You are on page 1of 11

HBLS 3103

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


_____________________________________________________________________________

PENGENALAN

Bidang membentuk dan membuat binaan menekankan kepada pemahaman dan penguasaan
objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai
pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia berupa objek semulajadi, objek buatan manusia
atau bentuk ilusi. Bentuk semula jadi dan buatan manusia boleh disentuh, dilihat dan dirasa.
Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek
maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti
bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan
membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk
lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.

Bidang membentuk dan membuat binaan bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti.June
King Mc Fee berpendapat bahawa kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan
idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Menurut Carl
Rogers pula, kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan
seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama
ada suka atau duka.

Bidang ini juga bertujuan untuk membuat penerokaan dan eksperimen bahan bagi
memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.
Bidang membentuk dan membuat binaan juga penting bagi mengembangkan persepsi pelajar
tentang seni tiga dimensi. Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar tentang seni tiga
dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk pelajar terus belajar dan
berkarya. Selain dari itu, pelajar juga dapat mengenali pelbagai bentuk asas. Secara mudahnya
bentuk asas terdiri daripada bentuk organik dan bentuk geometri. Bentuk organik mempunyai
sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk-keluk, berjurai, lembik dan sebagainya.. Ia
mungkin berupa pokok, buah-buahan, binatang, gunung-ganang dan lain-lain lagi.
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________
Manakala bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu. Ia mungkin
berupa bangunan, kotak, piramid, kun dan berbagai-bagai lagi.

BAHAGIAN A

1.0 ORIGAMI

1.1 PENGENALAN

Origami merupakan kesenian melipat kertas mula diperkenalkan pada abad pertama di China
iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan
kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal
daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan
juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan
penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Ianya menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat
keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji
tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920
apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-
buku di pasaran. Ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk
menghasilkan origami pada tahun 1930.

1.2 MAKSUD ORIGAMI

Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia
merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.Origami boleh
menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan
bentuk akhir yang terhasil.
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

Perkataan ‘Origami’ sendiri berasal dari Bahasa Jepun, iaitu “ori” yang bermaksud melipat
dan “gami” yang bermaksud kertas. Hanya dengan melipat kertas, kita boleh mengubah kertas
tersebut menjadi benda yang berguna atau bentuk yang indah dari suatu karya seni.

Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat. Jenis kertas yang digunakan
juga bermacam-macam, selain kertas khusus origami seperti Washi paper atau Chiyogami paper,
dapat pula menggunakan kertas A4 70 gram yang biasanya cukup nipis dan crunchy untuk
dilipat sampai kertas tebal yang memerlukan tenaga ekstra untuk melipatnya. Jenis kertas yang
dipakai ini bergantung kepada jenis bentuk yang akan dibuat.

Origami memiliki dua lipatan dasar yaitu valley fold dan mountain fold serta beberapa
bentukan dasar yang sering digunakan sebagai awalan dari beragam bentukan origami,
diantaranya adalah preliminary base yang bisa dibuat burung, strawberry atau star box, dan
waterbomb base yang bisa dibuat kelinci atau kupu-kupu.

1.3 JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

Jenis-jenis bentuk origami terdiri daripada :

a) Haiwan

- kebanyakkan origami biasanya dibentuk dari jenis ini.


- contohnya : bentuk ikan, ayam, rama-rama, katak, gajah, burung, kucing, serangga,
dinosaur dan lain-lain lagi.
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

http://images.google.com.my/imgres?
imgurl=http://andreasrio.com/flickr/origami1.jpg&imgrefurl=http://www.andreasrio.com/blog/in
dex.php%3Fs%3Dberbagai&usg=__0wjYRDli_Jtx7R1PZo--
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

http://www.papercraftcentral.net/wp-content/uploads/2009/04/img_0218.jpg

b) Barang Permainan
- bentuk origami jenis biasanya terdiri daripada sampan, kereta, topi, kapal, bangunan, rumah
dan sebagainya

http://www.origami-instructions.com/images/sampan/thumbnails/20-origami-sampan_20.JPG

http://media.photobucket.com/image/origami/paperboy187/origami-chair-by-so-takahashisqu.jpg
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

http://www.booooooom.com/wp-content/uploads/2008/10/booooooom_dollar_01.jpg

c) Tumbuh-tumbuhan
- Origami jenis ini biasanya terdiri daripada bentuk bunga, daun, pokok dan lain-lain lagi

http://www.scrapbookeronline.com/images/articles/sid136/sbkPrima-tulipvase.jpg
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://2.bp.blogspot.com/_6t2-
ahxOwE4/SY7kO7wai2I/AAAAAAAACHY/fN2Witxgio4/s400/origami
%2Bflower.jpg&imgrefurl=http://womanofnotes.blogspot.com/2009/01/origami-
flowers.html&usg=__L4_HUEhZ_JKNHh2X_NNeEsCP92M=&h=300&w=400&sz=27&hl=en&start=18&tbnid=l
yMUS6CcAx4h6M:&tbnh=93&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3Dorigami%2Bflower%26gbv%3D2%26hl
%3Den

d) Perhiasan
- Origami perhiasan terdiri daripada kotak barang kemas, kotak hadiah, barang kemas,
bintang

http://teonix.net/images/origami-pils.jpg

http://images.google.com.my/imgres?
imgurl=http://www.ozonehouse.com/john/origami/dodecahedron.jpg&imgrefurl=http://www.ozonehouse.com/john/
origami/index.html&usg=__KLkTWrroBo5aSTsQ7ZSwTX-H2-
w=&h=310&w=300&sz=17&hl=en&start=22&tbnid=jgx0cAHwQjW4uM:&tbnh=117&tbnw=113&prev=/images
%3Fq%3Dorigami%26gbv%3D2%26ndsp%3D20%26hl%3Den%26sa%3DN%26start%3D20
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

1.4 CETUSAN IDEA


HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________

1.9 KESIMPULAN ORIGAMI

Penghasilan origami dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan ekspresi
mereka melalui guntingan dan lipatan kertas. Selain itu, ia juga mampu membina atau
meningkatkan psikomotor halus pelajar di dalam proses menggunting, melipat dan
membentuk/membina. Pembentukan sikap dan menerapan nilai murni juga dapat dilakukan
melalui proses penghasilan origami di dalam kelas.

Yang jelas, aktiviti melipat kertas atau origami itu sangat menyenangkan. Setiap orang
pelajar akan merasakan keseronokkan yang berbeza-beza. Bahkan pelajar akan merasa bangga
dan berpuas hati sekiranya mereka berjaya menyelesaikan sesuatu bentuk yang diingini.
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________
PENGENALAN MOBAIL
Ketika pengarca mencari satu konsep baru dan tersendiri, muncullah idea untuk
mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah
menampilkan dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni.
Arca sedemikian dinamakan sebagai mobail. Arca mobail dipelopori oleh
Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika
Syarikat. Arca mobail yang sifatnya boleh bergerak digelar juga sebagai mobail
kinetik. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Calder telah menghasilkan
monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada seniman untuk
mereka bentuk yang yang lebih menarik dan canggih. Suatu kehebatan Calder
dalam penghasilan mobail ini ialah elemen geometri yang diadaptasi berasaskan
kepingan logam industri dan disusun secara sekuen untuk menghasilkan suatu
urutan yang terancang dan teraputik. Apabila dunia inginkan perubahan, mobail
disepadukan dengan mesin dan jentera yang boleh bergerak melalui kawalan
secara manual atau automatik dan terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetic
yang diberi tajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant
mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga
yang berdesir. Idea wau yang berdengung di udara, unggas berterbangan,
ombak yang berdeburan menjadi sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi
perhatian pengarca.
HBLS 3103
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
_____________________________________________________________________________
PENUTUP
• Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang
mengutamakan penguasaan jisim atau isi padu objek, reka bentuk dari setiap
posisi dan lokasi serta fungsinya.
• Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu
penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh
pelukis.
• Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat
binaan tidak boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan
rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan
ketepatan hasil dapatan.
• Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciriciri
kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan topik
binaan.
• Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa elektrik seperti pengisar kertas
untuk membuat paper mashe, mesin untuk menggaul paper mashe, mesin
perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan
dapatan yang baik dan bermakna.
• Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu
dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabil statik dan perlukan tapak
yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar
dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari
cermin.
• Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya
akan kelihatan cantik dan menarik.

You might also like