You are on page 1of 6

PERBANDINGAN ANTARA 4 KELAS PPISMP DI IPG KAMPUS TAWAU

KELAS CORAK CORAK CORAK CORAK CORAK CORAK CORAK CORAK CORAK
A B C D E F G H I

PPISMP 2 0 2 1 0 1 1 2 2
SNS

PPISMP 5 0 3 2 0 0 7 3 2
PRA

PPISMP 3 0 1 0 1 1 1 3 2
PSV

PPISMP 5 1 1 4 3 1 5 6 3
PS
JUMLAH 15 1 7 7 4 3 14 14 9

Jadual 1.0: Perbandingan pilihan bagi kuiz personaliti dalam aspek pemilihan corak.

Jadual di atas menunjukkan perbandingan pilihan bagi kuiz personaliti dalam

aspek pemilihan corak yang melibatkan 4 buah kelas PPISMP 2009 di IPG Kampus

Tawau. kami mendapati bahawa pilihan majoriti pelajar PPISMP 2009 di IPG Kampus

Tawau ialah corak A dengan jumlah sebanyak 15 undian. Pilihan corak yang mendapat

undian kedua terbanyak ialah corak G dan corak H yang berkongsi undian yang sama

iaitu sebanyak 14 undian. Seterusnya, corak I mendapat undian ketiga tertinggi iaitu

sebanyak 9 undian. Corak C dan corak D masing-masing mendapat 7 undian dan corak

yang mendapat pilihan yang sedikit ialah corak E, corak F dan corak B dengan jumlah

sebanyak 4, 3 dan 1 undian.


Sebenarnya pemilihan corak yang telah dilakukan oleh 4 kelas pelajar PPISMP

2009 membawa maksud tertentu. Pemilihan corak oleh pelajar biasanya dipengaruhi

oleh warna, bentuk dan susunan dan hal ini sebenarnya dapat melambangkan

keperibadian yang terdapat dalam diri individu tersebut. Corak A adalah pilihan pelajar

yang paling tertinggi dengan jumlah sebanyak 15 undian. Individu yang telah memilih

corak ini sebenarnya adalah seorang individu yang dapat memahami keadaan diri dan

persekitaran dengan mudah jika dibandingkan dengan orang lain. Individu ini juga

mempunyai hubungan yang amat baik dalam persahabatan dan amat bencikan

kedangkalan. Corak G pula melambangkan individu yang suka akan kebebasan dan

mempunyai sikap ingin tahu dan berfikiran terbuka dalam segala hal baru. Bagi Corak H

pula, corak ini melambangkan seseorang yang sensitif dan dan terlalu memandang

serius dalam sesuatu perkara. Selain itu, pelajar yang telah memilih corak I boleh kita

tafsirkan mempunyai personaliti yang unik iaitu mementingkan kebudayaan. Individu

tersebut sangat menghargai budaya yang diwarisi, khususnya budaya bangsa atau

kaum. Corak C melambangkan individu yang sanggup menerima risiko demi

mendapatkan sesuatu dan amat aktif dalam sesuatu aktiviti yang telah diikuti.

Seterusnya, individu yang memilih corak D dikatakan menghargai gaya natural dan

praktikal kerana boleh menimbulkan ketenangan pada diri orang yang rapat. Corak ini

juga melambangkan seseorang yang ramah-mesra dan tidak bersikap terbuka dalam

kehendak fesyen. Seterusnya, corak E membawa maksud individu tersebut

mempercayai usaha sendiri daripada tuah nasib. Individu tersebut juga memandang

secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu dan

kekuatan azam yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri yang tinggi kepada
orang lain. Corak F pula melambangkan individu yang sangat menghargai hidup dan

mudah mendapat kawan. Selain itu, individu ini juga dikatakan sukakan kedamaian dan

kelapangan serta suka memencilkan diri untuk merenung tentang erti hidup serta

menikmati sendirian. Corak B paling pilihan yang paling sedikit dalam kuiz personality

berdasarkan corak. Sebenarnya, corak B melambangkan individus yang suka akan

seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Individu ini menginginkan kehidupan yang

bebas, tidak suka diarah dan lebih gemar menentukan arah tuju sendiri.

Melalui jadual perbandingan berikut, kita dapat simpulkan bahawa setiap pelajar

tidak mempunyai pilihan yang sama dalam menjawab kuiz personaliti. Setiap

perlambangan personaliti yang dibawa oleh setiap corak tersebut diharapkan dapat

memberi sedikit sebanyak maklumat kepada pelajar dalam mengenali personaliti

masing-masing.
PERBANDINGAN ANTARA 4 KELAS PPISMP IPG KAMPUS TAWAU

KELAS
JAWAPAN PPISMP PPISMP PPISMP PPISMP PERATUS

SAINS PRA PSV PS (%)


BUNGA A 1 2 1 3 23.3%
BUNGA B 1 1 2 3 23.3%
BUNGA C 0 0 0 3 10%
BUNGA D 0 3 0 0 10%
BUNGA E 3 2 1 4 33.3%

JADUAL 2.0: Perbandingan pilihan bagi kuiz personaliti dalam aspek pemilihan bunga

Perbandingan pilihan bagi kuiz personaliti dalam aspek


pemilihan bunga
Bunga A Bunga B Bunga C Bunga D Bunga E

23%
33%

23%
10%

10%

Gambar rajah 1.0

Carta pai di atas menunjukkan perbandingan pilihan bunga bagi kuiz personaliti

kedua yang melibatkan 4 buah kelas PPISMP 2009 di IPG Kampus Tawau. Bagi kelas

PPISMP SAINS 2009, kebanyakan pelajar telah memilih Bunga E sebagai pilihan
personal mereka. Bagi kelas PPISMP PRA SEKOLAH pula, ramai pelajar memilih

Bunga D sebagai pilihan utama mereka. Pelajar PPISMP PSV pula lebih banyak

memilih Bunga B sebagai pilihan berbanding dengan kelas lain. Pelajar kelas yang

terakhir iaitu PPISMP PS 2009 pula didapati lebih cenderung memilih Bunga E sebagai

jawapan personal mereka. Oleh itu, kami dapati bahawa pilihan majoriti pelajar PPISMP

2009 di IPG Kampus Tawau ialah Bunga E dengan peratus sebanyak 33.3% . Pilihan

bunga yang mendapat undian kedua yang terbanyak ialah Bunga A dan Bunga B yang

berkongsi peratus yang sama iaitu 23.3% dan yang pilihan bunga yang mendapat

peratus yang sedikit ialah Bunga C dan Bunga D yang iaitu sebanyak 10%.

Personaliti manusia boleh dikenal pasti melalui kuiz personaliti dari aspek

pemilihan bunga. Pilihan bunga tertentu dapat menyampaikan mesej tertentu dan akan

mencerminkan keperibadian mereka. Pilihan majoriti pelajar iaitu Bunga E dengan

jumlah peratus 33.3% sebenarnya membawa maksud individu tersebut lebih cenderung

bersifat spontan dan lebih selesa menjalani hidup tanpa cabaran yang mendatang dan

lebih tertarik kepada hiburan. Pilihan bunga yang mendapat undian kedua yang

terbanyak iaitu Bunga A dan Bunga B masing-masing bermaksud keperibadian

tradisional dan romantik. Keperibadian tradisional merangkumi individu yang cenderung

untuk tidak mencabar dan lebih memilih untuk hidup dalam persekitaran yang selesa

manakala romantik bermaksud seseorang individu itu adalah lemah lembut, penyayang

dan berhati pemurah. Pilihan yang paling sedikit adalah Bunga C dan Bunga D yang

berkongsi jumlah peratus yang sama iaitu 10%. Pilihan Bunga C dan Bunga D masing-

masing membawa maksud bersifat natural dan ekspresif. Individu yang bersifat natural

mempunyai personaliti yang sederhana, dan lebih memilih gaya hidup rapi sederhana.
Selain itu, mereka juga akan tertarik dengan tanaman hijau, bunga taman dan aksesori

luar bandar. Bagi individu yang ekspresif pula, individu ini mampu melahirkan emosi

dan perasaan mereka melalui seni kreatif.

Melalui carta pai berikut, kita dapat simpulkan bahawa setiap pelajar tidak

mempunyai pilihan yang sama dalam menjawab kuiz personaliti ini kerana setiap

individu mempunyai pendapat yang berbeza dan setiap jawapan yang telah mereka

pilih sebenarnya melambangkan personaliti masing-masing.

You might also like