You are on page 1of 15

BMM 3104- PENGAJARAN

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU



SQ3R
• KWLH

1
SQ3
R

Teknik ini diperkenalkan oleh Robinson (1970)


Teknik membaca jenis ini diajarkan terutamanya
bagi memberikan peluang kepada pembaca
membuat analisis secara mendalam bahan yang
dibaca.
Dalam pembelajaran terutamanya pelajar yang
mempunyai serba sedikit pengetahuan lepas
berhubung bahan yang dibaca.
2
Langkah
Membaca
Menggunakan
SQ3R
Lihat tajuk-tajuk utama sepintas lalu bagi melihat
idea keseluruhan.
Tukarkan tajuk utama dalam bentuk soalan.
Baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan
jawapan.
Selepas membaca petikan, susun idea dan isi
penting dengan bimbingan guru.
Menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian,
perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan
3
Langka
h-
langka
h
Secara umumnya teknik membaca ini memerlukan
keupayaan pembaca menggunakan minda secara
optimum.

(1) Sebelum membaca, tinjau bab tersebut :


(a) baca secara keseluruhan dengan menggunakan
teknik skimming atau penyiringan ataupun tinjauan
bagi mendapatkan idea keseluruhan. Ini dilakukan
dengan membaca pendahuluan, kata pengantar, dan
sinopsis
4
(b) Membaca seimbas lalu jadual, ilustrasi, gambar rajah
dan petunjuk sebelum membaca dengan teliti.
- Semak tajuknya bagi memastikan bahan yang akan
dibaca
- Lihat keseluruhan di awal dan di hujung bahan bacaan
itu
- Beri perhatian kepada tajuk-tajuk utama dan kecil bagi
memberi gambaran keseluruhan
- Lihat carta, graf, atau ilustrasi dan tajuk bagi
mendapatkan
rancangan keseluruhan penulis

5
(2) Kemukakan pertanyaan semasa membuat tinjauan :
Langkah kedua ialah pembaca mengajukan soalan-soalan
yang diharapkan dapat memberikan panduan bagi
memahami teks yang dibaca.
(a) Menukarkan tajuk, subtajuk ke dalam bentuk soalan.
(b) Membaca soalan setiap akhir bab ataupun selepas
subtajuk
(c) Tanya diri sendiri “Apakah yang guru saya katakan
berkenaan bab ini?”
(d) “Apakah yang sudah saya ketahui berkenaan tajuk
ini?”

6
(3) Apabila mula membaca
Dalam langkah ini, pelajar membaca dengan teliti
mengikut urutan perenggan.
(a) Lihat jawapan daripada soalan yang ditanyakan.
(b) Menjawab soalan pada bahagian permulaan.
(c) Baca semula keterangan gambar, graf, dan lain-lain.
(d) Catatkan semua perkataan dan frasa yang
digariskan, italik,
dan gelapkan.
(e) Kaji bentuk grafik.
(f) Tambah kelajuan bacaan pada petikan yang sukar.
(g) Berhenti dan baca semula bahagian yang tidak jelas.
(h) Baca hanya satu bahagian pada suatu masa.
7
(4) Menerangkan atau menyatakan kembali selepas
membaca
Pembaca perlu menyatakan kembali perkara yang dibaca.
Penyataan yang dilakukan tidak perlu merujuk atau melihat
kembali teks yang sudah dibaca. Adalah lebih baik apabila
pelajar dapat menuliskan semula isi penting hasil
pemahamannya dalam bentuk yang mudah difahami.
Penggunaan grafik seperti peta minda atau alat-alat berfikir
dan borang pengurusan grafik adalah lebih berkesan
(a) Bertanya soalan secara lisan perkara yang sudah
dibaca
ataupun ringkaskan dalam ayat sendiri.
(b) Membuat nota dengan ayat sendiri.
(c) Gariskan isi penting yan sudah dibaca.

8
(5) Semak semula sesuatu proses yang berterusan :
Dalam langkah ini pembaca perlu membuat rumusan
akhir
berdasarkan langkah-langkah awal tadi.
(a) Cuba ingat bahagian-bahagian yang dibaca.
(b) Apakah tujuan utama penulis menulis teks itu?
(c) Apakah isi penting?
(d) Apakah rancangan keseluruhan teks yang dibaca?
(e) Cuba ingat isi penting.

9
Teknik
Membaca
KWLH

Teknik ini diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986)


dan penting bagi mengaktifkan pengetahuan lalu
pelajar.
Model membaca ini berfungsi bagi menjana
pemikiran yang aktif ketika membaca

10
K (Know) Apa yang diketahui
W (Want) Apa yang hendak diketahui
L (Learn) Apa yang hendak dipelajari
semasa membaca bahan
bacaan
H (How) Maklumat tambahan berkenaan
tajuk yang dibaca

11
Teknik membaca KWLH adalah suatu teknik
membaca secara kritis supaya pembaca dapat
meninjau :

(a) Apa yang sudah diketahui


(b) Apa yang akan diketahui
(c) Apa yang sudah dipelajari selepas membaca
(d) Bagaimana perkara-perkara tambahan yang
ingin diketahui
dapat dipelajari.

12
Tujuan
Membaca secara kritis
Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan
perkara yang dibaca
Mengaitkan minat yang membaca perkara yang
hendak diketahui
Mengenal pasti perkara yang sudah dipelajari dan
perkara tambahan yang perlu diketahui lagi
Meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan
sesuatu bahan yang dibaca

13
Langkah

Kenal pasti bahan yang hendak dibaca


Sediakan jadual seperti contoh
Buat catatan bagi perkara yang berkaitan dalam
jadual di bawah berdasarkan petikan yang dipilih

14
Tajuk : …………………………………..
K W L H
(Apa yang (Apa yang (Apa yang (Bagaimana
sudah hendak sudah maklumat
diketahui) diketahui) dipelajari) tambahan
hendak
dipelajari)

15

You might also like