You are on page 1of 28

Judul asli: Aplikasi Peta Konsep Dapat Meningkatkan Pemahaman Pelajar Sederhana

Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 3

Oleh: AHMAD BIN MAN


SMK Gunung Semanggol
34400 Simpang Empat Semanggol, Perak D.R , Malaysia

1.0 OBJEKTIF KAJIAN


1.1 Objektif Umum
Adalah diharapkan dengan kajian dan tindakan ini akhirnya pelajar dapat menguasai
pengetahuan sejarah yang diajarkan serta mengambil manfaat daripadanya.

1.2 Objektif Khusus


1.2.1 Guru dapat mempelbagaikan amalan pengajaran supaya pemelajaran dapat berlangsung
dalam suasana menyeronokkan.
1.2.2 Pelajar boleh melengkapkan peta konsep sesuatu topik untuk memahami kronologi
peristiwa.
1.2.3 Pelajar dapat kemahiran bersosial melalui aktiviti berkumpulan.
1.2.4 Peratus lulus Sejarah dapat ditingkatkan.

2.0 KUMPULAN SASARAN dan KAEDAH KAJIAN


Kumpulan sasaran terdiri daripada 35 orang pelajar sederhana Tingkatan 3 Al-Tirmizi SMKGS.
Kaedah kajian akan merangkumi
i. Pemerhatian Tingkah Laku Pemelajaran dan soal selidik lisan
ii. Analisis Markah Ujian/TOV
iii. Analisis Jawapan Ujian

3.0 PERLAKSANAN KAJIAN


3.1 Tinjauan Masalah dan Dapatan
i. Pemerhatian Tingkah Laku dan Soal selidik lisan.
Berdasarkan pemerhatian tingkah laku pemelajaran serta soalan-soalan lisan yang diajukan
kepada pelajar 3T, masalah-masalah berikut dikenal pasti sebagai antara halangan pencapaian
lebih baik dalam ujian sejarah.

a) Kaedah belajar hanya bertumpu kepada aktiviti membaca dan menghafal.


b) Bidang atau skop topik yang luas.
c) Nilai komersial yang rendah terhadap mata pelajaran sejarah.
d) Sejarah dianggap sebagai pelajaran tidak berfaedah pada zaman kini

ii. Analisis Markah TOV dan Ujian


Markah TOV dan Ujian Selaras 1 bagiTingkatan 3T sesi 2005 adalah seperti berikut:

Gred Pencapaian TOV(2004) Ujian Selaras 1


A21
B67
C 16 16
D 10 10
E11

iii. Analisis Jawapan Ujian


Dalam Ujian Selaras 1 sesi 2005 analisis jawapan dijalankan bagi mengesan aspek-aspek yang
didapati pelajar lemah penguasaannya. Soalan-soalan ujian meliputi Bab 1. Soalan-soalan
dibahagikan kepada topik berikut :

Jumlah Peratus Pelajar Jumlah


Topik Soalan Menjawab Dengan Pelajar
(40) Betul
Kedatangan Jepun 12 7 %
Dasar Pemerintahan Jepun 10 3 %
Reaksi Penduduk Terhadap Dasar-dasar
35
88%
Jepun
Kesan-kesan Pemerintahan Jepun – Politik
10 10 %
/ Ekonomi / Sosial

3.2 Analisis Dapatan


Berdasarkan tinjauan kajian dan dapatan, data yang diperolehi pada 4.1, i. (a hingga d)
menunjukkan pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran sejarah. Bagaimanapun dapatan a
dan b berkait rapat dengan kaedah pengajaran dan pemelajaran yang dijalankan.

Bagi masalah a – Kaedah belajar hanya bertumpu kepada aktiviti membaca dan menghafal. Hal
ini menunjukkan perlunya cara lain untuk belajar. Ramai pelajar tidak menguasai kemahiran
menghafal dengan baik.

Bagi masalah b – Bidang atau skop topik yang luas menyebabkan pelajar tidak dapat
memokuskan isi kandungan pelajaran. Hal ini kerana pelajar lupa akan kandungan pelajaran
terdahulu dan tidak dapat membuat perkaitan peristiwa secara kronologi.
Berdasarkan dapatan ii, data yang diberikan menunjukkan terdapat pengurangan jumlah
mendapat A. Untuk makluman, tindakan berdasarkan kajian ini hanya dilaksanakan selepas
Ujian Selaras 1. Oleh yang demikian, perbezaan tidak begitu bermakna.

Data iii menunjukkan analisis peratusan pelajar yang menjawab soalan yang berkaitan dengan
topik secara spesifik. Peratusan tersebut mewakili jumlah pelajar yang menjawab semua betul.
Berdasarkan data didapati bahawa sub topik Dasar dan Reaksi Penduduk merupakan tajuk yang
paling sukar. Tajuk tersebut mengemukakan soalan-soalan pada aras kefahaman. Oleh yang
demikian, dijangkakan bahawa pelajar tahu tetapi sukar memahami.

3.3 Tindakan
Berdasarkan analisis di atas, dapatlah dirumuskan bahawa ramai pelajar sederhana (3T) tidak
mendapat markah yang baik dalam ujian sejarah kerana tidak memahami peristiwa secara
kronologi. Oleh itu, saya berpendapat teknik pengajaran dan pemelajaran yang lebih menarik
hendaklah dijalankan.
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan pelaksanaan buku teks Sejarah Tingkatan 3, didapati
penggunaan Peta Konsep dapat membantu pelajar memahami urutan peristiwa secara sistematik.
Peta konsep dalam buku teks tersebut hendaklah diperincikan sub-sub topiknya juga boleh
dijadikan model latihan topikal.
3.4 Pelaksanan Tindakan dan Penilaian
Penggunaan Peta Konsep merupakan teknik P&P yang disarankan semasa

i. Memperkenalkan tajuk – Semua pelajar diberikan helaian yang mengandungi


peta konsep topik-topik tertentu dalam bab tersebut. Topik-topik telah
dinyatakan seperti terdapat dalam buku teks. Bagaimanapun guru perlu
membahagikan pecahan-pecahan peta konsep tersebut kepada sub-sub topik
yang akan kategorikan oleh pelajar dalam peta konsep yang sama.
ii. Setelah selesai sesuatu sub topik – Pelajar dikehendaki melengkapkan tajuk sub
topik mengikut topik dengan betul secara berkumpulan atau individu sambil
membuat rujukan.
iii. Setelah selesai sesuatu topik – pelajar dikehendaki melengkapkan peta konsep
sebagai satu latihan.

3.5 Refleksi Kajian


Setelah melaksanakan teknik melengkapkan Peta Konsep bagi sesuatu Bab, refleksi
seharusnya dilakukan untuk menilai sejauhmana perlaksanaan tindakan mencapai
matlamatnya. Oleh yang demikian, data seperti 4.1 diperolehi semula selepas
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2005.

i. Soal selidik secara lisan menggunakan soalan yang sama diajukan bagi
mengamati masalah a – 60 % pelajar (3T) mengatakan bahawa usaha menghafal
menjadi lebih mudah berdasarkan peta konsep. 40 % mengatakan bahawa peta
konsep membantu merumuskan kandungan pelajaran dan senang difahami.

Gred Pencapaian Ujian Selaras 1 Pep.Pertengahan


Tahun
A13
B75
C 16 20
D 10 6
E11

ii. Data di atas menunjukkan ada peningkatan dari segi bilangan A dan C. Walaupun masih
terdapat seorang yang gagal, namun % pencapaian menunjukkan peningkatan apabila jumlah D
berkurangan.

4.0 RUMUSAN
Penggunaan peta konsep merupakan satu daripada beribu teknik yang ada. Dengan penggunaan
teknik ini adalah diharap dapat membantu para pelajar menguasai isi pelajaran sejarah dengan
lebih mudah untuk lulus peperiksaan.

Sumber: Kementrian Pelajaran Malaysia (PDF File)

Posted in Paper, Pembelajaran, Peta Konsep, Sejarah | Tags: Concept Map, Peta Konsep, Sejarah

« Multiple Intelligences Test – Discover Your Learning Style


Claiming PKAB at Blogged »

Tajuk
Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Subjek Sejarah melalui Penggunaan
Komik.

2.Nama Penyelidik :
Hamizah Liyana Binti Anwar
Lee Sok Leng
Mohd Latiffi Bin Latin
Nik Hidayatul Nursaadah Binti Husin
Siti Rafeqah Binti Samsunanwar

3.Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kajang Utama, Selangor.

4.Latar Belakang Kajian


Kebiasaannya pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek Sejarah
kerana melibatkan banyak fakta. Selain itu subjek Sejarah yang berteraskan
kepada peristiwa lepas membuatkan pelajar sukar untuk menggambarkan dan
menghayati sesuatu peristiwa tersebut.

5.Masalah dan Fokus Kajian


Kajian kali ini memfokuskan kepada masalah yang sering dihadapi oleh pelajar
iaitu kesukaran untuk mengingati fakta dan kronologi peristiwa meliputi tarikh,
nama dan tempat. Tambahan pula kebanyakan fakta dipersembahkan adalah
berbentuk ayat semata-mata.

6.Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah
di Sekolah Menengah Kajang Utama adalah kurang memuaskan berbanding
pencapaian subjek-subjek lain.

7.Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan pelajar-
pelajar seterusnya menyemai minat mereka dalam subjek Sejarah.

8.Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 60 orang pelajar dari kelas Tingkatan Dua yang
mempunyai pencapaian paling rendah dalam subjek Sejarah.

9.Pelaksanaan Kajian
9.1 Membuat perancangan dari segi sampel, setting, prosedur, pengumpulan
dan penganalisisan data, refleksi dan kesimpulan.
9.2 Ujian Saringan dilakukan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar
dalam subjek Sejarah seterusnya memilih peserta kajian.
9.3 Kelas intensif dijalankan di luar waktu persekolahan terhadap sampel yang
telah dipilih.
9.4 Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan
komik sebagai alat bantu mengajar (ABM). Setiap pelajar disediakan sebuah
komik mengikut topik.
9.5 Guru menjelaskan sesuatu topik pengajaran yang melibatkan peristiwa
berbantukan komik.
9.6 Penilaian dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
kualitatif menggunakan kaedah soal jawab dan penilaian kuantitatif seperti
ujian formatif dan sumatif.

9.7 Refleksi
Kaedah ini mampu untuk membangkitkan minat pelajar dalam subjek Sejarah.

10. Kesimpulan
Secaranya amnya bahan yang berbentuk ilustrasi dapat menarik minat pelajar
untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih mendalam. Maka penggunaan
komik dilihat satu pendekatan yang efektif.

Kajian Tindakan - Satu Pengertian

2.0 Bahagian ini


cuba menjelaskan
dengan lebih lanjut
tentang
KajianTindakan.
Masalah serta
kekeliruan yang
dihadapi oleh guru
semasa
menjalankan kajian
tindakan dijadikan
panduan dalam
membuat
penjelasan ini.

2.1 Beberapa
Perbezaan
Antara
Penyelidikan
Pendidikan
Tradisi Dengan
Kajian Tindakan

Kajian Tindakan
juga tergolong
dalam penyelidikan
pendidikan. Walau
bagaimanapun
terdapat beberapa
perbezaan antara
Kajian Tindakan
dengan
penyelidikan
pendidikan tradisi
atau konvensional
yang selalu
dilaksanakan dalam
pendidikan.
Perbezaan yang
dihuraikan di sini
dibataskan kepada
beberapa aspek
kajian tradisi yang
didapati boleh
menimbulkan
kekeliruan dalam
memahami Kajian
Tindakan. Aspek-
aspek tersebut
merangkumi
perkara-perkara
yang berkaitan
dengan peranan
penyelidik, tujuan
kajian, sampel
kajian, serta
menggunakan
dapatan untuk
membuat
generalisasi.

Penyelidikan
pendidikan
selalunya dilakukan
oleh Institusi
Pengajian Tinggi
untuk tujuan
akademik atau pun
oleh individu atau
organisasi tertentu
untuk tujuan
pembentukan dan
pengembangan
dasar atau program
yang berkaitan
dengan pendidikan.

Dua pihak yang


terlibat dalam
kajian iaitu
penyelidik dan
pihak yang dikaji
terdiri daripada ahli
sesuatu situasi
sosial atau
organisasi yang
berlainan serta
memainkan peranan
yang berbeza.
Contoh, dalam
kajian tentang
"Minat Pelajar
Bandar Dan Luar
Bandar Dalam Mata
Pelajaran Sains",
penyelidik (pihak
yang menjalankan
kajian) mungkin
terdiri daripada
Pegawai
Pendidikan dari K-
ementerian
Pendidikan, pelajar
atau pensyarah dari
Institusi Pengajian
Tinggi. Manakala
sampel kajian
(pihak yang dikaji)
pula terdiri daripada
murid, guru dan
pengetua sekolah di
bandar dan di luar
bandar.

Lazimnya tujuan
sesuatu kajian ialah
untuk melihat
sejauh manakah
sesuatu keadaan
sosial wujud. Bagi
menentukan sama
ada sesuatu keadaan
yang dikaji itu
wujud atau tidak,
dikemukakan
beberapa soalan
kajian berkaitan
dengan perkara
yang dikaji.
Contoh, sejauh
manakah minat
pelajar bandar / luar
bandar dalam mata
pelajaran sains?
Atau sejauh
manakah
kemudahan makmal
mempengaruhi
minat
pelajarterhadap
sains?

Penyelidikan
pendidikan tradisi
menggunakan
sampel kajian dari
sesuatu kelompok
populasi. Contoh,
dalam kajian
tentang "Minat
Pelajar Bandar /
Luar Bandar Dalam
Mata Pelajaran
Sains", kelompok
populasi yang dikaji
ialah murid, guru
sains dan pentadbir
sekolah di bandar
dan luar bandar.
Penyelidik
melibatkan
sebahagian sahaja
daripada
keseluruhan
kelompok yang
dikaji misalnya
sebanyak 30%
untuk dijadikan
sampel kajian.

Berasaskan
pertimbangan
bahawa semua ahli
kelompok
mempunyai ciri-ciri
yang sama seperti
dari segi peranan,
tanggunjawab,
amalan atau lain-
lain ciri yang
berkaitan dengan
perkara yang dikaji,
sampel 30% ini
dianggap mewakili
keseluruhan
populasi yang
terbabit. Oleh itu
dapatan kajian
daripada sampel
sebanyak 30%
boleh dijadikan asas
untuk membuat satu
anggapan umum
atau generalisasi
terhadap
keseluruhan
kelompok populasi
tadi. Contoh
generalisasi yang
mungkin boleh
dibuat daripada
dapatan kajian ialah
"pelajar bandar
lebih minat belajar
sains daripada
pelajar luar
bandar".

Seiring dengan itu


penyelidik juga
boleh menggunakan
dapatan kajian
•untuk membuat
cadangan umum
bagi meningkatkan
minat dalam mata
pelajaran sains di
kalangan populasi
luar bandar.
Lazimnya cadangan
untuk memperbaiki
program dimajukan
kepada organisasi
pendidikan yang
terlibat secara
langsung dalam
perancangan
pendidikan sains di
sekolah. Dalam
konteks
pelaksanaan kajian,
peranan penyelidik
berakhir setelah
laporan kajian
disediakan.

2.2 Pengertian
Tentang Kajian
Tindakan

Kajian Tindakan
adalah kajian
berbentuk kualitatif.
K-ajian kualitatif
menggunakan data
dalam bentuk fakta
asal seperti dilihat,
didengar atau
dibaca. Data
berbentuk statistik
(nombor) juga
digunakan tetapi
tidak menjadi cacat
sesuatu Kajian
Tindakan yang
tidak menggunakan
data berbentuk itu.

Peraturan yang
perlu dipatuhi
apabila
menjalankan Kajian
Tindakan ialah
keempat-empat
langkah asas iaitu
merancang,
bertindak,
memerhati dan
mereflek yang
dilakukan secara
berurutan dalam
bentuk gelungan.
Berikut dihuraikan
dengan lebih
terperinci beberapa
perkara asas tentang
Kajian Tindakan.
Masalah yang
dialami oleh guru-
guru yang
menjalankan Kajian
Tindakan di sekolah
dijadikan asas
dalam membuat
huraian dan
cadangan.

2.2.1
Pengembangan
Profesionalisme
Guru

Kajian Tindakan
mengembangkan
kemampuan guru
sebagai peneroka
pengetahuan yang
profesional. Guru
sebagai seorang
profesional tidaklah
semata-mata
mengamalkan
pengetahuan yang
dikemukakan oleh
orang lain tetapi
berupaya
merintisjalan bagi
menangani pelbagi
masalah P&P.

Dalam K.ajian
Tindakan, guru
sebagai penyelidik
mengkaji amalan
bekerjanya sendiri
serta kaitannya
dengan
keberkesanan
pembelajaran di
kalangan murid-
murid yang
diajarnya. Amalan
bekerja iaitu amalan
mengajar
termasuklah cara
guru berinteraksi
dengan murid,
latihan-latihan yang
disediakan, gaya
penyampaian,
soalan-soalan yang
digunakan dan
sebagainya. Guru
menjalankan kajian
atas kesedaran
bahawa terdapat
masalah yang
mengganggu proses
pembelajaran di
kalangan murid-
murid yang
diajarnya dan
masalah itu perlu
ditanganinya
sendiri.

Apabila seseorang
guru mengamalkan
Kajian Tindakan
beliau perlu
melakukan
pengubahsuaian
amalan P&P secara
berterusan sehingga
berlaku
peningkatan dalam
pencapaian murid
pada tahap yang
jauh lebih baik
berbanding dengan
keadaan sebelum
kajian dijalankan.
Sekiranya
pencapaian murid
meningkat setelah
melakukan aktiviti
P&P yang telah
dirancang untuk
menangani masalah
yang wujud,
bolehlah
dirumuskan bahawa
amalan pengajaran
guru berkesan.
Keberkesanan
pengajaran guru
meningkatkan
kewibawaannya
sebagai pendidik
dan dengan itu
tahap
profesionalisme
guru itujuga turut
meningkat.

K.ajian Tindakan
memperlihatkan
pengembangan
guru sebagai
sesuatu yang
mengarah dari
bawah ke atas
(bottom-up) dan
bukan dari atas ke
bawah (top-down).
Model penjana
pengetahuan
(knowledge-
generating model)
mengandaikan
bahawa kemajuan
dalam latihan
pendidikan perlulah
berasaskan pada
pandangan dan
pengalaman guru
sendiri. Model ini
menekankan
peranan guru
sendiri sebagai
model utama kajian
tanpa menerima
tekanan atau arahan
dari pihak atasan.
Dapatan dari kajian
diterima sebagai
sebahagian
daripada
percambahan idea
dalam bidang yang
dikaji.

2.2.2
Meningkatkan
Keberkesanan
Amalan Mengajar

Peningkatan
keberkesanan
amalan mengajar
seseorang guru
boleh dilihat
melalui
peningkatan
prestasi pihak yang
menerima
perkhidmatan guru
tersebut iaitu
murid-murid.
Melalui
pemerhatian
terhadap aktiviti-
aktiviti P&P yang
dijalankan di bilik
darjah, guru
mengumpul data
secara terancang
untuk mengesan
kelemahan dan
kekuatan aktiviti
yang dilaksanakan.
Data yang telah
dianalisis memberi
gambaran yang
jelas kepada guru
tentang faktor-
faktor yang
mempengaruhi
keberkesanan
proses P&P.
Berpandukan
kepada analisis data
guru mengubahsuai
amalan mengajar
yang lalu supaya
menjadi lebih
berkesan. Proses
mengutip data dan
mengubahsuai
amalan berlaku
berulangkali
sehinggalah berlaku
peningkatan dalam
prestasi murid.

2.2.3 Tujuan
Kajian

Pelaksanaan Kajian
Tindakan di bilik
darjah bertujuan
khusus untuk
meningkatkan
keberkesanan
amalan mengajar
guru dan
meningkatkan
pencapaian murid.
Secara logik,
seorang murid
dianggap berjaya
menguasai
kemahiran-
kemahiran
pembelajaran yang
terdapat dalam
sukatan pelajaran
apabila berjaya
mendapat markah
tinggi dalam
sebarang penilaian
bagi mata pelajaran
tersebut. Dalam
konteks pencapaian
akademik, murid
tersebut juga
dianggap cemerlang
dalam mata
pelajaran itu.

Sesuatu Kajian
Tindakan yang
bertujuan untuk
mengatasi
pelbagai masalah
pembelajaran
atau membantu
murid menguasai
pelbagai
kemahiran
pembelajaran
yang ditetapkan
untuk satu-satu
mata pelajaran
adalah lebih
menepati
matlamat untuk
membantu murid
mencapai tahap
cemerlang dalam
satu-satu mata
pelajaran.
Perhatikan
contoh berikut:

• Membantu
murid
belajar
dengan
berkesa
n
melalui
pengaja
ran
yang
berkesa
n.

• Membantu
murid
meranc
ang
cara
belajar
di bilik
darjah
dengan
berkesa
n
melalui
bimbin
gan
guru
yang
berkesa
n.

Contoh di atas
boleh dijadikan
tujuan kajian
tindakan untuk
dilaksanakan oleh
seorang guru dalam
satu kelas, atau
untuk semua guru
dalam satu sekolah
bagi satu atau
semua mata
pelajaran atau
pelbagai mata
pelajaran. Kajian
itu boleh
dilaksanakan dalam
tempoh setahun
atau untuk beberapa
tahun.

Pelaksanaan Kajian
Tindakan untuk
satu atau beberapa
tahun sesi
persekolahan
pastilah
mengandungi
beberapa pusingan
atau kitaran
mengikut masalah-
masalah yang
hendak ditangani.
Tiap-tiap kitaran
kajian
mengandungi
tujuan khusus
berkaitan dengan
satu-satu masalah
atau kemahiran
yang cuba
ditangani.
Perhatikan contoh-
contoh berikut:

• Meningkatkan
penguasaan
kemahiran
mendarab sifir 2
hingga 4.

• Meningkatkan
kefahaman murid
tentang rumah
sa, puluh dan
ratus dalam
kemahiran asas
menambah.

Selain daripada
bertujuan untuk
menangani masalah
pembelajaran
khususnya yang
berkaitan dengan
pencapaian rendah
di kalangan murid,
Kajian Tindakan
juga boleh
dijadikan strategi
untuk memperbaiki
lagi pencapaian
murid yang berada
pada tahap baik ke
tahap cemerlang.

2.2.4 Langkah-
Langkah
Melaksanakan
KajianTindakan

Dalam proses
pembelajaran di
bilik darjah,
tiap-tiap
kemahiran
lazimnya
dipelajari satu
per satu. Proses
yang sama
berlaku dalam
Kajian Tindakan.
Tiap-tiap
masalah
pembelajaran di
tangani satu per
satu. Proses
pelaksanaan
Kajian Tindakan
merangkumi
empat langkah
iaitu merancang,
bertindak,
memerhati dan
mereflek.
Langkah-langkah
ini dilaksanakan
secara berurutan
dalam bentuk
gelungan.
Gelungan seperti
ditunjukkan
dalam rajah di
bawah
menggambarkan
proses
pelaksanaan
tanpa
penghujung.

RAJAH kt
Dalam satu
gelungan atau
kitaran kajian,
pengkaji cuba
menangani satu
masalah tertentu
seperti
meningkatkan
penguasaan sesuatu
kemahiranan dalam
sesuatu mata
pelajaran. Pelbagai
aktiviti P&P dicuba
untuk menangani
masalah itu. Setelah
masalah dapat
ditangani kitaran
kajian seterusnya
dimulakan dengan
memberi tumpuan
kepada masalah lain
pula.

Setelah dibuat
perancangan rapi
untuk mengatasi
sesuatu masalah,
adalah dijangkakan
bahawa sesuatu
masalah itu
seharusnya dapat
diatasi. Mungkin
berlaku keadaan di
mana penyelidik
mendapati tiada
perubahan berlaku
atau sedikit sahaja
kejayaan dicapai
setelah kajian
dilaksanakan.
Sekiranya pengkaji
tidak melakukan
pemerhatian yang
teliti dan tidak
membuat catatan
semasa kajian
berlangsung, sukar
baginya untuk
mengesan dengan
tepat kelemahan
aktiviti yang
dilaksanakan. Oleh
itu amalan mencatat
atau merekod
segala
perkembangan yang
berlaku semasa
aktiviti
dilaksanakan adalah
satu peraturan yang
perlu dipatuhi
dalam Kajian
Tindakan.

Seseorang guru
yang mengamalkan
kajian tindakan
sentiasa mencari
masalah
pembelajaran yang
dihadapi oleh
muridnya. Setelah
masalah
dikenalpasti usaha
dilakukan untuk
menangani masalah
itu melalui langkah-
langkah merancang,
bertindak,
memerhati dan
mereflek. Proses
kajian untuk
menangani
masalah-masalah
pembelajaran yang
telah dikenalpasti
berlaku berterusan
sehingga semua
masalah diatasi.

2.2.5 Mengubah
Amalan Mengajar

Dalam situasi
pembelajaran di
bilik darjah murid-
murid menghadapi
berbagai-bagai
masalah. Perkara
ini boleh dikesan
melalui pencapaian
murid yang
berbeza-beza
walaupun mereka
diberi pengalaman
pembelajaran yang
sama. Apakah lagi
yang boleh
dilakukan oleh guru
untuk membantu
murid-murid
golongan ini?

Langkah-langkah
P&P melalui K-
ajian Tindakan
melibatkan guru
mengutip data
terperinci tentang
berbagai faktor
bilik darjah yang
mempengaruhi
proses
pembelajaran. Hasil
analisis data
tersebut membantu
guru memahami
mengapa sesuatu
aktiviti P&P yang
dilaksanakan tidak
mencapai matlamat.
Dengan cara ini
guru dapat
mengesan langkah
menjalankan
aktiviti yang perlu
diubahsuai. Apabila
berlaku
pengubahsuaian
aktiviti, secara tidak
langsung guru yang
terlibat mengubah
amalan mengajar
iaitu amalan dalam
bentuk
menyediakan
aktiviti P&P.
Dalam K.ajian
Tindakan
pengubahsuaian
terhadap aktiviti
P&P perlu dan
sentiasa dilakukan.
Amalan
mengubahsuai
aktiviti diteruskan
sehingga
pencapaian murid
meningkat ke tahap
yang sebaik
mungkin.

Proses
pengubahsuaian
sesuatu aktiviti
berlaku setelah
aktiviti itu
dilaksanakan. Data
tentang pelaksanaan
aktiviti dianalisis
dan hasil analisis
itu dijadikan
panduan atau
landasan untuk
memperbaiki
aktiviti yang sama
atau membina
aktiviti baru.

Melalui proses
"cuba-cuba" aktiviti
diubahsuai
mengikut keperluan
murid dan dengan
cara tersebut
keberkesanan
aktiviti P&P boleh
dipertingkatkan.
Usaha berterusan
oleh guru untuk
menilai
keberkesanan
amalan mengajar
juga membolehkan
guru tersebut
mengesan
kelemahan yang
menimbulkan
masalah
pembelajaran
seawal mungkin.
Dengan cara ini
langkah pembaikan
dapat dibuat
sebelum sesuatu
masalah menjadi
serius dan terlalu
sukar untuk
ditangani.
2.2.6 Kajian
Menjelaskan
Amalan
Penyelidik

Guru yang
menjalankan K-
ajian Tindakan
memainkan peranan
sebagai pengkaji.
Perkara yang dikaji
ialah amalan guru
itu sendiri berkaitan
dengan masalah
pembelajaran yang
dihadapi oleh
murid-murid yang
diajar. Oleh itu guru
adalah pihak yang
dikaji dan beliau
tidak mewakili
mana-mana
kelompok populasi.
Justeru, adalah
tidak wajar dapatan
Kajian Tindakan
digunakan untuk
membuat
generalisasi
terhadap amalan
guru lain. Begitu
juga, cadangan
untuk memperbaiki
aktiviti atau
langkah P&P
berdasarkan
dapatan sesuatu
kajian adalah sesuai
dan lebih tepat
untuk memperbaiki
amalan guru yang
menjalankan Kajian
Tindakan itu
sendiri.

2.2.7 Perkongsian
Maklumat

Perkongsian
dapatan kajian
adalah perkara
penting yang
disarankan dalam
Kajian Tindakan.
Melalui
perkongsian itu
guru lain boleh
menggunakan
dapatan kajian
sebagai rujukan
atau panduan bagi
melaksanakan
kajian mereka
sendiri. Seseorang
guru yang berhasrat
untuk mencuba
aktiviti-aktiviti
P&P yang telah
dilaksanakan dalam
Kajian Tindakan
guru lain perlulah
mengutip data
tentang amalannya
dahulu.
Berdasarkan
analisis data yang
dikutip itu aktiviti
yang hendak dicuba
diubahsuai
mengikut keperluan
murid-muridnya
sendiri.

2.2.8 Memahami
Proses
Pembelajaran

Guru yang
menjalankan Kajian
Tindakan turut
mengalami proses
pembelajaran.
Melalui pendekatan
ini guru cuba
memahami proses
pembelajaran
murid-muridnya.
Dengan memahami
proses
pembelajaran
murid, guru boleh
mengambil langkah
untuk memperbaiki
pengajarannya yang
tidak berkesan.
Kajian Tindakan
yang memberi
penekanan kepada
langkah-langkah
untuk membuktikan
bahawa sesuatu
pendekatan atau
aktiviti pengajaran
adalah lebih baik
daripada yang lain
atau untuk
menentukan sejauh
mana keberkesanan
penggunaan sesuatu
alat bantu dalam
pengajaran tidak
menepati matlamat
untuk memperbaiki
amalan guru.
Perhatikan contoh-
contoh dibawah.

• Perbandingan
Antara
K.eberkesanan
Teknik
Mengajar A
Dengan Teknik
Mengajar B.


Keberkesanan
Penggunaan
Internet Dalam
Pengajaran.

Contoh di atas
mebayangkan
bahawa tumpuan
kajian adalah untuk
menguji
keberkesanan
teknik mengajar
atau bahan P&P,
manakala kajian
tindakan pula cuba
mengesan kekuatan
atau kelemahan
amalan guru.

Melalui Kajian
Tindakan teknik
mengajar A atau B
serta penggunaan
internet dalam
pengajaran boleh
dijadikan langkah
atau aktiviti P&P
untuk menangani
sesuatu masalah
yang dikaji.

2.2.9 Pendekatan
Penyelidikan
Dalam Pengajaran

Berbagai aktiviti
atau program
tambahan
dilaksanakan di
sekolah untuk
mempertingkatkan
prestasi murid.
Seringkali aktiviti
tersebut
dilaksanakan di luar
bilik darjah sama
ada sebagai kelas
tambahan atau
program berbentuk
kempen untuk
menggalakkan lagi
minat murid
terhadap pelajaran.
Seseorang guru
yang menjalankan
Kajian Tindakan
tentang amalan
mengajarnya
bukanlah
melaksanakan
sesuatu projek
khusus untuk tujuan
penyelidikan
semata-mata tetapi
mengajar dengan
menggunakan
pendekatan
penyelidikan.
K.ajian dijalankan
semasa guru
mengajar di bilik
darjah dengan cara
menggabungjalinka
n ciri-ciri
penyelidikan dalam
pengajaran seperti
mengumpul data
tentang pengajaran
dan selepas itu
menganalisis data
tersebut. Dalam
Kajian Tindakan
langkah-langkah
penyelidikan iaitu
merancang,
bertindak,
memerhati dan
mereflek perlu
dipatuhi.

2.2.10 Mengutip
Dan Menganalisis
Data

Kajian Tindakan
memberi ruang
kepada guru untuk
menerokai daya
kreativiti dan
inovasi. Oleh itu
alat yang digunakan
untuk mengutip
data tidak perlu
dihadkan kepada
beberapa alat yang
lazim digunakan
dalam kajian tradisi
seperti temubual
atau soalselidik.
Guru boleh
membina alat
sendiri untuk
mengumpul data
asalkan alat yang
dibina itu praktikal
dan sesuai
digunakan
mengikut keperluan
kajian. Pengalaman
mengajar yang ada
pada guru
khususnya yang
berkaitan dengan
aktiviti penilaian
yang sering
dilakukan oleh guru
adalah aset penting
yang boleh
dimanfaatkan untuk
membina alat.

Berasaskan data
daripada pelbagai
sumber, kebenaran
dapatan Kajian
Tindakan boleh
diperkukuhkan.
Melalui langkah
pemerhatian
terhadap
pelaksanaan
aktiviti-aktivit P&P
data boleh
dikumpul oleh tiga
pihak iaitu
penyelidik sendiri,
rakan dan murid-
murid yang diajar.
Manakala di
peringkat
memahami masalah
pula, guru boleh
mendapatkan data
daripada beberapa
sumber sedia ada
serta mengutip data
daripada murid-
murid sebagai data
tambahan sekiranya
perlu.

Data yang
dikumpul perlulah
dianalisis supaya
memberi makna
kepada keadaan
yang sedang dikaji.
Terdapat beberapa
cara yang boleh
digunakan untuk
menganalisis data.
Antara cara yang
mudah ialah
mengelompokkan
data daripada
beberapa sumber
mengikut tajuk atau
tema tertentu.
Dengan cara
membandingkan
data-data itu
perkaitan antara
data-data dapat
dilihat. Melalui cara
ini keadaan yang
dikaji dapat dilihat
atau difahami
dengan lebihjelas.

2.2.11 Usaha
Berpasukan

Guru boleh
melaksanakan K-
ajian Tindakan
bersendirian tetapi
berdasarkan
pengalaman
beberapa orang
guru di sekolah-
sekolah di Australia
didapati bahawa
K.ajian Tindakan
adalah lebih
berkesan apabila
dilaksanakan secara
usaha sama atau
berpasukan.
Didapati juga
bahawa usaha sama
di kalangan guru
adalah lebih
berkesan apabila
semua guru dalam
pasukan penyelidik
turut terlibat
menjalankan
K.ajian Tindakan di
bilik darjah masing-
masing.

Peranan berpasukan
menjadikan K.ajian
Tindakah lebih
berkesan kerana
idea dan pandangan
yang berbagai boleh
membantu
memantapakan
sesuatu keputusan.
Selain daripada
memberi
pandangan tiap-tiap
ahli boleh saling
membantu dalam
melaksanakan
tindakan seperti
membuat
pemerhatian atau
mengumpul data.

Usaha berpasukan
juga sangat penting
bagi pelaksana
kajian tindakan
yang menghadapi
kebuntuan semasa
melaksanakan
kajian. Dengan
adanya pasukan
penyelidik guru
boleh saling
merujuk dan saling
bertanya apabila
menghadapi
masalah.

Di sekolah kerja
berpasukan boleh
diwujudkan melalui
panitia mata
pelajaran. Kajian
Tindakan boleh
dijadikan agenda
utama panitia untuk
membina semangat
kerja berpasukan
serta meningkatkan
profesionalisme
guru.

Bagaimana usaha
berpasukan dapat
diwujudkan
sedangkan para
guru mempunyai
senarai tugas yang
tidak pernah
berakhir? Sekiranya
seseorang guru
pelaksana Kajian
Tindakan
memerlukan
bantuan daripada
guru lain, adakah
perlu bagi beliau
mengadakan satu
mesyuarat khusus?
Perjumpaan yang
formal hanya dapat
diadakan selepas
waktu sekolah.
Sekiranya guru-
guru terlibat tidak
boleh meluangkan
masa, sudah
tentulah
perbincangan tidak
dapat dijalankan.

Bagi meneruskan
kajian, langkah-
langkah
pelaksanaan perlu
diubahsuai.
Perbincangan boleh
diadakan secara
berperingkat.
Mana-mana ahli
yang mempunyai
waktu senggang
serentak bolehlah
mengadakan
perbincangan
dahulu. Jika perlu
guru yang
memerlukan
bantuan itu
bolehlah merujuk
kepada ahli-ahli
lain kemudian iaitu
apabila mereka
mempunyai masa
terluang khususnya
pada waktu
senggang.

Usaha berpasukan
tidak semestinya
berlaku di kalangan
guru-guru dalam
satu sekolah sahaja.
Guru haruslah
mengambil inisiatif
untuk berkongsi
pengalaman dengan
guru-guru di
sekolah lain
khususnya sekolah
yang berhampiran.
Aktiviti berkongsi
pengalaman di
antara sekolah-
sekolah memberi
peluang kepada
guru untuk
memperbaiki lagi
kemahiran
menjalankan kajian
melalui pertukaran
idea dan
pengalaman.

2.2.12
Keberkesanan
Kajian Melalui
Pelaksanaan
Jangka Panjang

'Program For
Enhancaing
Effective Learning"
(PEEL) iaitu
program
^enyelidikan di
sekolah melalui
Kajian Tindakan
telah dilaksanakan
di sekolah-sekolah
di Victoria,
Australia. Menurut
guru-guru yang
terlibat dalam
program itu, Kajian
Tindakan sebagai
pendekatan
pengajaran untuk
mencapai matlamat
pendidikan terbukti
berkesan apabila
dilaksanakan
dalamjangka waktu
yang panjang.
Melalui
pelaksanaan kajian
berulang kali dalam
jangka waktu yang
panjang, guru
berpeluang untuk
mencuba berbagai-
bagai idea. Melalui
proses "cuba-cuba"
kemahiran
menjalankan kajian
meningkat dan
keberkesanan
pengajaran juga
turut meningkat.
Oleh sebab itu
kajian tindakan
diamalkan sebagai
pendekatan
pengajaran seharian
di bilik darjah dan
amalan
penyelidikan ini
diteruskan tahun
demi tahun.

2.3 Kesimpulan

Kajian Tindakan
adalah satu langkah
berterusan oleh
guru untuk menilai
dan mengesan
keberkesanan
amalan sendiri.
Melalui langkah-
langkah mengesan
dan menilai itu data
dikumpul untuk
dijadikan panduan
mengubahsuai
amalan lalu supaya
keberkesanan
amalan mengajar
seterusnya dapat
dipertingkatkan.

Kajian Tindakan
menyarankan
supaya guru
mengubah amalan
mengajar.
Perubahan amalan
yang disarankan
bukanlah perubahan
secara mendadak,
serta drastik atau
mengubah amalan
kepada sesuatu
keadaan yang asing.
Perubahan yang
disarankan ialah
dari segi
mengubahsuai
amalan secara
berperingkat
berasaskan data
yang telah dikutip.

Guru bukan sahaja


memainkan peranan
sebagai penyelidik
tetapi beliau juga
adalah pihak yang
dikaji. Sebagai
penyelidik guru
mengumpul dan
menganalisis data,
mencadangkan
aktiviti P&P serta
melaksanakan
sendiri aktiviti
tersebut.

Di sekolah murid
menghadapi pelbagi
masalah
pembelajaran.
Berasaskan
pertimbangan itu,
Kajian Tindakan
yang bertujuan
untuk menangani
pelbagi masalah
P&P lebih menepati
matlamat untuk
membimbing murid
mencapai tahap
cemerlang dalam
pendidikan.
Berasaskan
pertimbangan itu
juga amalan
menyelidik
menggunakan
pendekatan Kajian
Tindakan wajar
dilakukan
berterusan supaya
sebarang masalah
pembelajaran yang
timbul dapat
ditangani serta
dikesan seawal
mungkin iaitu
sebelum ia menjadi
terlalu rumit untuk
ditangani.

Dalam usaha
untuk memahami
proses P&P pula,
langkah-langkah
kajian
ditumpukan
untuk
meningkatkan
keberkesanan
aktiviti P&P
bukan untuk
menentukan atau
mengenalpasti
sama ada sesuatu
langkah lebih
baik atau
berkesan d

You might also like