You are on page 1of 18

1.

0 PENDAHULUAN

Sejak Perjanjian Damai Westphalia pada tahun 1648, sarjana realis mendalilkan bahawa

negara adalah sebagai aktor utama dalam politik antarabangsa dan negara adalah

perwakilan yang sah kepada keseluruhan rakyat di dalam sesebuah negara itu. Tetapi

kuasa kerajaan hanya terhad di dalam sempadan sesebuah negara itu. Tetapi di luar

sempadannya, sarjana realis membahaskan bahawa struktur asas sistem politik

antarabangsa bersifat ’anarki’ di mana ketiadaan sebuah autoriti pusat yang lebih tinggi

daripada kerajaan sesebuah negara atau kumpulan negara-negara berdaulat di dunia.

Sarjana realis juga menyatakan apa yang penting bagi sesebuah negara ialah

kelansungannya dan ini perlu menjadi keutamaan pertama setiap pemimpin sesebuah

negara. Negara perlu memastikan kelangsungannya secara bersendirian kerana ia tidak

boleh bergantung kepada sesebuah negara lain atau menyerahkan kepada sesebuah

institusi antarabangsa untuk menjamin keselamatan negaranya sendiri. Hans J.

Morgenthau mendalilkan bahawa ’international politics, like all politics, is a struggle for

power,’ maka setiap negara itu meletakkan perluasan kuasa sebagai salah satu agenda

utamanya dalam politik antarabangsa.1

Namun, seperti yang diterangkan oleh Tim Dunne dan Brian C. Schmidt, pilihan

yang tinggal kepada sesebuah Negara adalah untuk menambah dan memperkukuhkan

keupayaan persenjataan ketenteraannya.2 Tetapi ini mungkin tidak mencukupi terutama


1
Hans J. Morgenthau Politics Among Nations: The Struggle for Powerand Peace 6th Edition (1997) ms. 31.
2
Tim Dunne dan Brian Schmidt, “Chapter 5: Realism,” di dalam John Baylis, Steve Smith dan Patricia
Owens, The Globalization of World Politics: An Introduction to InternationalRelations, 4th ed. (United
1

kepada negara-negara yang lebih kecil yang pasti akan terus ketinggalan berbanding

keupayaan negara berkuasa besar. Oleh itu, negara-negara yang lebih kecil ini

mempunyai satu lagi cara untuk menghadapi ancaman yang bakal atau telah dilancarkan

oleh kuasa besar iaitu melalui ‘imbangan kuasa’. Dunne dan Schmidt mendefinasikan

‘imbangan kuasa’ sebagai satu situasi di mana kelangsungan sesebuah negara ataupun

beberapa buah negara didapati diancam oleh sebuah kuasa hegemoni atau beberapa buah

negara kuasa besar maka negara-negara yang terancam ini perlu menggabungkan kuasa

mereka, menubuhkan pakatan rasmi dan cuba mengekalkan kemerdekaan masing-masing

dengan menyekat kuasa yang mengancam mereka.3

Esei ini akan membincangkan keseimbangan yang dicari dalam arena politik

antarabangsa pasca Perang Dingin dan akan cuba menjawab persoalan adakah ‘imbangan

kuasa’ tidak dapat dielakkan. Esei ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama;

membincangkan definasi ‘imbangan kuasa’, kedua; membincangkan perubahan politik

antarabangsa dari multipolar kepada bipolar dan seterusnya keapda unipolar dan

kesannya kepada ‘imbangan kuasa’ global. Bahagian ketiga akan membincangkan

mengenai opsyen ataupun pilihan-pilihan yang terdapat kepada negara untuk memastikan

kelangsungan dan kedaulatan terjamin. Akhir sekali, esei ini akan membincangkan

mengenai kesimpulan yang dapat dibuat daripada keadaan-keadaan yang disebut di atas.

2.0 DEFINASI IMBANGAN KUASA

Kingdom: Oxford University Press, 2008) ms. 94.


3
Ibid.
2

Definasi ‘imbangan kuasa’ amat mengelirukan dan tidak nyata kerana ramai

sarjana yang telah memberikan pelbagai definasi kepada terma ini. Machiavelli

memperkatakan tentang imbangan dalam bukunya The Prince apabila beliau menyatakan

“Italy was in a way balanced”4 Ia bermaksud satu situasi di mana kuasa adalah

dibahagikan secara seimbang di antara kuasa-kuasa besar. Keadaan ini berlaku apabila

tiada suatu negara pun yang mempunyai kuasa terunggul dan boleh mengancam

kedaulatan dan kesselamatan negara-negara lain.

Menurut Kenneth Waltz, teori imbangan kuasa menganggap bahawa negara

sebagai aktor secara minimumnya akan cuba untuk mengekalkan status quo dan

maksimumnya cuba memperluaskan kuasanya ke peringkat dunia. Beliau membahagikan

usaha mengimbangi kuasa kepada dua bahagian iaitu pertama; usaha di peringkat

dalaman iaitu penambahan dan peningkatan keupayaan dan kekuatan serta strategi

ketenteraan. Kedua; usaha luaran iaitu dengan mengukuhkan pakatan sediada ataupun

melemahkan pakatan lawan untuk mencapai objektif imbangan kuassa ini. Waltz turut

menambah bahawa imbangan kuasa hanya berlaku apabila dua kondisi berikut berlaku

iaitu pertama; orde antarabangsa adalah orde anarki dan kedua; aktor-aktor negara

mengimpikan kelangsungan mereka.5

Hans Morgenthau pula menyatakan bahawa imbangan kuasa berpusat kepada

kuasa dan imbangan kuasa dicapai apabila taburan kuasa adalah seimbang atau sama rata

4
Nicolo Machiavelli, The Prince, trans. W. K. Marriott (John Bickers, David Widger and Others, 2006), 56,
http://www.gutenberg.org/etext/1232.
5
Kenneth Waltz, Theory of International Politics, (New York: Mc-Graw Hill, 1979)
3

kepada sekumpulan negara-negara berkuasa besar.6 Mengekalkan imbangan kuasa dalam

sistem antarabangsa bukan sahaja tidak dapat dielakkan tetapi amat penting untuk

mewujud dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan sesebuah negara.

Stephen Walt dalam bukunya The Origin of Alliances memperkatakan bahawa

dalam menghadapi ancaman yang nyata dari sesebuah kuasa, maka negara itu akan

samada ’mengimbangi’ atau ’turut serta’.7 Mengimbangi bermaksud mewujudkan pakatan

dengan negara-negara lain untuk menentang kuasa yang sedang tersebar luas, manakala

’turut serta’ pula merujuk kepada negara-negara yang mewujudkan pakatan dengan

sumber ancaman tadi.

Tindakan negara-negara membentuk pakatan supaya dapat menghalang kuasa

yang lebih besar dari menguasai mereka adalah fokus utama teori imbangan kuasa ini.

Negara dilihat memperjudikan kelangsungannya sekiranya gagal menghalang kekuasaan

negara lain dari menjadi terlalu kuat. Strategi yang lebih selamat ialah dengan berpakat

dengan kuasa-kuasa yang dilihat belum lagi bersedia untuk menguasai negara-negara

sekutunya, supaya dapat mengelak dari didominasi oleh kuasa-kuasa yang mampu dan

dijangka akan menaklukinya.

Satu contoh ialah semasa tahun 1936, Perdana Menteri Great Britain Winston

Churchill dalam usahanya menarik sokongan rakyat Britain dan juga sekutunya Perancis

6
Hans J. Morgenthau Politics Among Nations: The Struggle for Powerand Peace 6th Edition (1997) bab 11-
14.
7
Stephen Walt The Origins of Alliances (Ithaca, Cornell University Press, 1987), bab 2 & 8.
4

untuk menubuhkan Liga Negara-negara Bersenjata untuk menentang kuasa Jerman

menyatakan bahawa:

For four hundred years the foreign policy of England has been to oppose the strongest,

most aggressive, most dominating Power on the Continent.8

Pada tahun itu, Jerman di bawah Adolf Hitler adalah sebuah kuasa terbesar dan yang

paling mengancam di Eropah. Bagi England, membentuk sekutu dengan Perancis adalah

keutamaannya dan dipercayai dapat membendung Jerman yang berniat untuk menguasai

keseluruhan Eropah. Churchill percaya bahawa konsentrasi kuasa dunia kepada sesebuah

Negara adalah bahaya kepada kelangsungan England dan pengagihan kuasa kepada

beberapa buah negara akan memastikan keselamatan England terjamin.

Walt turut menyatakan bahawa dengan menyertai pakatan dengan kuasa yang

lebih lemah akan menyebabkan pengaruh Negara baru itu semakin meningkat dalam

kesatuan tersebut kerana kesatuan yang lebih lemah itu amat memerlukan bantuan

berbanding dengan kuasa yang lebih kuat.9 Dengan ini dengan sendirinya bantuan dan

sumbangan negara baru itu akan dihargai dan seterusnya meningkatkan status dan prestij

negara itu.

Satu lagi bentuk strategi pakatan yang utama adalah ‘turut serta’ iaitu

menyebelahi pihak yang merupakan kuasa terbesar dan paling mendatangkan ancaman.
8
David W. Ziegler, War, Peace, and International Politics, 2nd ed. (Boston: Little, Brown and Company,
1981), 166.
9
Stephan Walt, The Origins of Alliances, 19.
5

Menurut Walt, strategi ‘turut serta’ dengan menyebelahi pihak atau negara atau kesatuan

yang sedang memperluaskan kekuasaanya dapat memastikan negara yang menurut serta

tidak diserang dengan memesongkan serangan tersebut ke arah lain. Negara juga boleh

menyertai kuasa yang dominan semasa perang untuk meraih keuntungan sebaik sahaja

kemenangan itu selesai. Keuntungan ini termasuk mendapat sebahagian wilayah yang

dimenangi.

Bagi Huntington pula, teori ’turut serta’ yang sering ditentukan oleh elemen-

elemen keyakinan dan kepercayaan turut dipengaruhi oleh tiga lagi faktor berikut iaitu

pertama; ia lebih berkemungkinan berlaku di antara negara-negara yang tergolong dalam

peradaban yang sama atau sekurang-kurangnya mempunyai kesamaan budaya berbanding

dengan dua negara yang tidak langsung mempunyai kesamaan budaya. Kedua; tahap

keyakinan dan kepercayaan berbeza mengikut konteks di mana teori ini ingin

dilaksanakan. Ketiga; tahap keyakinan di antara peradaban adalah berbeza.10

3.0 PASCA PERANG DINGIN, KUASA UNIPOLAR DAN IMBANGAN KUASA

Pasca Perang Dingin meliputi pembahagian kuasa dunia daripada bipolar kepada

unipolar dan seterusnya serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11

September 2001. Keseimbangan yang dimaksudkan ketika ini bukanlah seperti

keseimbangan yang didefinasikan oleh Morgenthau ataupun Waltz tetapi lebih bersifat di

perantaraan. Walaupun negara masih mengekalkan keutuhan dan kekuatan ketenteraan

10
Samuel P. Huntington, The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order, (Great Britain:
Simon & Schuster UK Ltd, 1997), 233.
6

masing-masing tetapi kekuatan ekonomi, teknologi dan politik dalaman juga menjadi

keutamaan. Era globalisasi sudah semestinya memberikan pandangan baru kepada konsep

imbangan kuasa kerana negara tidak hanya melihat kekuatan ketenteraan sebagai satu-

satunya kepentingan dalam hubungan luar dan pelebaran kuasa negara. Menurut Smith,

Baylis dan Owens;

By globalization we simply mean the process of increasing interconnectedness between

societies such that events in one part of the world more and more have effects on peoples

and societies far away.11

Globalisasi telah merubah pemikiran pemimpin Negara mengenai konsep negara itu

sendiri. Konsep ruang juga telah berubah begitu juga jarak di mana kini apa yang berlaku

di Amerika Syarikat boleh diketahui dalam masa beberapa minit sahaja oleh kita di Asia.

Seterusnya apa yang berlaku di Amerika Syarikat akan dapat memberi kesan secepat

mungkin bagi kita di Asia. Mesyuarat atas talian kini boleh dilakukan walaupun ahli-ahli

mesyuarat berada bertebaran di serata dunia. Transaksi perbankan di Malaysia boleh

dilakukan oleh pemegang akaun yang berada di Sudan dalam masa beberapa minit sahaja.

Globalisasi juga merubah pembahagian antara dasar luar dengan dasar domestik

sesebuah negara. Jika dahulu, sarjana realis menyatakan terdapat perbezaan yang nyata

antara politik dalaman negara dengan dasar luar sesebuah negara, tetapi kini garis

perbezaan ini semakin kabur. Seperkara lagi yang utama dalam transformasi global ialah

wujudnya tadbir urus global walaupun tidak terdapat kerajaan global. Tadbir urus global
11
John Baylis, Steve Smith dan Patricia Owens, The Globalization of World Politics: An Introduction to
InternationalRelations, 4th ed. (United Kingdom: Oxford University Press, 2008) ms. 8.
7

merangkumi negara-negara, institusi antarabangsa, pertubuhan transnasional dan

masyarakat antrabangsa yang berfungsi untuk memperjuang, mengawal, dan mencampuri

dalam hubungan awam kemanusiaan.12

Francis Fukuyama menyatakan bahawa realism percaya bahawa penyelesaian

akhir kepada masalah ketidakselamatan antarabangsa adalah melalui pengekalan

imbangan kuasa untuk menentang musuh yang berpotensi mengancam kedaulatan

negara.13 Menurut beliau, realism menjadi rangka yang baik untuk memahami bagaimana

dunia berubah terutama selepas Perang Dunia Kedua. Ia turut bertanggungjawab dalam

pembentukan North Atlantic Treaty Organization (NATO), Warsaw Pact dan pelbagai

lagi pakatan ketenteraan di Eropah dan Jepun selepas perang itu.

Tetapi Fukuyama mengkritik realism yang melihat seolah-olah dunia ini tidak

akan berubah. Sementara menyatakan semua aspek kehidupan sosial manusia seperti

agama, keluarga, organisasi ekonomi dan sebagainya berubah, tetapi realism menyatakan

hubungan antarabangsa dianggap serupa selama-lamanya dan perang adalah kekal.14 Teori

Realism mencadangkan bahawa pakatan seperti Warsaw Pact dikekalkan kerana pakatan

tersebut telah bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan di benua eropah

sepanjang Perang Dingin. Fukuyama memberi contoh seorang doktor yang berjaya

merawat pesakit kanser dengan kaedah kemoterapi dan mencadangkan pesakit tersebut

12
Anthony McGrew, “Chapter 1: Globalization and Global Politics,” di dalam Ibid., bab 1.
13
Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man, (New York: Free Press, 2006), ms. 248.
14
Kenneth Waltz, Theory of International Politics (New York: McGraw-Hill, 1979), pp. 65-66, dipetik dari
Ibid., 246.
8

meneruskan rawatan sama walaupun beliau telah pulih. Fukuyama menyamakan kondisi

ini dengan pendekatan realis yang mengekalkan bahawa perang antara negara akan kekal.

Perubahan dalam politik antarabangsa ini telah membawa kita kepada era

unipolar. Dunia ketika ini telah melangkaui zaman multipolar dan bipolar. Dunia

unipolar kini dibawa oleh kejatuhan Soviet Union yang menandakan tamatnya Perang

Dingin yang ketika itu merupakan bipolar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang

merupakan dua pusat kuasa dunia. Selepas tahun 1990an, dunia hanya mempunyai satu

superpower yang tiada tolok bandingnya iaitu Amerika Syarikat. Seperti yang dinyatakan

oleh G. John Ikenberry, Michael Mastanduno dan William C. Wohlforth bahawa keadaan

ini tidak pernah dialami oleh dunia sebelum ini di mana sesebuah kuasa besar itu

menikmati kelebihan yang terbesar dalam keupayaan material seperti pertahanan,

ekonomi, teknologi dan geografi. Negara lain hanya mampu menandingi Amerika

Syarikat dalam satu daripada bidang-bidang ini dan kekuatan Amerika Syarikat dalam

kesemua bidang-bidang ini menjadikan kuasa negara itu di dalam kelasnya tersendiri.15

Di dalam era pasca Perang Dingin, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar

Amerika Syarikat merangkumi 27.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar

dunia dan 46.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar kuasa-kuasa besar.

Perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat pula mewakili 46 peratus daripada

perbelanjaan ketenteraan dunia dan 65.6 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan kuasa-

kuasa besar. Kecuali Rusia, tiada kuasa besar lain yang bersedia membelanjakan sekitar 4

15
G. John Ikenberry, Michael Mastanduno dan William C. Wohlforth, “Unipolarity, State Behavior, and
Systemic Consequences,” World Politics 61, No. 1 (January 2009): 1.
9

peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar masing-masing untuk tujuan ketenteraan.

Tetapi dari segi jumlah matawang perbelanjaan ketenteraan Rusia hanyalah berjumlah

US$34.7 bilion berbanding Amerika Syarikat sebanyak US$528.8 bilion.16

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah apakah kesan dunia di bawah kuasa

unipolar terhadap persoalan-persoalan utama politik antarabangsa yang utama mengenai

imbangan kuasa. Aturan utama imbangan kuasa adalah tiada satu kuasa ataupun negara

akan menguasai pentas politik antarabangsa. Oleh yang demikian, kuasa Amerika

Syarikat sebagai sebuah kuasa unipolar menjadi fokus kepada operasi imbangan kuasa

oleh negara-negara lain. Amerika Syarikat adalah satu kuasa unipolar dan ini telah

memberikan impak kepada politik antarabangsa terutama dalam memahami operasi

imbangan kuasa, pakatan, kerjasama ekonomi antarabangsa serta hubungan antara kuasa

dan kesahihan.

Seperti yang diterangkan oleh Ikenberry, Mastanduno dan Wohlforth, dunia di

bawah kuasa unipolar telah merubah politik antarabangsa dan konsep imbangan kuasa.

Konsep imbangan kuasa ini telah berubah semenjak tamatnya Perang Dingin di mana

negara-negara barisan kedua (kuasa-kuasa besar lain selain Amerika Syarikat iaitu China,

Rusia, Perancis, Jerman, United Kingdom, India dan Jepun, yang mampu dan berupaya

mewujudkan pakatan untuk mengimbangi kuasa Amerika Syarikat) telah mengubah

strategi mengimbangi kuasa besar ini daripada hard balancing kepada soft balancing.17

16
Stockholm International Peace Research Institute, “The 15 Major Spending Countries in 2006,” dipetik
dari Ibid., ms. 7-8.
17
T. V. Paul, “Soft Balancing in the Age of U.S. Primacy,” International Security, Vol. 30, No. 1 (Summer
2005), ms. 47.
10

4.0 PILIHAN YANG ADA KEPADA DUNIA

Kuasa-kuasa besar barisan kedua ini melihat bahawa Amerika Syarikat tidak lagi

merupakan sebuah kuasa hegemon yang mengancam akan menggunakan kekuatan

ketenteraan untuk menakluki negara mereka. Hasrat ini merupakan salah satu syarat yang

perlu bagi imbangan kuasa hard balancing dioperasikan. Ketiadaannya menyebabkan

kuasa di barisan kedua ini berasa agak selesa dan selamat. Menurut Paul, soft balancing

bermaksud pembentukan gabungan diplomatik terhad, terutamanya di Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu, dengan ancaman tersirat bahawa pakatan ini boleh

dipertingkatkan sekiranya Amerika Syarikat melangkaui hasrat asalnya.18

Menurut Robert A. Pape, soft balancing bermaksud tindakan-tindakan yang tidak

secara langsung mencabar kelebihan ketenteraan Amerika Syarikat tetapi menggunakan

metod bukan tentera untuk melengahkan, menghampakan dan melemahkan dasar

unilateral ketenteraan Amerika Syarikat. Semenjak 2001, pelbagai tindakan yang diambil

oleh negara itu adalah bersifat unilateral. Antaranya menggugurkan perjanjian Kyoto

mengenai pemanasan global, penolakan penyertaan dalam Mahkamah Jenayah

Antrabangsa, dan penarikan diri daripada perjanjian Antiballistic Missile. Amerika

Syarikat juga menakluk Afghanistan dan Iraq walaupun mendapat tentangan hebat

daripada kuasa-kuasa besar barisan kedua seperti Perancis, China dan Rusia. Peningkatan

kuasa ketenteraan Amerika Syarikat ini membolehkannya bertindak secara bersendirian

18
Ibid.
11

kerana tiada kuasa-kuasa di barisan kedua yang dilihat mampu untuk menandinginya

secara bersendirian. Walaupun dengan mewujudkan pakatan, yang dilihat sukar dibentuk,

China, Perancis, Jerman, Rusia dan Jepun tidak akan menyahut kuasa Amerika Syarikat

ini melalui hard balancing iaitu seperti penambahan pertahanan, pakatan perang, dan

pemindahan teknologi pertahanan kepada musuh Amerika Syarikat, sehingga sekiranya

negara-negara ini yakin bahawa mereka akan bertindak secara bersama. 19

Selain itu, kuasa barisan kedua ini tidak menggunakan pendekatan hard balancing

lagi terutama semasa era pasca Perang Dingin kerana melihat kuasa Amerika Syarikat

sebagai bukan bersifat mengancam kedaulatan dan kelangsungan mereka. Amerika

Syarikat walaupun masih menggunakan strategi imperial, tetapi kini hanya menggunakan

pendekatan secara tidak langsung.20 Amerika Syarikat juga dilihat oleh kuasa-kuasa besar

barisan kedua ini sebagai menentang musuh yang sama iaitu keganasan antarabangsa

terutama selepas kejadian serangan pengganas pada September 2001. Dengan pelancaran

peperangan ke atas pengganas ini, negara-negara lain dapat menumpang kekuatan

ketenteraan Amerika Syarikat di samping merasa selesa bahawa tindakan-tindakan

Amerika Syarikat semenjak 2001 adalah sebahagian besarnya untuk memburu pengganas

dan bukan untuk meluaskan dominasinya yang dapat mengancam kelangsungan negara-

negara ini.

19
Rober A. Pape, “Soft Balancing Against the United States,” International Security, Vol. 30, No. 1
(Summer 2005), ms. 9-11.
20
Michael W. Doyle, Empires (Ithaca, N.Y.: Cornell University Press, 1986), ms. 12, dipetik dari T. V.
Paul, “Soft Balancing in the Age of U.S. Primacy,” International Security, Vol. 30, No. 1 (Summer 2005),
ms. 54.
12

Pemilikan kuasa nuklear pula turut dilihat sebagai dapat membendung kuasa

hegemon Amerika Syarikat daripada melancarkan serangan ke atas wilayah negara-

negara kuasa besar barisan kedua ini. Dengan pemilikan kuasa nuklear dan keupayaan

melancar serangan nuklear balas sekiranya diserang, negara-negara ini percaya bahawa ia

memadai sekurang-kurangnya untuk mencegah Amerika Syarikat daripada melakukan

sebarang bentuk serangan ke atas wilayah mereka. Ini kerana terdapat konsensus

antarabangsa bahawa perang nuklear akan membawa kepada pemusnahan secara total.

Sebab-sebab di atas adalah antara faktor yang menyumbang kepada tiadanya hard

balancing di kalangan negara-negara kuasa besar dalam dunia di bawah kuasa unipolar.

Soft balancing pula dikatakan oleh Paul berlaku dengan tiga syarat berikut:

pertama; peningkatan kuasa hegemon dan tingkahlaku tenteranya menjadi kebimbangan

tetapi belum mencabar kedaulatan negara-negara lain, kedua; kuasa hegemon itu adalah

penyumbang utama kepada kemanusaiaan sejagat di dalam bidang ekonomi dan

keselamatan, dan ketiga; kuasa hegemon tidak dapat bertindak balas kerana sifat soft

balancing adalah tidak dilakukan secara terbuka atau pun soft balancing tidak secara

langsung mendatangkan mudarat kepada kuasa hegemon melalui cara ketenteraan.21

Jika soft balancing dan hard balancing merupakan pembahagian kepada strategi

mengimbangi, maka strategi ‘turut serta’ – yang melihat negara kuasa besar sebagai

sumber perlindungan dan kekuatan kepada kelangsungannya – pula mempunyai hedging.

Kuik Cheng-Chwee membahaskan bahawa hedging adalah;


21
T. V. Paul, “Soft Balancing in the Age of U.S. Primacy,” International Security, Vol. 30, No. 1 (Summer
2005), ms. 54.
13

A behaviour in which a country seeks to offset risks by pursuing multiple policy options

that are intended to produce mutually counteracting effects, under the situation of high-

uncertainties and high-stakes.22

Memandangkan terdapat banyak risiko yang terlibat bagi sesebuah negara dalam memilih

samada untuk mengimbangi atau turut serta sesuatu kuasa besar yang mungkin berubah-

ubah dari semasa ke semasa, negara-negara yang lebih kecil lebih cenderung memilih

hedging bagi mengurangkan risiko tersilap memilih rakan. Namun hedging hanya boleh

berlaku apabila ketiga-tiga perkara berikut berlaku iaitu pertama; ketiadaan ancaman

secara langsung, kedua; garis pemisah nyata antara ideologi, dan ketiga; ketiadaan

pertandingan perebutan kuasa antara negara-negara kuasa besar.23

Hedging memberi alternatif baru kepada negara terutamanya negara kecil yang

menghadapi dilema samada mengambil strategi tradisional iaitu ‘imbangan’ atau ‘turut

serta’ dalam erti kata sebenar (pure). Strategi tradisional ini membawa kepada risiko iaitu

sekiranya negara mengambil pendekatan mengimbangi kuasa besar dan sekiranya pihak

yang disebelahi itu adalah pihak yang akan tewas. Manakala risiko ‘turut serta’ pula ialah

kehilangan kedaulatan dan autonomi, bersifat hirarki dan menjadi negara di bawah

kawalan kuasa besar itu.

5.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

22
Kuik Cheng-Chwee, “The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore’s Response to a Rising China,”
Contemporary Southeast Asia, Vol. 30, No. 2 (2008), ms. 163.
23
Ibid., ms. 165.
14

Pasca Perang Dingin dan perubahan dalam politik antarabangsa di mana negara

semakin saling bergantungan di antara sama lain, strategi soft balancing dipilih oleh

kebanyakan kuasa barisan kedua ini kerana ia adalah lebih lembut dan tidak ketara.

Melalui soft balancing juga kuasa-kuasa barisan kedua ini dapat memastikan bahawa

kebergantungan ekonomi mereka dengan Amerika Syarikat tidak akan terancam.

Era Pasca Perang Dingin turut membayangkan bahawa strategi imbangan kuasa

melalui cara ketenteraan jelas sukar dilaksanakan oleh negara-negara kuasa barisan kedua

kerana jurang besar di antara kuasa ketenteraan mereka dengan Amerika Syarikat dan

saling kebergantungan ekonomi dan keselamatan antara Amerika Syarikat dan negara-

negara lain semakin menonjol. Perluasan kuasa Amerika Syarikat juga dilihat tidak

mengancam kelangsungan dan kedaulatan negara-negara kuasa barisan kedua ini. Di atas

sebab-sebab yang diterangkan di atas, soft balancing adalah strategi yang terbaik untuk

negara-negara barisan kedua ini untuk melaksanakan strategi mengekang, melengahkan

dan melemahkan strategi imperial Amerika Syarikat berbanding hard balancing.

Hedging pula dilihat adalah strategi terbaik terutama bagi negara-negara kecil

untuk tidak mengambil risiko yang besar dengan memilih samada imbangan atau turut

serta dengan erti kata sebenar. Maka dengan memilih hedging samada secara keseluruhan

ataupun terhad dapat memberi peluang kepada negara-negara kecil ini memaksima

keuntungan dari segi ekonomi dan keselamatan serta memastikan kelangsungan dan

kedaulatan mereka terjamin.


15

Melalui perbincangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa di dalam era pasca

Perang Dingin, peperangan ke atas keganasan antarabangsa dan peningkatan globalisasi

yang menggalakkan kebergantungan ekonomi dan keselamatan antara negara-negara di

dunia, strategi ’imbangan kuasa’ dengan erti kata sebenarnya bukan lagi menjadi pilihan

kepada pemimpin-pemimpin dunia. ’Imbangan kuasa’ sememangnya boleh dielakkan.

Bagi negara-negara di barisan kedua ataupun yang kecil, pendekatan ‘imbangan kuasa’

boleh dielakkan dengan memilih strategi hedging dan soft balancing sebagai alternatif

baru dan yang semakin mendapat perhatian kajian-kajian sarjana.

BIBLIOGRAFI

Baylis, John et al. 2008. The Globalization of World Politics: An Introduction to

InternationalRelations, 4th ed. United Kingdom: Oxford University Press. ms. 8.


16

Cheng-Chwee, Kuik. 2008. “The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore’s

Response to a Rising China,” Contemporary Southeast Asia, Vol. 30, No. 2. ms.

163.

Dunne, Tim dan Schmidt, Brian “Chapter 5: Realism,” di dalam Baylis, John. et al. 2008.

The Globalization of World Politics: An Introduction to InternationalRelations, 4th

ed. United Kingdom: Oxford University Press. ms. 94.

Doyle, Michael W. 1986. Empires. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press. ms. 12, dipetik

dari Paul, T. V. 2005. “Soft Balancing in the Age of U.S. Primacy,” International

Security, Vol. 30, No. 1 (Summer), ms. 54.

Fukuyama, Francis. 2006. The End of History and the Last Man. New York: Free Press.

ms. 248.

Huntington, Samuel P. 1997. The Clash of Civilizations and the Remaking of World

Order. Great Britain: Simon & Schuster UK Ltd. ms. 233.

Ikenberry, G. John. 2009. “Unipolarity, State Behavior, and Systemic Consequences,”

World Politics 61, No. 1. ms. 1.

Machiavelli, Nicolo. 2006. The Prince, trans. W. K. Marriott. John Bickers, David
17

Widger and Others. http://www.gutenberg.org/etext/1232.

McGrew, Anthony “Chapter 1: Globalization and Global Politics,” di dalam Baylis, John.

et al. 2008. The Globalization of World Politics: An Introduction to International

Relations, 4th ed. United Kingdom: Oxford University Press. bab 1.

Morgenthau, Hans J. 1997. Politics Among Nations: The Struggle for Powerand Peace,

6th Edition. Singapore: McGraw Hill. ms. 31, bab 11-14.

Pape, Robert A. 2005. “Soft Balancing Against the United States,” International Security,

Vol. 30, No. 1 (Summer), ms. 9-11.

Paul, T. V. 2005. “Soft Balancing in the Age of U.S. Primacy,” International Security,

Vol. 30, No. 1 (Summer), ms. 47.

Stockholm International Peace Research Institute, “The 15 Major Spending Countries in

2006,” dipetik dari Ikenberry, G. John. 2009. “Unipolarity, State Behavior, and

Systemic Consequences,” World Politics 61, No. 1. ms. 7-8.

Walt, Stephen. 1987. The Origins of Alliances. Ithaca: Cornell University Press. bab 2&8.

Waltz, Kenneth. 1979. Theory of International Politics. New York: Mc-Graw Hill.

You might also like