You are on page 1of 6

RAHSIA

DOKUMEN INI IALAH HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA

KP/CK/R/318/11 Jld. 10 ( ) Memorandum Jemaah Menteri


Nombor:
Salinan Bilangan:

MEMORANDUM DARIPADA MENTERI PERTANIAN DAN


INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN


YAYASAN PELAJARAN PERSATUAN PELADANG
DAN PERTUBUHAN PELADANG MADA
BAGI TAHUN 2009 ( TELAH DIAUDIT )

TUJUAN

memorandum ini bertujuan untuk memohon Jemaah Menteri


menimbang dan bersetuju supaya Laporan Tahunan dan Penyata
Kewangan Yayasan Pelajaran Persatuan Peladang dan Pertubuhan
Peladang MADA (YAYASAN) Bagi Tahun 2009 (Telah Diaudit) seperti
di Lampiran 1 dibentangkan di Mesyuarat Parlimen.

LATAR BELAKANG

2. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2007 telah menetapkan


bahawa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan-Badan
Berkanun Persekutuan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh satu
tahun kewangan badan-badan berkanun itu.

RAHSIA
RAHSIA

3. Penyata Kewangan YAYASAN bagi tahun 2009 yang belum


diaudit telah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara pada 28 April
2010 dan Sijil Audit telah dikeluarkan pada 29 Jun 2010.

LAPORAN KEWANGAN

4. Sumber kewangan YAYASAN terdiri daripada sumbangan


Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), sumbangan ahli-ahli
Pertubuhan Peladang Kawasan, faedah dan keuntungan daripada
bank serta dividen atas pelaburan/saham. Jumlah pendapatan yang
diterima dalam tahun 2009 adalah sebanyak RM881,025 dan
sebanyak RM546,661 telah dibelanjakan.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

5. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa Penyata


Pendapatan dan Perbelanjaan serta nota-nota terhadapnya dan
Penyata Sumber dan Kegunaan Dana telah diperbuat dengan cara
yang betul untuk menunjukkan satu kenyataan yang benar dan
saksama mengenai kedudukan kewangan YAYASAN pada 31
Disember 2009.

KEJAYAAN

6. Sehingga Disember 2009 seramai 51 orang anak ahli PPK


MADA telah dipilih bagi menerima Biasiswa Kecil YAYASAN.
Sejumlah RM111,900 telah dibelanjakan untuk membiayai seramai
213 orang penerima biasiswa sepanjang tahun 2009. Aktiviti Kelas
Tambahan/Bimbingan telah dilaksanakan dengan jumlah

2 RAHSIA
RAHSIA

perbelanjaan sebanyak RM18,150 yang melibatkan penyertaan


seramai 9,067 orang anak ahli.

7. YAYASAN juga telah membelanjakan RM27,000 bagi tujuan


bantuan pakaian seragam kepada 492 orang anak ahli yang menuntut
di sekolah rendah dan menengah dalam kawasan MADA. Saguhati
kepada 516 orang anak ahli PPK MADA yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diberikan
dalam tahun 2009 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak
RM50,200.

8. Dalam tahun 2009, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun


2008 yang ditangguhkan sebelum ini, telah dilaksanakan pada 4 Jun
2009. Seramai 61 orang dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar
Cemerlang Tahun 2007/2008 yang terdiri daripada PMR (41 orang),
SPM (15 orang) dan STPM (5 orang) yang melibatkan perbelanjaan
berjumlah RM8,600. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2009
pula telah diadakan pada 6 Disember 2009, seramai 44 orang terpilih
untuk menerima anugerah yang terdiri daripada PMR (34 orang), SPM
(8 orang) dan STPM (2 orang) dan sejumlah RM5,600 telah
dibelanjakan untuk majlis ini. Calon-calon dipilih berdasarkan bilangan
‘A’ terbanyak dalam matapelajaran yang diambil. Mulai tahun 2008,
setiap PPK diperuntukkan 2 orang bagi menerima Bantuan Pelajaran
Anak Ahli Termiskin di mana 50 orang anak ahli telah menerima
manfaat ini dalam tahun 2009. Jumlah yang dibelanjakan ialah
sebanyak RM68,760 untuk faedah 219 orang anak ahli sehingga kini.

9. Untuk tiga peringkat Kursus Motivasi/ Intensif bagi Pemegang


Biasiswa, YAYASAN telah membelanjakan RM46,029. Kursus

3 RAHSIA
RAHSIA

Motivasi UPSR, sempat dilaksana di Perlis sahaja kerana gejala


H1N1 dan seramai 162 orang anak ahli turut melibatkan diri dalam
program ini dan sejumlah RM3,124 telah dibelanjakan.

10. Sumbangan-sumbangan dan aktiviti–aktiviti yang dijalankan


telah meningkatkan kesedaran kepada anak–anak petani untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, di samping meringankan
bebanan ibu bapa mereka dalam membiayai pelajaran anak–anaknya.

11. Semua aktiviti yang dirancangkan dalam tahun 2009 telah


berjaya dilaksanakan dengan jayanya. YAYASAN akan terus
berusaha agar matlamat untuk meningkatkan taraf hidup petani
melalui pelajaran anak–anak mereka tercapai.

KESAN KEPADA RAKYAT

12. YAYASAN ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertingkatkan


mutu pelajaran ahli dan anak-anak ahli PPK MADA. Aktiviti-aktiviti
Utama dan Sokongan yang dianjurkan oleh YAYASAN telah dapat
meningkatkan kesedaran kepada golongan sasar iaitu para ahli PPK.

13. Aktiviti-aktiviti utama seperti Biasiswa Kecil, Bantuan Kelas


Tambahan/Bimbingan, Bantuan Pakaian Seragam, Sumbangan Ke
IPTA dan Bantuan Pelajaran Anak Ahli Termiskin dapat meringankan
beban ibu bapa dalam membiayai pelajaran anak-anak mereka
manakala Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan telah dapat
memberi inspirasi kepada pemegang biasiswa yang cemerlang.

4 RAHSIA
RAHSIA

14. Aktiviti-aktiviti sokongan seperti Kursus Motivasi/Intensif


Pemegang Biasiswa dan Kursus Motivasi UPSR yang diberi telah
menunjukkan keberkesanannya apabila keputusan yang diperolehi
dalam peperiksaan yang diambil menunjukkan peningkatan.

15. Dorongan dan bantuan oleh YAYASAN ini telah memberi


kesedaran kepada ahli dan anak-anak ahli tentang kepentingan
pelajaran dan telah menimbulkan rasa tanggungjawab kepada
golongan sasar.

MASALAH YANG DIHADAPI

16. Sehingga kini YAYASAN tidak menghadapi masalah yang


kiritikal.

PERKARA-PERKARA YANG MEMERLUKAN PERHATIAN


JEMAAH MENTERI

17.

KESIMPULAN

18. Semua aktiviti yang dirancangkan telah dapat dilaksanakan


dengan jayanya. YAYASAN akan berusaha lagi agar tujuan
penubuhan dan matlamat YAYASAN dapat dicapai dengan lebih
cemerlang.

5 RAHSIA
RAHSIA

ULASAN KEMENTERIAN/AGENSI PUSAT

19. Kementerian Kewangan


“Kementerian Kewangan..............................................................”

20. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri


“Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,
JPM).............................................................................................”

21. Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri


“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
(ICU, JPM)..................................................................................”

SYOR

22. Jemaah Menteri dipohon menimbang dan bersetuju supaya


Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Yayasan Pelajaran
Persatuan Peladang dan Pertubuhan Peladang MADA Bagi Tahun
2009 (Telah Diaudit) seperti di Lampiran 1 dibentangkan di
Mesyuarat Parlimen.

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia,


Putrajaya

Oktober 2010

6 RAHSIA

You might also like