boleh ingkar
perintah atau berkelakuan dengan apa-apa
cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah.

(i) Enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/


melaksanakan arahan lisan atau tulisan pegawai
kanannya berhubung dengan tugas-tugas rasminya;

(ii) Membantah atau melawan pegawai kanannya; atau

(iii) Menulis surat layang berkaitan dengan perkara-


perkara rasmi kepada pihak atasan tanpa melalui
saluran-saluran tertentu.
4.(2) (j) Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam
melaksanakan tugasnya.

(i) Memandu kenderaan Kerajaan dengan terlalu laju


atau tidak mengikut peraturan lalu lintas hingga
menyebabkan kemalangan berlaku;

(ii) Pegawai Perubatan meninggalkan objek-objek asing


seperti kapas, gunting dan lain-lain dalam tubuh badan
pesakit semasa melakukan pembedahan;
(iii) Kesilapan pegawai dalam menandatangani
dokumen rasmi Kerajaan sehingga mengakibat
kan Kerajaan mengalami kerugian;

atau

(iv) Kegagalan melaporkan kepada pihak-pihak


berkenaan mengenai pemberhentian
pembayaran gaji bagi pegawai yang meletak
jawatan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1985
(PAKAIAN)

1. Sewaktu Bertugas Di Bilik Darjah / Kuliah

1.1. Guru-Guru/Pensyarah-Pensyarah Lelaki

i) Seluar panjang dan berbaju kemeja


(digalakkan bertali leher ) atau ‘ bush-
jacket’ atau ‘lounge suit’. Jika baju ber-
lengan panjang, tangan baju hendaklah
jangan dilipatkan. Baju hendaklah di
masukkan ke dalam.
ii) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang
sejenis dengannya.

iii) Pakaian baju melayu lengkap dengan


samping, atau pakaian baju mirip dalam
potongan baju melayu dan dipakai
dengan seluar panjang.

iv) Pakaian baju melayu dengan sarong,


‘jeans’, ’trak suit’, seluar pendek, kemeja T/
sukan. Jersi, kasut sukan, baju Hawaii,baju
batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis
pakaian yang menjolok mata, tidak boleh di
pakai.
1.2. Guru-Guru/Pensyarah-Pensyarah Perempuan

i) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum


masing-masing dan lain-lain jenis pakaian
yang sesuai dan tidak menjolok mata.

ii) Kasut kulit, selipar, cerpu atau sejenis


dengannya yang mempunyai bentuk
yang sesuai dengan pakaian yang
ditetapkan.
iii) Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slacks’, ‘track suit’,
kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan
apa-apa pakaian yang menutup muka
serta lain-lain pakaian dari jenis kain
jarang dan menjolok mata, tidak boleh
dipakai.
2. Sewaktu Bertugas Di Pejabat
Sekolah/Maktab, Pejabat Pendidikan Daerah
Atau Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri /
Kementerian Pendidikan Bagi Pegawai
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

2.1. Lelaki

i) Seluar panjang dan berbaju kemeja


dan bertali leher, atau ‘bush-jacket’
atau ‘lounge suit’. Baju hendaklah
dimasukkan ke dalam dan jika ber-
lengan panjang, tangan baju
hendaklah jangan dilipatkan.
ii) Pakaian baju melayu yang lengkap dengan
samping, atau pakaian baju yang mirip dengan
potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar
panjang.

iii) Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari,


baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai,
kecuali pegawai – pegawai yang dikehendaki
memakai pakaian seragam.

iv) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis


dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan
baju melayu yang lengkap dengan samping.
2.2. Perempuan

I) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum


masing-masing dan lain-lain pakaian yang
sesuai dan tidak menjolok mata.

ii) Selipar, cerpu atau yang sejenis dengan


nya yang mempunyai bentuk yang sesuai
boleh dipakai dengan pakaian yang di
tetapkan.

iii) Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slack’, seluar


pendek dan apa-apa pakaian menutup
muka atau menjolok mata, tidak boleh di
pakai.

You might also like