You are on page 1of 6

Minit Curai: Taklimat dan Mesyuarat Guru

Tarikh: 29 Ogos 2008.


Masa: 1.05 Minit
Tempat: Bilik Guru.
Kehadiran:

1. En. Nazry bin Jabar

2. En. Mohd Hairizan bin Husin

3. Pn. Juhaida bt. Bahari

4. Pn. Zaliza bt. Sulaiman

5. Pn. Zaliha bt. Mustapha

6. Pn. Norhuda bt. Yaacob

7. Pn. Hasrini bt. Abdul Razab @ Ab Aziz

Agenda:
1. Minggu Panitia Pendidikan Islam.
Akan diadakan pada 12- 15 September 2008. Sepanjang minggu Panitia diadakan pertandingan
khat, bercerita,menulis jawi cantik, pertandingan azan, sajak bagi muri-murid perempuan dann
pertandingan Hafazan ( mengikut sukatan).

2. En Hairizan bin Husin selaku Ketua Panitia memaklumkan supaya mengedarkan risalah khas
sempena Ramadhan kerana untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang hikmah kedatangan
bulan Ramadhan.

3. Program Ihya Ramadhan.


Semua Guru-guru Pendidikan Islam dimaklumkan tentang program ihya ramadhan yang
mengandungi beberapa aktiviti sepanjang tempoh itu, iaitu tilawah al-quran, renungan pagi yang
dibaca oleh guru Pendidikan Islam yang bertugas.,solat zuhur berjemaah pada setiap hari
sepanjang bulan Ramadhan, tadarus al-quran yang diadakan pada waktu rehat dan solat Zuhur
berjemaah setiap hari pada bulan Ramadhan.
4. En Hairizan memaklumkan bahawa pertandingan diadakan selepas waktu rehat dan tamat
pada jam 11.00 pagi. Pertandingan minggu Panitia Pendidkan Islam ini disertai oleh semua tahap
dan diadakan di dua tempat iaitu di surau dan di dewan Sk Brickfields (1).

5. En.Nazry bin Jabar bersetuju untuk mengadakan majlis Penutupan minggu Panitia pendidikan
islam pada hari Isnin dan diikuti hari penyampaian hadiah bagi murid –murid yang bertuah
memenangi pertandingan yang diadakan.

Tarikh disediakan:

2 September 2008
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2008

Tarikh :- 17 Julai 2008


Tempat :- Bilik Gerakan Panitia Pendidikan Islam
Masa :- 1.05 – 1.45 petang

Kehadiran :-
En. Nazry bin Jabar ( Pengerusi )
En Hairizan bin Husin ( Ketua Panitia )
Pn. Aishah bt Hj Ahmad
Pn. Juhaida bt Bahari ( Bendahari )
Pn. Zaliha bt Mustapha
Pn. Norhuda bt Yaacob
Pn. Zaliza bt Sulaiman
Pn. Hasrini bt Abdul Razab @ Ab Aziz ( Setiausaha )

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan


alu-aluan daripada pengerusi di atas kehadiran semua ahli
mesyuarat.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang dan selamat
bertugas kepada guru j-QAF yang baru ditempatkan di sekolah ini.
Beliau berharap Guru Pendidikan Islam memberi kerjasama
kepada guru j-QAF.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat Bil 1/2009 yang diadakan pada 4 Feb 2008 telah
disahkan tanpa sebarang pindaan.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Program “ Muridku Sayang “


Mesyuarat memaklumkan bahawa program “ Muridku Sayang “
supaya dapat dilaksanakan secara berterusan. Ketua Panitia juga
memaklumkan kepada guru baru bahawa program ini boleh
dijalankan dengan mengikut garis panduan format yang telah
disediakan oleh panitia.
3.2 Sistem Fail Panitia
Ketua Panitia memaklumkan kepada semua guru Pendidikan Islam
perllu mewujudkan Fail Peribadi bagi memudahkan penyimpanan
maklumat peribadi guru dalam hal-hal Perjawatan Umum.
Tindakan :- Semua Guru Pendidikan Islam
3.3 Keceriaan
3.3.1 Bilik-bilik Khas
Guru-guru JPI dimaklumkan supaya dapat menceriakan
bilik-bilik khas dengan menggunakan peruntukan yang
disediakan dalam kadar yang segera.
Tindakan :- Semua Guru Pendidikan Islam

4.0 Perbincangan Perkara Baru

4.1 Program Minggu Panitia


4.1.1 Jadual Pertandingan
Mesyuarat memaklumkan bahawa pertandingan diadakan
selepas waktu rehat dan tamat pada jam 11.00 pagi.
Pertandingan minggu Panitia Pendidkan Islam ini disertai
oleh semua tahap dan diadakan di dua tempat iaitu di surau
dan di dewan Sk Brickfields (1).
4.1.2 Buku An-Nur
Mesyuarat membincangkan mengenai kandungan yang
terdapat dalam buku An-Nur bagi edaran kepada murid.
Dalam buku ini mesyuarat telah sebulat suara mengisi
kandungan dengan aktiviti kuiz, pantun, teka-teki, sedikit
maklumat dan sebagainya.
4.1.3 Peruntukan
Mesyuarat dimaklumkan bahawa peruntukan bagi
menjalankan aktiviti panatia telahpun disediakan oleh pihak
sekolah.
4.1.4 Program Ihya’ Ramadhan
Mesyuarat mengambil keputusan akan melaksanakan
mesyuarat khas untuk kedua-dua program di atas.
Tindakan :- Semua Guru Pendidikan Islam
5.0 Hal-hal Lain

5.1 Program Ihtifal


Guru JPI j-QAF diminta bersedia untuk menghantar murid
tahun 1 ke program Ihtifal.
5.2 Laporan j-QAF
Ketua Panitia memaklumkan supaya guru-guru JPI bersedia
menyediakan laporan j-QAF yang akan dihantar pada bulan
Oktober.
Tindakan :- Guru j-QAF
5.3 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian
Ketua Panitia memaklumkan kepada semua ahli panitia
supaya dapat menggunakan format penulisan yang sama.
Tindakan :- Semua Guru Pendidikan Islam
6.0 Penutup
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang dengan
ucapan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
6.2 Pengerusi berharap agar segala aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada kali ini.
6.3 Mesyuarat yang berikutnya akan diadakan di Bilik Gerakan
Pendidikan Islam. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kelak.

21 Julai 2008

You might also like