You are on page 1of 13

(SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SAINS SOSIAL)

SEJARAH MALAYSIA (PERKEMBANGAN POLITIK 1957-1990)


(TH30203)

SOALAN

Dalam usaha melaksanakan Gagasan Malaysia Tunku Abdul Rahman telah mengalami
pelbagai masalah/halangan dalam penubuhan Malaysia. Nyatakan bentuk-bentuk
masalah yang dihadapi oleh Tunku Abdul Rahman

PENSYARAH
PN. ROSY TALIN

AHLI KUMPULAN

AHMAD ALI (YT2007-7155)

ABDULLAH FAJARANI MASDUKI (YT2007-7237)

JELTON MOGUPING (YT2007-7168)

AK.ROSLANI PG ABD RAHMAN (YT2007-7128)


Pengenalan

Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada


Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah
Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura
diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga
menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan
Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura
mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman
dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel
Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan
dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai
reaksi.
Jawatankuasa Perundagan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan di Singapura
pada bulan Julai 1961, semasa diadakan mesyuarat Persatuan Parlimen Komenwel.
Jawatankuasa ini telah bermesyuarat empat kali untuk membincangkan perkara yang berkaitan
dengan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama telah diadakan di Sabah pada bulan Ogos
1961. Mesyuarat seterusnya diadakan di Sabah pada bulan Ogos 1961. Mesyuarat seterusnya
diadakan pula di Kuching, Sarawak, pada bulan Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada bulan
Januari 1962. Mesyuarat akhir jawatankuasa ini telah diadakan di Singapura pada bulan
Februari 1961. Dalam mesyuarat di Singapura itu, ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk
mengemukakan satu memorandum kepada suruhanjaya yang dilantik oleh kerajaan Britsh dan
Tanah Melayu untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak.
Tunku Abdul Rahman

*Dipetik daripada internet :www.google.imej.com

Tunku Abdul Rahman


Jawatan Perdana Menteri Pertama
Tempoh perkhidmatan 31 Ogos 1957–
22 September 1970
Timbalan Tun Abdul Razak (1957–
1970)
Menggantikan Tun Abdul Razak (1970–
1976)
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 8 Februari 1903
Tempat lahir Alor Setar, Kedah
Tarikh kematian 6 Disember 1990
Tempat kematian Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Peguam
Agama Islam
Idea Pembentukan Malaysia
Rancangan Pembentukan Awal Malaysia Cadangan awal untuk menyatukan Tanah
Melayu dan Wilayah Borneo telah mula difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883, Lord
Brassey, salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company)
mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Perkara ini pernah dibincangkan
oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932. Namun begitu, cadangan ini
lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang diambil. Selepas Perang Dunia Kedua,
iaitu pada tahun 1947, sekali lagi cadangan yang sama disuarakan oleh Malcolm MacDonald,
Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara. Di Singapura pula, syor untuk mencantumkan
Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Sabah (Boneo Utara) mula dicetuskan oleh Thio Chan Bee.
Beliau yang merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Singapura merangkap Naib Presiden
Parti Progresif mengemukakan pandangan ini pada tahun 1948 dan diulangi semula tiga tahun
berikutnya. Cadangan ini disokong oleh Sir Robert Boothy seorang ahli parlimen Komanwel
yang berpendapat penyatuan ini akan memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi.
Namun sambutan dari kerajaan British nampaknya terus dingin.
Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie juga
pernah menyuarakan cadangan ini. Pada 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP)
Singapura, Lee Kuan Yew membuat cadangan untuk mencantumkan Singapura dengan
persekutuan Tanah Melayu namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah
sosial akan timbul akibat ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan Cina. Cadangan
penubuhan Malaysia hanya mendapat perhatian serius setelah perkara ini dicetuskan oleh
perdana menteri Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa percantuman
antara persekutuan Tanah Melayu dan Singapura wajar sekali jika dimasukkan sekali dengan
wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei. Beliau berpendapat bahawa negeri-negeri ini mempunyai
banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur kerajaan.
Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan ini dalam ucapannya pada 27 Mei 1961
kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi Singapura. Antara
tokoh yang memberi sambutan baik termasuklah Lee Kuan Yew (Ketua Menteri Singapura) dan
Harold MacMillan (Perdana Menteri Britain).
Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:
“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyatrakyat Singapura,
Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awaluntuk saya menyebutkan cara
bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu
mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat
dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari IniDalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa


Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin
di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih
menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu
memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian
menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor
perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27
Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia
ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.
Masalah-masalah yang dihadapi dalam penubuhan Gagasan Malaysia

Singapura memasuki Malaysia


Ramai orang terkejut mendengar ucapan Tunku itu kerana sebelum ini kerajaan Tanah
Melayu telah menolak banyak kali permintaan kerajaan Singapura untuk turut serta dalam
Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi permintaan Singapura itu, baik pun daripada Ketua Menteri
yang pertama,David Marshall ataupun Ketua Menteri yang kedua,Lim Yew Hock, malah
daripada Lee Kuan Yew tidak mendapat sambutan daripada kerajaan Perikatan. Perubahan
sikap kerajaan Tanah Melayu ini telah menyebabkan berbagai-bagai andaian dibuat. Ada pihak
yang mengatakan bahawa ucapan Tunku itu telah dibuat dengan cara yang agak mengejutkan
dan tiada apa pun persedian awal yang sebenarnya telah dibuat berkenaan dengan kerjasama
antara wilayah-wilayah British dan Tanah Melayu.
Perubahan sikap kerajaan Tanah Melayu tentang kemasukan Singapura dalam
Persekutuan Tanah Melayu memanglah satu perkara yang penting. Melihat perkembagan politik
Singapura, iaitu golongan kiri telah bertambah kuat pengaruhnya dan Parti Tindakan Rakyat
yang diketuai oleh Lee Kuan Yew telah bertambah merosot kedudukanya, maka kerajaan Tanah
Melayu berasa khuatir kalau keadaan yang sedemikian dibiarkan, maka golongan kiri, termasuk
komunis, mungkin dapat berkuasa di Singapura. Pada masa itu, kerajaan British telah
merancang bahawa pada pertengahan tahun 1963, perlembagaan Singapura akan dipinda
untuk membolehkan singapura menjadi sebuah negara merdeka, dan satu pilihan raya akan
diadakan. Bagi kerajaan Tanah Melayu, kalau pilihan raya diadakan di Singapura pada
pertengahan tahun 1963, maka besar kemungkinan golongan kiri di Singapura akan dapat
mengalahkan Parti Tindakan Rakyat dan berkuasa di Pulau itu. Keadaan sedemikian akan
merumitkan kedudukan Tanah Melayu yang mempunyai hubungan yang luas dengan
Singapura, baik dari segi politik ataupun ekonomi. Kalau wujud satu kerajaan yang mirip ke kiri
Singapura, maka gerakan komunis di Tanah Melayu mungkin mendapat sokongan dari
Singapura. Ini akan menambahkan masalah kerajaan Tanah Melayu. Dalam keadaan yang
sedemikian, pemimpin Perikatan merasakan perlu bahawa kedudukan yang mungkin timbul di
Singapura itu hendaklah dikawal sebelum terlambat.
Dengan pendekatan yang sedemikian, maka pemimpin-pemimpin Perikatan telah
memikirkan bahawa satu cara untuk membendung perkembangan politik yang tidak sihat di
Singapura ialah dengan mangadakan percantuman bukan sahaja dengan Singapura, tetapi juga
dengan wilayah-wilayah Britsh di Borneo iaitu Sarawak, Sabah dan Brunei. Oleh itu, adalah
difikirkan bahawa kalau Sabah, Sarawak dan Brunei dibawa menyertai Malaysia, maka
kedudukan bumiputera dalam gabungan yang lebih besar ini akan lebih terjamin. Ini adalah
disebabkan penduduk di Sabah, Sarawak, Brunei kebanyakannya terdiri daripada golongan
bumiputera.

Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia


Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia.
Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi
menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi
SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato'
Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka
menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri
masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan
dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan
Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera
bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan
sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu
helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British.
Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan
mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah
persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa
orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka
membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai
gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong
gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan
ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul RahmanSekiranya
Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia, maka tiada kerajaan Malaysia seperti yang ada
sekarang. Oleh itu, satu suruhanjaya telah dibentuk iaitu Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk
hasil daripada rundingan yang telah diadakan di antara kerajaan Tanah Melayu dengan
kerajaan British pada bulan November 1961. Tujuan suruhanjaya ini ialah untuk meninjau
pendapat penduduk di Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.

Tentangan daripada Brunei


Sebelum bulan Diesember 1962, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah
menyatakan persetujuan untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Dalam pada itu,
Jawatankuasa Antara Kerajaan meneruskan tugasnya untuk menentukan perkara lain lagi
melaksanakan pentadbiran selepas Malaysia. Tetapi terdengar pula keadaan yang tidak begitu
menyenangkan di Brunei. Semasa Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan
Sarawak, kerajaan Brunei juga telah mengadakan satu tinjauan tentang sikap penduduk Brunei
terhadap gagasan Malaysia. Adalah difahamkan bahawa sebahagian besar penduduk Brunei
tidak bersetuju Brunei menganggotai Malaysia. Sikap orang Brunei ini bolehlah dikatakan akibat
daripada pengaruh Parti Rakyat Brunei (PRB). Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh
A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi
jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau
juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo
Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. Parti Rakyat Brunei (PRB) berpendapat bahawa
gagasan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British hendak melanjutkan pengaruhnya di
wilayah-wilayah yang pernah dijajahinya dan dengan itu akan dapat pula menjaga kepentingan
ekonominya serta keselamatan British khasnya dan pihak Barat amnya. Parti Rakyat Brunei
(PRB) dan golongan lain juga khuatir kalau penyertaan Brunei dalam Malaysia akan
menyebabkan Brunei kehilangan sebahagian besar kekayaannya. A.M Azahari mempunyai
hubungan rapat dengan Indonesia dan dianggap sebagi seoarng yang memperjuangkan
kepentingan Indonesia, khususnya dalam usaha Indonesia hendak menggagalkan penubuhan
Malaysia. Parti Rakyat Brunei (PRB) menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis
Undangan yang diadakan pada bulan Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan
Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga
merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa
gagasan ini akan gagal, Parti Rakyat Brunei (PRB) melancarkan pemberontakan bersenjata
pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan
tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan
dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan
Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini
tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai
hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10
tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah
dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju
menyertai Malaysia.

Tentangan daripada Filipina


Gagasan Malaysia ini juga menghadapi tentangan serta ancaman daripada kerajaan Filipina.
Apabila Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC) dan Suruhanjaya Cobbold
menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah
bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Menurut Filipina, Sabah atau Borneo Utara adalah
sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Oleh yang demikian, Sabah perlu dikembalikan kepada
Filipina kerana Sulu adlah sebahagian daripada negara Filipina. Filipina mendakwa Sabah telah
dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874.
Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British tidak melayan
tuntutan tersebut dan enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina
juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak.Tetapi Filipina
telah meneruskan tuntutannya terhadap Sabah selepas Malaysia ditubuhkan .Tuntutan itu
dibuat kepada kerajaan Malaysia. Tuntutan Filipina itu juga menyebabkan timbul beberapa
masalah terhadap kerajaan Tanah Melayu dalam usaha hendak menubuhkan Malaysia. Setelah
gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak berhasrat untuk
mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan isu tuntutan itu sebagai
halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak setuju
berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf
kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara
kedua-dua negara itu menjadi renggang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk
menyelesaikan persengketaan.Malaysia tidak dapat menerima tuntutan Filipina ini kerana
Malaysia tidak pernah menyalahi apa-apa syarat pun sebagaimana yang terkandung dalam
surat perjanjian antara Sultan Sulu dan Baron Von Overbeck, pada tahun 1878. Rakyat Sabah
juga telah bersetuju membuat keputusan untuk menyertai Malaysia. Akhirnya, Filipina juga
mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

Penentangan daripada Indonesia


Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, Parti
Komunis Indonesia (PKI) di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru
yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei yang dilancarkan oleh
Parti Rakyat Brunei (PRB) pada 8 Disember 1962, Presiden Indonesia, Sukarno menerima
tekanan hebat dari Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mengubah sikap serta menentang
gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera
memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari
1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Konfrontasi
adalah satu dasar tentangan yang dibuat oleh Indonesia terhadap rancangan Malaysia baik dari
segi ekonomi ataupun kemasyarakatan. Pada peringkat awalnya Indonesia mengatakan ia tidak
akan melancarkan konfrontasi tentera. Tentangan daripada Indonesia ini akhirnya meluas
hinggalah timbul pertentangan tentera di antara Indonesia dengan Tanah Melayu, dan
kemudiannya terhadap Malaysia. Pada masa itu, Britsh turut serta mempertahankan Tanah
Melayu dan juga wilayah-wilayah British di Borneo dan Singapura. Kemudian, Indonesia
bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong
Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
Semasa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyediakan laorannya,
penubuhan Malaysia yang telah dirancangkan pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditangguhkan
kerana laporan itu tidak dapat disiapkan sebelum 31 Ogos 1963. Bagi pihak Tanah Melayu, oleh
sebab satu persetujuan telah dicapai di antara negeri-negeri yang hendak menubuhkan
Malaysia dan juga Britain bahawa Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963, maka
penangguhan diperlukan untuk membolehkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menyediakan laporannya. Setiausaha Agung PBB menganggarkan bahawa laporan itu
akan siap pada 14 September 1963. Jadi kerajaan Tanah Melayu telah memberitahu Indonesia
dan Filipina bahawa ia perlu umukan satu tarikh baru bagi penubuhan Malaysia. Kalau tidak,
Malaysia akan tertubuh secara automatik pada 31 Ogos 1963 kerana negeri-negeri yang terlibat
dalam penubuhan Malaysia telah pun bersetuju tentang hal ini menerusi keputusan yang telah
dibuat dalam Majlis Mesyuarat Undangan Negeri masing-masing. Jadi tarikh baru untuk
mengumumkan pengistiharan Malaysia ialah 16 September 1963. Sungguhpun perkara ini telah
diterangkan kepada kerajaan Indonesia dan Filipina tetepi Indonesia telah membuat bantahan
yang kuat dan menuduh Tanah Melayu tidak menghormati persetujuan yang telah dicapai
dalam persidangan Maphilindo di Manila dan juga tidak menghormati kedudukan Setiausaha
Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jadi, apabila keputusan Setiausaha Agung Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) diumumkan, Indonesia dan Filipina tidak mahu menerimanya. Dengan
itu, Konfrotasi berlaku sekali lagi.
Sungguhpun Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegur pengumuman
Tanah Malayu tentang tarikh baru penubuhan Malaysia itu sebelum laporannya dikeluarkan
tetapi ini adalah lebih dari segi prosedur. Pada hakikatnya, laporam itu mengesahkan bahawa
sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak telah diberi peluang menyatakan pendirian
mereka dan mereka telah menyokong penubuhan Malaysia. Kemahuan rakyat sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar. Sebenarnya, satu pilihan
raya telah diadakan di Sabah sebelum tinjauan Michaelmore dan parti-parti politik yang
menyokong penubuhan Malaysia telah menang. Akhirnya, pada 16 September 1963, Malaysia
diisytiharkan secara rasminya.
Penutup

Penubuhan Malaysia merupakan suatu proses yang panjang dan rumit. Tunku Abdul
Rahman adalah orang yang bertanggungjawab mencadangkan dan memastikan penubuhan
Malaysia dapat berjalan dengan lancar. Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan
Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan
supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk
Persekutuan Malaysia. Walaupun pada asalnya banyak tentangan serta halangan yang
ditempuhi dalam penubuhan Malaysia tetapi Tunku Abdul Rahman telah menempuhinya dengan
tabah. Negara Malaysia akhirnya diistiharkan pada 31 September 1963. Kejayaan penubuhan
Malaysia juga merupakan lambang diplomasi rakyatnya yang berbilang kaum. Walaupun
Malaysia mempunyai bangsa yang berbilang kaum ini tidak menghalang untuk rakyat Malaysia
bersatu padu dalam menjayakan misi Tunku Abdul Rahman menunjukkan bahawa rakyat
Malaysia sepakat untuk menubuhkan Malaysia dan .Singapura yang dianggap ‘duri dalam
daging’ telah didipisahkan dari Malaysia selepas dua tahun negara tersebut menyertai Malaysia
oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965.

BIBLIOGRAFI

1. Fauziah Shafie & Ruslan Zainuddin,(2000), Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Selangor Darul Ehsan.
2. Zainal Abidin Abdul Wahid et al.(1992),Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan
Bahasa dan Pustaka,Selangor Darul Ehsan.
3. Mohd. Isa Othman,(2002), Sejarah Malaysia( 1800-1963), Utusan Publications &
Distrubtion Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
4. Shamsul Amri Baharuddin, (2007), Modul Hubungan Etnik, Pusat penerbitan
Universiti(UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
5. Zainal Abidin Abdul Wahid et al.(1996),Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan
Bahasa dan Pustaka,Selangor Darul Ehsan.
6. Arkib Negara Malaysia, 1981. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur:
Percetakan Negara

7. Ahmad Atory Hussain, (1993),Diimensi Politik Melayu 1980-1990 Antara Kepentingan dan
Warisan Bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Selangor Darul Ehsan.

Internet
http://202.188.124.45/events/merdeka2005/bm/history5.htm
http://members.lycos.co.uk/nabirz/formmal.htm
http://www.lib.uum.edu.my/48merdeka/msia.htm

You might also like