You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab
menggunakan Bahasa Melayu sahaja.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times
New Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan


selepas tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti
yang tepat dan relevan.

9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.
SOALAN TUGASAN

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam
Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda.
Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan
berikut:

(a) Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu


tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam
penulisan sastera.

(b) Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam


karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks
sastera sekolah menengah.

(c) Persembahan pembentangan kertas kerja dalam bentuk ‘Power Point’ yang
meliputi keseluruhan kandungan utama kertas kerja.

[Jumlah: 30 markah]

2
PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam
internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberikan contoh yang tepat dan sesuai.

2. Buat pencarian menerusi internet yang berkaitan Kesusasteraan Melayu untuk


mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Meminta kerjasama daripada Pegawai Jabatan, Pengetua, Ketua Bidang Bahasa dan
Ketua Panitia beberapa sekolah menengah untuk penyediaan kertas kerja tersebut.

4. Berbincang dengan guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu, sama ada di


sekolah anda ataupun di sekolah-sekolah yang lain ataupun di Jabatan Pelajaran
Daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sesuai dalam
meningkatkan kualiti kandungan kertas kerja tersebut.

5. Menulis kertas kerja tersebut mengikut format penulisan kertas kerja yang betul.

6. Menggunakan ilustrasi atau bahan grafik untuk membantu anda menjelaskan inti
pati penulisan tugasan.

7. Melampirkan salinan kandungan ‘Power Point’ di bahagian lampiran dan salinan


‘CD’ yang mengandungi keseluruhan persembahan ‘Power Point’ yang telah
disediakan.

3
PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta supaya dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap subtajuk.

3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberikan markah dan
memasukkan markah dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan


buku-buku rujukan mengikut bidang sastera.

5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan.

6. Tutor perlu membimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan, sama ada buku
ataupun laman web menggunakan gaya APA yang betul.

You might also like