You are on page 1of 5

Pengenalan

Pengertian Kreativiti

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat” . Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”.
Kamus Dewan Bahasa (2002) pula menakrifkan bahawa kreativiti sebagai satu
kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif manakala kreatif pula sebagai
mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli.

Kreativiti dan Kanak-Kanak.

Menurut Lowenfeld ( 1975 ), beliau menyatakan bahawa beliau percaya setiap


kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan beliau ini disokong dengan sifat semula jadi
kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh perasaan ingin tahu. Untuk
memperkembangkan lagi kreativiti kanak-kanak ini, mereka juga harus diberi
kebebasan dalam memperkembangkan fantasi mereka atau menyatakan isi hati
mereka menurut persepsi mereka sendiri. Dengan demikian dapat membantu kanak-
kanak memperkembangkan peribadi mereka secara menyeluruh serta pembentukan
jiwa kanak-kanak kearah aktif dan kreatif agar kanak-kanak tersebut suka membuat
sesuatu dan suka mencipta sesuatu yang baru. Kesimpulannya di sini, kreativiti adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan
asli. Ada juga pendapat yang menakrifkan bahawa kreativiti juga penghasilan sesuatu
yang tidak ada sebelumnya.

Tahap Perkembangan Kreativiti

Konsep Kreativiti

Kecenderungan seseorang itu berkreativiti banyak bergantung kepada faktor diri


mereka sendiri,persekitaran dan jenis-jenis masalah yang dihadapinya.kebolehan
kreativiti ini perlulah dipupuk dan dibaja dengan baik dan tersusun melalui pendekatan
yang difikirkan sesuai dan bersistem.jika tidak ianya akan menjadi tidak berguna.perlu
diingat berfikir kreatif itu adalah satu seni. ianya melibatkan keupayaan manusia
memusatkan tumpuan dan usaha keatas sebarang penyelesaian bergantung kepada
tahap dan bentuk-bentuknya.temasuk didalam kreatif itu ialah menjanakan idea,
menghubungkaitkan, membuat, inferens, meramalkan, membuat hipotesis,
mensentisiskan, mengitlak, membuat gambaran mental, menganalogikan dan mereka
cipta.

Ciri-Ciri Kreativiti.

 Bersifat Fleksibel.
- Seseorang yang kreatif berupaya menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai
keadaan atau situasi selain daripada mempunyai keyakinan diri yang
optimus.
 Sensitif dan Peka
- Mempunyai daya sensitivity yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk
gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria
juga.
 Idean yang asli dan tulen.
- Mengutarakan idea dan gagasan yang asli di mana cetusan idea bukan hasil
cedokan dari sumber-sumber lain.
- Idea yang unik dan menarik serta tidak kovensial dan hasil karya yang
dihasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
 Bersifat Terbuka
- Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat
orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka.
- Mengamalkan sikap bebas dan serta demokratik.
 Logik
- Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
- Mereka tahu membezakan yang mana baik dan tidak baik serta menghormati
masa dan juga menghargai masa mereka.
 Berfikiran bebas
- Mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara
sahaja, bijak merancang dan berhati-hati membuat keputusan.
Perkara yang dinyatakan di atas adalah serba sedikit mengenai pengenalan
kepada pengertian kreativiti dan kanak-kanak, tahap perkembangan kreativiti, dan ciri-
ciri kreativiti. Setelah mengetahui perkara-perkara tersebut maka lebih senang untuk
kumpulan kami mengenalpasti jenis-jenis projek khas yang bersesuaian untuk
memperkembangkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah. Kumpulan
kami telah dipilih untuk melaksanakan projek seni tiga demensi menggunakan bahan
terpakai. Projek seni tiga demensi ini juga salah satu aktiviti seni yang melibatkan
minda yang kreatif untuk mencipta dan dalam masa yang sama dapat
memperkembangkan kreativiti dalam kanak-kanak prasekolah.

Bentuk Tiga Dimensi.

 Bentuk 3D ialah objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan


sisi, kiri, kanan, atas dan bawah.
 Bentuk 3D boleh dilihat pada objek semula jadi seperti pokok-pokok dan
tumbuh-tumbuhan, objek buatan manusia seperti kereta atau bentuk ilusi dan
ikon.

Membentuk dan Membuat Binaan ( Kreativiti )

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembanga persepsi murid terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid akan dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membuat binaan sesuatu model atau karya. Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan ini juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara
kreatif dengan alat dan bahan semasa proses pengasilah seni.

Terdapat 9 bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan 3D yang merangkumi


aktiviti seperti :

• Arca timbul • Asemblaj • Mobail • Stabail • Origami

• Model • Diorama • Boneka • Topeng


Kepentingan Seni ( Seni Tiga Dimensi )

1. Perkembangan jasmani

 Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan


kepada otot tangan (psikomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

2. Sosial dan Emosi

 Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan meningkatkan


keupayaan mereka bersosial sesama mereka.
 Malah melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, sedikit sebanyak dapat
membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka.
 Semangat hormat menghormati dan sikap toleransi juga dapat dipupuk
kepada pelajar.
 Memupuk semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang
dibentuk.

3. Intelek

 Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan


kanak-kanak yang mempunyai keupayaan :
• Menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.
• Memberi peluang kepada murid menjana idea mereka. Penghasilan
mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan
kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa yang perlu
digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik.

Kesimpulannya, penghasilan seni tiga demensi akan dapat memberi


peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan ekspresi mereka melalui aktiviti
seni ini. Selain itu mereka akan dapat membinan tau meningkatkan psikomotor
halus kanak-kanak dalam proses menggunting, melipat , menampal dan
sebagainya. Pembentukan sikap dan menerapan nilai murni juga dapat
dilakukan melalui proses penghasilan seni tiga dimensi di dalam kelas.

You might also like