Professional Documents
Culture Documents
CTU
CTU
Pengenalan
1.1 Maksud Tamadun
Istilah tamadun yang digunakan oleh bahasa melayu ialah perkataan yang berasal d
aripada bahasa arab.
Daripada sudut makna atau semantik, tamadun adalah kata terbitan yang berakar umbi
daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat
tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perka
taan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan
maksud yang diungkapknya.
Terdapat empat empat istilah yang pernah digunakan untuk membincangkan t
entang konsep pembangunan , kemajuan dan pencapaian manusia.
hadarah
Madaniyyah
umran
tamaddun
Dalam bahasa inggeris, civilization ialah terjemahan yang paling meluas pengguna
anya bagi merujuk maksud tamadun. Semasa perkataan umran dibahaskan oleh ibn kha
ldun pada abd ke14, perkataan civilization masih belum wujud lagi di dalam bahas
a inggeris (Abd. Aziz, 2008). Selain civilization, beberapa perkataan lain yang
pernah digunakan tetapi tidak begitu meluas ialah seperti culture, urbanization
dan renaissance.