You are on page 1of 14

MENGENAL

KOMPUTER
PAPAN INDUK

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem

(systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama

yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.

Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan

litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan

induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan diatasnya pula

dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya

kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya

segala komponen bagi sebuah komputer.

Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen

asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran

(external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian
(peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau

penyambung.

KOMPONEN-KOMPONEN PADA PAPAN INDUK

Mikropemproses
 

Mikropemproses atau CPU ialah sebuah cip berbentuk


segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah
kanan papan induk.  Fungsi utamanya di dalam sebuah
komputer ialah memproses data dan maklumat yang
diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti
cip  ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip
berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis
litar bersepadu yang digunakan.

Slot perhubungan

Ianya terletak di bahagian belakang papan induk.  Kad-kad komputer seperti kad grafik
dan kad audio akan dimasukkan ke dalam slot perhubungan ini.  Anda boleh
memasangkan kad pada mana-mana slot perhubungan yang ada. Slot perhubungan ini
juga dikenali sebagai bas sistem ataupun bas (bus) sahaja.  Jika anda perhatikan secara
teliti, anda akan dapat melihat beberapa baris wayar atau surih pada papan induk yang
menghala ke kanan dan ke kiri bermula daripada slot perhubungan. Gabungan wayar
bersurih ini berserta dengan beberapa cip sokongan yang terletak berhampiran itulah
yang dikenali sebagai bas sistem.
Cip memori ROM dan RAM

 
Cip memori ROM (Read Only Memory) ini
mengandungi piawai BIOS (Basic Input/Output
System). Pada sebuah komputer peribadi (PC)
biasanya terdapat satu hingga lima cip ROM.
Setengah komputer ada menandakan
kedudukan cip ini pada papan induk. Anda juga
boleh mengenalinya dengan memerhatikan cip
yang bersaiz agak besar dan dipasang
dibahagian tengah atau bahagian tengah sebelah
kiri papan induk. Manakala cip memori (RAM -
Random Access Memory) pula, boleh dikatakan
paling banyak terdapat pada papan induk
terutamanya pada komputer jenis Pentium.

Suis DIP

Kebanyakan komputer peribadi mempunyai suis yang dipanggil DIP yang terletak pada
papan induk. Suis-suis ini digunakan untuk menetapkan maklumat sistem komputer
seperti maklumat mengenai mikropemproses, ko-pemproses, bilangan pemacu cakera,
jenis paparan, dan juga jumlah memori.  Biasanya terdapat dua suis DIP iaitu SW-1 dan
SW-2 yang dilabelkan dan kedua-duanya terletak dibahagian bawah cip mikropemproses.

Pelompat (jumper)

Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan komponen pelompat. Pelompat ini


digunakan untuk menentukan jenis kad video atau kad paparan video yang anda gunakan,
konfigurasi cakera keras, memori pada papan induk dan kelajuan komputer berkenaan.

Penyambung kuasa
Ianya terletak pada bahagian penjuru atas di sebelah kanan papan induk. Terdapat kabel
berwarna yang fungsinya membawa bekalan kuasa elektrik dari unit bekalan kuasa dan
disambungkan ke dalam soket yang tersedia pada papan induk ini untuk kegunaan
seluruh papan induk dan komponen-komponen elektronik lain yang terletak diatasnya. 
CAKERA KERAS

Cakera Keras (hard disk) merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem
komputer ialah pemacu cakera keras atau HDD. Tidak seperti RAM yang menyimpan
maklumat secara sementara, cakera keras pula dapat menyimpan semua maklumat secara
kekal. Sesetengah cakera keras mampu menyimpan data lebih dari 100 gigabait
(gigabyte) berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera
mini, CD-ROM, atau pita. Ini berlawanan dengan RAM, yang mampu menyimpan data
sebanyak beberapa ratus megabait sahaja - secara sementara. Cakera keras disambungkan
ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga
dikenali sebagai ATA selari.

Mekanik

Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar.
Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau
kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang
menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat
dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read
head) yang menghampirinya.

Secara fizikal, cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan
berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan diantara piring-piring tersebut terdapat satu
kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu angker (armature) umum. Angker itu
akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.
Struktur dalaman cakera keras

Cakera keras mengandungi piring (platter) rakaman bermagnet yang terdiri daripada
substrat aluminium yang diselaputi atau dilapisi - biasanya di kedua-dua belah dengan
bahan bermagnet. Penggerak (actuator) pula ialah mekanisma yang menyebabkan kepala
digerakkan ke bahagian data yang dikehendaki. Pemutar (spindle) pula memutar piring-
piring supaya dapat dibaca oleh kepala baca/tulis.

Kapasiti Storan (Storage Capacity)

Kapasiti storan ialah jumlah data yang dapat disimpan oleh cakera keras. Biasanya saiz
pemacu cakera diukur dalam gigabait GB. Lebih besar saiznya, lebih mahal harganya.
Tetapi anda harus ingat di mana kebanyakan aplikasi terkini seperti multimedia dan
permainan memerlukan saiz storan yang besar. Semasa artikel ini ditulis, kebanyakan
cakera keras yang dijual dipasaran berkapasiti antara 100GB hingga 200GB.

Kepantasan Akses (Akses Time)

Kepantasan akses ialah masa yang diambil kepala baca/tulis untuk tiba ke tempat yang
diperlukan pada permukaan piring di mana ia disukat dalam milisaat ms. Semakin rendah
milisaat, semakin cepat kepala baca/tulis tiba di satu-satu kawasan data.

Kepantasan Pemutar (Spindle Speed)


Kepantasan Pemutar merujuk kepada selaju mana Pemutar (Spindle) berputar dibawah
kepala baca/tulis. Kelajuan ini disukat dalam putaran seminit RPM. Semakin tinggi nilai
RPM semakin laju putaran cakera keras dan semakin pantas data dapat dipindahkan.

Kadar Pemindahan Data (Data Transfer Rate)


Ramai diantara anda yang sudah memahami di mana kadar pemindahan data ialah
kelajuan sistem menyalin data dari cakera keras dan disukat dalam Mbps. Kadar
pemindahan ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu:-

1) Kadar pemindahan dalaman (internal) - iaitu kelajuan pemindahan data antara kepala
baca/tulis dan piring.

2) Kadar pemindahan luaran (external) - iaitu kelajuan pemindahan data antara CPU dan
piring melalui antaramuka (interface).

Memori Cache (SRAM)

Sepertimana CPU, cakera keras juga memiliki cachenya yang tersendiri. Ia lebih dikenali
sebagai buffer iaitu kawasan sementara yang terdapat pada pengawal cakera (controller)
untuk menyimpan data sebelum diproses bagi meningkatkan prestasi sesebuah cakera
keras. Saiz memori cache ini biasanya mempunyai saiz sebesar 128K, 2MB, 4MB, dan
8MB bergantung kepada pengeluar. Semakin tinggi saiz cache, semakin banyak data
dapat disimpan ke dalamnya.

Bagaimana cakera keras berfungsi?

Cakera keras mengandungi terlalu banyak piring-piring logam (platters). Piring-piring ini
menyimpan data secara magnetik (seperti besi berani). Kepala baca/tulis akan
membetulkan hujungnya kesekitar permukaan piring, sama seperti kepala perakam muzik
yang merakam data ke dalam pita rakam.
Sebelum sesuatu data dapat disimpan ke dalam mana-mana cakera (disk), cakera tersebut
perlulah diformat terlebih dahulu. Cakera yang belum diformat tidak boleh menerima
apa-apa data. Terdapat dua peringkat format iaitu Low-level dan High-Level.

Low-Level format ialah proses untuk mencipta trek-trek (tracks), sektor, dan juga silinder
(cylinder). Proses ini biasanya dilakukan di kilang sebelum diedarkan kepada pengguna.

High-Level format pula ialah proses untuk mencipta sistem fail (file system) seperti
FAT/NTFS dan juga akar (root). Apabila anda memformat cakera keras perigkat high-
level, cakera keras anda sudah bersedia untuk menerima dan menyimpan data secara
magnetik.

Apabila program atau sistem operasi digunakan, pengawal cakera keras akan
menggerakkan kepala baca/tulis ke fail pertama iaitu FAT. FAT menyimpan trek semua
kelompok (clusters) fail. Sistem operasi akan membaca FAT terlebih dahulu untuk
menentukan kelompok manakah yang kosong atau kelompok manakah yang telah terisi.
Apabila anda menyimpan (save) sesuatu fail, kepala baca/tulis akan mencatatkan rekod di
dalam FAT nama fail tersebut dan di mana fail tersebut disimpan. Pendek kata FAT
berfungsi seolah-olah sebuah direktori yang mengandungi senarai nama fail dan tempat
fail tersebut berada. Ini memudahkan kepala baca/tulis untuk terus ke tempat yang
diperlukan tanpa perlu membuat carian.

KAD RANGKAIAN

Kad Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk
menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. Kebanyakan kad rangkaian
dipasang pada slot tambah dalam komputer, namun begitu terdapat juga komputer seperti
Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI
(Small Computer System Interface). Komputer pangku (laptop computer) mempunyai
kad rangkaian yang terbina dalam atau yang menggunakan slot PCMCIA.

Kad rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance"
sesebuah rangkaian. Oleh itu dicadangkan supaya pilihlah kad rangkaian yang cepat/laju
(fastest) yang terdapat di pasaran. Kelajuan kad rangkaian yang terdapat di pasaran
adalah 10Mbps, 100Mbps, 10/100Mbps dan 1000Mbps (1Gbps).

Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Ethernet, LocalTalk
connectors, dan Token Ring Cards. Mengikut kajian yang dijalankan oleh International
Data Corporation, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring
dan LocalTalk (Sant'Angelo, R. (1995), Netware Unleashed, Indianapolis, IN: Sams
Publishing).
PENCETAK

Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan
laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan
mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris
mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum
adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.

Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan
yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang
bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan
grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.

Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:

 pencetak hentaman
 pencetak tanpa hentaman
Pencetak hentaman

Dengan pencetak hentaman, cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk
bentuk aksara dan bentuk aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat,
menyebabkan reben menekan imej aksara tersebut ke atas kertas.

Peranti pencetak aksara mencetak satu aksara satu masa pada kelajuan 10 hingga 500
aksara per saat. Pencetak terlaju jenis ini adalah pencetak matriks dawai atau pencetak
matriks bintik. Ia mencetak aksara terdiri daripada bintik-bintik corak terbentuk oleh
hujung dawai yang kecil.

Dengan memanjangkan dawai tertentu lebih daripada yang lain, corak bintik boleh
dibentuk untuk mengeluarkan nombor, huruf, atau aksara khas. Dawai yang dipanjangkan
ini kemudiannya ditekan ke atas reben berdakwat untuk mencetak aksara ke atas kertas
atau borang.

Sesetengah pencetak matriks yang lebih lambat dan murah mencetak aksara sebagai satu
siri lajur setiap satunya selebar satu bintik. Oleh kerana sifat unsur matriks tersebut, ia
boleh digunakan untuk mencetak bentuk aksara khas yang boleh digunakan dengan
grafik, seperti graf dan carta.
Untuk mereka yang inginkan output berkualiti mesin taip, pencetak bintik khas atau
pencetak roda daisi boleh digunakan. Pencetak roda daisi menggunakan unsur cetakan
plastik atau logam tunggal berbentuk seperti sususan kelopak bunga daisi. Unsur ini akan
berputar sehingga aksara yang betul berada pada kedudukannya dan kemudiannya ia
ditekan ke atas reben berdakwat. Proses ini berulang untuk setiap aksara yang hendak
dicetak pada baris. Kelajuan biasa pencetak jenis ini adalah dalam julat 25 hingga 100
aksara persaat.

Pencetak aksara hentaman adalah peranti output salinan keras (hard copy) yang paling
biasa digunakan untuk sistem mikrokomputer peribadi dan perniagaan kecil. Kosnya jauh
lebih rendah daripada pencetak baris.

Pencetak baris hentaman berkeupayaan mencetak keseluruhan baris pada satu masa
dengan menggunakan roda cetak, rantai atau dram bergerak. Pencetak roda cetak terdiri
daripada satu siri roda cetak, setiap satunya mengandungi digit dan aksara abjad yang
lengkap sebagai tambahan kepada set aksara khas. Apabila mencetak, semua roda cetak
diletakkan dengan tepat untuk mewakili data yang hendak dicetak pada satu baris. Ia
kemudiannya menghentak secara serentak pada kelajuan 150 baris per minit.

Pencetak rantai atau pencetak dram adalah pencetak baris hentaman yang pantas yang
biasa digunakan. Semasa rantai (mengandungi lima atau kurang bahagian yang terdiri
daripada 48 aksara, setiap satunya mengandungi set aksara yang lebih banyak) atau dram
cetak berputar, setiap aksara akan dicetak apabila ia tiba pada kedudukannya. Sehingga
150 aksara per baris boleh dicetak pada kelajuan hingga 2,500 baris per minit. Boleh
dikatakan pencetak baris hentaman digunakan khas untuk menyokong sistem komputer
yang lebih besar.
Pencetak tanpa hentaman

Pencetak baris tanpa hentaman yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau
kaedah dakwat pancut adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. Pencetak laser
Xerox 9700 misalnya, berkeupayaan mencetak lebih daripada 18,000 baris per minit.
Sebelum pembangunan pencetak dakwat pancut dan laser, pencetak tanpa hentaman tidak
banyak digunakan kerana beberapa sebab:

 Memerlukan kertas khas yang lebih mahal


 Output bercetak tidaklah seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman.

You might also like