You are on page 1of 2

8.

2 Pola Migrasi Penduduk


Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di
bandar saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi luar ke bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan Subang Jaya. Migrasi ini
berlaku disebabkan oleh faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya
peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap di kawasan luar
bandar. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang
pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan,
perniagaan dan perkhidmatan. Faktor yang lain adalah kemudahan asas yang lebih terdapat di
bandar berbanding luar bandar.

ii) Migrasi Bandar ke Bandar


Migrasi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi, pertukaran tempat kerja. Penduduk di
bandar seperti Klang dan Ipoh berpindah dan menetap di Subang Jaya untuk penukaran kerja
ataupun kerana membeli rumah baru.

mel superstar ♥ SKQ says:


8.3 please? THANK YOU SO MUCH DARLING
2 BUBLETEA FOR U - (including the free i was going buy you)
Jeet. 4 letters that spell out awesomeness ;) but not as good as P.P. :( says:
yeah babeh
hold up
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Saya telah menjalankan kajian bersama beberapa rakan sekumpulan untuk mencari beberapa
factor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Subang Jaya. Setelah kajian itu telah
dilakukan, kami dapat mengenalpasti beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya
migrasi dalaman di Subang Jaya. Dapatan kita adalah seperti yang berikut :
i) Melanjutkan pelajaran
Kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk
melanjutkan pelajaran ke bandar kerana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP
(institut latihan perindustrian) dan universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh
memberikan masa depan kepada pelajar.
ii) Arahan Majikan
Beradasarkan borang soal selidik, banyak penduduk yang berhijrah ke Subang Jaya disebabkan
arahan daripada majikan, terutamanya yang di dalam sektor kerajaan.
iii) Kemudahan Asas
Berbanding bandar, kemudahan asas yang ada di kawasan luar bandar seperti sekolah, air
minuman yang bersih, elektrik dan lain-lain terhad. Demi mendapatkan keselesaan hidup, mereka
mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa seperti
Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana kawasan yang dituju terdapat kemudahan yang
lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital, kolej dan
sebagainya.
iv) Darjah Ketersampaian
Kedudukan Subang Jaya yang strategik juga dapat menyumbang kepada faktor yang
mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. Darjah ketersampaiannya yang tinggi menarik minat
penduduk untuk bermigrasi ke Subang Jaya. Kawasan Subang Jaya yang dihubungkan erat
bersama bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur melalui
beberapa lebuhraya seperti lebuhraya persekutuan berserta dengan lebuhraya Shah Alam dapat
memudahkan penduduk berulang-alik untuk melakukan kerja atau aktiviti harian mereka.

v) Peluang Perkerjaan

Kebanyakan penduduk di Subang Jaya bermigrasi daripada luar bandar ke bandar adalah kerana
peluang pekerjaan beserta dengan gaji pekerjaan yang lebih baik dan beruntung daripada
bekerja di luar bandar.

You might also like