You are on page 1of 43

Penulisan Bahagian C (1)

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan
kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia
tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke
rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi
bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari
rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi,
mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-
buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan
Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.


2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah.
Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal
dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.
Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan
mencemarkan nama baik keluarga.

KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir
untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan
pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat,
rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku
iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan
tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak
riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam
kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas
membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya
yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku
gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga
akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya
bersama dengan sanak saudara di kampung.

Contoh jawapan

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-
membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang.
Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja
dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan
merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali
silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan
cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-
saudara yang jauh.

KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya
menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-
adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah,
memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan.
Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya
sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong
meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana
sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan
ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.


2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

KLINIK 4

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak
pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka
bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan
berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa
membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang
kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga
tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya
mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain


2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan
tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh
guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak
menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh
guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka
hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia
juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-
murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa


2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

KLINIK 6

Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah
Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan
sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli
gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus
menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi
sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia
pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang
bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan
wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN
1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /

MELENGKAPKAN CERITA

Pengenalan

 Karangan menyudah atau melengkapkan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR.
Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan
sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan
yang lain.

 Karangan jenis menyambung cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.

 Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang
indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

 Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian , perbualan, dan pembacaan.

 Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita)
sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).

 Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan
penyelesaian.

 Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.

 Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.

 Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang
lebih menarik dan berkesan.

Tajuk Perbincangan

. Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku…

Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak
ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat
rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda mengambil tindakan, untuk mengetahui lebih dekat atau lebih
lanjut keadaan adik.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka
karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-
ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Contoh Karangan

Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke
tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana
pintu terkunci.

Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah…
ibu…belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera
mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur
ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di
kepala adik.

Kulihat wajah adik telah berubah. “Ronaldo!…” jeritku. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-
anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.

Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat
‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut
supaya tidak dijangkiti kuman.

Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu
“Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”.
Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa…

Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara
berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca,
dan ejaan.
Latihan Minggu Ini

1. Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku
terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Lengkapkan cerita di atas.

2 Bas telah sampai. Ramai penumpang turun dan naik bas itu. Sahabatku tidak juga muncul-muncul. Mana
dia?

Mulakan karangan anda dengan; Mana dia?…..

3 Pada suatu hari, aku tinggl seorang diri di rumah. Ayah dan ibuku masih belum pulang dari bandar. Tiba-tiba
kedengaran tapak kaki orang berjalan di….

Lengkapkan cerita di atas.

GLOSORI

atlet : orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan


atletik : berbagai-bagai jenis olahraga(terutama yang memerlukan
kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari,
melompat, berenang dan lain-lain, sukan
baran : pemarah, lekas marah, hutan yang berpaya-paya, nutan rawa
binsa : habis rosak, atau hancur sama sekali, musnah
mengerti : mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain)
iring : ikut, turut
seiring : bersam-sama berjalan, (bergerak, terbang)
kenyal : keras menganjal apabila ditekan(seperti bola getah), keras
tetapi empuk, agak liat, mudah berubah
( menjadi bertambah atau berkurang)
petua : nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna
putar belit : tipu muslihat , tipu daya, putar alam
runduk : tunduk , menunduk
peluang : kesempatan baik, ketika yang baik,
merajang : menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik
Contoh Jawapan soalan 1

Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar
seorang budak sedang menangis. Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat takut dan cuba
menyembunyikan mukanya supaya aku tidak dapat memandangnya.

“Mengapa adik menangis?”aku bertanya sambil memujuknya. Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat
mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas dirinya yang menyebabkan dia kelihatan takut
dan cemas.

Setelah beberapa kali memujuk akhirnya budak itu memberi tahuku, wang belanjanya telah dirampas oleh
sekumpulan murid. Dia memberi tahu, hal itu telah berlaku beberapa kali. Dia takut hendak memberi tahu
gurunya kerana telah diugut akan dicederakan.

Aku mengajak budak itu ke kantin lalu membelikan sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. “Hari ini abang
belanja kamu,” kataku kepada budak itu sambil menyuruhnya makan. Dalam benakku bermain-main pelbagai
persoalan, peras ugut?…samseng?...aku mesti bertindak .

Aku meninggalkan budak itu makan dengan kawan-kawannya yang lain. Aku terus melaporkan hal tersebut
kepada guru disiplin iaitu Cikgu Sargini. Cikgu Sargini telah memanggil beberapa orang pengawas. Kami
sepakat untuk memasang perangkap esok hari.

Awal pagi lagi kami telah membuat intipan. Perangkap kami mengena apabila tiga orang murid tahun enam
menarik seorang murid tahun satu ke bahagian belakang bangunan. Sepantas kilat kami menyerbu dan
menangkap mereka. Aku berasa puas kerana berjaya membantu pihak sekolah menangani gejala yang tidak
sihat itu.

PEMAHAMAN 5

KLINIK 5
No 101, Jalan Pintar,
Taman Bestari,
45700 Kuala Selangor.
20 November 2008

Menemui sahabatku , Alia di Labuan .Moga-moga beroleh kesejahteraan di samping keluarga


tersayang.
Ketika saya menulis warkah ini saya dan keluarga juga dalam keadaan sihat walafiat
walaupun agak sibuk dengan kerja-kerja mengecat rumah maklumlah kita akan menyambut
ketibaan Syawal.
Alia ,
Surat Alia selamat saya terima seminggu yang lalu .Jutaan terima kasih saya ucapkan.Tertarik
sekali saya akan cerita Alia , tentang pengalaman sewaktu makan angin bersama keluarga ke
Asia Barat sambil mengerjakan Umrah .
Berhubung dengan persediaan untuk menghadapi UPSR 2008 , saya sememamgnya telah
membuat persiapan awal sejak tahun lima lagi apabila terpilih lompat kelas, saya telah
mengikuti kelas tuisyen kususnya untuk matapelajaran Sains dan Matematik . Dengan
dorongan ibu bapa dan guru-guru ,saya mampu bersaing dengan rakan dalam tahun lima.
Baru-baru ini saya telah menyertai Seminar Kecemerlangan UPSR 2008 di Institut Bahasa
Melayu Malaysia (IBMM) Kuala Lumpur. Seminar tersebut dianjurkan oleh Unit Pendidikan
Berita Harian .Seminar dua hari ini banyak mendedahkan saya tentang persediaan untuk
menduduki UPSR . Apa yang membanggakan saya ialah apabila ibu bapa saya turut serta
dalam seminar tersebut.
Kini, saya lebih yakin lagi untuk menghadapi peperiksaan tersebut kerana ibu bapa saya
bersedia membantu selain daripada guru-guru di sekolah.. Selain itu, saya bercadang untuk
menyertai Klinik UPSR Fasa 1 dan Fasa 2 Didik Berita Harian .
Cikgu selalu mengingatkan kami tentang kebaikan belajar berkumpulan . Saya dan beberapa
orang rakan telah membentuk satu kumpulan belajar .Kami telah mengadakan pertemuan
seminggu sekali secara bergilir-bergilir. Nampaknya kumpulan yang kami bentuk ini telah
mendapat restu daripada ibu bapa.
Alia,
Walaupun kita berjauhan ,saya berharap kita dapat bertukar maklumat khususnya mengenai
soalan-soalan latihan atau soalan ujian . Saya yakin Alia telah membuat persiapan yang lebih
rapi daripada saya . Saya ingat lagi sewaktu kita hendak menduduki PTS , saya jarang sekali
dapat mengatasi markah yang diperolehi oleh Alia pada setiap ujian .Tapi syukurlah kita
sama-sama dapat lompat kelas. Bak kata pepatah ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih’
Sebelum saya mengakhiri warkah ini saya berharap apabila Alia balik ke semenanjung untuk
menyambut hari raya , jangan lupa singgahlah ke rumah .

Terima kasih.
Teman seperjuanganmu,
……Sapura…………

1 Apakah yang diceritakan oleh Alia dalam suratnya kepada Intan ?


A Pengalaman menyertai seminar UPSR.
B Pengalaman tinggal berpindah ke Labuan.
C Pengalaman sewaktu bercuti dan mengerjakan Umrah ,
D Pengalaman sewaktu sama-sama bersekolah dengan Sapura .

2 Apakah maksud Sapura apabila dia mengatakan ‘Hendak seribu daya , tak hendak seribu
dalih’?
A Dia memaksa Sapura belajar.supaya mendapat markah yang maksima.
B Dia dan Sapura boleh berjaya jika berusaha dengan lebih tekun dan gigih .
C Dia dan Sapura memangnya cemerlang sewaktu menduduki PTS ,
D Dia yakin mendapat 5A dengan markah yang maksima kerana kecemerlanagannya dalam
PTS .

3 Perkara-perkara berikut berkaitan dengan usaha-usaha Sapura untuk mencapai


kecemerlangan dalam UPSR kecuali
A belajar berkumpulan dengan rakan-rakan sekolahnya.
B mengikuti seminar dan klinik UPSR untuk meningkatkan kemahiran belajar.
C mengikut kelas tuisyen untuk membantu dia dalam matapelajaran Sains
dan Matematik
D Intan dan Alia akan belajar bersama-sama kerana mereka pernah
belajar bersama, apabila Alia datang ke rumahnya.

4 Pada tarikh surat ini ditulis, Sapura dan Alia mungkin berumur
A 9 tahun 8 bulan
B 10 tahun 9 bulan
C 11 tahun 11 bulan
D 12 tahun 10 bulan

5 Pada pendapat kamu, apakah tujuan utama ibu bapa Sapura menyertai Seminar
Kecemerlangan UPSR 2008 ?
A Untuk menemankan Sapura berseminar.
B Untuk mengetahui cara-cara menjawab soalan UPSR.
C Untuk meningkatkan keyakinan Sapura apabila menduduki UPSR.
D Untuk mengetahui cara-cara yang berkesan membantu Sapura menghadapi UPSR.
B KATA GANDA

• Kata ganda ialah kata yang diulang sama ada pada keseluruhannya atau pada bahagian-
bahagian tertentu.
• Pengandaan kata juga adalah merupakan satu cara yang penting untuk pembentukan kata
dalam bahasa Melayu.
• Terdapat beberapa jenis kata ganda iaitu
- kata ganda seluruh
contoh :
gula-gula , kuda-kuda , anai-anai , kecil-kecil , cantik-cantik , hati-hati , jauh-jauh , benar-
benar , macam-macam , tebal-tebal , banyak-banyak , merah-merah.

- kata ganda separa


contoh:
dedaun , kekisi , lelangit , pepijat , kekuda , bebola , jejari , sesiku , beburung .

- kata ganda berima


contoh :
hinggar-bingar , segar-bugar , liuk-lintuk , mundar-mandir , kayu-kayan ,
bukit bukau , gunung –ganang , lemah-gemalai ,.

- kata ganda berimbuhan


contoh :
bersalam-salaman , berdua-duaan , keanak-anakan , menari-nari , bertangis-tangisan ,
berkejar-kejaran , berkasih-kasihan , bercakar-cakaran .

Latihan 1

Isi tempat kosong di bawah dengan kata ganda yang sesuai..

berpusu-pusu , berdentam-dentum , butir-butir , tompok-tompok , tiba-tiba , berkilau-


kilauan , sabung-menyabung , bermandi-manda, kanak-kanak , gelak-ketawa , riuh rendah ,
gelap-gelita , hitam-hitam , bertungkus-lumus , samar-samar , terang-benderang , berkepul-
kepul , semak-samun , kira-kira .

1 sibuah manggis , sungguh hitam rasanya manis .

2 Kelihatan asap naik ke udara , dari kawasan belukar yang


terbakar itu.

3 “Dalam keadaan yang ,saya masih dapat mengecam adik awak “


kata Intan kepada Alia .

4 Pak Long dan anaknya sedang menebas di dusun yang


baru dibelinya.

5 Apabila unggun api itu mula menyala , gua yang tadi bertukar menjadi .

6 Setelah mendayung sampan satu jam , kami pun sampai ke tempat itu.

7 Suasana di tepi pantai itu dengan sekumpulan yang sedang .

8 awan yang dipanah jaluran cahaya matahari , mula bergerak ke ufuk timur kelihatan
sungguh indah .

9 air mata mata menitis membasahi pipiku sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan .

10 sahaja kilat dan diikuti guruh yang , menyebabkan para tetamu meninggalkan majlis
tersebut.

Latihan 2

Pilih kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini .

1 Beberaapa batang jalan raya di sekitar Bandaraya Shah Alam akan ditutup secara
sempena perarakan Hari Kemerdekaan pagi esok .
A besar-besaran
B terus-menerus
C sebatang-sebatang
D berperingkat-peringkat

2 Guru-guru dan para pelajar untuk menyiapkan pameran , sempenalawatan


Pengarah Pendidikan ke sekolah mereka.
A cepat-cepat
B kuat-kuat
C berlama-lama
D bertungkus-lumus

3 Intan dan Alia membaca buku kerana UPSR kian hampir .


A kelam-kabut
B bersusah-payah
C bersungguh-sungguh
D berbincang-bincang

4 Kerlipan beribu-ribu ekor sejak beberapa malam yang lalu telah


mengemparkan pendududk Kampung Kuantan .
A kunang-kunang
B sumpah-sumpah
C umang-umang
D kupu-kupu
5 Jika ada perubahan, pihak kami akan memaklumkan kepada tuan dengan
segera.
A apa-apa
B kalau-kalau
C sebab-sebab
D macam-macam

6 “Fikirlah sebelum membuat keputusan , supaya tidak dipersalahkan nanti,” kata Intan
kepada Alia .
A mentah-mentah
B masak-masak
C mati-matian
D cepat-cepat

7 Telefon bimbit yang dipamerkan itu belaka.


A rosak-rosak
B pelik-pelik
C canggih-canggih
D banyak-banyak

8 Rambutnya yang menyebabkan dia ditegur oleh Cikgu Ridzuan.


A lintang-pukang
B hitam-legam
C kusut-masai
D botak-botak

9 Peserta Lumba mosikal lasak itu apabila melalui jalan yang itu.
A bersusah-payah … bertampal-tampal
B berhati-hati…bengkang-bengkok
C berbaris-baris… berputar-putar
D bersaing-saing….terputus-putus

10 Pelbagai jenis dan yang istimewa disajikan oleh Datin Dalila


untuk menjamu anak-anak yatim berbuka puasa di rumahnya .
A nasi-nasi … buah-buah
B lauk-pauk … kuih-muih
C sayur-sayur … lauk-lauk
D air-air … ulam-ulam

Latihan 3

Pilih perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa


maksud bilangan banyak .
1 1 Bukit-bukau itu kelihatan kelihatan sungguh indah .
11 Rempah-ratus itu dibeli untuk persiapan Hari Raya .
111 Batu-batan yang disusun di tepi kolam itu kelihatan sungguh cantik .
1V Ibu sedang memasak agar-agar untuk hidangan berbuka puasa .
A 1 dan 11 sahaja
B 11 dan 111 sahaja
C 1 , 11 dan 111 sahaja
D 1 , 111 dan 1V sahaja

2 1 Saya terdengar desas-desus bahawa Cikgu Azmi akan melanjutkan pelajarannya dalam
bidang Teknologi Maklumat di Universiti Multimedia .
11 Sikapnya yang suka berdolak-dalik menyebabkan Amran tidak disenangngi oleh rakan-
rakannya .
111 Badan Kamarul calar-balar kerana membantu ayahnya memetik nenas
di belakang rumah ..
1V Kelihatan perahu-perahu nelayan tersadai akibat dipukul ombak besar malam tadi .
A 1 dan 11 sahaja
B 11 dan 111 sahaja
C 11 dan 1V sahaja
D 111 dan 1V sahaja

Jawapan ;
Bahagian A
1C2B3D4B5D
Bahagian B
Latihan 1
1 hitam-hitam
2 berkepul-kepul
3 samar-samar
4 semak-samun
5 gelap-gelita , terang-benderang
6 bertungkus-lumus , kira-kira
7 riuh-rendah , gelak-ketawa , kanak-kanak , bermandi-manda
8 Tompok-tompok , berkilau-kilauan
9 Butir-butir
10 Tiba-tiba , sabung-menyabung , berdentam-dentum , berpusu-pusu .

Latihan 2
1 D 2 D 3 C 4 A 5 A 6 B 7 C 8 C 9 B 10 B
Latihan 3
1C2D

LANTIHAN INTENSIF SOALAN BAHAGIAN B

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN BAHAGIAN B

1 Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis surat


kepada guru besar untuk meminta kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar.
Tulis surat kamu selengkapnya.

2 Sebelum cuti akhir tahun bermula, kelas kamu akan mengadakan jamuan perpisahan.
Sebagai ketua kelas kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

3 Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan
tetapi, dengan tidak disangka-sangka…

Lengkapkan cerita di atas.

Contoh jawapan 1

Khilawati binti Haji Mohamad Nasir,


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
39500 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
39500 Sungai Pelik, Sepang,

Selangor Darul Ehsan. 2 JUN 2011

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Berita

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini bercadang akan mengadakan
lawatan ke Balai Berita, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya, Nurun Najihah binti
Mohamad, setiausaha persatuan ini memohon kebenaran mengadakan lawatan tersebut.

2. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendedahkan ahli-ahli persatuan tentang cara-cara
penerbitan surat khabar khususnya akhbar DIDIK. Pengalaman tersebut diharapkan akan
dapat membantu ahli-ahli persatuan menerbitkan buletinnya sendiri.

3. Kami bercadang untuk mengadakan lawatan itu pada hari Sabtu bersamaan dengan 26 Julai
2010. Rombongan ini dijadualkan bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan balik pada
pukul 3.00 petang.

4. Lawatan ini akan disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat
persatuan ini iaitu Cikgu Hilal bin Mohamad Nor dan Cikgu Jamiah binti Yasin.

5. Saya berharap pihak tuan tidak keberatan memberikan kebenaran kepada persatuan ini
untuk mengadakan lawatan tersebut. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Khilawati Mohamad Nasir


…………………………………
(KHILAWATI BINTI HAJI MOHAMAD NASIR)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,

Contoh jawapan 2

Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis. Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan jutaan terima kasih
kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi kami di sekolah ini.
Tidak dapat digambarkan betapa pilunya hati kami untuk meninggalkan sekolah ini.
Maklumlah sudah enam tahun kami belajar di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh tersebut, tentulah banyak ilmu dan pengalaman serta kejayaan yang kami
perolehi. Semua ini adalah hasil kerja keras guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kami
menjadi insan yang cemerlang dalam semua bidang.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membimbing kami.
Kami tidak mampu membalas jasa cikgu. Semoga Allah akan membalasnya.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga , kami meminta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang
telah kami lakukan sepanjang kami belajar di sekolah ini.Segala yang baik itu akan kami
jadikan teladan dan yang buruk itu kami jadikan sempadan.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah kepada guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu kembali.

Sekian, terima kasih.


Contoh jawapan 3

Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi,
dengan tidak disangka-sangka ayah terdengar bunyi pintu dibuka ‘krek……’ . “Siapa di
dapur!” ayah bersuara. “Kali ini nahas aku,” bisik hati kecilku.

Aku terus menuju ke bilik air. Belum sempat aku membuka pintu, ayah telah tercegat di
depanku. “Zali pergi kemana tadi? Kenapa tak beritahu ayah dan ibu? Kenapa?!…” Aku
terpaku, terkunci mulutku untuk berkata-kata, membisu seribu bahasa.

Ayah terus berkhutbah. “Lain kali kalau hendak pergi kemana-mana beritahulah kepada ayah
atau ibu. Budak baik patut meminta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya tidak
menimbulkan kerisauan kepada orang tua”.

“Ayah dah tahu segala-galanya, tak payahlah Zali hendak beri alasan lagi. Tadi kawan ayah
telefon, nampak Zali dengan kawan-kawan sedang melepak di pasaraya”. Ayah terus
menyerangku.

Kini giliran ibu pula, “Zali memang suka membuang masa. Bukankah lebih baik Zali duduk
di rumah mengulangkaji pelajaran, lagipun UPSR sudah hampir benar. Zali ingat, mudah
untuk mendapat 5A? Pergi mandi! Jangan buat lagi”.

Selepas mendengar kata-kata ayah dan ibu, aku pun mengakui kesalahan aku dan segera
meminta maaf kepada ayah dan ibu. Mereka tersenyum lalu mengusap kepala aku. Kini, aku
telah insaf. Aku berjanji tidak akan melakukan kesalahan seperti itu lagi.
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 09:12 0 ulasan

Penyakit Hati

Jabatan Agama Islam Selangor


PENYAKIT HATI
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah".
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Berdasarkan ayat 28
dalam surah Ar-Ra’du marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT, kerana zikir
ini dapat memberikan ketenangan hati kepada seseorang.

Sesungguhnya hati manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk
peribadi seseorang insan. Hati yang baik akan melahirkan tingkah-laku yang baik dalam diri
seseorang, manakala hati yang tidak baik pula akan menzahirkan sifat-sifat keji dan
mazmumah dalam diri seseorang insan.

Rasulullah SAW bersabda;


“Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging
tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah
seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati”(Riwayat Bukhari dan muslim)
Imam Gazali ra membahagikan atau ‘Al-Qalbu’ kepada dua pengertian iaitu;

Pertama: Hati sebagai segumpal daging yang terletak di dada sebelah kiri manusia yang boleh
dilihat dengan mata kasar manusia.

Kedua: Hati dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dalam rohani yang ada hubungan
dengan hati jasmani yang pertama tadi. Hati dalam erti kata yang kedua ini disebut juga
sebagai jiwa dan perasaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu kebaikan atau
keburukan. Kebaikan yang dilakukannya oleh manusia adalah kerana hati dan rohaninya
baik, sedangkan kejahatan yang dilakukannya pula adalah kerana hati dan jiwanya telah rosak
dan sakit.

Penyakit hati adalah berpunca daripada sifat-sifat keji (mazmumah) yang wujud dalam diri
manusia, didalangi oleh iblis dan syaitan laknattullah. Dan syaitan adalah musuh yang
sentiasa berusaha untuk memiliki dan menguasai hati dan
jiwa anak-anak Adam sehinggalah hari kiamat. Oleh kerana itu, adalah menjadi kewajipan
kepada kita untuk memelihara hati daripada dimasuki dan dikuasai oleh syaitan.

Imam Gazali menyatakan di dalam kitab ‘Ihya’ Ulummudin ada dinyatakan bahawa hati
manusia akan dapat dikuasai oleh syaitan melalui beberapa cara, antaranya;
*Perasaan Marah.
Syaitan akan sentiasa mengapi-apikan sehingga manusia sanggup melakukan perkara-perkara
di luar batas kemanusiaan.

*Perasaan Hasad Dan Dengki.


Syaitan juga akan mengapi-apikan sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah
sesama manusia.

*Apabila Manusia Mengutamakan Nafsu Shawat.


Syaitan akan melalaikan manusia daripada melakukan Solat dan Zikrullah.

*Sifat Bakhil Dan Kedekut.


Penyebab kepada manusia susah untuk bersedekah dan menginfaqkan hartanya pada perkara-
perkara kebaikan.

*Terlalu Tergopoh-Gapah Dan Tidak Istiqamah Dalam Berbagai-Bagai Urusan.


Bersikap fanatik terhadap perasaan sendiri dan meremehkan pendapat orang lain, kerana
syaitan akan menimbulkan jalan bahawa perbuatan itu adalah benar dan menyangka ia telah
berbuat kebaikan. Bersangka buruk sesama umat Islam, sentiasa berperasaan was-was dan
lain-lain lagi.

Apabila hati manusia telah dapat digoda dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan, maka akan
timbullah pula berbagai jenis penyakit hati, antaranya:

1: Sentiasa memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu syahwat dan mengenepikan tuntutan
agama. Golongan ini dianggap sebagai bertuhankan nafsu sendiri. Firman Allah SWT dalam
surah Al-Furqan ayat 43;
„Terangkan kepadaku (wahai Muhammad) tentang keburukan keadaan orang yang
menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau
menjadi penjaga (yang menjaganya supaya tidak sesat?)‟
Sentiasa melakukan kesalahan demi kesalahan dan tidak pernah pula menyesal atas kesalahan
yang telah dilakukan. Golongan ini sentiasa menambah dosa diri

dari sehari ke sehari sehinggalah hati mereka tertutup dari menerima hidayah Allah SWT.

2. Di antara tanda hati yang sakit juga ialah apabila kemewahan dunia telah menguasai diri
seseorang, maka pada saat itu ia tidak lagi mengingati kehidupan akhirat dan tidak akan
berusaha untuk mendapatkannya. Rasa tamak haloba yang bersarang dalam hatinya
menyebabkan ia terus mengejar kekayaan di dunia dengan apa cara sekalipun, tidak mengira
halal haram sehingga sanggup melakukan penipuan, rasuah dan sebagainya semata-mata
ingin menggapai apa yang dihajati daripada milik orang lain.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan
yang batil (yang salah menurut syara‟) dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya)”

Apa yang kita lihat dikalangan masyarakat kita pada hari ini, terjadinya perselisihan faham,
kekecohan, pergaduhan, perebutan kuasa dan sebagainya adalah disebabkan oleh perasaan
hasad dengki dan tamak haloba yang telah bersarang di dalam hati mereka. Mereka hanya
mengutamakan nafsu dan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup melontarkan berbagai-
bagai tuduhan dan fitnah kepada kesepaduan masyarakat umum. Akibatnya masyarakat
menjadi berpecah-belah dan kehidupan mereka menjadi tidak tenteram. Dalam keadaan
begini pun, mereka masih lagi mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi
keinginan nafsu syawat mereka.

Penyakit hati yang disebabkan dari sifat-sifat Mazmumah, jika tidak diubati pasti akan
merosakkan ahklak dan budi pekerti seseorang muslim. Oleh kerana itu, hati manusia yang
telah sakit itu perlulah diubati segera bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada
masyarakat sekeliling. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, apakah ubatnya yang paling
mujarab untuk menyembuhkan hati yang telah sakit itu? Apakah dengan berhibur di pusat-
pusat hiburan seperti karaoke sebagainya atau dengan menuntut filem-filem yang melalaikan?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan memperbanyakkan Zikrullah.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28:


“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati dengan zikrullah” ketahuilah
dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Perlu diingati bahawa Zikrullah itu bukan sahaja di majlis-majlis tertentu, bahkan ianya
hendaklah dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa yang kita inginkan sama ada kita
sedang berdiri, duduk, berbaring dan sebagainya.
Sebagai seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita
membersihkan jiwa kita daripada sifat-sifat Mazmumah yang menjadi penyebab kepada
berlakunya penyakit hati. Hendaklah kita sentiasa mengingati Allah SWT dan bersyukur
dengan nikmat yang telah dikurniakan olehnya kerana dengan cara demikian kita akan dapat
menundukkan perasaan tamak haloba, hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati
yang lain.
“Oleh itu, ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya
aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu
kufur (akan nikmatku)”
(Al-Baqarah ayat 152)
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 08:59 0 ulasan

Jumaat, 2010 Mei 21


KLINIK KARANGAN SYARAHAN

KARANGAN SYARAHAN

Pengenalan

Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan syarahan.
Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Untuk menulis karangan jenis ini, ada
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:

• kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

• untuk pertandingan menyebut ‘para hakim’.

• Kata-kata aluan dimulakan dengan pengurusi majlis, kemudian diikuti


mereka yang tinggi kedudukannya.

• menyebut ‘para hadirin’ untuk menimbulkan suasana bersyarah .

• kata alu-aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir syarahan dianggap penutup.

Soalan Perbincangan

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang kamu pilih ialah ‘Disiplin
Penentu Kejayaan Pelajar’. Tuliskan syarahan kamu itu sengkapnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Langkah 1

Memahami Kehendak Soalan;


Karangan ini menghendaki kamu menulis sebuah syarahan dengan menyatakan sebab dan
kepentingan disiplin dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan hidup seseorang
terutamanya pelajar.

Langkah 2

Isi Penting dan Kerangka;


Kamu hendaklah menyediakan isi-isi dan kerangka karangan berdasarkan konsep peta minda.
Peta minda atau kerangka karangan hendaklah dibuat secara ringkas sahaja. Apa yang
penting ialah kamu dapat menyatakan isi-isi penting yang diperlukan untuk menulis ucapan
tersebut.

Langkah 3

Menulis Karangan;
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa
mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan
markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Disiplin Penentu Kejayaan.’

Hadirin sekalian,

Tahap disiplin kebanyakan pelajar pada masa kini dikatakan berada pada tahap yang agak
membimbingkan. Pelbagai pengaruh negatif telah menggugat disiplin dan ketahanan diri
pelajar yang sepatutnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Hadirin sekalian,

Untuk mencapai kejayaan, para pelajar mestilah memiliki disiplin yang tinggi. Hal ini,
membolehkan para pelajar membina sahsiah yang baik dan sentiasa patuh peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Justeru itu, para pelajar mampu mengawal diri mereka daripada
ancaman pengaruh negatif yang merosakkan.

Selain itu, para pelajar akan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan, para
pelajar juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan
norma-norma kehidupan masyarakat seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, dan
lepak. Dengan itu, para pelajar akan dapat membina tingkah laku yang lebih baik dan
dihormati oleh masyarakat.

Hadirin sekalian,

Pemupukan aspek disiplin perlu disertai dengan keyakinan dan kekuatan diri pelajar. Oleh
itu, para pelajar sepatutnya memperkasakan diri mereka dengan ajaran agama, dan
menghindari sebarang bentuk aktiviti yang boleh mendorong mereka melakukan
perlanggaran disiplin. Jika para pelajar bersedia dengan sepenuh hati, kejayaan pasti menanti
mereka.

Hadirin sekalian,

Daripada hujah-hujah yang telah saya sampaikan, jelaslah bahawa para pelajar yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi akan lebih mudah menjulang kejayaan dalam pelajaran
dan kehidupan mereka kelak.

Sekian, terima kasih.


Langkah 4

Selepas mengarang, kamu hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan
tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca,
dan ejaan.

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah ‘
Rakyat Sihat Negara Makmur’. Tuliskan syarahan kamu itu selengkapnya.

2. Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk
syarahan yang kamu pilih ialah ‘ Keluarga Cemerlang, masyarakat terbilang’. Tuliskan
syarahan kamu itu selengkapnya.

3. Kamu telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah.
Tajuk syarahan yang kamu pilih ialah ‘Pentingnya Perpustakaan’’. Tuliskan syarahan kamu
itu selengkapnya.

GLOSARI

bankrap menderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutangnya sehingga
perniagaannya tidak dapat teruskan, jatuh miskin dan habis harta bendanya

bengkel tempat membaiki kenderaan yang rosak, kilang kecil tempat tukang-tukang
bekerja,tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dan lain-lain, mesyuarat atau
perbincangan untuk bertukar-tukar pendapat

aliran

gerakan sesuatu yang cair, gerakan mengalir, gerakan


tenaga elektrik melalui kawat, haluan.

pusing berputar, mengalihkan hala, memeningkan,


membingungkan tak ambil tahu,
singkat tidak lama tempohnya, sekejap, sebentarringkas, cetek akal

susul mengejar sesuatu yang terdahulu, mengikuti, menyelidiki,

cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang,cengkeram, pendahuluan


Contoh jawapan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,
dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Rakyat Sihat Negara Makmur.’

Hadirin sekalian,

Biarlah saya huraikan apa yang dimaksudkan dengan rakyat yang sihat. Rakyat yang sihat
ialah mereka yang sihat fizikal dan mental. Untuk melahirkan rakyat yang sihat, kita
memerlukan makanan yang seimbang dan berzat. Selain itu, kita juga memerlukan
persekitaran yang tenteram.

Kerajaan kita telah menyediakan pelbagai kemudahan perubatan untuk memastikan rakyat
negara ini mendapat rawatan yang terbaik. Dengan hal yang demikian, rakyat akan sentiasa
berada dalam keadaan sihat. Rakyat yang sihat akan dapat meningkatkan produktiviti dalam
apa juga bidang yang diceburi. Bukankah ini akan memberi pulangan yang besar kepada
negara?

Hadirin sekalian,

Rakyat yang mempunyai mental atau emosi yang sihat pula akan berfikiran lebih rasional.
Kita tidak mungkin melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh merosakkan diri sendiri,
masyarakat, dan negara. Di dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Kita tentunya akan
berusaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum.

Selain itu, jika sesebuah negara memiliki rakyat yang berkualiti, negara tersebut akan
disegani oleh negara-negara lain. Inilah sebenarnya yang sedang berlaku sekarang. Negara
kita yang berupaya mengekalkan kemakmuran dan keharmonian, telah menjadi contoh
kepada negara-negara lain.

Hadirin sekalian,

Bagi mengakhiri syarahan ini, saya menyeru kepada para hadirin, marilah kita bersama-sama
berusaha untuk memastikan negara kita ini akan terus menikmati kemakmuran kerana
rakyatnya sentiasa sihat.

Sekian, terima kasih.


Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 11:22 0 ulasan

Khamis, 2010 Mei 20


CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN

Pengenalan
• Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialamai atau
dilalui oleh penulis.

• Catatan Harian dikenali juga sebagai diari.

• Terbahagi kepada dua bentuk, itu catatan sehari dan catatan beberapa hari.

• Jika sehari, sertakan haribulan, hari, dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.

• Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.

• Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang dengan tajuk.

• Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau
aktiviti perlu disusun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa
selanjutnya.

Soalan Perbincangan

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di sekolah kamu sempena kempen kebersihan.
Kamu dikehendaki menulis catatan mengenai aktiviti tersebut.

Tulis catatan itu selengkapnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Sebelum kamu menulis karanga ini, kamu hendaklah memahami soalan tersebut. Soalan ini,
Menghendaki kamu mencatat perjalanan satu aktiviti gotong=royong yang diadakan
di sekolah kamu. Kamu hendaklah mencatat semua aktiviti dari mula hingga selesai aktiviti
tersebut.

Langkah 2
Maklumat-maklumat yang kamu perolehi bolehlah disusun dengan berdasarkan peta minda .
Antara contoh maklumat yang sesuai dengan soalan tersebut ialah siapa terlibat, masa,
peralatan, apa yang dibuat, jamuan dan sebagainya.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, kamu bolehlah menulis karangan. Semasa mengarang ,
binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah
di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.
Gotong-royong

7.30 pagi - Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan sekolah dengan membawa
pelbagai peralatan untuk aktiviti gotong-royong.

8.00 pagi - Ucapan dan taklimat daripada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohammad Noor bin
Sanusi. Beliau melahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap sambutan yang ditunjukkan
oleh ibu bapa untuk bergotong-royong.

8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dimulakan . Ibu bapa
dan guru-guru membersikan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan
bilik darjah masing-masing.

10.30 pagi - Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk membasah tekak, sambil
menikmati pelbagai hidangan kuih-muih di kantin sekolah. Sambil minum mereka berbual-
bual.

11.00 pagi – Ketibaan wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Sailan bin Misran.
Beliau bersama-sama ibu bapa menanam anak-anak pokok hiasa, sumbangan daripada
seorang dermawan yang juga bekas murid sekolah ini.

12.00 tengah hari - Gotong-royong berakhir . Semua hadirin dijemput ke kantin sekolah
untuk dijamu makan tengah hari. Sebelum. bersurai Tuan Guru Besar dan wakil Pegawai
Pendidikan Daerah telah menyampaikan ucapan ringkas mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat.

Langkah 4

• Selepas mengarang, kamu hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semula


kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda
baca, dan ejaan.

Latihan minggu ini.

1 Kamu berpeluang bercuti di satu tempat yang sangat menarik. Tuliskan catatan mengenai
lawatan mengenai percutian kamu itu.

2 Baru-baru ini kamu telah menyertai lawatan ke sekolah pendidikan khas. Tulis catatan
kamu, sepanjang lawatan tersebut.

3 Sambutan Hari Guru telah diadakan secara besar-besaran di sekolah kamu.


Tuliskan catatan mengenai sambutan tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

aras : hingga ke, sampai ke, paras, takat, muka air dan lain-lain
yang disukat dalam isi padu, tingkat atau ketinggian
bangunan, ketinggian yang lazimnya digunakan sebagai
mengukur lilit, garis pusat dan luas pangkal pkok hidup
debu : tanah kering tau bahan laindalam bentu serbuk halus yang
menutupi bumi, permukaan benda atau yang berterbangan
ditiup angin.
publisiti penerangan atau hal mengenai seseorang(peristiwa atau keluaran
dan lain-lain) yang dihebahkan melalui alat sebaran am untuk
menarik perhatian umum; contoh memperkenalkan
barang-barang baru, keadaan diketahui atau dilihat
oleh orang ramai.
catat : menulis atau merakamkan sesuatu dalam buku dan
lain-lain untuk peringaan, perhatian pada masa
hadapan, membuat, merintis, memelopori, mencapai,
memperoleh, mendapat kemenangan
luput : hilang atau lenyap seperti zaman dongeng-mendongeng
yang sudah, hilang daripada hati atau lenyap daripada
ingatan, hilang daripada mata, terhindar daripada sesuatu,
terjauhkan atau terlepas daripada dakwaan, tidak mengena
pada sasaran, menyimpang daripada sasaran
gagah : kuat, mempunyai tenaga, bertenaga, berani, perkasa atau
sangat berani, besar dan tegap badan
namun : asalkan atau sahaja, kalau, sekadar, akan atau hal,
berhubung dengan, berkenaan, tentang, biarpun, meskipun
sungguhpun, walaupun .
nescaya : tidak boleh tidak, sudah tentu, menjadikantidak boleh
tidak, perihal tidak boleh tidak

Contoh latihan karangan soalan 3

Sabtu
10 MEI 2010

7.30 pagi : Semua peserta rombongan berkumpul di dewan sekolah. Guru pengiring Cikgu
Azima memberi taklimat lawatan.

8.00 pagi : Bertolak menaiki bas yang disewa khas. Kami bebual-bual sambil menikmai
keindahan sepanjang perjalanan. Kami sempat mencatat nama-nama tempat yang kami lalui.

9.30 pagi : Sampai ke destinasi kami, Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya, Sungai Pelek.
Kami disambut mesra oleh Encik Angsor Karimon selaku pengetua pusat latihan tersebut.
Menurut Encik Angsor pusat latihan vokasional ini menyediakan kursus pendawaian letrik,
jahitan, motor mekanik, dan pertukangan perabut rotan.

10.00 pagi : Kami dibawa melawat ke bahagian latihan. Kami dapat melihat bagaimana
pelajar-pelajar golongan kurang upaya ini belajar untuk mendapatkan sesuatu kemahiran.

11.00 pagi : Kami dibawa melawat pusat jualan atau pameran hasil kerja para peserta kursus.
Pelbagai bentuk perabut rotan siap dipamerkan. Selain itu, terdapat juga barangan yang
dibuat daripada buluh sebagai barangan cendera mata. Saya tidak melepaskan peluang
membelinya.

2.00 petang : Kami sampai di sekolah. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Saya
akan menceritakan pengalaman yang menarik itu kepada adik.
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 12:47 0 ulasan

Rabu, 2010 Mei 19


Penulisan Berita

BERITA

Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

• Semasa menulis karangan berita, kamu harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa?
Bila? Di mana?, dan Mengapa?

• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang
penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada
menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri
perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda
koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan
perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan,


pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita, kamu harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa,
bila, di mana, mengapa, dan bagaimana .

 Apa ?
 Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
 Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

 Bila ?
 Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
 Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

 Di mana ?
 Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
 Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah
ditulis dengan penuh.

 Siapa ?
 Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan
lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
 Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
 Adakalanya umur juga perlu ditulis .

 Mengapa ?
 mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
 sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum
ada bukti’.

 Bagaimana?
 menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.

Soalan Perbincangan Minggu ini

Sekolah kamu telah mengadakan satu program sempena persaraan Perdana Menteri. Kamu
diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Panjang berita, mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120
patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti. Garis maklumat-maklumat yang
penting supaya tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya
kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa
ringkas. Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting
dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, kamu bolehlah menulis karangan berita. Semasa mengarang ,
binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah
di bahagian ini.

Baca contoh berita di bawah ini.

Tajuk :

Jasamu guru di kenang sepanjang hayat.

SEPANG, 17 Mei – Satu program ‘Jasamu guru dikenang sepanjang hayat’ telah diadakan di
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Program tersebut diadakan sempena ‘Hari
Guru’.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah ucapan daripada guru dan murid, membaca
perutusan Menteri Pendidikan dan Pengarah Pendidikan, melukis poster, mendiklamasi sajak,
dan pertandingan tiru gaya Perdana Menteri.

Aktiviti kemuncak program tersebut ialah menandatangani kad gergasi daripada setiap murid
sekolah ini. Aktiviti itu bertujuan bagi menyatakan tanda terima kasih kepada guru-guru
mereka.

Penyelaras program Encik Angsor bin Karimon berkata objektif utama program ialah untuk
memupuk budaya penyayang, terima kasih, di kalangan murid-murid.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah, selaras dengan program-program yang


dianjurkan oleh kementerian . Hal ini penting kerana sekolah merupakan tempat penyemai
budaya penyayang,” katanya lagi.

Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut hadir dan seterusnya menyampaikan
hadiah kepada para peserta yang telah memenangi pelbagai pertandingan.

Langkah 4

• Selepas mengarang, kamu hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua


kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan,
tanda baca, dan ejaan.

• Kamu juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan kamu, terutamanya
aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat
pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang.

Latihan minggu ini.

1. Satu kemalangan jalan raya di tempat kamu. Tulis berita tentang kejadian tersebut
selengkapnya.

2. Seoranag murid lemas, sewaktu mandi di tali air di tempat kamu. Tulis berita tentang
kejadian tersebut selengkapnya.

3. Satu peristiwa yang mengembirakan telah diadakan di sekolah kamu. Tuliskan berita
mengenainya.

Contoh jawapan 2

SUNGAI PETANI 15 MEI. - Seorang murid tahun dua, Muaz Mustafa, 8, lemas ketika
mandi bersama tiga rakannya di sebuah tali air di belakang pasar tani, Sungai Petani, petang
kelmarin.

Ketua jabatan Siasatan Jenayah negeri, berkata mangsa yang tinggal di Taman Sentosa,
Sungai Petani mandi bersama rakannya di tali air yang baru digali sedalam 2.0 meter dan
lemas kira-kira jam 6 petang.

Muaz Mustafa yang dikatakan tidak pandai berenang, diselamatkan seorang penduduk
kampung yang melihat kejadian itu.

Mangsa dihantar ke hospital Sungai Petani tetapi disahkan meninggal dunia setibanya di
sana.

Ibu mangsa, Kamariah Ismail, 35, hanya mengetahui kejadian itu apabila diberitahu oleh
salah seorang rakan anaknya petang kelmarin.
Pihak polis menyeru ibu bapa supaya mengawasi anak-anak daripada bermain di kawasan
parit dan tali air.

GLOSARI:

mengunjungi mendatangi untuk melihat-lihat tempat dan lain-lain atau


menemui seseorang,melawat, menziarah
gimik sesuatu tindakan , objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang
digunakan untuk menarik perhatian umum lazimnya dalam bidang ekonomi dan politik
khasiat faedah atau kebaikan tertentu contoh zat makanan,manfaat
meleleh keluar atau mengalir perlahan-lahan
awas : kawal, jagai, berwaspada, berhati-hati
ria : suka hati kerana mendapat apa yang dihajatkan, riang, gembira
mesyuarat : bersidang , rundingan untuk membincangkan sesuatu
atau mencari sesuatu ketetapan
pengadil : orang yang mengadili sesuatu perkara atau pertandingan sukan,
di mahkamah hakim.
luput : hilang atau lenyap seperti zaman dongeng-mendongeng
yang sudah, hilang daripada hati atau lenyap daripada
ingatan, hilang daripada mata, terhindar daripada sesuatu,
terjauhkan atau terlepas daripada dakwaan, tidak mengena
pada sasaran, menyimpang daripada sasaran
hambat : memburu, mengejar( kerana hendak menangkap atau menyerang)
mashyur : tersebar di serata tempat bagi berita, peristiwa dan lain-lain,
ketahuan ketempat-tempat lain atau negeri-negeri lain, terkenal,
ternama bagi tempat atau orang
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 11:28 0 ulasan

Selasa, 2010 Mei 18


AUTOBIOGRAFI

Pengenalan
Karangan autobiografi adalah sejenis karangan yang menceritakan riwayat hidup sesuatu
objek, haiwan atau tumbuhan. Oleh itu semasa menulis karangan jenis ini , anda perlu
membayangkan diri anda sebagai objek , haiwan atau tumbuhan itu.

Pada umumnya, beberapa perkara di bawah ini perlu diberi perhatian sewaktu anda merangka
dan menulis karangan tersebut :

 Perlu menulis di mana dibuat,bahan-bahan yang digunakan,keadaan diri apabila


siap dipasarkan untuk jenis objek

 Untuk haiwan atau tumbuhan perlu diceritakan asal-usul , perkembangan hidup,


keistemewaan, dan pegorbanan atau sumbangan kepada kehidupan umum,

 Gambarkan berasa bangga dapat berkhidmat kepada manusia.


 Boleh menyelitkan perbualan antara sesama rakan.

 Paparkan nilai-nilai murni dan cerita mesti logik.

Soalan Perbincangan Minggu Ini

Tuliskan sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Robot”


Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Memahami kehendak soalan yang meminta anda menceritakan riwayat hidup Sebuah Robot.
Kamu boleh memberi nama robot yang kamu sukai. Selai itu kamu juga hendaklah
menentukan fungsi robot yang kamu ceritakan itu.

Langkah 2

Menyediakan isi-isi karangan berdasarkan konsep peta minda. Kamu perlu membiasakan diri
mencatat isi-isi penting menggunakan peta minda supaya karangan yang ditulis mempunyai
isi dan jalan cerita yang mantap.

Langkah 3

Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda. Anda perlu
mengarang mengikut urutan cerita dan binalah ayat mengikut tatabahasa yang betul.

Contoh karangan

Aku Sebuah Buku

Aku sebuah robot. Namaku ‘Cekap Setia’. Aku dicipta oleh sekumpulan jurutera tempatan.
Tujuan aku dicipta ialah untuk membantu golongan orang kurang upaya.

Aku dicipta dengan pelbagai keistimewaan atau fungsi, sebagaimana yang dikehendaki oleh
penggunnya. Aku dicipta untuk membantu tuanku yang cacat penglihatan. Aku mampu
membantu menyelesaikan masalah tuan aku.

Tuan aku telah membelanjakan hampir RM 100 000,00 untuk menciptakan aku. Dengan kos
yang mahal itu membolehkan aku mempunyai pelbagai fungsi, terutama dalam membuat
kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas rumah.

Pada suatu hari tuan aku telah membawa aku membeli belah. Kulihat semua mata tertumpu
ke arah aku dan tuan aku. Apa tidaknya, apabila tuan aku menyuruh aku memilih barang-
barang yang hendak dibeli, dengan pantas aku berjaya mendapatkannya.
Peristiwa yang mencabar hidupku ialah apabila aku berjaya menggagalkan satu rompakan di
sebuah bank. Ketika itu tuan aku sedang berurusan di sebuah bank tiba-tiba sekumpulan
perompak bersenjata api menyerbu bank tersebut. Apa lagi aku pun merampas senjata itu
dengan kuasa magnetku yang kuat.

Kini aku dihantar semula kepada pereka ciptanya untuk ditingkatkan fungsi dan keupayaan
aku. Aku yakin selepas ini aku dapat membantu tuan aku dengan lebih baik lagi.

Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan
perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian agar anda tidak kehilangan markah ialah
kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Soalan Latihan Minggu Ini

1. Tulis sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Kamera”.

2. Tuliskan sebuah karangan bertajuk “ Aku sekor ikan”.

3. Tuliskan sebuah karangan bertajuk “ Aku Seekor Lebah “.

Jawapan soalan 2

Contoh Jawapan Karangan Soalan 1

Aku ikan Kelisa. Sisikku berwarna kekuning-kuningan seperti emas, Mataku besar dan bulat.
Aku seekor ikan yang comel. Aku tinggal di dalam balang yang cantik.

Aku berasal dari sebuah anak sungai di Taman Negara. Aku telah ditangkap oleh seorang
pemburu kelisa lalu menjualnya kepada tuan aku sekarang dengan harga RM 1000.00. Ketika
itu usiaku baru sembilan bulan.

Aku sangat kecewa ketika itu. Aku sangat benci dengan manusia yang hanya mengejar
keuntungan semata-mata. Aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku yang bebas bermain
di celah-celah batu di dalam air yang dingin di tengah rimba.Tetapi kini aku sangat sayang
dengan tuan aku.

Tuan aku, telah menjaga aku dengan baik. Air di dalam balang tempat tinggalku sentiasa
bersih. Aku juga sentiasa kenyang kerana sentisa mendapat makanan yang bermutu tinggi.
Tuan aku suka melihat aku berenang-renang ke sana ke mari.

Kecantikan sisikku yang berkilau-kilauan membuatkan rakan-rakan tuan aku terpegun dan
sentiasa memuji-muji kecantikanku. Tuan aku bertambah sayang kepada aku, walaupun dia
telah ditawarkan RM 20 000.00 untuk membeli aku.

Kehidupanku gembira sekali. Tuan akau terus menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Aku
sangat sayang kepadanya.

GLOSARI

alur lekuk memanjang pada tanah, kayu,aliran air di kawasan becah.


ambang kayu yang dipasang melintang pada bahagian atas pintu atau jendela,
mengapung,bulan penih seolah-olah mengapung di udara.
cecah mengenai sedikit menyentuh sedikit, mencolek sambal
datar rata pada tanah atau permukaan,tidak turun naik atau tidak tinggi rendah
gedung : rumah besar yang dibuat daripada batu, bangunan
untuk maksud tertentu seperti untuk pejabat
mampu : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan
sesuatu, berupaya
lapang : tidak sempit, luas atau lega tidak ada yang merungsingkan
atau tenang
erat : tidak mudah lepas, tidak longgar, tetap tidak berubah,
rapat atau karib benar
kasa kain yang halus dan jarang tenunannya, jaringan dawai yang
halus-halus lubangnya biasa dipakai atau dikenakan
pada pintu almari makanan
matang masak pada buah-buahan atau makanan, sudah hampir akan
pecah pada bisul, sudah sempurna atau sudah
menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan
pada pemikiran
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 14:11 0 ulasan

Isnin, 2010 Mei 10


CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang
masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan
orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang
pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia
merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah
bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan
dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di
sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan
untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang
kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu
telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah
mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk
menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke
medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan
keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri
juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan
menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,
"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah
dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian
adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati
ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah
merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu
telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum
kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai
orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan
selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua
pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran
semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah
akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya,
semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal
yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk
mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah
memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima
besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang
berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah
pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah
200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan
pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan
nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita
semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan
berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak
kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api
ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati
dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-
musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah
menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua
yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur
dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal
membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi
kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya.
Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru
yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang
berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga
diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat.
Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi
menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung
di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah
itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah
dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang
lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima
perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang
menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah.
Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat
menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata
yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang.
Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika
itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa
keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan
tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku
mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal
yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan
meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa
peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang
ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 10:35 0 ulasan

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat,
kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai
orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan
tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s.
mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun
kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda
pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia
semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti
babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai
orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian
Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti
babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan
itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan
daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha
illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku
tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.


Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 10:12 0 ulasan

Jumaat, 2010 April 30


KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah
berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima
wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam
bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada
waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat
(hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat;
jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan
yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan
sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu
yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika
dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.
Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh
manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk
emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun
menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.
Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga
tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan
perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari
tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar
seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah,
tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan
dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang
menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar
burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh
putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia
membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan
diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung
kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu
dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana
tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima
peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam
doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau
makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika
bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih
manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak
jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat
kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi
membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah
ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk
berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab
kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara
yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat
seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal
seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya.
Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah
aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi
kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan
mengata hal orang walaupun ia benar.
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 11:56 0 ulasan

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua
mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-
Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan
datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah
bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"
Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah
S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian
dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar
dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Dicatat oleh hj. mohammad noor sanusi di 10:50 0 ulasan

Rabu, 2010 April 28


CAP

Sekali lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan pihak berkuasa
pendidikan supaya menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan
bertajuk School Bag Load and Its Effect on Erector spinae Muscle and Low Back Pain
Among Primary School Children in Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of
Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) January 2005) kepada Kementerian Pelajaran yang
mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya,
mendapati sehingga 58.3% daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami
sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan
dengan beban yang berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-
kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15% daripada berat tubuh
mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal
kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam


membawa beban pada bahagian belakang mereka. Kanak-kanak sekolah yang lebih muda
juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan
berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot
mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka. Penemuan ini
selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda
mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam
kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu
membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa
berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200
pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40% daripada mereka membawa
beg sekolah yang lebih daripada 20% atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka
sendiri. Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya
melebihi 10% daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah
belakang dan kecacatan spina. Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin
menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan
sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-
agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu
dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini. Potensi kesan sampingan terhadap
kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga
akan menjadikan berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

Tip UPSR: Jawapan tepat bantu calon cemerlang Bahasa Melayu Penulisan

>> Tuesday, August 25, 2009


Oleh Cikgu Faiz
BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam kabut sebelum menduduki
peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan.
Persediaan awal itu penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu
Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan
mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai peringatan, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A
membabitkan pembinaan ayat, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C
berkaitan ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.
(a) Bahagian A
1. Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan
peruntukan 10 markah.
2. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu
melakukan empat langkah, iaitu.

a. Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam
Bahagian A ada tiga, iaitu “tentang”, “aktiviti” atau “situasi”.
Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008,
terdapat ayat “Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat”. Ayat tersebut
boleh calon gunakan ketika membina ayat.
Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon
dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

b. Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar.
Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata
kerja yang berkaitan. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang ada.

c. Langkah ketiga.
Calon mula membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.
Dinasihatkan agar calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan
yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak).
Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat
(di mana, bagaimana, mengapa dan bila).
Contoh:
Watak Kata Kerja Maklumat
Beberapa orang murid - menyertai - pertandingan lukisan
- melukis - sempena Hari Kebangsaan
- mewarna - di dewan
Jawapan contoh: Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan lukisan
sedang melukis dan mewarna lukisan mereka sempena Hari Kebangsaan di dewan.
Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya,
ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna.
Calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk
ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.
Pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan
tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan.
Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina
agar lebih kemas dan teratur.

d. Langkah keempat
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan
daripada membina ayat pasif.
Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon
tidak pasti ejaannya. Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah.
Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah
tepat. Contohnya, antara “memangkas” dengan “mencantas”, dan “membelah”
dengan “mengerat”. Maknanya berbeza mengikut keadaan atau konteks ayat.
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa
maksud yang berbeza. Contohnya, “Ayah menjual ikan” dengan “Ayah penjual
ikan”. Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan
imbuhan.
Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina
bermula dengan huruf besar.
Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan
nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama
khas.

(b) Bahagian B
Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi
menghasilkan karangan yang baik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab
bahagian ini ialah 40 minit.
Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan kaedah FMK iaitu Formula
Menulis Karangan, iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.
Setiap karangan mempunyai enam perenggan.
233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat,
manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.
Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar
karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas.
Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

a. Langkah pertama
Pilih soalan. Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih
soalan yang hendak dijawab.
Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk
menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon
sukar mencari isinya.
Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis
karangan. Contohnya;
Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-
tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan anda dan
kawan anda ketika itu.
Kunci soalan ini ialah “Ceritakan tindakan”. Kehendak soalan ialah “menceritakan
tindakan selepas mendengar jeritan”. Manakala format dan jenis karangan ialah
cerita dan karangan tidak berformat.
Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis
karangan terpesong.

b. Langkah kedua
Merangka karangan. Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari
sama ada “Peta Minda”, “Melakar Isi” atau “Teknik Penyoalan”.

c. Langkah ketiga
Menulis karangan. Pastikan ada enam perenggan bagi karangan yang calon tulis.
Pastikan calon tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon
yang masukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Contohnya:
1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua.
Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua.
Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.
Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2.
Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah
ICK, iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC, iaitu isi, kesan dan contoh.
Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti
berbentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan
pendirian.

d. Langkah keempat
Semak karangan. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang
digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.
(c) Bahagian C
Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja.
Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian
ini.
Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat
dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal
dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.
Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau
pengajaran.
Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan
barang-barang dari dalam bilik itu.
Pengajaran bagi ayat ini ialah “menghargai”, manakala perbuatan yang
menunjukkan adanya pengajaran ialah “Abang mengucapkan terima kasih”.
Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak
tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya.
Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan.

a. Langkah pertama
Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali
lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau
pengajaran.
Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran waktu malam.
Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah “mengulang kaji”.
Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari
seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

b) Langkah kedua
Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan.
Contohnya:
Pengajaran Perbuatan Agar atau Siapa
Rajin mengulang kaji pelajaran - lulus periksa
- Zaidi

c) Langkah ketiga
Membina ulasan lengkap.
Contohnya: Kita mestilah rajin mengulang kaji pelajaran agar lulus peperiksaan
seperti Zaidi.
Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar
ayat yang dibina lebih menarik.
d) Langkah keempat
Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda
baca yang digunakan betul.
Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini
agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya.
Dicadangkan;
 Bahagian A - tiga minit faham gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit
untuk menyemak.
 Bahagian B - 10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit
hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan.
Bahagian C - Lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10
minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak.
Masa lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B
dan C

You might also like