You are on page 1of 4

Peristiwa-peristiwa membawa kepada Perjanjian Inggeris-

Belanda 1824

(I) Dasar perniagaan antara British dengan Belanda berbeza – British


mengamalkan dasar perniagaan terbuka manakala Belanda mengamalkan
dasar monopoli

(I) Kepentingan Belanda kepada England dari segi pertahanan – British


memerlukan Belanda sebagai pertahanan mereka (kedudukan strategik)

(I) Perselisihan faham Belanda dengan British berhubung pembukaan Singapura


oleh Stamford Raffles pada tahun 1819

(I) Belanda berhutang terlalu banyak kepada England


Syarat-syarat perjanjian inggeris-belanda 1824:
Butir-butir wilayah:
(I) Belanda bersetuju menyerahkan semua lojinya di India,
Melaka dan semua jajahan takluk Melaka kepada pihak
Britain.

(II) Belanda bersetuju menarik balik bantahannya ke atas


pendudukan British di Singapura dan mengiktiraf kedudukan
Singapura sebagai pelabuhan milik Britain.

(III) British bersetuju berundur dari Sumatera dengan menyerahkan Bangkahulu dan semua
kawasan milik Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) di Sumatera kepada Belanda.

(IV) Belanda berjanji tidak membuka sebarang penempatan atau membuat sebarang perjanjian
dengan mana-mana pemerintah di negeri-negeri Melayu.

(V) British bersetuju tidak membuka sebarang penempatan atau membuat sebarang perjanjian
dengan mana-mana pemerintah di Sumatera atau kawasan selatan dari Selat
Singapura, termasuk pulau-pulau Karimon dan kepulauan Riau-Lingga.
Butir-butir perdagangan:
(I) Kapal-kapal perdagangan dari kedua-dua buah negara dibenarkan saling memasuki
wilayah masing-masing dengan syarat dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh kedua-
dua belah pihak.
(II) Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan
kepulauan Melayu. Kuasa monopoli Belanda hanya dihadkan dalam monopoli rempah
di Pulau Maluku.
(III) Kedua-dua pihak bersetuju tidak akan mengganggu hubungan perdagangan antara satu
sama lain deangan kuasa tempatan. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama
bagi menghapuskan kegitan lanun.
(IV) Kedua-dua pihak hendaklah memberi layanan istimewa kepada pihak yang satu lagi
semasa berurusan di India, Kepulauan Ceylon (Sri Lanka) dan Kepulauan Melayu.
Peratutan-peraturan am tentang cukai kastam yang harus dibayar akan dirangka.

Butir-butir kewangan:
(I) Belanda bersetuju membayar sebanyak £100 000 pound untuk menjelaskan hutangnya
kepada British.
Kesan-kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

(I) Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu


pengaruh British dan Pengaruh Belanda.

(II) Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura


dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah
pengaruh Belanda.

(III) Persaingan kuasa antara Belanda dan British semakin sengit.

(IV) British hilang peluang untuk menubuhkan satu tanah jajahan di Kepulauan
Hindia Timur

You might also like