You are on page 1of 31

PANDUAN PENGAJIAN SISWAZAH

MELALUI MOD PENYELIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT PENGURUSAN PENGAJIAN SISWAZAH

1
KANDUNGAN MUKA SURAT

Kandungan 2

Senarai Lampiran 4

Latarbelakang Universiti Malaysia Kelantan 5

Program Pengajian Siswazah Yang Ditawarkan 7

Kelayakan Kemasukan 8

Keperluan Bahasa 8

Permohonan 9

Kemasukan Khas 9

Pendaftaran 11

Penulisan Tesis 12

Yuran 12

Tempoh Pencalonan 14

Penukaran Taraf Pencalonan 15

Pelanjutan Tempoh Pencalonan 15

Seminar 16

Penangguhan Pengajian 16

Keperluan Bermastautin 17

Penyeliaan Calon 17

Penukaran Peringkat Pengajian 21

Pelantikan Pemeriksa 23

Peperiksaan 25

Peperiksaan Lisan (VIVA) 26

Keanggotaan Jemaah Pemeriksaan Tesis 27

Penyediaan Dan Penyerahan Tesis 28

Penamatan Calon 30

2
Tempoh Untuk Pelajar Menghidupkan Semula Pencalonan Yang Telah Tamat 30

Penganugerahan Ijazah 30

Gelaran Skrol 30

3
SENARAI LAMPIRAN

Bil. Lampiran Tajuk Muka Surat

1 Lampiran I Borang Permohonan Kemasukan 31

2 Lampiran II Borang Laporan Pengadil 35

4
LATAR BELAKANG UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

PENGENALAN

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diumumkan penubuhannya semasa pembentangan Rancangan
Malaysia Kesembilan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31 Mac 2006. Ia kemudiannya diluluskan
penubuhan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006 dan diwartakan sebagai Universiti Awam
yang kesembilanbelas ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia.

Bagi sesi 2007/2008, UMK beroperasi di Kampus Sementaranya di Institut Perguruan Kota Bharu dan
Taman Bendahara di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada sesi 2007/2008, terdapat penubuhan tiga buah Fakulti dan satu Pusat Pengajian sebagai perintis
UMK iaitu:
 Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
 Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
 Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
 Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

VISI & MISI

VISI

Peneraju pembangungan modal insan bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan global.

MISI

UMK menyediakan:
 program akademik berkualiti dan relevan
 penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi
 perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial

yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan;

UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan
menyediakan persekitaran kondusif;

dan

warga UMK berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional,
mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan.

5
OBJEKTIF

• menyediakan kursus pengajian & latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri
keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum;

• membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan
negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat;

• membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan &
pengurusan;

• membangun kapasiti & keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan
daya saing dalam penjanaan kekayaan negara;

• menyediakan infrastruktur & sistem sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan
Universiti bertaraf dunia;

• melaksanakan aktiviti pembangunan wilayah sejajar dengan rancangan pembangunan Wilayah


Ekonomi Pantai Timur (ECER);

• mengamalkan tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif serta berintegriti tinggi;

PROSPEK MASA HADAPAN

UMK akan menjadi sebuah universiti yang terkehadapan dalam pembangunan insan melalui penerapan
nilai-nilai keusahawanan, kemahiran bahasa antarabangsa dan ICT.

6
PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH POSTGRADUATE PROGRAMME
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Program Yang Ditawarkan Adalah Secara Berperingkat


Courses Offered By Stages

Rancangan melalui Mod Penyelidikan Programme through Research Mode

Sarjana Sains (Keusahawanan Pertanian) (Agro-Entrepreneurship)


Master of Science (Teknologi Bioindustri) (Bioindustry Technology)
(Bioteknologi Pertanian) (Agriculture Biotechnology)
(Pengurusan Sumber Asli) (Natural Resources Management)

Sarjana Keusahawanan (Pengurusan) (Management)


Master of Entrepreneurship (Kewangan) (Finance)
(Perakaunan) (Accounting)
(Perdagangan) (Commerce)
(Peruncitan) (Retail)

Sarjana Sastera (Pengajian Warisan) (Heritage Studies)


Master of Arts (Tekstil dan Fesyen) (Textile and Fashion)
(Rekabentuk Produk) (Product Design)
(Multimedia) (Multimedia)
(Komunikasi Visual) (Visual Communication)

Doktor Falsafah
Doctor of Philosophy

7
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

SYARAT DAN PERATURAN PENGAJIAN SISWAZAH MELALUI MOD PENYELIDIKAN

1. KELAYAKAN KEMASUKAN

Calon-calon yang ingin mengikuti Pengajian Siswazah di Universiti Malaysia Kelantan hendaklah
mempunyai kelayakan berikut :-

1.1 Calon Sarjana

1.1.1 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang baik (PNGK > 2.75) dari Institusi Pengajian
Tinggi Awam atau luar negara yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya
dan yang diterima oleh Senat Universiti.

Walau bagaimanapun, seseorang pemohon yang mempunyai kelayakan yang lain boleh
juga diberi pertimbangan sekiranya beliau mempunyai pengalaman penyelidikan yang
sesuai serta dapat menunjukkan kebolehan untuk mengikuti Pengajian Siswazah.

1.2 Calon Doktor Falsafah

1.2.1 Ijazah Sarjana dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau luar Negara yang diiktiraf atau
kelayakan yang setaraf dengannya dan yang diterima oleh Senat Universiti.

Walau bagaimanapun, Senat Universiti boleh membenarkan seseorang calon yang


mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama (PNGK 3.70) yang cemerlang
dipertimbangkan untuk masuk terus ke peringkat Doktor Falsafah, iaitu apabila calon itu
telah menghasilkan kertas penyelidikan yang telah menarik perhatian yang tinggi atau
mempunyai pengalaman penyelidikan yang berkaitan yang telah dibuktikan
kecemerlangannya di sesuatu institusi penyelidikan.

1.3 Pemohon dari kalangan staf UMK hendaklah telah disahkan dalam jawatannya dan
diperakukan oleh Ketua Jabatan. Permohonan mengikuti program pengajian lanjutan perlu
terlebih dahulu mendapat kelulusan Naib Canselor.

2. KEPERLUAN BAHASA

2.1 Calon-calon luar negara dikehendaki mendaftar kursus asas Bahasa Malaysia yang akan
ditetapkan oleh Universiti dan lulus kursus tersebut dalam tempoh pencalonannya di Universiti
ini.

2.2 Fakulti/pusat boleh mengenakan keperluan bahasa lain kepada seseorang calon jika perlu.

2.3 UMK menggalakkan pelajar mempunyai kelayakan Bahasa Inggeris seperti TOEFL dan IELTS.
Walau bagaimanapun, syarat ini dikecualikan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian
mereka dalam aliran Bahasa Inggeris serta menunjukkan bukti tentang tahap penguasaan

8
dalam Bahasa Inggeris.

2.4 Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) boleh memilih untuk melaksanakan atau tidak
melaksanakan syarat minimum Bahasa Inggeris bagi calon-calon luar negara. PTJ yang
memilih untuk melaksanakan syarat tersebut hendaklah mengikuti syarat minimum yang
ditetapkan iaitu TOEFL 550, IELTS Band 6 atau Muet Band 3.

3. PERMOHONAN

3.1 Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang Permohonan Kemasukan
Program Pengajian Siswazah yang boleh didapati dari Pejabat Pengurusan Pengajian Siswazah
(PPPS), UMK dengan bayaran RM10.00 untuk pemohon tempatan dan US$5.00 untuk
pemohon luar negara.

Borang permohonan juga boleh dimuat-turun dari laman web UMK secara percuma melalui
http://www.umk.edu.my (Lihat Lampiran I).

3.2 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran pemprosesan sebanyak RM 40.00.
Bagi permohonan melalui laman web, bayaran pemprosesan boleh dibuat menggunakan bank
draf, cek atau wang pos atas nama ”Bendahari UMK”.

3.3 Semua borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Unit Pengurusan Pengajian Siswazah (UPPS),


Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik,
Universiti Malaysia Kelantan,
Karung Berkunci 36,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan

3.4 Satu salinan borang permohonan akan dihantar ke Fakulti/Pusat berkaitan sebaik sahaja
diterima oleh UPPS.

4. KEMASUKAN KHAS

4.1 Jawatankuasa Pengajian Siswazah boleh menimbang dan meluluskan permohonan calon
seperti berikut:

4.1.1 Calon yang memenuhi syarat kemasukan yang jelas iaitu ijazahnya diiktiraf dengan
PNGK >3.70 di peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk tawaran terus ke Doktor Falsafah
dan PNGK >2.75 untuk tawaran ke peringkat Sarjana. Tawaran akan dibuat oleh
Pejabat Pengurusan Pengajian Siswazah setelah diperakukan oleh Jawatankuasa
Pengajian Siswazah Universiti (JPSU).

4.1.2 Permohonan bagi Ijazah Sarjana Muda pada PNGK <2.75 iaitu antara 2.5-2.75 perlu

9
memenuhi kriteria berikut untuk dipertimbangkan oleh Fakulti/Pusat. UPPS akan
mengambil tindakan menyediakan surat tawaran.

(a) Mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang yang dipohon sekurang-


kurangnya satu (1) tahun atau pengalaman kerja ikhtisas dalam bidang
berkenaan sekurang-kurangnya satu (1) tahun; atau

(b) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan ilmiah dalam bidang yang
dipohon; atau

(c) PNGK untuk kursus major/elektif sekurang-kurangnya 3.0 ( Gred B) atau


bersamaan dengannya, atau

(d) Mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam projek tahun akhir.

4.1.3 (i) Calon yang mendapat PNGK 3.0 di peringkat Sarjana melalui Mod Kerja Kursus
/ Mod Campuran daripada IPTA atau luar negara boleh ditawarkan terus untuk
mengikut pengajian pada peringkat Doktor Falsafah setelah mendapat
perakuan Majlis Fakulti/Pusat.

(ii) Calon yang menjalankan pengajian pada peringkat Sarjana melalui Mod
Penyelidikan boleh ditawarkan terus setelah mendapat perakuan Majlis
Fakulti/Pusat.

4.1.4 Kelayakan dalam bidang berlainan

(i) Seseorang calon yang akan dipertimbangkan hendaklah mempunyai kelayakan


akademik yang ada kaitan dengan bidang penyelidikan yang dipohon;

(ii) Jika calon yang memohon tidak mempunyai kelayakan berkaitan, calon perlulah
mempunyai pengalaman dalam bidang yang dipohon sebagai penyelidik atau
terlibat dalam kerjaya yang berkaitan selepas berijazah; dan

(iii) Sekiranya diterima, calon akan disyaratkan beberapa kursus prasyarat, iaitu:-

(a) Calon perlu mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya Gred C+ kursus


prasyarat atau mengaudit/mengikuti kursus yang setaraf dengannya dan
yang telah ditetapkan pada Semester I dan II;

(b) Calon-calon boleh disyaratkan memenuhi keperluan kerja kursus sebelum


memulakan penyelidikan ataupun menjalankan kerja kursus dan
penyelidikan secara serentak;

(c) Kursus-kursus yang disyaratkan hendaklah diperakukan oleh Fakulti


bersama-sama dengan perakuan penerimaan calon;

(d) Kursus-kursus yang diperakukan mestilah sesuai dan ada kaitan dengan

10
penyelidikan yang bakal dijalankan oleh calon.

4.1.5 Calon dari luar negara yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari universiti
yang sama, kelas pengijazahan yang agak sederhana atau taraf ijazahnya dari universiti
yang tidak berapa terkenal, kebiasaannya diterima untuk peringkat Sarjana dahulu.

4.1.6 Dalam kes luar biasa, Senat Universiti boleh membenarkan seseorang calon yang
cemerlang dipertimbangkan untuk kemasukan terus ke peringkat Doktor Falsafah, iaitu
apabila calon mempunyai kualiti akademik yang cemerlang atau menghasilkan kertas
penyelidikan yang telah menarik perhatian yang tinggi atau dengan pengalaman
penyelidikan yang berkaitan yang telah dibuktikan di sesuatu institusi penyelidikan.

4.1.7 Calon yang pernah gagal dari universiti lain, sama ada dari dalam atau luar negara akan
ditolak atas dasar Universiti tidak mengambil calon yang pernah gagal.

5. PENDAFTARAN

5.1 Calon-calon yang mengikuti mod penyelidikan boleh mendaftar sepanjang tahun. Sekiranya
calon mendaftar pada atau sebelum 15hb., tarikh kuatkuasa pencalonannya adalah pada 1hb.
bulan berkenaan, manakala calon yang mendaftar selepas 15hb., tarikh kuatkuasa
pencalonannya adalah pada 1hb. bulan berikutnya.

5.2 Calon yang tidak dapat mendaftar pada tarikh-tarikh yang ditetapkan, perlulah mengemukakan
permohonan kepada Fakulti/Pusat untuk mendaftar lewat atau menangguhkan pendaftarannya.

5.3 Sewaktu pendaftaran, calon program penyelidikan boleh diminta mengambil dan lulus
peperiksaan bagi kursus-kursus tertentu di dalam keadaan berikut:-

(i) Sekiranya bidang tumpuan/penyelidikan berbeza dari bidang asalnya; dan

(ii) Sekiranya pencapaian akademik calon agak lemah dan kebolehannya meneruskan kerja-
kerja akademik diragui.

Garis panduan ini akan ditetapkan sebelum calon mendaftarkan diri. Jika selepas pendaftaran
kekurangan/kelemahan calon dikesan, maka ia akan diminta mengambil kursus audit/bacaan
yang ditawarkan tanpa meminta calon menduduki peperiksaan.

5.4 Tempoh pencalonan seseorang calon Mod Penyelidikan akan tamat secara automatik apabila
calon mengemukakan lapan (8) naskah tesis yang telah disahkan oleh Penyelia dan Dekan
untuk pemeriksaan oleh pemeriksa yang akan dilantik oleh fakulti/pusat/ dan diluluskan oleh
JPSU.

5.5 Seseorang calon Pengajian Siswazah yang berdaftar di Universiti ini sama ada secara penuh
masa atau sambilan tidak dibenarkan mendaftar untuk sesuatu ijazah yang lain di universiti-
universiti tempatan atau luar negara, melainkan setelah mendapat kebenaran dari Universiti ini.

11
5.6 Bagi calon lama [Mod Penyelidikan], tarikh kuatkuasa pencalonan ialah pada bulan Jun sesuatu
Sesi Akademik. Pendaftaran adalah berkuatkuasa bagi calon yang tempoh pencalonannya
masih aktif. Bagi calon-calon yang telah tamat tempoh pencalonan, maka dianggap telah
ditamatkan dan namanya akan dikeluarkan dari senarai calon aktif.

5.7 Calon dikehendaki memperbaharui pendaftaran pada setiap sesi akademik. Bagi calon yang
tidak membaharui pendaftaran [walaupun berstatus aktif] surat tunjuk sebab akan dikeluarkan.
Selepas itu, pencalonan calon akan ditamatkan.

6. PENULISAN TESIS

6.1 Calon diberi kebebasan untuk menulis tesis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

6.2 Calon-calon luar negara yang ingin menulis tesis Bahasa Malaysia juga dibenarkan. Walau
bagaimanapun, tindakan perlu diambil oleh fakulti/pusat untuk memastikan kualiti penulisan
tesis oleh calon adalah terjamin.

Jika seseorang calon didapati lemah dalam Bahasa Malaysia untuk tujuan penulisan tesis,
Fakulti hendaklah menasihati calon mengikuti kursus Bahasa Malaysia yang bersesuaian di
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah.

7. YURAN

7.1 Semua calon yang mendaftar diri secara rasmi di Universiti Malaysia Kelantan diperlukan
membayar yuran.

7.2 Pembayaran yuran dikenakan mengikut sistem semester.

7.3 Jenis-jenis yuran yang dikenakan bagi pelajar Pengajian Siswazah dalam negara dan luar
negara adalah seperti berikut:

Yuran Berulang (bagi setiap Sesi Akademik)


Yuran Pengajian/ Penyelidikan
Yuran Kesihatan
Yuran Tabung Kebajikan (calon penuh masa)
Yuran Perpustakaan

Yuran Tidak Berulang (sekali sahaja)


Yuran Peperiksaan Tesis (Doktor Falsafah sahaja)
Yuran Pendaftaran
Yuran Kad Pelajar
Yuran Perkhidmatan Perkomputeran/Peralatan
Yuran Konvokesyen, Skrol Ijazah, Transkrip Akademik
Yuran Alumni

12
7.4 Calon yang di bawah tajaan Kementerian/Jabatan perlulah mengemukakan surat tawaran
biasiswa kepada Jabatan Bendahari.

7.5 Pembayaran yuran boleh dibuat di Jabatan Bendahari UMK.

7.6 Syarat-syarat dan Peraturan Yuran

7.6.1 Bayaran Yuran

1. Semua calon tidak dibenarkan membayar yuran secara ansuran.

2. Calon perlu membayar yuran sebelum pendaftaran.

3. Pembayaran yuran hendaklah dibuat sehingga semester seseorang calon


menyerahkan lapan (8) naskah tesis untuk pemeriksaan.

4. Yuran tesis perlu dibayar dan resit disertakan dengan borang notis penyerahan
tesis.
.
7.6.2 Denda Pembaharuan Pendaftaran

1. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pelajar yang berdaftar untuk


membaharui pendaftaran dan menjelaskan yuran seperti yang ditetapkan. Namun
demikian pada setiap semester, notis memperbaharui pendaftaran akan dihantar.

2. Calon diberikan tempoh selama sebulan untuk menjelaskan yuran pengajian


untuk sesi pembaharuan pendaftaran, iaitu dua (2) minggu sebelum dan dua (2)
minggu selepas Sesi Akademik yang baru.

3. Calon akan dikenakan denda sebanyak 5% daripada jumlah yuran untuk setiap
bulan yang lewat sehingga tiga (3) bulan. Jika calon tidak menjelaskan yuran dan
membaharui pendaftaran selepas tiga (3) bulan, pencalonan calon akan
ditamatkan.

4. Dalam kes rayuan, sekiranya calon dibenarkan mendaftar semula selepas


pencalonan ditamatkan, calon diperlukan membayar dengan menghidupkan
semula pendaftaran sebanyak RM300.00 bersama yuran pengajian untuk sesi
tersebut.

7.6.3 Kadar Yuran Mengikut Taraf Pencalonan

Yuran bagi calon sambilan bagi peringkat Doktor Falsafah ialah 60% kurang berbanding
daripada calon penuh masa dan 50% kurang berbanding daripada calon penuh masa
bagi peringkat Sarjana.

13
7.6.4 Kadar Bayaran Maksimum Yuran Pengajian

1. Pembayaran yuran akan dikira sehingga semester calon menyerahkan lapan (8)
naskah tesis untuk pemeriksaan.

2. Sekiranya lapan (8) naskah tesis telah diserahkan, yuran pengajian yang telah
dibayar untuk sesuatu semester tidak boleh dituntut semula kerana penyeliaan
telah dilaksanakan oleh penyelia dan yuran tesis yang dicaj adalah untuk yuran
peperiksaan dan juga pembayaran 'honorarium' untuk pemeriksa luar.

3. Calon yang diperlukan menyerah semula tesis untuk pemeriksaan semula


dikehendaki membayar yuran pengajian.

7.6.5 Pembayaran Balik Yuran Bagi Calon Yang Menggugurkan Kursus, Menarik Diri,
Menukar Taraf Pencalonan

Calon yang menarik diri dalam tempoh dua (2) bulan selepas pendaftaran layak
menuntut balik yuran pengajian dan Wang Hemat Diri.

Bagaimanapun, mulai bulan ketiga, yuran calon yang menarik diri tidak akan
dikembalikan kecuali Wang Hemat Diri.

8. TEMPOH PENCALONAN

8.1 Ijazah Sarjana

8.1.1 Tempoh minimum pencalonan bagi seseorang calon sepenuh masa ialah 12 bulan dan
maksimum 36 bulan.

8.1.2 Tempoh minimum pencalonan bagi seseorang calon sambilan ialah 24 bulan dan
maksimum 72 bulan.

8.2 Ijazah Doktor Falsafah

8.2.1 Tempoh minimum pencalonan sepenuh masa ialah 30 bulan dan maksimum 60 bulan.

8.2.2 Tempoh minimum pencalonan sambilan ialah 36 bulan dan maksimum 96 bulan.

8.3 Senat boleh meluluskan permohonan seseorang calon yang mengikuti Ijazah Sarjana untuk
menukar peringkat pengajiannya dari Ijazah Sarjana kepada Ijazah Doktor Falsafah. Tempoh
minimum dan maksimum pencalonan seseorang calon yang menukar peringkat pengajiannya
dari Ijazah Sarjana kepada Doktor Falsafah dikira dari tarikh beliau didaftarkan sebagai calon
Sarjana.

14
9. PENUKARAN TARAF PENCALONAN

9.1 Seseorang calon boleh menukar taraf pencalonan dari sepenuh masa kepada sambilan atau
sebaliknya.

9.2 Penukaran taraf pencalonan hanya boleh dibuat sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh
pencalonan (misalnya dari sepenuh masa ke sambilan dan sebaliknya).

9.3 Pertimbangan bagi permohonan penukaran taraf terutama dari sepenuh masa ke sambilan oleh
fakulti perlu disertai dengan justifikasi yang munasabah.

9.4 Kiraan tempoh pencalonan bagi seseorang calon Ijazah Sarjana yang menukar taraf
pencalonannya adalah seperti berikut:-

(i) Bagi penukaran daripada sepenuh masa kepada sambilan, kiraan dibuat dengan
mendarab 5/3 dengan tempoh dari tarikh permohonan diluluskan oleh JPSU hingga ke
tarikh maksimum pencalonan yang asal.

(ii) Bagi penukaran dari sambilan kepada sepenuh masa, kiraan dibuat dengan mendarab 3/5
dengan tempoh dari tarikh permohonan diluluskan oleh JPSU hingga ke tarikh maksimum
pencalonan yang asal.

9.5 Kiraan tempoh pencalonan bagi seseorang calon Ijazah Doktor Falsafah yang menukar taraf
pencalonannya adalah seperti berikut:-

(i) Bagi penukaran dari sepenuh masa kepada sambilan, kiraan dibuat dengan mendarab 4/3
dengan tempoh dari tarikh permohonan diluluskan oleh JPSU hingga ke tarikh maksimum
pencalonan yang asal.

(ii) Bagi penukaran dari sambilan kepada sepenuh masa, kiraan dibuat dengan mendarab 3/4
dengan tempoh dari tarikh permohonan diluluskan oleh JPSU hingga ke tarikh maksimum
pencalonan yang asal.

9.6 Semua permohonan pertukaran taraf pencalonan hendaklah dikemukakan melalui borang dan
diperakukan oleh Dekan Fakulti/Pusat.

10. PELANJUTAN TEMPOH PENCALONAN

10.1 Calon boleh memohon secara bertulis kepada Dekan Fakulti untuk melanjutkan tempoh
pencalonannya. Permohonan tersebut mesti dikemukakan dua (2) bulan sebelum tempoh
maksimum pencalonannya tamat dengan justifikasi yang kukuh serta sokongan Penyelia.

10.2 Permohonan pelanjutan tempoh melebihi tempoh 12 bulan (1 tahun) perlulah mendapat
kelulusan JPSU.

15
10.3 Sekiranya tempoh pencalonan calon sudah tamat sebelum calon menyerahkan tesis untuk
diperiksa, maka permohonan pelanjutan tempoh pencalonan harus dibuat oleh calon sendiri
melalui fakulti/pusat berkenaan.

Sebaliknya sekira tempoh pencalonan tamat selepas penyerahan tesis tetapi ujian lisan belum
diadakan, maka pelanjutan tempoh pencalonan harus dibuat secara pentadbiran.

11. SEMINAR

Seseorang calon wajib memberikan sekurang-kurangnya satu seminar sepanjang tempoh


pencalonannya. Sebagai garis panduan, seminar yang boleh dikendalikan oleh fakulti ialah:-

(i) Seminar bagi membantu calon menentukan haluan dan tajuk penyelidikannya;

(ii) Seminar berkaitan dengan data yang telah dikumpulkan semasa calon menjalankan penyelidikan;
dan

(iii) Seminar setelah calon melengkapkan kajian dan mengemukakan tesis pemeriksaan.

12. PENANGGUHAN PENGAJIAN

12.1 Seseorang calon boleh memohon untuk penangguhan pengajian bagi tempoh yang tidak
melebihi satu (1) tahun.

12.2 Seseorang calon yang mengikuti program penyelidikan dan ingin memohon penangguhan
pengajian hendaklah terlebih dahulu telah memenuhi keperluan penyampaian satu seminar jika
kemasukannya mensyaratkan demikian di fakulti melainkan atas alasan perubatan atau hal
peribadi yang terdesak.

12.3 Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti.


Permohonan ini hendaklah disokong oleh Penyelia Utama dengan dokumen-dokumen yang
berkaitan. Permohonan ini akan dikemukan kepada JPSU untuk pertimbangan.

12.4 Seseorang calon yang diluluskan penangguhan pengajian dengan penalti tidak akan diberi
pengecualian yuran pengajian dan tempoh ini akan diambil kira dalam pengiraan tempoh
pencalonan calon.

12.5 Bagi permohonan cuti yang tidak melebihi tiga (3) bulan, Dekan Fakulti berkaitan diberi kuasa
untuk memberi kelulusan.

16
13. KEPERLUAN BERMASTAUTIN

13.1 Calon Penuh Masa

Keperluan bermastautin bagi calon Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah ialah sepanjang tempoh
minimum pencalonannya.

13.2 Calon Sambilan

Keperluan tempoh minimum bermastautin bagi calon Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah ialah
30 hari setahun, dan boleh diagihkan sepanjang tahun, mengikut keperluan.

13.3 Senat mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian penuh atau sebahagian kepada pelajar
daripada memenuhi keperluan sub bahagian 13.1 dan 13.2 dalam bahagian ini. Pengecualian
tersebut hanya boleh diberikan jika Senat berpuashati dengan keadaan tempoh dan kemudahan
penyelidikan yang memuaskan bagi calon itu menjalankan penyelidikan yang memuaskan.

Selain itu, calon mestilah dapat berhubung dengan penyelianya pada keseluruhan tempoh
pengajiannya.

14. PENYELIAAN CALON

14.1 Fakulti hendaklah memperakukan kepada JPSU pelantikan seorang Penyelia Utama dari
kalangan staf Universiti untuk membimbing dan menyelia calon.

14.2 Fakulti boleh memperakukan kepada JPSU pelantikan Penyelia Bersama dari kalangan staf
Universiti atau dari luar universiti yang mempunyai kelayakan yang sesuai jika diperlukan.

14.3 Kriteria pemilihan penyelia bagi calon Pengajian Siswazah adalah seperti berikut:-

(i) Penyelia Utama dan Penyelia Bersama boleh dilantik daripada kategori akademik yang
mempunyai pengalaman penyelidikan dan pakar dalam bidang kesarjanaan masing-
masing.

(ii) Kakitangan akademik yang belum pernah menyelia calon boleh dilantik sebagai Penyelia
Utama dengan syarat seorang Penyelia Bersama yang berpengalaman dilantik juga
(Penyeliaan calon sebelum berkhidmat di UMK boleh diambil kira).

(iii) Penyelia utama untuk calon Doktor Falsafah hendaklah memiliki kelulusan Doktor
Falsafah.

14.4 Di dalam keadaan biasa, hanya seorang penyelia diperlukan. Penyelia yang dilantik hendaklah
menjalankan tugas selama tempoh pelajar mengikuti pengajiannya kecuali penyelia tersebut
terpaksa bercuti atau meninggalkan Universiti. Sekiranya penyelia gantian diperlukan,
pelantikan baru hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum pertukaran penyelia dibuat.

17
14.5 Jika Penyelia Utama yang dilantik ialah seorang staf kontrak (warganegara asing atau
tempatan), seorang Penyelia Bersama dari kalangan staf akademik tempatan hendaklah dilantik
untuk menjamin kesinambungan.
(Tafsiran Penyelia Bersama ialah staf yang kepakarannya diperlukan untuk melengkapi
penyelidikan yang dijalankan)
14.6 Seorang kakitangan akademik yang dilantik sebagai Penyelia Utama calon Pengajian Siswazah
sedaya mungkin perlulah menangguhkan cuti sabatikalnya (terutama mereka yang akan
menjalani cuti tersebut di luar negara) sehinggalah calon yang diselianya menamatkan
pengajiannya.

Namun demikian, jika cuti tersebut tidak dapat ditangguhkan dan seorang Penyelia Bersama
telah dilantik, maka Penyelia Utama masih bertanggungjawab terhadap calon di bawah
penyeliaannya. Dalam hal ini, Penyelia Utama tersebut diperlukan membuat perhubungan
kerap dengan calon tersebut semasa tempoh cuti sabatikal dan beliau dikehendaki memberikan
bantuan yang dianggap perlu.

14.7 Penyelia calon Pengajian Siswazah hendaklah dilantik dari kalangan staf akademik yang bukan
calon Pengajian Siswazah sama ada di Universiti ini atau di universiti lain.

14.8 Seseorang calon akan ditempatkan di fakulti Penyelia Utamanya.

14.9 Bagi calon yang telah diperakukan oleh fakulti menjalankan penyelidikan di organisasi luar,
Penyelia Lapangan hendaklah dilantik.

14.10 Bagi kakitangan Universiti ini yang mengikuti Pengajian Siswazah di fakulti sendiri, pelantikan
penyelia adalah seperti berikut:-

(i) Fakulti boleh melantik staf sebagai penyelia;

(ii) Staf dari fakulti yang lain boleh dilantik sebagai penyelia bagi calon tersebut; dan

(iii) Penyelia yang dilantik seperti dalam (i) dan (ii) di atas tidak boleh dilantik sebagai
Pemeriksa Dalam.

14.11 Kakitangan yang dilantik sebagai Penyelia Utama/Penyelia Bersama boleh meneruskan
penyeliaan setelah mereka menamatkan perkhidmatan/bersara dari Universiti dengan syarat:-

(i) Penyelia tersebut boleh/berupaya menjalankan penyeliaannya walaupun tidak berkhidmat


lagi dengan Universiti ini; dan

(ii) Penyelia tersebut tidak menamatkan perkhidmatan dengan Universiti atas sebab-sebab
tertentu yang mungkin akan menjejaskan penyeliaan serta pencalonan calon yang
berkaitan.

14.12 Calon-calon Pengajian Siswazah secara sambilan daripada kalangan staf Universiti yang
memerlukan cuti untuk menjalankan penyelidikan boleh mengambil cuti penyelidikan
tahunannya. Jika cuti penyelidikan tahunannya telah habis, maka mereka hendaklah memohon

18
cuti tahunan biasa dan jika cuti tahunan biasa telah habis, maka mereka boleh memohon untuk
cuti tanpa gaji.

14.13 Staf akademik yang sedang melanjutkan Pengajian Siswazah (Sambilan) tidak boleh dibebani
dengan tugas-tugas penyeliaan calon Rancangan Pengajian Siswazah. Walau bagaimanapun,
staf yang terlibat perlulah berbincang dengan Dekan tentang beban tugas masing-masing.

Namun demikian, dalam keadaan yang benar-benar luar biasa di mana hanya staf akademik
terlibat yang mempunyai kepakaran yang diperlukan, maka pelantikan sebagai Penyelia boleh
dipertimbangkan.

14.14 Penukaran Penyelia

14.14.1 Jika seseorang penyelia berpendapat bahawa dia tidak dapat meneruskan penyeliaan
seseorang calon oleh kerana sebab peribadi atau alasan lain yang munasabah, dia
hendaklah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Dekan Fakulti berkenaan
dengan segera.

14.14.2 Seseorang calon boleh meminta penukaran penyelia sekiranya perlu melalui borang
Penukaran Penyelia. Semua penukaran penyelia hendaklah disalurkan oleh Dekan
Fakulti kepada Majlis Fakulti, dan seterusnya kepada JPSU.

14.15 Kedudukan Penyelia Yang Berpindah Fakulti / Universiti

14.15.1 Pada peringkat kemasukan, calon akan mendaftar di Fakulti yang mana Penyelia
Utama ditempatkan mengikut kepakaran penyelia.

14.15.2 Sekiranya selepas pendaftaran, Penyelia Utama berpindah ke Fakulti yang lain, calon
diberi pilihan sama ada:-

(i) Ingin mengikut penyelia dan mendaftar di fakulti yang baru. Dalam kes ini,
calon perlu memohon penukaran Fakulti dan akan dipertimbangkan oleh Fakulti
yang baru mengikut syarat-syarat yang ditetapkan; atau

(ii) Kekal di Fakulti yang didaftarkan pada asalnya dan meneruskan penyeliaan di
bawah penyelia yang sama.

14.15.3 Walau bagaimanapun, sekiranya penyelia berpindah ke Fakulti lain dan calon didapati
masih belum mendaftar, calon akan diberi pilihan sama ada:-

(i) Ingin kekal di bawah fakulti seperti yang ditawarkan dengan penyelia yang
baru; atau

(ii) Memohon penukaran ke fakulti seperti yang ditawarkan dengan penyelia yang
ditetapkan semasa penawaran kemasukan.

14.15.4 Sekiranya penyelia utama berpindah ke universiti lain, pelajar di bawah penyeliaan

19
kekal di Universiti tersebut dan pelantikan penyelia baru akan dibuat.

14.16 Tanggungjawab Penyelia

14.16.1 Penyelia Utama calon penuh masa hendaklah mengadakan perjumpaan dengan
calon sekurang-kurangnya sebulan sekali. Penyelia Utama calon sambilan hendaklah
mengadakan perjumpaan penyeliaannya semasa calon memenuhi keperluan
bermastautin, iaitu 30 hari setahun.

14.16.2 Penyelia Utama hendaklah menyerahkan laporan kemajuan calon setiap enam (6)
bulan kepada Dekan Fakulti. Tugas pemantauan pelajar dijalankan pada peringkat
fakulti.

14.16.3 Penyelia Utama hendaklah menasihati calon untuk mengikuti sebarang kursus yang
difikirkan memberi manfaat kepada calon.

14.16.4 Calon perlu mengetahui perkara seperti tempoh pencalonan, prosedur menyerahkan
tesis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penyelia hendaklah memberi nasihat
tentang perkara tersebut termasuklah cara untuk menjadualkan kerja-kerja supaya
calon dapat menyelesaikan kerjanya di dalam masa yang ditetapkan.

14.16.5 Penyelia hendaklah mengenalpasti pemeriksa terutama Pemeriksa Luar yang


mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan yang dijalankan oleh calon dan
memperakukan nama Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam yang akan dilantik
kepada Majlis Fakulti untuk pertimbangan, sebaik-baiknya apabila calon
menunjukkan kemajuan penyelidikan dan calon memulakan penulisan tesis.

14.16.6 Penyelia hendaklah mengesahkan dalam borang Notis Penyerahan Tesis bahawa
beliau berpuas hati dengan kualiti tesis dan mutu bahasa serta tidak menghalang
tesis tersebut diserahkan untuk pemeriksaan.

Walau bagaimanapun, calon masih boleh menyerahkan tesis untuk pemeriksaan


tanpa persetujuan Penyelia Utama.

14.16.7 Penyelia juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua


pembetulan/pindaan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Pemeriksaan
Tesis telah dilaksanakan oleh calon seperti yang diperakukan oleh Pemeriksa Luar
dan Pemeriksa Dalam, iaitu selepas calon menjalani peperiksaan lisan seperti yang
disyaratkan sebelum calon layak dianugerahi Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor
Falsafah.

14.7 Fakulti boleh memperakukan kepada JPSU pelantikan seorang Penyelia Lapangan bagi calon
yang menjalankan penyelidikan di organisasi luar yang diiktiraf, iaitu apabila penyelidikan yang
dijalankan itu diiktiraf sebagai sebahagian daripada ijazah tingginya. Penyelia Lapangan
biasanya dilantik dari kalangan kakitangan organisasi calon menjalankan penyelidikan.

Fungsi Penyelia Lapangan ialah:-

20
(i) Bertindak sebagai penghubung di antara calon majikan/organisasi, Penyelia dan Universiti
dalam hal berkaitan dengan pencalonan Pengajian Siswazah.

(ii) Membantu di dalam hal berkaitan dengan penyelidikan, umpamanya peluang dan
kemudahan menggunakan peralatan dan kemudahan lain.

(iii) Mengatasi masalah yang dihadapi oleh calon dan memastikan bahawa calon
melaksanakan kerjanya di dalam jangka waktu yang ditetapkan.

(iv) Memainkan peranan sebagai “Peer discussant” kepada calon dalam hal berkaitan dengan
projek penyelidikan calon.

14.8 Beban Kerja Penyelia

Beban kerja penyelia calon Pengajian Siswazah adalah seperti berikut:-

Bilangan bagi Penyelia Utama

(i) Tiada had jumlah pelajar bagi seseorang penyelia tertakluk kepada kelulusan Fakulti /
Pusat masing-masing.

PTJ bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kualiti penyeliaan.

(ii) Beban kerja penyeliaan (Penyelia Utama) bagi calon sambilan dianggap bersamaan
separuh daripada beban kerja penyeliaan calon sepenuh masa.

Bilangan bagi Penyelia Bersama

(i) Beban kerja Penyelia Bersama dianggap bersamaan separuh dari beban kerja Penyelia
Utama.

(ii) Pelantikan Penyelia Bersama perlu dibuat jika seseorang Penyelia akan bersara atau
tamat kontraknya di dalam masa satu [1] tahun.

15. PENUKARAN PERINGKAT PENGAJIAN

15.1 Semua permohonan penukaran peringkat pengajian kepada Ijazah Doktor Falsafah hendaklah
dibuat dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan bagi calon penuh masa dan 24 bulan bagi calon
sambilan dari tarikh pendaftaran sebagai calon Pengajian Siswazah.

15.2 Seseorang calon Ijazah Sarjana yang memohon penukaran peringkat pengajian kepada Doktor
Falsafah hendaklah mengemukakan cadangan pengembangan penyelidikannya yang baru yang
telah diperakukan oleh Penyelia Utamanya.

15.3 Penyelia Utama hendaklah mengemukakan satu laporan yang lengkap tentang pencapaian

21
mutakhir penyelidikan calon.

15.4 Calon yang memohon untuk menukar peringkat pengajiannya hendaklah membentangkan satu
seminar tentang hasil penyelidikannya. Di samping itu, Pusat Pengajian boleh juga
mensyaratkan calon berkenaan mengambil satu peperiksaan.
15.5 Jawatankuasa Penilaian

15.5.1 Jawatankuasa Penilaian hendaklah ditubuhkan oleh Fakulti untuk membuat keputusan
tentang permohonan penukaran peringkat pengajian calon.

15.5.2 Keanggotaan Jawatankuasa Penilaian adalah:-

(i) Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;

(ii) Ahli-ahli lain Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti;

(iii) Penyelia calon; dan

(iv) Dua (2) ahli tambahan yang dilantik oleh Majlis Fakulti yang terdiri daripada
mereka yang pakar dalam bidang penyelidikan yang dijalankan oleh calon
berkenaan.

15.5.3 Laporan Jawatankuasa Penilaian hendaklah meliputi perkara berikut:-

(a) Penemuan istimewa penyelidikan calon iaitu:-

(i) Kesesuaian calon bagi topik baru yang dicadangkan, iaitu calon berkaitan
adalah berkalibar dan sesuai untuk menjalankan kajian dari setiap segi
permasalahannya serta berupaya menggabungkan penemuan tersebut
dalam ‘corpus’ ilmu pengetahuan yang saintifik.

(ii) Perkara-perkara berikut mestilah diambil kira dalam penentuan kriteria


penemuan yang istimewa.

(b) Penemuan yang tidak dijangka atau ‘accidental’ semata-mata tidak boleh diambil
kira. Ia seharusnya boleh diperkembangkan ke arah satu tahap analisis
saintifik/kesarjanaan yang baru bagi menyumbang kepada ilmu pengetahuan
yang lebih tinggi.

(c) Perlulah nyatakan perbezaan antara kajian baru berbanding dengan kajian asal
dari segi metodologi, skop dan peringkat analisis. Penulisan/hasil eksperimen
calon haruslah mempamerkan bukti jelas bahawa ia telah sampai ke tahap yang
boleh membawa kepada penemuan baru/konsepsian semula. Ini bermakna
penyataan yang hanya membayangkan hasrat calon untuk menghasilkan
penemuan-penemuan yang disebutkan di atas tidak memadai; dan

(d) Keperluan kepentingan kesinambungan kajian.

22
15.5.4 Keputusan Jawatankuasa Penilaian hendaklah dikemukakan kepada Majlis Fakulti
untuk pengesahan dan seterusnya kepada JPSU tidak lewat daripada tiga (3) bulan
dari tarikh penerimaan permohonan calon untuk menukar peringkat pengajian kepada
Doktor Falsafah.
15.6 Bagi calon yang telah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana yang dikehendaki mendaftar
sebagai calon Sarjana terlebih dahulu, permohonan penukaran pengajian dari peringkat Ijazah
Sarjana ke peringkat Doktor Falsafah akan dipertimbangkan berdasarkan kepada laporan
penyelia. Laporan penyelia ini hendaklah mengesahkan bahawa calon mempunyai pengetahuan
dan keupayaan yang mencukupi untuk meneruskan pengajian sebagai calon Doktor Falsafah.
Majlis Pusat Pengajian hendaklah mengesahkan perakuan Penyelia sebelum dikemukakan
untuk kelulusan Majlis.

16. PELANTIKAN PEMERIKSA

16.1 Fakulti hendaklah memperakukan pelantikan pemeriksa tesis calon.

16.2 Pelantikan Pemeriksa perlulah mengikut kriteria berikut:

16.2.1 Pemeriksa Luar

(i) Pelantikan Pemeriksa Luar dari kalangan staf universiti/institusi di tempat calon
bertugas tidak dibenarkan.

(ii) Pelantikan Pemeriksa Luar dari kalangan kakitangan yang pernah berkhidmat
dengan UMK, kemudian meletak jawatan dan bertugas di institusi lain adalah
dibenarkan.

(iii) Pemeriksa Luar yang pernah bekerja di universiti/institusi tetapi telah bersara
untuk tempoh melebihi 5 tahun dan tidak terlibat dalam aktiviti akademik perlu
dielakkan.

(iv) Pemeriksa Luar boleh dilantik dari kalangan staf syarikat korporat yang bukan
terdiri dari kakitangan akademik tetapi terlibat dengan penulisan akademik.

(v) Pemeriksa Luar yang pernah menjadi calon Pengajian Siswazah UMK boleh
dilantik.

16.2.2 Pemeriksa Dalam

(i) Staf akademik UMK penuh masa termasuk Pensyarah Kehormat.

(ii) Seboleh-bolehnya pakar dalam kajian yang diutarakan dalam tesis berkenaan,
tanpa mengambilkira fakulti/pusat.

(iii) Seboleh-bolehnya telah berjaya menyelia calon Mod Penyelidikan sebagai

23
Penyelia Utama atau Penyelia Bersama.

(iv) Pemeriksa Dalam bagi calon Doktor Falsafah seboleh-bolehnya terdiri daripada
kakitangan akademik yang berpangkat sekurang-kurangnya Profesor Madya.

16.3 Program Sarjana

(i) Bagi staf Universiti ini yang mengikuti program Sarjana, pelantikan pemeriksa hendaklah
terdiri daripada seorang Pemeriksa Luar dan seorang Pemeriksa Dalam dan seorang
Pemeriksa Dalam Tambahan dari luar Pusat Pengajian/Pusat.

(ii) Bagi calon bukan staf UMK, dalam program Sarjana, pelantikan pemeriksa hendaklah
terdiri daripada seorang Pemeriksa Luar dan seorang Pemeriksa Dalam.

Calon dalam kategori ini (Tutor) tidak dikira sebagai staf kerana belum dilantik. Oleh itu
pelantikan pemeriksa untuk Tutor adalah sama dengan calon-calon lain. Pelantikan pemeriksa-
pemeriksa adalah seperti berikut:

Sarjana - Seorang Pemeriksa Dalam


- Seorang Pemeriksa Luar

16.4 Program Doktor Falsafah

(i) Bagi staf UMK yang mengikuti Doktor Falsafah di UMK, pelantikan pemeriksa hendaklah
terdiri dari dua (2) orang Pemeriksa Luar dan seorang Pemeriksa Dalam.

(ii) Bagi calon bukan kakitangan dalam program Doktor Falsafah pula, pelantikan pemeriksa
terdiri dari seorang Pemeriksa Luar dan dua (2) orang Pemeriksa Dalam.

Calon dalam kategori ini (Tutor) tidak dikira sebagai staf kerana belum dilantik. Oleh itu
pelantikan pemeriksa untuk Tutor adalah sama dengan calon-calon lain. Pelantikan pemeriksa-
pemeriksa adalah seperti berikut:

Doktor Falsafah - Dua Pemeriksa Dalam


- Seorang Pemeriksa Luar

16.5 Semua perakuan calon Pemeriksa Luar hendaklah disertai dengan ‘curriculum vitae’ yang
lengkap kecuali bagi Pemeriksa Luar yang pernah dilantik di mana ‘curriculum vitae’ tidak
diperlukan.

16.6 ‘Curriculum vitae’ calon Pemeriksa Luar dari kalangan pakar akademik yang sudah terkenal
umum, iaitu seseorang yang memegang jawatan Profesor dari universiti yang diiktiraf tidak perlu
dibentangkan. Walau bagaimanapun, Fakulti masih dikehendaki mengumpulkan serta
menyediakan secara ringkas maklumat tentang Pemeriksa Luar yang terkenal itu.

16.7 Dalam keadaan tertentu, seorang kakitangan akademik atau seorang dari badan penyelidikan
yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh juga dilantik sebagai Pemeriksa Dalam

24
Tambahan.

16.7.1 Pelantikan Pemeriksa Dalam Tambahan adalah mengikut garis panduan berikut:

(i) Pemeriksa yang diperakukan hendaklah mengetahui bidang penyelidikan calon


dan bidang penyelidikan tersebut perlulah juga dalam ruang lingkup kepakaran
beliau; dan

(ii) Jika Pemeriksa Dalam Tambahan perlu dilantik, pelantikan beliau biasanya
adalah untuk perspektif yang berlainan, iaitu contohnya dari perspektif disiplin
yang berlainan yang terlibat juga di bawah topik yang berkaitan dengan
penyelidikan calon.

16.7.2 Pemeriksa yang dilantik hendaklah memeriksa tesis calon mengikut had tempoh yang
diberikan seperti berikut:-

(i) Dua (2) bulan - Ijazah Doktor Falsafah

(iii) Satu (1) bulan - Ijazah Sarjana

Tiap-tiap pemeriksa hendaklah menyerahkan satu laporan bertulis yang


mengandungi:

(i) Bahagian I - Ringkasan Perakuan

(ii) Bahagian II - Laporan Sokongan

16.8 Kadar bayaran honorarium Pemeriksa Luar adalah seperti yang berikut:-

Sarjana RM 400.00
Doktor Falsafah RM 600.00

17. PEPERIKSAAN

17.1 Ijazah Doktor Falsafah

Seseorang calon akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah berdasarkan kepada keputusan
penilaian tesisnya.

17.2 Ijazah Sarjana

Seseorang calon akan dianugerahkan Ijazah Sarjana berdasarkan kepada:-


(i) Tesisnya; atau

(ii) Tesisnya dan juga lulus komponen-komponen kerja kursus seperti yang ditetapkan oleh
Pusat Pengajian.

25
17.3 Semua calon Pengajian Siswazah dikehendaki menjalani peperiksaan lisan melainkan
dikecualikan oleh Senat dan syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

18. PEPERIKSAAN LISAN (VIVA)

18.1 Setelah meneliti laporan pemeriksa dan prestasi calon dalam peperiksaan lisan, Jemaah
Pemeriksaan Tesis/Panel Pemeriksa hendaklah memperakukan satu dari perakuan berikut:-

1. Calon dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana.

2. Calon dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana tertakluk kepada pindaan/pembetulan


kecil kepada tesisnya seperti di dalam Laporan Jemaah Pemeriksa.

3. Calon dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana tertakluk kepada pindaan/pembetulan


besar kepada tesisnya seperti di dalam Laporan Jemaah Pemeriksa

4. Calon dibenar menyerah semula tesis untuk pemeriksaan semula selepas calon membuat
perubahan/pembetulan kepada tesis seperti di dalam Laporan Jemaah Pemeriksa. Calon
juga boleh diminta menghadiri viva semula.

5. Calon tidak layak dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah/Sarjana dan juga tidak dibenarkan
untuk menyerahkan semula tesis.

18.2 Sekiranya calon diberi keputusan (3) yang bermaksud "Calon dibenarkan menyerah semula
tesis untuk pemeriksaan semula selepas calon membuat perubahan/pembetulan kepada tesis
seperti di dalam laporan Jemaah Pemeriksa. Calon juga boleh diminta menghadiri viva semula."
Maka tesis berkenaan perlu dikemukakan semula kepada pemeriksa yang sama (Pemeriksa
Luar dan Pemeriksa Dalam) untuk pemeriksaan semula. Bagi kes penilaian semula tesis, calon
akan diminta membayar yuran pemeriksaan tesis sekali lagi.

PPPS diberi mandat untuk melantik Pemeriksa yang baru sekiranya Pemeriksa yang asal
menolak pelantikan dalam Panel Pemeriksaan Semula.

18.3 Calon dihadkan pemberian skala 4 berdasarkan perkara berikut:

1. Setiap pelajar hanya boleh menerima skala 4 sebanyak dua (2) kali sahaja dalam proses
pemeriksaan tesis sepanjang tempoh pengajian.

2. Bagi kes calon pengajian siswazah yang mendapat skala 4 selepas pemeriksaan tesis,
calon akan dikenakan yuran pengajian sebelum tesis boleh diperiksa semula.

3. Calon dianggap gagal jika tidak mendapat skala tiga (3) ke atas selepas pemeriksaan kali
kedua kerana tidak mencapai tahap akademik yang diperlukan.

18.4 Viva akan dijalankan oleh JPPS secara tertutup yang hanya dihadiri oleh jemaah peperiksaan

26
tesis.

19. KEANGGOTAAN JEMAAH PEMERIKSAAN TESIS

Keanggotaan lain Jemaah Pemeriksaan Tesis Ijazah Sarjana terdiri daripada:-

(i) Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)/wakil* sebagai Pengerusi;

(ii) Dekan Fakulti atau wakilnya;

(iii) Pemeriksa Luar (boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat);

(iv) Pemeriksa Dalam;

(v) Penyelia (Penyelia Bersama boleh dijemput);

(vi) Pemeriksa Dalam Tambahan, jika perlu; dan

(vii) Penolong Pendaftar Fakulti sebagai Setiausaha.

Keputusan dari Jemaah Pemeriksaan Tesis akan diserahkan kepada JPSU yang akan membuat
perakuan kepada Senat tentang penganugerahan ijazah.

*Wakil harus seorang yang berjawatan Profesor. Walau bagaimanapun, staf akademik yang bertaraf
Profesor Madya boleh dilantik untuk mewakili TNC (A & A) bagi calon Sarjana. Kriteria digunakan untuk
memilih Pengerusi Viva di kalangan staf yang berpangkat Profesor Madya perlu mempunyai:

(i) Mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah, kelayakan profesional atau setaraf dengannya,
(ii) Pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun sebagai Profesor Madya,
(iii) Mempunyai pengalaman yang luas dalam penyeliaan calon pengajian siswazah, dan
(iv) Mempunyai pengalaman yang luas dalam pemeriksaan tesis pengajian siswazah.

Keanggotaan Jemaah Pemeriksaan Tesis Ijazah Doktor Falsafah terdiri daripada:-

(i) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik)/Wakil* sebagai Pengerusi;

(ii) Dekan Pusat Pengajian berkenaan atau wakilnya;

(iii) Pemeriksa Luar (boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat);

(iv) Pemeriksa Dalam;

(v) Penyelia (Penyelia Bersama boleh dijemput);

(vi) Pemeriksa Dalam Tambahan, jika perlu; dan

27
(vii) Penolong Pendaftar Fakulti sebagai Setiausaha.

Keputusan dari Jemaah Pemeriksaan Tesis akan diserahkan kepada JPSU yang akan membuat
perakuan kepada Senat mengenai penganugerahan ijazah.

20. PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN TESIS

20.1 Seseorang calon hendaklah menyerahkan notis penyerahan tesisnya dan tajuk akhir tesisnya
kepada fakulti dengan salinannya kepada PPPS dalam borang yang disediakan sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh calon dijangka dapat menyerahkan tesis. Setelah
disahkan, Dekan Fakulti akan menyerahkan perakuan kepada JPSU melalui PPPS. Borang
Notis Penyerahan Tesis perlulah mengandungi nama Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam.

20.2 Tesis hendaklah diserahkan sebanyak lapan (8) naskah dalam bentuk berjilid dengan pembalut
yang lembut dan disertakan dengan Borang Penyerahan Tesis yang telah disahkan oleh
Penyelia dan Dekan. Borang tersebut juga perlu mengandungi maklumat hakcipta penulis tesis
seperti berikut “Saya istiharkan bahawa kandungan di dalam tesis ini adalah hasil kerja saya
sendiri dan telah dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Tesis ini juga tidak pernah diserahkan untuk ijazah sebelum ini.”

20.3 Sesuatu tesis Ijazah Doktor Falsafah hendaklah tidak melebihi 80,000 perkataan. Tesis bagi
calon Ijazah Sarjana pula hendaklah tidak melebihi 50,000 perkataan. Jumlah perkataan tidak
termasuk petikan-petikan, terjemahan-terjemahan, catatan-catatan di kaki halaman, lampiran-
lampiran, jadual-jadual dan rajah-rajah. Calon-calon yang hendak menulis melebihi had yang
ditentukan perlulah meminta kebenaran daripada Senat melalui Penyelianya sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sebelum menyerahkan tesis.

20.4 Tesis boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

20.5 Tesis yang telah disahkan oleh Jemaah Pemeriksaan Tesis sebagai telah memenuhi syarat
untuk pengijazahan perlulah dikemukakan dalam tiga (3) naskah dengan pembalut khas berkulit
keras berwarna merah bagi tesis Sarjana dan biru bagi tesis Doktor Falsafah dan disertai
Borang Penyerahan Tesis Mutakhir dan disahkan oleh Penyelia/Dekan Fakulti bahawa semua
pembetulan/pindaan seperti yang dipersetujui oleh Jemaah.

Dalam kes di mana Penyelia Utama calon adalah Dekan fakulti, maka Timbalan Naib Canselor
(A & A) dikehendaki mengesahkan bahawa calon telah melaksanakan semua pindaan.

20.6 Sekiranya seorang calon diperakukan untuk menyerahkan semula tesis mengikut tempoh yang
diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Pemeriksaan Tesis dan calon berkenaan gagal mematuhi
keperluan yang ditetapkan maka calon berkenaan wajar diberikan keputusan gagal.

Tempoh membaiki tesis adalah seperti berikut:

(i) Calon yang diberi skala 2 diberi masa 3 bulan untuk menyiapkan pembetulan.

28
(ii) Calon yang diberi skala 3 diberi masa 6 bulan untuk menyiapkan pembetulan.

(iii) Calon yang diberi skala 4 diberi masa 1 tahun untuk menyiapkan pembetulan.

(iv) Calon yang memerlukan lebih dari tempoh yang ditetapkan, rayuan akan dimajukan untuk
pertimbangan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa).

Sekiranya terdapat kes khas ia adalah di atas budibicara Naib Canselor dan Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) untuk memberi kelulusan ke atas
kes rayuan ini.

20.7 Di dalam menyediakan tesis, seseorang calon hendaklah sentiasa berpandukan kepada Buku
Panduan Penyerahan Tesis Pengajian Siswazah atau arahan-arahan tertentu yang ditetapkan
oleh Senat dari masa ke semasa.

20.8 Seseorang calon tidak boleh mengemukakan tesis yang terdahulu daripada ini yang telah
dikemukakan bagi satu Ijazah dari Universiti ini atau universiti lain. Walau bagaimanapun, calon
tidak akan dihalang daripada menerbitkan semula sebahagian daripada tesis tersebut asalkan
dalam tesisnya calon itu menyatakan dengan terang akan sumber dan bahagian yang
digunakan dalam tesisnya.

Sekiranya berlaku plagiat, Dekan Fakulti perlu melaporkan kepada Unit Peperiksaan yang akan
memanggil Jawatankuasa Penyiasatan. Seterusnya laporan penyiasatan akan dikemukakan
kepada Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Akademik dan Antarabangsa) untuk membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman mengikut
peraturan AUKU.

Penggunaan dokumen Perjanjian ini adalah diperuntukan kepada semua calon yang mengikuti
program Pengajian Siswazah di Universiti Malaysia Kelantan

20.9 Seseorang Pegawai Penyelidik boleh mengemukakan hasil kerja-kerja penyelidikannya yang
bertindih dengan hasil kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan untuk projek Pengajian
Siswazah dengan syarat ada mekanisma untuk penyelia menentukan bahawa penyelidikan
calon berkenaan benar mencerminkan dayausaha sendiri.

20.10 Dengan kebenaran dari Universiti, calon boleh menerbitkan semula tesisnya atau bahagian
daripadanya yang telah diluluskan dengan syarat calon menyatakan dengan jelas bahawa kerja
tersebut diserahkan untuk Pengajian Siswazah di Fakulti berkenaan di UMK.

20.11 Sebarang penerbitan mestilah telah memenuhi pembetulan dan pindaan seperti yang disyorkan
oleh Jemaah Pemeriksaan Tesis sebelum boleh diterbitkan.

20.12 Semua tesis yang diserahkan kepada Universiti sama ada diluluskan atau tidak akan menjadi
hakmilik Universiti. Pihak Universiti berhak membuat salinan tesis tersebut sama ada untuk
keseluruhan tesis atau sebahagian daripadanya.

29
21. PENAMATAN PENCALONAN

Senat mempunyai kuasa untuk menamatkan pencalonan seseorang calon jika didapati kemajuan tidak
memuaskan.

22. TEMPOH UNTUK PELAJAR MENGHIDUPKAN SEMULA PENCALONAN YANG TELAH TAMAT

Calon-calon yang melebihi tempoh setahun daripada tempoh penamatannya, rayuan menghidupkan
semula pencalonan tidak akan dipertimbangkan oleh PPPS. Calon perlu memohon semula sebagai
calon baru.

23. PENGANUGERAHAN IJAZAH

23.1 Seseorang calon akan dianugerahi Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah jika telah:-

(i) menepati semua syarat dan peraturan Pengajian Siswazah;

(ii) disahkan untuk menerima Ijazah oleh Senat; dan

(iii) telah menyelesaikan semua yuran yang ditentukan.

23.2 Penganugerahan Ijazah Anumerta boleh dipertimbangkan dalam bentuk kes demi kes oleh Naib
Canselor, tertakluk kepada adanya permohonan daripada pihak waris atau Fakulti.

24. GELARAN SKROL

Gelaran Skrol Pengajian Siswazah melalui Mod Penyelidikan adalah seperti berikut:-

[i] Prinsip

[1] Gelaran skrol perlu merupakan nama disiplin atau dari senarai bidang yang merangkumi
sesuatu disiplin – tidak sesuai pada peringkat sub-bidang.

[2] Sekiranya peringkat bidang diplih, maka senarai bidang itu perlu lengkap supaya setiap
tesis dapat dimasukkan di bawah sesuatu bidang dan bukan kembali kepada nama
disiplin.

[ii] Garispanduan Menentukan Nama Skrol

[1] Sesuatu bidang Pengajian Sains atau Sastera yang sudah mantap umum dan
khususnya di Universiti Malaysia Kelantan.

[2] Sesuatu bidang yang mempunyai sekumpulan pakar ("pool of experts' atau 'group of

30
specialists") yang terdiri dari staf akademik tetap/kontrak di bawah satu Bahagian, Unit
atau Pusat. Mereka harus mempunyai kepakaran dalam bidang yang dinamakan dalam
skrol dan bukan suatu bidang yang berkaitan.

[3] Sesuatu bidang yang mampan di mana penyeliaan boleh dijadualkan dengan licin di
jangka panjang walaupun sebahagian kakitangan bercuti sabatikal atau meneruskan
Pengajian Siswazah.

[4] Sesuatu bidang pengajian antara disiplin yang telah ditubuhkan di bawah satu Fakulti
atau Pusat Cemerlang.

[5] Sekiranya wujud jurnal atau persidangan yang diterbitkan secara tahunan.

Sebarang perakuan untuk mewujudkan gelaran baru akan dipertimbangkan berdasarkan kepada senarai
yang sedia ada. Dengan yang demikian, pihak Universiti dapat mengelakkan pertindihan nama skrol
oleh Fakulti/Pusat/Institut walaupun dalam bidang penyelidikan yang sama.

Gelaran skrol calon Pengajian Siswazah melalui Mod Penyelidikan telah pun ditetapkan oleh Senat
berdasarkan kajian semula gelaran oleh satu Jawatankuasa Kecil serta perakuan JPSU.

Format skrol yang ditetapkan perlu mematuhi syarat seperti berikut:-

[i] Bidang utama tidak akan dinyatakan bagi Skrol Ijazah Doktor Falsafah.

[ii] Untuk Skrol Ijazah Sarjana [melalui penyelidikan] bidang pengajian utama yang perlu
dimasukkan ke dalam skrol [dalam kurungan] perlu menekankan kepada disiplin pengajian
pelajar dan bukan fakulti yang menghasilkan pelajar berkenaan. Gelaran Skrol dipecahkan
kepada tiga jurusan iaitu:

 Sarjana Sains
 Sarjana Sastera
 Sarjana Keusahawanan

31

You might also like