You are on page 1of 13

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks).

Secara tradisi,
tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan
kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan
antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak
terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan
menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh
meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.
[2]

Minuman tongkat Ali

British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada
2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan
kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat
ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini
menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat
testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.

Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi
hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan
toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah
pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak
sebatian aktif. Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1
hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat
digunakan.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides
adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan
testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali
mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat
mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai
antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga
banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

[sunting] Lihat juga


Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama
botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan
untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan
melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.

Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan.
Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal
dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan
pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara
menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit
dalam tulang dan meroyan.

Tumbuhan herba mempunyai pelbagai kegunaan seperti perubatan, kesihatan


dan gubahan. Khasiatnya meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
baik perempuan mahupun lelaki. Pengembaraan dunia herba semakin menarik
dan komplek namun masih mengekalkan konsep relaks. Segala aroma dan
rahsia herba dapat dijadikan sebagai salah satu alternatif untuk semua agar
lebih segar dan berseri.

 Tidak dapat dibayangkan jika kehidupan alam tidak ditemani oleh alam flora
atau tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau di persekitaran kita. Alam flora
amat berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan manusia sebagai
sebahagian daripada kekayaan alam semula jadi dan kekuasaan Maha Pencipta.

 
Kebolehan pengamal perubatan tradisional atau alternative mengadunkan
ramuan daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat-ubatan
diwarisi secara turun-temurun, selain sedikit sebanyak pendedahan daripada
pengalaman mereka mengikuti pengamal perubatan tradisional yang sudah lama
berkecimpung dalam bidang ini ketika mengubati pesakit.
 

DEFINISI
Perubatan berasaskan herba atau dikenali juga dengan perubatan tradisional ialah sejenis
perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang
diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan
untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.
Perubatan berasaskan herba ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Perubatan tradisional profesional.
Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan.

Perubatan tradisional profesional


Perubatan tradisional profesional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan
penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat
sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Diantara ubatan
tersebut ialah:
Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India
Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia
dimaklumi oleh orang-orang di Asia.

Perubatan tradisional bukan profesional


Perubatan tradisional bukan profesional mempunyai berbagai-bagai ciri-ciri tertentu dan
telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan kepercayaannya terbatas bagi masyarakat
kecil diperingkat tempatan.

Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut adat


dan budaya sesuatu kaum. Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:
Tradisi mengikut kelahiran.
Herba-herba sebagai ubatan.
Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas.
Semangat dan agama sebagai penyembuh.
PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
Pengamal perubatan tradisional Melayu dikenali sebagai tok bomoh atau dukun
Masyarakat mengiktiraf mereka kerana mempunyai kemahiran untuk mengubati penyakit
yang berkaitan dengan jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman).
Banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang di warisi dari gurunya secara
turun-temurun
Di samping itu ada dalam kalangan mereka mendapat ilmu tentang perubatan dan
rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu
perubatan dan rawatan jenis ini memerlukan mereka mengenalpasti hakikat sebenar
penyakit yang terkandung di dalam diri pesakit berkenaan
bahan-bahan semulajadi ciptaan tuhan digunakan bagi mengubati penyakit si pesakit
Tumbuhan herba kerap digunakan dalam rawatan ini
Rawatan tradisional merangkumi daripada sakit yang biasa dan penyakit kronik

Antara penyakit yang boleh dirawat melalui perubatan tradisional adalah seperti:
Barah Peringkat Awal
Barah yang baru menyerang mungkin dapat diubati dengan mengambil sehelai daun sirih
yang disapu dengan sedikit kapur sirih. Daun sirih itu dijampi terlebih dahulu sebelum
disapukan pada bahagian yang ditumbuhi barah
Batuk Berdarah
Pokok cili api sangat berguna dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok cili api yang
telah mati dan kering perlu disimpan untuk digunakkan sebagai ubat. Seseorang yang
menderita batuk berdarah boleh diubati dengan menggunakan akan cili api yang telah
kering. Akar cili api tidak kira berapa banyaknya direndam dalam air sejuk selama
semalam. Air rendaman itu diminum tiap-tiap pagi dan malam sehingga penyakit itu
benar-benar sembuh
Gastrik
Gastrik peringkat awal : Caranya minum susu kambing dan mengamalkan minum madu
sebanyak sesudu sehari sama ada di waktu pagi atau malam. Selain daripada itu pesakit
disuruh makan sekepal nasi sejuk yang telah digaul dengan gula pada tiap-tiap pagi
sebelum bersarapan.

Petua-petua orang tua termasuk juga dalam rawatan tradisional


Antaranya adalah petua:
Menghilangkan jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan
kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih
Melebatkan kening
Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang
daunnya. Lakukan selama seminggu.
Mulut berbau
Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. Tapi airnya dan dijadikan kumuran
setiap pagi dan malam.
Badan kurus ingin gempal
Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh
Dalam perubatan tradisional tumbuhan-tumbuhan herba merupakan asas kepada ubat-
ubatan mereka. Antara tumbuhan yang popular dalam perubatan tradisional adalah
seperti:
Kacip Fatimah
Serai Wangi
Tongkat Ali
Misai Kucing dan sebagainya

Tumbuhan & Penyakit


Sireh
Membersih darah dan angin kotor
Pencegahan kehamilan
Merawat penyakit panau
Peransang urat saraf, melegakan lenguh otot dan sendi-sendi
Serai
Membantu mengimbangi kestabilan hormon
Digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk melegakan otot dan saraf
Membantu melawaskan pembuangan air kecil
Rempah ratus
Membuang angin
Menghilangkan sejuk
Menyembuhkan selsema

Tok Bomoh & Rawatan


Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit
dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu
dan sebagainya.
Tok Bomoh boleh dipecahkan kepada beberapa jenis iaitu:
Tok Bomoh Kayap
Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang
di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan
yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.
Tok Bomoh Barah
Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di
ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan
yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.
Tok Bomoh Santau
Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang
di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan
yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.
Tok Bomoh Patah
Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di
ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan
yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.
Tok Bomoh Urat
Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di
ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan
yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

PERUBATAN HOMEOPATI
Sistem perubatan ini diasaskan oleh Samuei Hahnemann dari Leipzig, Jerman pada awal
kurun ke-19.
Prinsip asasnya ialah "Hukum Persamaan" (Law of Similars). Sesuatu badan (zat) boleh
dipulihkan oleh badan (zat) yang sama (like is cured by like). Apabila sesuatu "ubat"
didapati menzahirkan anda (sympton) serupa dengan satu penyakit, ia digunakan dalam
dosage yang sedikit (Homeopathic doses) untuk merawat peyakit itu.
Konsep Homeopati juga menyatakan bahawa penyakit bukanlah sumber daripada kuman
tetapi adalah daripada minda. Jika baik di minda, maka baiklah segalanya.
REFLEKSOLOGI:
Kaedah rawatannya adalah secara sentuhan saraf ayang mengembalikan tenaga hayat
kepada organ-organ manusia yang menderita sakit
Satu kaedah terapi yang menguatkan kelancaran peredaran darah dalam tubuh badan
manusia

Bahan yang digunakan dalam homeopati:


ubat-ubatan adalah terdiri daripada akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang telah
dianalisis dan diekstrakkan dalam bentuk saintifik dan dijadikan dalam bentuk pil
Pil-pil hendaklah dimasukkan ke dalam mulut di bawah lidah dan dibiarkan sehingga
larut atau ditelan kerana ubat diserap melalui selaput di dalam mulut
Penyakit deman tinggi boleh diubati dengan menggunakan tumbuhan Bellladonna, juga
dikenali Deadly Night Shade

PERUBATAN TRADISONAL CINA


KATEGORI PERTAMA:
Melalui kepercayaan orang Cina
Perubatan melalui bentuk adalah melalui kaedah spritual iaitu dengan memuja para dewa
bagi mengelakkan diganggu oleh semangat jahat
KATEGORI KEDUA:
SIN SEH
Diwarisi secara turun temurun dari China
Ubat-ubat yang digunakan kebanyakannya merupakan akar-akar kayu dan herba-herba,
contohnya Batuk Cap Ibu dan Anak

GINSENG
Ginseng merupakan akar-akar kayu yang berasal dari negara China dan merupakan ubat
bagi segala penyakit
Ginseng yang baik boleh didapati dari hutan rimba yang telah hidup lama dan tidak
diganggu kerana ia telah meyerap banyak zat dari alam dan tanah.
Khasiat:
dapat memperbesarkan saluran darah dan dan memperbanyakkan pembentukan darah
merah dan darah putih dalam tubuh badan
badan terasa lemah, lemah jantung, kekurangan darah, penyakit hempedu, penyakit paru-
paru dan segala penyakit yang melibatkan organ-organ utama dalam badan manusia dapat
disembuhkan
memulihkan tenaga yang telah hilang semasa sakit
AKUPUNTUR
Akupunktur merupakan suatu bentuk rawatan tradisi China yang berlandaskan kepada
idea bahawa terdapat tenaga atau qi melalui badan kita menerusi tapak lintas yang
dipanggil meridian
Jarum khas telah digunakan untuk cocok pada bahagian-bahagian badan yang tertentu
dengan tujuan melancarkan pergerakan qi.

Digunakan untuk mengimbangkan yin dan yang dalam badan. Perubatan tradisi China
mengatakan badan kita merupakan keseimbangan antara yin dan yang. Yin ( perempuan )
merujuk kepada kekerapan dan kesejukan. Yang ( lelaki ) pula rujuk kepada kepanasan,
keterangan dan keaktifan
T’AI – CHI CH’UAN Atau T’AI – CHI
T’ai – Chi merupaka senaman yang biasa dilakukan oleh golongan Cina.
T’ai – Chi melibatkan pergerakan perlahan-lahan dan dianggap sebagai aktiviti luaran
yang baik
Dapat mengimbangi tenaga dalam badan
PERUBATAN TRADISIONAL INDIA (AYURVEDA)
Perubatan ayurveda merupakan peubatan tradisi India. "Ayur" adalah bererti kehidupan,
manakala veda bererti ilmu atau pengetahuan.
Menurut perubatan Ayurveda, penyakit adalah dikawal oleh 5 elemen asas iaitu ruang
(space), udara, api, air dan tanah (earth), manakala fizikal dan emosi pula dikawal oleh 3
dosha iaitu vata, pitta dan kapha.
Menggunakan buah amla dalam perubatan kerana:
mempunyai ciri perubatan seperti kanji, gentian, garam galian seperti kalsium, zat besi
dan vitamin B komplek
merawat masalah pernafasan seperti asma, bronchitis, batuk kering
memberi kekuatan pasa badan dan meningkatkan halangan dari jangkitan penyakit
meningkatkan stamina badan dan kecergasan
mencegah rambut dari gugur atau beruban
Kebaikan Perubatan Tradisional
Ubat-ubatan bebas daripada kesan sampingan kerana bebas bahan kimia
Perubatan tradisional hanya menggunakan tumbuhan-tumbuhan herba yang dicari di
hutan dengan diproses melalui cara tradisional tanpa menggunakan bahan kimia
Dapat mengubati penyakit di luar batasan sains
Penyakit buatan orang seperti santau tidak boleh dirawat dengan sains. Hal ini kerana
santau merupakan sejenis sihir yang menggunakan bantuan syaitan bagi menyeksa orang
yang disantau. Dalam hal ini, ayat-ayat Al Quran dan pengamal perubatan Islam
diperlukan bagi menyembuhkan penyakit
Menjimatkan kos
Jika kita lihat perubatan moden memerlukan kos yang amat tinggi. Dalam hal ini
perubatan tradisional menjadi alternatif kerana perubatan ini ada kalanya lebih berkesan.
Mereka yang menjalankan perubatan jenis ini tidak mengenakan kos yang tinggi kerana
ubat yang dikeluarkan adalah melalui teknik sendiri tanpa bantuan teknologi

Dapat menjimatkan masa


pesakit merasa bosan menunggu giliran menemui doktor, peraturan-peraturan hospital
dan juga masalah komunikasi di antara pesakit dan doktor.
Mudah diterima oleh sistem tubuh badan
Kepekatan bahan aktif dalam tumbuhan adalah rendah dan menjadi semakin cair bila
persediaan ubatan dibuat dan kepekatan yang rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa
sebarang kesan ketoksikan kecuali bagi beberapa jenis tumbuhan yang amat toksik
Keburukan Perubatan Tradisional
Mudah menjadi mangsa penipuan
Terdapat sesetengah golongan yang mendakwa diri mereka pangamal perubatan
tradisional mengenakan rawatan yang bertentangan dengan falsafah perubatan tradisional
seperti rawatan dalam bentuk seksual.
Boleh menjejaskan akidah
Sesetengah bomoh menggunakan mentera serapah dan jampi yang dicampur adukan
dengan ayat al Quran. Bomoh jenis ini merupakan mereka yang sesat akidah mereka dan
rawatan yang diberikan adalah karut dan sesat semata-mata
Boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan / membawa kematian
Hal ini berlaku apabila ubat-ubat yang diberi tidak mengikut dos kerana sesetengah
pengamal perubatan kurang arif dalam memberikan ubat disebabkan oleh taraf
profesional mereka di samping kurang mereka yang kurang arif mengenai kandungan
bahan aktif dalam tumbuhan yang digunakan

Potensi untuk menjadi dadah baru(penyalahgunaan)


Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh dijadikan dadah sbagai permulaan kepada
dadah sintetik iaitu seperti viblastin dari Catharanthus roseus ataupun reserpina dari
Rauwolfia
Penggunaan alatan semasa rawatan
alat-alat yang digunakan semasa penyediaan ramuan ubat mungkin tidak disterilkan dan
ada kemungkinan bakteria atau virus pada perlalatan tersebut mungkin memnimbulkan
gejala yang lain.

2.0 DAUN DALAM KEHIDUPAN

Daun sememangnya mempunyai klorofil , namun ianya dipercayai


menyimpan banyak lagi misteri dan rahsia yang tersendiri. Di sini akan
dihuraikan beberapa jenis daun yang boleh digunakan sebagai ubat.

2.1 DAUN LIDAH BUAYA

Daun Lidah Buaya atau nama Latin ialah Aloe barbadensis adalah
berkhasiat sebagai penyubur rambut, ubat sakit kulit dan penyembuh
luka. Ia mengandungi aloin, barbaloin, polisakarida, glukomanan, asid
krisofan dan enzim protease. Kebiasaannya daun ini mempunyai ukuran
tinggi 30 – 50 cm dan lebar 2 – 5 cm. Mempunyai daun tunggal, tebal
dan bergetah kuning. Bentuk daunnya pula memanjang dan runcing di
hujung.

 Bagi menyuburkan rambut, kita bolehlah menggunakan Daun


Lidah Buaya di mana kulit luarnya dibuang. Isi Daun Lidah Buaya
tersebut bolehlah digosokkan di kepala agar rambut akan kelihatan sihat
dan lebih berseri.

2.2 DAUN SELASIH

Daun selasih, Ocimum basilicum atau dengan nama lainnya telasih


ataupun solanis. Ia adalah bercabang di bahagian atas, tinggi 50 – 80 cm
dan  juga berbau harum. Daun ini adalah boleh mengubati demam dan
sakit kepala, melancarkan air susu ibu dan ubat gangguan pencernaan.

Daun selasih mengandungi minyak seperti ocimene, alpha pinene,


eucalyptole, linalool dan juga eugenol mefil eter. Bagi mengubati
demam, 15 gram daun selasih yang segar direbus. Kemudian hasil
rebusan tadi diminum 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

2.3 DAUN SENGGANI

Melastoma Malabathricum atau dengan nama lainnya senduduk. Ia


merupakan tanaman yang tegak, tinggi sekitar 4 meter. Daunnya tunggal,
berhadapan, bertangkai serta berbentuk bulat telor dan memanjang serta
juga berwarna hijau. Mempunyai panjang daun

2 – 20 cm dan lebar. Ia adalah berkhasiat bagi mencegah radang usus dan


juga hepatitis serta cirit-birit.

Daun Senggani mempunyai bahan tanin. Bagi mengubati cirit-birit,


2 gram Daun Senggani yang segar dicuci bersih dan dicampur dengan
garam secukupnya. Selepas itu, daun tersebut hendaklah dikunyah dan
airnya ditelan. Insya Allah cirit- birit akan berkurangan.

2.4 DAUN SIREH

Daun Sireh, Piper betle adalah tumbuhan memanjat. Daunnya


adalah bulat dan memanjang di mana pangkal daun seperti jantung
sedangkan hujungnya adalah runcing sedikit. Ukuran panjang daun lebih
kurang 5 – 8 cm dan lebar 2 – 5 cm. Daun Sireh adalah sesuai bagi
penyakit keputihan, bronchitis, antiseptik dan juga sebagai pengharum
nafas.

 Cara menggunakannnya ialah ambil 7 helai daun sireh dan sepotong gula
batu direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan dibiarkan
mendidih sehingga air hanya tinggal separuh sahaja. Selepas itu, bolehlah
air tersebut diminum sebanyak 1/3 gelas 3 kali sehari. Daun sireh
mengandungi minyak asiri, karibol, hidrosikarikol, eugenol metil eter,
fenil propena, tannin, kariofelen, diastase dan juga gula.

2.5 DAUN KATUK


Nama Latin bagi Daun Katuk ialah Sauropus androgynus dan
dikenali juga sebagai cengkok manis ataupun simani. Daun ini adalah
sesuai sebagai ubat bisul dan juga demam. Ia mengandungi bahan seperti
saponini, flavonoid dan juga tannin. Kebiasaannya daun ini dikenali
sebagai sayur-sayuran.

2.6 DAUN LIDAH ULAR

Daun Lidah Ular, Oldenlandia speciosa dikenali juga sebagai


kermah atau keci. Ia selalunya dijumpai di dalam semak dan tumbuh
menjalar serta mempunyai ketinggian 20 – 50 cm. Daunnya adalah
tunggal dan tersusun berhadapan secara berpasangan. Manakala warna
daunnya adalah hijau dan panjang daun adalah 1.5 – 2 cm sahaja.

Daun Lidah Ular adalah boleh mengubati penyakit tumor. Caranya


ialah ambil 45 gram Daun Lidah Ular dan dicampur dengan akar lalang
sebanyak 15 gram serta 100 gram gula merah. Selepas itu direbus dengan
3 000 cc air. Bahan tersebut direbus sehingga air yang tinggal hanya 200
– 300 cc. Bolehlah diminum sebanyak 3 kali bagi merawati penyakit
tersebut.

2.7 DAUN MUNGSI ARAB

Nama Latin bagi Daun Mungsi Arab ialah Artemisia cina. Daun
Mungsi Arab boleh ditemui di dalam semak dan tingginya adalah lebih
kurang 15 cm sahaja. Ia mempunyai daun tunggal dan di permukaan
bawahnya adalah berbulu. Daun ini senang dikenali kerana warnanya
adalah hijau keputihan.

 Daun ini juga mempunyai alkaloid, saponin dan juga polifenol


yang mana ia boleh menjadi ubat cacing. Bagi mengubati penyakit ini, 20
gram Daun Mungsi Arab yang segar direbus dengan 2 gelas air selama 20
minit. Setelah disejukkan dan ditapis, bolehlah diminum 2 kali sehari
iaitu pagi dan petang.

2.8 DAUN GELENGGANG

Gelenggang juga dikenali sebagai daun kurap dan juga ‘ludangan’.


Ia juga merupakan tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan
tradisional iaitu untuk ‘ubat kurap’. Nama Latin bagi gelenggang ialah
Cassia alata daripada famili Leguiminosae. Famili ini juga dikenali
sebagai Fabaceae. Sinonim yang terdahulu digunakan dalam dunia sains
untuk Gelenggang, Cassia alata ialah Herpetica alata. Gelenggang ini
boleh didapati di kawasan tropika. Walau bagaimanapun ia berasal
daripada Amerika Tropika.

Di negara kita, gelenggang tumbuh pada kawasan terbiar, tebing


sungai, tepi jalan, tepi pagar dan juga kawasan lain yang terdedah kepada
cahaya matahari. Daun gelenggang ini juga amat sesuai untuk mengubati
kurap dan penyakit-penyakit kulit yang lain. Cara mengubatinya ialah
dengan menggosok daun pada tempat berkurap. Ia juga boleh ditumbuk
lumat dan dicampurkan dengan kapur atau bahan lain sebelum ditampal
pada tempat yang berpenyakit kulit seperti kurap.

2.9 DAUN PECUT KUDA

Daun Pecut Kuda, Stachytarpheta jamaicensis dikenali juga


sebagai daun jarong, biron ataupun sekar laru. Ia tumbuh tegak dan tinggi
sekitar 50 cm. Manakala daunnya pula terletak berhadapan dengan daun
yang lain, berbentuk bulat telur, berwarna hijau dan juga mempunyai tepi
daun yang bergerigi.

Daun Pecut Kuda ini boleh digunakan bagi penyakit hepatitis A. Ia


mengandungi bahan seperti glikosida dan alkaloid. Bagi mengubati
penyakit hepatitis A, 5 – 10 batang (daun dan bunga) direbus. Hasil
rebusan tadi ditambah dengan gula batu dan hendaklah diminum 2 kali
sehari iaitu pagi dan petang.

2.10 DAUN UNGU

Daun ungu, Graptophyllum pictum juga dikenali sebagai daun


pudin ataupun daun temen. Tinggi pokok ini adalah lebih kurang 2 meter.
Daunnya adalah tunggal dan berbentuk bulat telur dan mempunyai
permukaan atas yang berkilat. Panjang daunnya adalah 15 – 25 cm dan
lebar 5 – 11 cm serta berwarna ungu dan kadang kala berwarna ungu tua.

2.11 DAUN NILAM

          Daun nilam, Pogostemon cablin atau dikenali sebagai Daun Dilem.
Merupakan pokok yang tinggi lebih kurang 1 – 2 meter. Ia mempunyai
daun tunggal, tepi daun yang bergerigi dan permukaan daun yang
berbulu. Manakala panjang daun ini adalah 6 – 7 cm dan lebar 5 – 6 cm.
          Permukaan Daun Nilam ini adalah berwarna hijau serta bawahnya
berwarna hijau keunguan. Daun ini berkhasiat bagi mengubati cirit-birit
dan juga menghilangkan bau badan. Untuk menghilangkan bau badan,
100 gram Daun nilam yang segar dicuci bersih dan selepas itu direbus
dengan menggunakan 10 liter air selama 15 minit. Air rebusan tadi
digunakan semasa mandi.

3.0 PENUTUP

Terdapat berbagai-bagai jenis tumbuhan di alam ini. Ia bergantung


kepada kebijaksanaan manusia dalam membongkar rahsia yang ada pada
tumbuhan tersebut. Manusia akan cuba menyingkap rahsia dan misteri di
sebalik kepentingan tumbuh-tumbuhan dalam perubatan khususnya
khasiat ‘daun’.

 Pengamal perubatan tradisional mestilah bekerjasama dengan dunia


perubatan moden dalam mencari kepentingan tumbuhan ubatan yang ada di
atas muka bumi ini. Allah menjadikan kelebihan dan kepentingan tumbuhan
kepada manusia bagi digunakan di atas muka bumi ini. Jadi kita patutlah
bersyukur di atas anugerah dan pemberian-Nya. Sebagai contohnya bumi
yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau  serta penuh dengan
kedamaian dan keselesaan untuk semua kehidupan. Alhamdulillah.

You might also like