You are on page 1of 3

Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah.


Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana
persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-
belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan
secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio
dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan
Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu
sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan


akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke
kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama
sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung.

Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah
amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan
agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya
sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan
mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah
atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke
rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-
maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari
Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari
untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular


pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa
kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna
hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan
orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada
warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz
sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat
perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang
kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan


Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut
syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi
memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan
memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau
masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar,
kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu,
tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada


bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan
kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur
Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2],
dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada


masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya
lampu penerang di dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri


ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu
akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke
bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan
akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai
oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini
dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah
Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen
diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.
Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya
nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh
Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

You might also like