You are on page 1of 14

Disediakan oleh : Wong Poh Yee

Samantha Jong
Jacky Ong
Nehru Padzi
Tajuk Penyelidikan : Pola penggunaan
bahasa dalam kalangan pelajar
tingkatan 6 atas ( sastera ).

Objektif

Untuk mengenalpasti jenis bahasa yang digunakan oleh kebanyakan


daripada para pelajar tingkatan 6 atas
Untuk mengenalpasti penggunaan Bahasa Melayu digunakan oleh
majoriti para pelajar ataupun tidak

Persoalan

Jelaskan pola penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan 6


atas (sastera).
Apakah jenis bahasa yang menjadi pilihan utama pelajar tingkatan 6
atas sastera.
PENGENALAN
Perancangan adalah aktiviti yang paling penting dalam proses melaksanakan
kajian tindakan untuk mencapai objektif kajian. Dalam konteks kajian
tindakan,pelajar-pelajar haruslah menjalankan kajian tindakan seharusnya
membuat perancangan yang kompresif agar tindakan yang diambil berkesan
dalam mengatasi sebarang maslah yang dihadapi semasa melakukan kajian

Tindakan yang perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang masalah


berlaku adalah seperti,

Perancangan sebelum tindakan telah dibuat


Data dan maklumat hendaklah tepat
Mengenalpasti alat-alat yang bakal digunakan bagi mencapai objektif
Kaedah pengumpulan maklumat
Cara pelaksanaan aktivitit
METODOLOGI KAJIAN
Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai,
metodologi merupakan salah satu aspek yang penting dan perlu diberi
perhatian. Ianya digunakan bagi memastikan kaedah yang digunakan oleh
para penyelidik semasa melakukan kajian ini adalah bersesuaian dengan
pembolehubah-pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis
yang digunakan dalam kajian.

Metodologi kajian terdiri daripada pelbagai akspek. Antaranya ialah:-

i)Kumpulan Sasaran/Responden

Kumpulan sasaran bagi kajian R&D Bahasa Melayu kita ialah tingkatan 6 atas
(sastera). Kumpulan ini terdiri daripada kelas U6A1, U6A2, U6A3 dan U6A4.
Para pelajar dari kelas-kelas tersebut dikehendaki menjawab segala soalan
yang kita kemukakan dalam borang soal selidik yang telah kita sediakan

ii)Lokasi Kajian

Kajian penyelidikan kita akan dilakukan dalam kawasan sekolah yang meliputi
seluruh kelas tingatan 6 atas sastera. Antaranya ialah kelas
U6A1,U6A2,U6A3 dan U6A4.

ii) Instrumen yang digunakan dalam kajian

Dalam proses Research and Development(R&D) yang bakal dilakukan oleh


kita, yang bertajuk "Pola-pola penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar
Tingkatan atas 6 Sastera,kita telah bekerjasama untuk mendapat maklumat
yang lebih lanjut yang berkaitan dengan tajuk kita serta pelbagai bahagian
dalam kajian ini telah dibahagikan kepada semua ahli kumpulan kita untuk
menyiapkannya. Salah satu subtopik yang terkandung dalam metologi kajian
adalah instrumen.

Instrumen adalah benda ataupun cara yang boleh digunakan untuk mendapat
maklumat daripada seseorang. Terdapat beberapa jenis instrumen seperti
borang soal selidik, temuduga dan lain-lain.

Secara langsungnya, kumpulan kita telah memilih dua jenis instrumen untuk
melakukan kajian kita iaitu melalui :
a) soal selidik
b) temuduga

Maklumat tentang latar belakang responden akan diambil kira dalam borang
soal selidik kita nanti kerana kita ingin mendapatkan maklumat yang lebih
lanjut tentang responden dan mengenal pasti apakah faktor yang telah
mempengaruhi responden untuk menggunakan bahasa yang berlainan
berdasarkan situasi yang tertentu.
PERSAMPELAN KAJIAN
Penentuan populasi kajian adalah amat penting dalam sesuatu penyelidikan.
Populasi dan sampel kajian difokuskan kepada pelajar tingkatan enam atas
(Sastera).
Pemilihan responden adalah berdasarkan mereka yang sedang belajar di
sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar.

Dalam persampelan berkelompok,populasi dibahagikan kepada beberapa


bahagian dan kemudiannya kita akan merangkumkan semula semua ahli
dalam bahagian yang dipilih. Sifat rawak persampelan ini bergantung kepada
pemilihan kelompok. Kajian dilakukan ke atas populasi yang melibatkan
kepelbagaian kaum yang terdapat dalam sesebuah kelas dan bilangan
responden dalam suatu populasi.

Dalam kajian ini kumpulan R&D Bahasa Melayu ingin melakukan kajian ke
atas pelajar-pelajar tingkatan enam atas (Sastera) dalam SMK,ST Thomas.
Oleh kerana senarai nama pelajar adalah tidak diperlukan, maka kajian ini
akan dilakukan melalui prosedur persampelan serta kaedah-kaedah lain
seperti ‘Questionaire’.

Dalam kajian ini persampelan akan dilakukan apabila pengkaji memilih pelajar
tingkatan enam atas Sastera yang merangkumi pelbagai kaum seperti kaum
Melayu,Cina serta kaum Bumiputera yang lain.
Kemudian, apabila pengkaji memilih untuk mendapatkan responden daripada
empat kelas yang berlainan,persampelan berkelompok digunakan sekali lagi.

Akhir sekali, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan rawak untuk


memilih 60 pelajar dari semua kelas Sastera sebagai responden. Bilangan
responden dari 10 ke 20 orang dari setiap kelas membawa jumlah
keseluruhan seramai 60 responden.

Secara kesimpulannya,keputusan keseluruhannya dapat menentukan pola


pengunaan bahasa dalam kalangan pelajar tingakatan enam atas (Sastera)
yang meliputi pelbagai kaum.
Soal Selidik

Setelah kita bincangkan tentang kaedah-kaedah yang hendak digunakan


untuk melakukan tinjauan kita,akhirnya,kita telah sebulat suara bersetuju
untuk menggunakan kaedah borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat
bagi tajuk tinjauan kita.

Soal selidik merupakan salah satu alat yang penting dalam mengumpul data
daripada responden. Biasanya digunakan untuk mendapatkan data daripada
sampel yang besar misalnya untuk mendapatkan data daripada pelajar
seluruh kelas ataupun sesetengah kelas ataupun seluruh sekolah. Soal
selidik mestilah dibina memenuhi objektif atau masalah yang dikaji.
LAMPIRAN
Tajuk kajian :

Pola Penggunaan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Atas


Sastera SMK.St.Thomas,Kuching,Satu Tinjauan

Disediakan oleh :1) Wong Poh Yee


2) Samantha Jong Chu Chin
3) Jacky Ong Khang Yen
4) Nehru Padzi
Guru Pembimbing : En.Hamden Hj.Harbi

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar di atas adalah di


bawah seliaan guru pembimbing, En.Hamden Harbi sedang menjalankan
Kajian Pola Penggunaan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam
Atas Sastera di SMK.St.Thomas,Kuching’. Secara umumnya kajian ini
bertujuan untuk meninjau pola penggunaan bahasa pelajar-pelajar sekolah.
Sehubungan itu,kami memohon kerjasama daripada anda agar dapat
meluangkan sedikit masa untuk menjawab secara ikhlas dan jujur semua
soalan yang dikemukakan bagi memastikan data-data yang diperolehi dapat
membantu kami menyiapkan kajian ini. Kita juga akan memberikan jaminan
bahawa segala identiti dan maklumat anda akan dirahsiakan.
Akhir sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda
kerana dapat memberi kerjasama dalam membantu menjayakan kajian ini.

Arahan : Sila (√) butir-butir yang betul tentang diri anda

a) Latar belakang responden

Jantina
1. Perempuan
2. Lelaki

Bahasa ibunda anda


1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Lain-lain
Lain-lain nyatakan : _

Bangsa
1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Kaukasia
5. Lain-lain
Lain-lain nyatakan : _

(Sila tandakan (√) pada jawapan anda)

b) Bahagian soal selidik

Likert scale / Skala

1=Sangat jarang
2=Jarang
3=Kadangkala
4=Kerap
5=Sangat kerap

a) Penggunaan bahasa Melayu semasa berada di rumah dan di sekolah

Soalan / Skala 1 2 3 4 5
Adakah anda sering berbahasa Melayu
semasa berada di rumah?
Adakah anda gunakan bahasa Melayu
semasa berinteraksi dengan saudara
mara?
Semasa berinteraksi dengan
guru,adakah bahasa Melayu yang anda
gunakan?
Adakah anda menggunakan bahasa
Melayu semasa berinteraksi dengan
rakan sekolah?
Adakah bahasa Melayu yang menjadi
bahasa pilihan anda semasa berada di
sekolah?

b) Penggunaan bahasa Inggeris semasa berada di rumah dan di sekolah

Soalan / Skala 1 2 3 4 5
Adakah anda sering berbahasa Inggeris
semasa berada di rumah?
Adakah anda gunakan bahasa Inggeris
semasa berinteraksi dengan saudara
mara?
Semasa berinteraksi dengan
guru,adakah bahasa Inggeris yang
anda gunakan?
Adakah anda menggunakan bahasa
Inggeris semasa berinteraksi dengan
rakan sekolah?
Adakah bahasa Inggeris yang menjadi
bahasa pilihan anda semasa berada di
sekolah?

c) Penggunaan bahasa Ibunda semasa berada di rumah dan di sekolah

Soalan / Skala 1 2 3 4 5
Adakah anda sering menggunakan
bahasa ibunda anda semasa berada di
rumah?
Adakah anda gunakan bahasa ibunda
anda semasa berinteraksi dengan
saudara mara?
Semasa berinteraksi dengan
guru,adakah bahasa ibunda yang anda
gunakan?
Adakah anda menggunakan bahasa
ibunda semasa berinteraksi dengan
rakan sekolah?
Adakah bahasa ibunda anda yang
menjadi bahasa pilihan anda semasa
berada di sekolah?

Terima kasih atas kerjasama anda.


LAPORAN

Secara amnya,penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar merekodkan


jumlah besar yang sebanyak 251 jumlah mata telah menunjukkan majoriti
pelajar gemar menggunakan bahasa ibunda mereka semasa berada di
rumah.Selain itu,249 mata yang dikumpulkan menunjukkan pelajar juga
bersetuju yang mereka sering menggunakan bahasa ibunda mereka untuk
berkomunikasi dengan saudara mara mereka.Data menunjukkan bahawa 204
mata,melihatkan pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar
berbangsa Cina kerap berinteraksi dengan rakan-rakan sekolah mereka
dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Cina ataupun bahasa Inggeris yang
berkemungkinan disebabkan untuk menambahkan kefahaman mereka untuk
bergaul dengan menggunakan bahasa mereka sesama sendiri.

Selain itu,pelajar juga memilih bahasa Inggeris serta bahasa Melayu sebagai
bahasa berkomunikasi semasa di sekolah.192 mata direkodkan bagi pelajar
yang berbahasa melayu dengan guru mereka manakala,175 mata diperolehi
daripada pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris dengan guru mereka.

Walaupun begitu,176 mata direkodkan bagi pelajar yang menganggap


bahasa inggeris sebagai bahasa pilihan mereka di sekolah dan hanya 160
mata yang diterima dari pelajar yang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
pilihan semasa berada disekolah.

Mata yang paling sedikit dikumpulkan adalah daripada pelajar yang sering
berbahasa Melayu di rumah iaitu sebanyak 112 mata sahaja manakala
pelajar yang berbahasa Inggeris di rumah mencatatkan jumlah sebanyak 150
mata iaitu perbezaan sebanyak 38 mata.Seterusnya,pelajar mencatatkan 113
mata apabila mereka ditanya adakah mereka menggunakan bahasa Melayu
apabila bergaul dengan saudara mara mereka dan pelajar yang
menggunakan bahasa Inggeris bagi soalan yang sama menunjukkan 147
mata iaitu perbezaan sebanyak 34 mata.

Secara umumnya,data menunjukkan bahawa pelajar lebih suka berbahasa


ibunda di kawasan sekolah dan di rumah serta pilihan mereka telah
menunjukkan kegemaran mereka berbahasa Inggeris daripada menggunakan
bahasa Melayu pada kedua-dua kawasan tersebut.
FOKUS KAJIAN

Berdasarkan keputusan yang telah kita perolehi daripada soal selidik,kita


telah mendapati bahawa kebanyakan pelajar tingatan 6 atas gagal menguasai
bahasa Melayu terutamanya di sekolah. Ini adalah disebabkan oleh :
Pengaruh rakan sebaya di sekolah
Menggunakan bahasa ibunda dengan kerap semasa P&P dijalankan

ABSTRAK

Menguasai kemahiran berbahasa Melayu adalah penting sepanjang tempoh


tingkatan 6 atas terutamanya mereka yang telah mengambil mata pelajaran
bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia(STPM).
Bagi segolongan para pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran bahasa
Melayu juga perlu menguasai bahasa Melayu kerana mereka juga perlu
menghadapi banyak kursus yang memerlukan kefahaman dalam bahasa
Melayu semasa mereka memasuki universiti terutamanya Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). Malah berdasarkan keputusan yang telah diperoleh
daripada kita melalui borang soal selidik , kebanyakan mereka jarang
menggunakan bahasa Melayu semasa di rumah mahupun di sekolah dan ini
sama sekali akan menyebabkan seseorang pelajar itu gagal menguasai
bahasa Melayu mereka. Menerusi tinjauan yang telah dilakukan,kita telah
berjaya memperolehi maklumat dan mencapai objektif kita iaitu kita telah
berjaya mengenalpasti jenis bahasa yang digunakan oleh kebanyakan
daripada para pelajar tingkatan 6 atas sastera dan juga adakah penggunaan
Bahasa Melayu digunakan oleh majoriti para pelajar ataupun tidak.
KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan perbezaan dalam pola penggunaan bahasa dalam
kalangan pelajar-pelajar sekolah tingkatan 6 Atas sastera. Antara bahasa
yang digunakan oleh para pelajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan lain-lain. Majoriti pelajar menggunakan
Bahasa Ibunda semasa berada di rumah dan juga semasa berinteraksi
dengan saudara mara.

Secara ringkasnya, kebanyakan pelajar kerap menggunakan Bahasa Ibunda


mereka, oleh sebab dipengaruhi oleh agama, bangsa dan keluarga mereka.
Para pelajar lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka adalah
disebabkan oleh faktor yang dinyatakan di atas. Justeru itu, hanya terdapat
segelintir pelajar yang menggunakan bahasa ibunda semasa berinteraksi
dengan guru kerana guru mereka yang berlainan bangsa tidak dapat
berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan bahasa ibunda
mereka.

Selain itu,penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris kurang mendapat


sambutan dalam kalangan pelajar disebabkan kebanyakan mereka adalah
terdiri daripada pelajar yang berbangsa cina , jadi mereka jarang
menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu ketika di sekolah ataupun
di rumah , maka penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris sangat
jarang digunakan ketika berinteraksi dengan saudara mara.
RUJUKAN
http://openlibrary.org/b/OL4020196M/Tinjauan_sosiolinguistik_pemiliha
n_penggunaan_bahasa
http://gemasastranusantara.wordpress.com/2009/05/03/bahasa-melayu-riau-
sebuah-tinjauan-sosiolinguistik/
http://www.docstoc.com/docs/13518637/sosiolinguistik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
http://baikoeni.multiply.com/journal/item/138/ANALISA_PEMILIHAN_BAHASA
_DALAM_KOMUNIKASI_TERTULIS_DIPLOMATIK
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/AZIZAHBP050017D20
08TTP.pdf
http://www.pdfqueen.com/pdf/pe/penggunaan-bahasa-melayu-di-kalangan-
pelajar-bukan-melayu/
http://rubrikbahasa.wordpress.com/2009/07/14/kisah-penggunaan-bahasa-
inggris-di-sekolah/
http://fuadsyazwan.com/v1/?tag=bahasa-melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.ht
m
http://anaksastra.blogspot.com/2009/01/masyarakat-bahasa.html
http://id.cosmotopic.com/r/variasi-bahasa-dalam-sosiolinguistik

You might also like