You are on page 1of 2

Kuliah Maghrib

Tarikh: Kuliah awal tafsir july 2008


Masjid : Masjid Sg Gelugor
Tajuk : Tafsir Al-Aquran

Alhamdulillah, pada kuliah maghrib ini, penceramah telah mengajar tafsiran dari
ayat 93 hingga 98. Yang bermaksud:

[93]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak
memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
[94]
"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum
yang zalim itu".
[95]
Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan
kepada mereka.
[96]
Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami
Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
[97]
Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

[98]
"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku".

Kita hendaklah menjadikan Al-Quran sebagai teman yang setia dalam hidup kita.

Pada ayat 93 menunjukkan kaum kafir enggan menyatakan shahadah iaitu


mengEsakan Allah dan menyatakan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Jika tidak
mereka adalah golongan yang rugi. Di dalam ayat ini, Allah menyuruh Nabi
Muhammad S.A.W agar berdoa.

Pada ayat 93 dan 94 merupakan doa . Hendaklah kita mengamalkannya dan


mengamatinya. Kita harus ingat kisah Nabi Lut, Allah menyuruh agar Nabi Lut jangan
menoleh belakang apabila kaumnya ditimpa azab kerana azabanya amat dahsyat. Kita
harus mengingati bahawa azab akan menimpa pada sesuatu tempat dan orang yang
beriman dan tidak beriman akan kena pada azabnya.

Kita hendaklah berdakwah amal makruf dan nahi mungkar.


Di dalam Surah Al-Anfal ayat 8 yang bermaksud:
“Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan
syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.”

Kita harus merasai kehebatan Kuasa Allah S.W.T. Contoh azab Allah yang paling
dekat adalah Tsunami. Kita hendaklah menyeru masyarakat buat benda baik dan tak
buat amal mungkar. Di dalam zaman ini, perkara yang dilarang amat berleluasa.
Sebagai contoh, institusi keluarga banyak berlaku maksiat.

Pada ayat 95, Allah S.W.T berkuasa menurunkan azab pada bila-bila masa ia
dikehendaki. Sekarangpun banyak azab yang kena pada kita, harga minyak naik,
makanan kurang dan banyak bencana alam. Kita hendaklah berdoa agar dilimpahkan
rezeki.

Kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah S.W.T, kerana Allah Maha Mengetahui
dan Bijaksana. Ada sebab Allah tangguhkan Azab. Di dalam satu masyarakat , mesti
ada orang yang saleh masyarakat akan beruntung.

Pada ayat 96, mengajar kita berdakwah secara memberi kesan. Kita harus ingat dalam
dakwah takde seronok. Kita hendaklah berdakwah secara baik apabila kita ditentang
dengan hina.

Kita harus mengambil contoh Nabi Muhammad S.A.W, Rasullullah memaafkan


orang yang menghinanya. Betapa sabarnya Rasulullah S.A.W, dan kita hendaklah
mengikuti cara hidup Rasulullah S.A.W.

Kita dikehendaki jangan terlalu mengikut emosi dan jangan cepat menghukum
orang, Hendaklah kita berdakwah dengan cukup hikmah. Jangan kita berkepentingan
diri sendiri.

Pada ayat 97&98, ia adalah doa agar kita dilindungi syaitan. Syaitan ini sangat halus
tipu dayanya. Syaitan berikrar merosakkan anak adam sehingga hari kiamat.

Wassalam.

You might also like