You are on page 1of 2

Helang dan Kura-kura

Assalamualaikum….. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru


Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.Pada hari ini saya akan membacakan cerita yang
bertajuk Helang dan Kura-kura.

Helang gemar memenuhi masanya terbang di langit dan kura-


kura gemar tinggal di bumi . Suatu hari,helang terbang turun
untuk menemui kura-kura.Dia banyak mendengar tentang kura-
kura yang baik hati itu.Kura-kura yang peramah itu menjemput
helang ke rumahnya.Dia memberikan ikan yang enak untuk
hidangan tengah hari helang .Helang datang lagi keesokannya
dan pada hari berikutnya! Setiap hari, kura-kura memberinya
seekor lagi ikan.Helang ketawa ketika memberitahu
kawannya,’’Aku bertuah kerana kura-kura tidak boleh terbang ke
sarangku untuk makan tengah hari!’’

Seekor katak kecil terdengar apa yang dikatakan helang dan dia
melompat ke kolam untuk memberitahu kura-kura. ‘’Helang itu
tidak bersikap adil terhadap kamu !’’ kata katak kepada kura-
kura. Kura-kura bercadang untuk menjadikan semuanya lebih
adil. Apabila dia berjumpa helang esoknya ,dia berkata , ‘’Nah,aku
masakan sedikit makanan untuk seluruh keluarga kamu.’’ Apabila
helang tidak melihat kura-kura merangkak masuk ke dalam bakul.
Helang terbang pulang bersama –sama bakul itu . Apabila helang
tiba di sarangnya dia terkejut mendapati kura-kura di dalam bakul
.

’’Kejutan!’’ kata kura-kura. Tapi helang menjadi marah .

‘’Sekarang aku akan makan kamu untuk hidangan lewat malam!’’


dia mengugut. Kura-kura menyorokkan diri di dalam
cengkerangnya .Paruh helang cedera sewaktu mematuk
cengkerang yang keras itu. Helang cuba menjatuhkannya ke atas
batu-batu ,tapi kura-kura memaut kaki helang dengan mulutnya.
Helang tidak ada pilihan selain membawa kura-kura pulang ke
kolamnya. Dia tidak mengganggu kura kura lagi.

You might also like